16 Ogo 2021

Pingat Emas Impian Semua

Beberapa minggu ini, ramai orang cerita bab sukan Olimpik 2020. 

Tapi hari ini saya bukan nak ulas bab sukan sebab saya bukan arif tentangnya. Saya nak kongsikan tentang medal atau pingat yang semua atlet mahu miliki terutamanya pingat emas.


Pingat Emas yang semua orang impikan

Mungkin masih ramai yang tak tahu, medal Tokyo Olimpik 2020 ini diperbuat daripada bahan kitar semula!

Pingat Emas Olimpik 2020

Jepun guna 100% hasil kitar semula untuk menghasilkan pingat Olimpik Tokyo 2020.

Rileks kawan..

Bukan kitar semula sampah tu, tapi kitar semula telefon lama.

Medal Emas, Perak dan Gangsa


1 pingat emas Olimpik Tokyo 2020 mengandungi 6g emas dan 550g perak tulen.

Komponen daripada telefon lama dipecahkan. Kemudian emas, perak dan gangsa akan dikumpulkan.

Kutipan telefon bimbit lama dan terpakai ini dimulakan dari April 2017 sehingga March 2019 dan ianya telah berjaya mengutip sebanyak 6.21 juta telefon bimbit yang boleh dikitar semula. 

Sumber: https://t.co/GzyMdD8dpM

Hasilnya dapat 32 kilogram emas yang berjaya dikumpulkan daripada 6.21 juta telefon bimbit terpakai yang didermakan oleh penduduk Jepun. 

Emas yang berjaya dikumpulkan


Ada emas dalam telefon bimbit kita

Berdasarkan U.S. Geological Survey di dalam sebuah smartphone terdapat kira-kira 0.034 gram emas jika diasingkan.

Jika nak 1 gram anda perlukan 30 buah smartphone, jika nak 1kg emas anda perlukan 29,411 buah smartphone!

Ada hp tak guna tu jangan buang ye

Haishh.. takkan nak kumpul 30 buah smartphone untuk dapatkan 1gram emas?

Pengsan!

Baik kumpul dalam akaun emas GAP je. RM 100 dah boleh mula simpan emas sikit-sikit. 😅 Detail lanjut, boleh klik sini terus. 

Dengan adanya platform #AkaunEmasGAP yang disediakan Public Gold, semua orang boleh simpan emas hatta student!


Ok berbalik pada cerita tadi...

Dan ya, itulah juga sebabnya pingat Olimpik ni tak boleh digigit sebab ianya diperbuat dari bahan kitar semula telefon.

Hanya pada musim Olimpik 1904 , 1908 dan 1912, pemenang diberikan pingat EMAS 'SOLID'.

Pingat emas tahun 1912


Pingat EMAS 'SOLID' terakhir pada tahun 1912 itu ialah pada Olimpik di Stockholms, Sweeden,

Pingat EMAS Olimpik sekarang yang terdiri daripada 92.5% perak yang dan disaluti dengan 6g emas nilainya sekitar RM 3,700.

Namun, harga pingat bukan ukuran.

Ini adalah nilaian berdasarkan pada berat logam pingat semata-mata. 

Tak termasuk nilai intangible yang datang dari pengorbanan air mata, jerih peluh dan tuah untuk mendapatkan pingat berprestij tinggi ini sebagai lambang KESUNGGUHAN dan KEAZAMAN mereka menjadi individu TERBAIK. 


Kejayaan Seorang Penyimpan Emas

Acara sukan cuma berakhir apabila pemenang diisytiharkan dan dapat pingat.
 
Penyimpan emas pula cuma dapat touch down di garisan penamat apabila capai matlamat simpanan emas.
 
Matlamat Simpan Emas

Contoh;

1. Dana kecemasan 30g
2. Modal berkahwin 70g
3. Dana pendidikan anak 200g

Dan sebagainya.. 

Pingat (kejayaan) bagi penyimpan emas adalah apabila aset kecil seperti emas dapat dicairkan untuk matlamat masing-masing atau ditukar kepada aset lebih besar macam hartanah.

Tak mudah tapi tak mustahil jika ada kuasa KONSISTEN.

Kuasa konsisten


Kejayaan bukan tentang buat perkara besar, tetapi perkara kecil yang dibuat secara berterusan, hingga menjadi kebiasaan (tabiat).

Semoga kalian semua terus istiqamah menabung emas dan seterusnya menjadikan kewangan peribadi lebih sihat daripada sebelumnya.

InsyaAllah.


Hidayah Abdul Kadir,
16 Ogos 2021 | 12:50 malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign