18 Apr 2021

Notification Paling Ditunggu-tunggu Setiap Masa!

Cashback Rewards daripada PG Mall

Best ke best sangat kalau dapat notifications macam ni hari-hari?

The one and only APPS yang saya ternanti-nanti notificationnya adalah dari apps PG Mall.

Apps lain-lain.. saya memang turn off je. Banyak sangat noti naik pun boleh buat kita rimas. Semua nak pengaruh kita belanja lagi dan lagi je kan? Haha..

Tapi ianya berbeza dengan apps PG Mall. Notification yang masuk tu bukan sahaja nak bagitahu promotions terbaru tapi yang bestnya adalah nak bagitahu kita dapat 'Cashback Reward'!

Duit masuk dalam poket kita gais.. 'Kaching. Kaching. Kaching.' Gitulah bunyinya lebih kurang. Inilah namanya sambil tidur pun duit boleh beranak pinak sendiri.

Orang lain yang belanja, kita pulak dapat duit. Lain maciam!


Apakah PG Mall?

PGMall ni adik beradik kepada Public Gold. Keduanya bawah apak yang sama iaitu PG Group. Fokus Public Gold kepada emas dan perak. PG Mall pula adalah platform shopping online yang satu-satunya menggunakan konsep CONSUMERCHANT.

Jika di Public Gold, hanya dealer sahaja boleh jana pendapatan. Tetapi, di PGmall, semua orang boleh bina passive income tanpa modal.

Ya kawan,

Kalian tak salah baca. Semua orang berpeluang jana pendapatan tambahan yang legit dan sah serta patuh syariah di PG Mall tanpa yuran hangus. Tak ada risiko.

Ini adalah salah satu usaha dari Public Gold untuk menambah nilai kehidupan para pelanggan yang mempercayai mereka. Boleh la jana pendapatan tambahan untuk tingkatkan ekonomi keluarga.

Nak senang faham, PGMall ini ibarat hypermarket yang kita miliki. Setiap belian kalian dan mereka yang berdaftar menggunakan raferral link kalian, akan dapat CASHBACK!!

Cuba bayangkan, kalau ada 1000 customer berdaftar bersama kalian, setiap kali belian dari 1000 customer itu, kalian dapat CASHBACK. 

Kira la sendiri. Lifetime pula tu tuan puan.. bukan kali pertama je. SETIAP KALI BELIAN! Sebagai tanda terima kasih sebab perkenalkan PG Mall.

Inilah yang dinamakan CONSU-MERCHANT. Konsep kongsi rezeki. Sharing keuntungan bersama pelanggan. Bagus bukan?

Jika kita shopping di platform lain, kita hanya dapat barang, tetapi di PGMALL kalian dapat barang dan duit. Ini satu-satunya platform yang sharing keuntungan kepada pelanggan sehingga 0.5%- 3.5%!

Senyum sampai telinga bila dapat notifications begini hari-hari. Tak percaya? Cubalah!


Alhamdulillah.. syukur. Malam tadi balik terawih, dapat notification daripada PG Mall lagi. 

Saya tak buat apa pun gais.. orang lain yang shopping di PGMall, tapi saya pun dapat cashback reward!💰💰💰 

Semoga lebih banyak notification masuk menderu2 lepasni. Aamiin


Hijrah untuk Tingkatkan Ekonomi Keluarga

Jom kita UBAH.

Alang-alang setiap bulan kita memang akan membeli barang keperluan, baik beralih ke platform yang boleh bagi penjimatan lebih banyak sambil jana pendapatan.

Ini masanya kita bina legasi bisnes untuk keluarga. 

Hanya SHOP, SHARE dan EARN. Semudah belanja untuk diri sendiri, kemudian sebarkan manfaat kepada orang lain dan nikmatilah hasilnya.

❌ Tak perlu jual barang.

❌ Tak perlu sewa kedai.

❌ Tak perlu simpan stok.

✅ Zero cost.


Jika kalian belum ada akaun PGmall, boleh daftar di link dibawah. Lepas daftar, boleh wasap saya di sini untuk dapatkan bimbingan seumur hidup.


🔴 LINK DAFTAR AKAUN PGMALL: Klik sini 

Jom sama-sama kita membina masa depan bersama Public Gold dan PGMall.

Moga bermanfaat.


Hidayah Abdul Kadir,
Dealer Aktif Public Gold
+6011 1198 9680

📲 Ikuti tip terkini tentang emas, Public Gold dan motivasi kewangan di 𝗖𝗛𝗔𝗡𝗡𝗘𝗟 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗚𝗥𝗔𝗠 saya di link https://t.me/tabunghidayah

17 Apr 2021

Kurma dan Ramadan

Buah kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Inilah buah yang melambak di pasaran terutama dalam bulan Ramadan.

Oh ya, masih belum terlambat lagi anda yang nak order kurma untuk dijadikan bekalan untuk sahur dan juadah berbuka puasa di bulan Ramadan ini.

Kadang bangun sahur, tak ada selera nak makan. Jadi boleh la makan kurma sebagai alas perut dan paling penting untuk dapat pahala ikut sunnah.

Jangan tinggalkan kurma waktu sahur walaupun dah kenyang makan lain. Sebab makanan yang di sarankan oleh Nabi SAW ketika sahur adalah KURMA kerana memakan kurma itu ada KEBERKAHAN.

Jadi di dalam bersahur itu kita akan mendapat 2 kebekahan iaitu keberkahan bangun sahur dan yang kedua keberkahan makan kurma.

Jamahlah kurma walaupun secubit kerana ia berkah. Sabda Nabi SAW "Makanan sahur yang paling baik bagi orang mukmin adalah kurma.” (HR. Abu Dawud (II/303) )

Kawan-kawan boleh dapatkan kurma secara online je. Tak perlu risau tentang kualiti. Boleh order terus daripada Ustaz Junaidi Omar. Beliau ialah guru Al-Quran kepada Mentor saya sendiri; Tuan Mohd Zulkifli Shafie .

Ada pelbagai jenis kurma. Kurma Ajwa, kurma Mariami, kurma Sofawi, dan banyak lagi. Buah tin pun ada.

Kurma Ajwa Jumbo

Kata guru saya, beliau yang tak pernah minat buah tin pun dah tersuka tanpa sengaja. Jatuh cinta dengan gigitan pertama barangkali, sebab buahnya berbeza daripada yang biasa kita dapat kat pasaran. Sedap, rasa lembut, tak kering, dan saiznya besar. Puas hati.

Tunggu apa lagi? Pilih mana-mana kurma dan hantarkan kepada ibu bapa kalian. Lekas dapatkannya di sini: bit.ly/3uXnxEO

Bagi customer Public Gold yang dah ada PG Code, boleh login guna PG Code sedia ada. Kalau suka mana-mana produk dalam PG Mall, share saja kepada orang lain. Anda akan dapat cash back reward.

Di PG Mall kita boleh shopping, dan di PG Mall juga kita boleh jana pendapatan. Konsepnya mudah; Shop, share & earn.

9 Mac 2021

Kedai Emas Diserang

Kelmarin, setelah sekian lama terperap dalam rumah, kami sekeluarga keluar berjemaah dengan tujuan membeli barang keperluan. 

Apa yang saya perhati, di mana-mana kedai emas penuh dengan manusia, bagai semut menghurung gula. Beratur panjang.. berkerumun orang kata.

Mulakan simpanan emas sekarang!

Kawan..

Mungkinkah ramai lagi yang tidak tahu bahawa barang kemas TIDAK SESUAI untuk pelaburan yang baik masa depan?

Asasnya, emas ada 3 kategori;

1. Jongkong emas
2. Syiling emas
3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas (Dinar Emas) dan jongkong emas (Gold Bar) yang boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan.

Barang kemas hanyalah bertujuan untuk perhiasan dan kecantikan sahaja dan ianya tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. 

Walaupun harga emas berada di paras yang rendah sekarang, belilah emas yang bagus untuk pelaburan masa hadapan. 

Harga emas turun didorong oleh: (1) Hubungan China Amerika dilihat semakin baik (2) Vaksin telah mula ada dipasaran dan (3) Presiden Amerika yang baru lebih meyakinkan dari sebelumnya.



Kenapa barang kemas tidak sesuai?

1. Susut Nilai Sangat Tinggi.

Berbanding kita beli emas pelaburan (gold bar dan dinar), barang kemas ada susut nilai dari harga kita beli antara 25%-40%! Dah macam beli kereta.

2. Kos Upah Tinggi.

Semakin pelik design barang kemas kita, makin tinggi upahnya. Malah ada kedai manipulasi upah untuk dapat keuntungan lebih tinggi.

3. Harga Lebih Tinggi.

Harga barang kemas ditentukan oleh Persatuan Pekedai Emas (FGJAM). Mereka biasanya tetapkan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran emas semasa selalunya.

4. Lambat Naik Harga!

Harga barang kemas ini bila naik harga, kedai akan cepat update harga baru. Bila harga turun, mereka akan lambat turunkan harga dan kekal beberapa bulan pada harga lama biasanya. Kena rajin semak harga semasa.

5. Mudah Rosak.

Bila kerja tangan semakin halus, terputus, patah, kemek, bengkok dan hilang boleh berlaku. Semakin kita selalu guna peluang rosak dan hilang tetap ada.

Kesimpulannya, jika anda nak beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, gold bar atau dinar adalah item yang terbaik kerana ianya dikeluarkan khas dengan ciri-ciri yang sesuai untuk PELABURAN.

Sedangkan, barang kemas pula dikeluarkan khas untuk tujuan PERHIASAN. 




Kawan kawan,

Walau saya aktif mengajak ramai orang menyimpan emas, saya tetap galakkan orang ramai simpan emas pelaburan bukannya emas perhiasan.

Jika ada duit lebih dan teringin nak merasa barang kemas ditangan.. silakan sahaja kawan, masing masing ada keinginan berbeza janji bahagia. 


Fitrah wanita itu sukakan kecantikan.  Lebih baik juga beli emas perhiasan dari beli kasut, baju dan tudung yang beribu riban. 😜

Nah, jamu mata di sini. Klik Katalog Barang Kemas 916. Mana tahu ada yang berkenan di hati.

Cukup seadanya untuk berhias bukan sampai lemas.

Jangan ghairah ikut-ikut orang sebab ada lebihan duit i sinar ditangan. 

Pandemik ini akan jadi panjang, belilah emas pelaburan bukannya emas hiasan berlebihan.


Hidayah Abdul Kadir,
Beli emas dengan ilmu

...

📲 Ikuti tip terkini tentang emas dan Public Gold di 𝗖𝗛𝗔𝗡𝗡𝗘𝗟 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗚𝗥𝗔𝗠 saya di link https://t.me/tabunghidayah

27 Jan 2021

Bina Masa Hadapan Bersama Public Gold

 *MILIKI HARTA BERNILAI RM1 JUTA 3 - 5 TAHUN DARI SEKARANG!*

Simpan emas untung, tapi simpan emas sambil pandaikan orang lain tentang emas, 100X lebih untung.

Itu pengalaman saya sendiri.

Saya rasa sangat selfish kalau tak sampaikan perkara ini kepada orang lain. Peluang jana pendapatan sambil simpan emas.

#PublicGold bukan saja bagi peluang simpan emas, tapi yang lebih baik ialah peluang jadi pemilik bisnes emas. Ya, pemilik, bukan sekadar ejen.

Apa yang kita bina itu, akan jadi milik kita dan ahli keluarga kita selamanya.

Bisnes itulah yang akan mengembangkan kekayaan kita dengan sangat cepat. 3 - 5 tahun sudah cukup untuk membolehkan setiap kita mencapai "financial freedom".

Ini bukan teori, tapi pengalaman Mentor Emas saya, Tn Mohd Zulkifli Shafie sendiri. Dan beliau mahu lebih ramai yang dapat menikmati apa yang telahpun beliau nikmati sejak lebih 7 tahun lalu.

...

Get ready malam ini (Rabu).

#SeminarBisnesEmas bersama #PGG100Network.

🏆 Speaker kali ini ialah Tuan Syarif Jamil. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab 'mengheret' saya mula menyimpan emas semasa saya masih study. Beliau pun masih belajar di Australia dalam bidang engineering ketika itu.

🏆 Habis belajar, beliau mampu beli sebuah rumah setiap tahun hasil simpanan emas.

🏆 Pada usia 26 tahun, passive income beliau sebagai dealer Public Gold sudah lebih RM10k sebulan di samping income sebagai seorang engineer!

🏆 Beliau adalah salah seorang leader #NextMohdZulkifli yang saya kagumi dan idola terdekat yang proven sucess melalui platform Public Gold.

Ikuti sharing daripada beliau malam ini ya.

Belajar dan dapatkan inspirasi daripada beliau, bagaimana beliau mampu bersara dengan pendapatan yang kukuh sebelum usia 30 tahun!

Alhamdulillah.

Boleh register seminar di https://tinyurl.com/ybqhnl6s.

Letak nama saya Hidayah Abdul Kadir (PG054316) sebagai Introducer.

Boleh share posting ini. Jemput ahli keluarga dan kenalan ikuti seminar malam ini. Ianya FREE. Dan yang menarik, ada LUCKY DRAW EMAS! Sambil belajar, berpeluang menang emas percuma.

Jumpa malam nanti ya.

16 Jan 2021

Kenapa Perlu Beli Emas Sekarang?

Teringat pernah baca kisah ketika pelarian Vietnam melarikan diri pada tahun 1955 hingga 1975.


Segala rumah, kebun, sawah terpaksa ditinggalkan kerana peperangan. Mereka merentas laut dengan hanya membawa emas Kim Thant.


Berbekalkan emas yang dibawa itulah mereka memulakan kehidupan di tempat baru.


Sejarah telah membuktikan, emas adalah matawang universal. Emas adalah duit dan laku di mana-mana.


Dan emas sangat 'high mobility'. Ianya boleh dialihkan dengan mudah. Gold bar 100gram yang sekarang bernilai lebih 25K sizenya hanya lebih kurang 2 jari!


Ramai penyimpan baru bimbang bila harga emas turun. Tapi bagi penyimpan emas yang faham dan berilmu, akan senyum sentiasa sebab tahu bahawa;


1 - Harga emas dalam jangka masa pendek memang ada naik turun. Ini sangat biasa. Apa yanh pastinya, harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang sebab kuasa beli duit makin susut.


2 - Gram emas yang kita simpan akan kekal sama tak kira berapa nilainya. Hanya akan bertambah bila kita tambah dan tidak pula sesekali akan berkurang.


3 - Emas tidak akan menjadi nilai sifar seperti matawang.


4 - Harga emas turun? Itu peluang untuk kita dapat barang mahal dengan harga diskaun! Masa memborong.


5 - Peluang untuk merendahkan kadar purata simpanan emas adalah pada waktu harga di paras rendah.


Kawan-kawan,


Hari ini hari yang baik. Ini waktu yang sesuai untuk kita MULAKAN SIMPANAN. 


Jom buka akaun emas GAP, menabung berdikit-dikit dan letak matlamat untuk keluarkan jongkong emas seperti di dalam gambar.


Harga emas hari ni hanya RM 261 segram. Nak bermula dengan RM 100 pun boleh, dapat 0.3831g emas.


Klik link ni www.wasap.my/601111989680/SimpanEmasGAP untuk bermula. Saya bantu sebaiknya insyaAllah.


Hidayah Abdul Kadir

Misi #1keluarga1kilogram

FREE Nota kewangan khususnya perlindungan takaful, simpanan dan pelaburan emas, klik link ini t.me/tabunghidayah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign