7 Jul 2021

Sumbangan Bakul Makanan

Banyakkan sedekah waktu sempit begini supaya tidur kita lebih nyenyak. Kerna sedekah itu tidak terletak pada kaya hartamu tetapi kaya hatimu.

Sebagai tanda sokongan kempen #benderaputih, saya nak mengajak sahabat budiman sekalian untuk sama-sama bagi sumbangan BAKUL MAKANAN kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan.

Boleh mulakan dengan kaum kerabat dan orang yang terdekat dengan kita dahulu.

Kalau rasa nak bagi bantuan makanan kepada mak ayah, adik-beradik, sedara atau kawan yang memerlukan dengan mudah, kalian boleh dapatkan di Mydin. #PGMall akan terus pos ke rumah.

Tak perlu keluar rumah untuk beli satu persatu barang tersebut beruncit-runcit, kemudian nak packing lagi. Leceh. Makan banyak kos. Risiko tinggi pun iya juga.

Saya fikir ini salah satu inisiatif yang sangat baik untuk kita dapatkan barang makanan asas dengan mudah samada untuk diri sendiri atau untuk di sedekahkan.

Ada pakej combo serendah 30 hingga beratus-ratus. Ikut bajet masing-masing.

🔴 Kita Jaga Kita Box RM 30 

🛒 bit.ly/2TxJ1e6

🔴 Duduk Rumah Box RM 50 

🛒 bit.ly/3xe2Tlj

🔴 Lindungi Diri Box RM 80 

🛒 bit.ly/36fFN1z


🔴 Permai Box RM 100

🛒 bit.ly/3he6zxX



Pilih pakej > isi alamat penerima > buat bayaran. Selesai. Anda dapat cashback dan barang akan sampai kepada penerima.

Contoh order saya untk mak di kampung


Alhamdulillah, saya sendiri belikan barang dapur untuk bonda tercinta yang jauh di mata. 

Tak perlu Orang tua kita keluar rumah bersesak-sesak mencari keperluan asas. Dapat minimakan risiko penyebaran dan putuskan rantaian covid19.

Syukur sangat ada inisiatif begini. Next, boleh grab combo sebegini untuk bantu mereka yang kita tahu berada dalam kesusahan, sebab antara sedekah yang paling baik adalah dalam bentuk makanan. InsyaAllah. 


BERKAT BUAT BAIK PADA IBU BAPA 

Kita hidup senang, ada semua serba serbi cukup semuanya sebab berkat doa ibu bapa kita.

Maka kembalikanlah kebaikan mereka dengan khidmat terbaik buat mereka. Semoga dengan redhanya mereka terhadap kita, kita mendapat redha Allah selamanya. 

Alhamdulillah sampai je 'bakul makanan' yang saya order online 2 hari lepas, terus saya dapat doa khusus daripada mak tanpa dipinta. Doa ini yang mahal. Lagi mahal daripada emas! 

Erti hidup pada memberi


Tipsnya mudah. Mesti bagitahu orang yang kita sayang, apa target kita, apa kita nak supaya kita dapat restu dan doa sekaligus. Hehe.

Okeyh, kalau kalian ada hajat juga mahu poskan 'kegembiraan' (kombo barang dapur) untuk ayah bonda di kampung atau kepada mereka yang memerlukan sebagai sedekah, boleh klik je link combo pilihan di atas ya.

Kawan-kawan,

Kata guru saya, kadang-kadang dengan pemberian waktu beginilah kita akan dapat doa-doa dari orang soleh dan doa para ibu yang sentiasa makbul doanya.

Teruskan memberi walau sekecil cuma, walau kita pun dalam kesusahan. Ikutlah kadar kemampuan kita. Allah Maha tahu. Mulakan dulu dengan berbuat baik pada orang tua dan kaum kerabat kita.

Ingat kawan, mencintai ibu bapa adalah perbuatan yang disayangi Allah. 

Cubalah. Dan lihatlah bagaimana Allah dengan bergayanya menghantar rezki melimpah ruah kepada kalian dalam pelbagai bentuk. 

Selepas itu, banyakkanlah bersyukur. Sebab janji Allah dalam Al-Quran, siapa yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat.

Begitulah.

Jom kita berlumba-lumba dan bersegera dalam buat kebajikan. Semoga Allah redha. Fastabiqul Khairat.

Sebarkan. Supaya lebih ramai cakna dan hidup kita lebih bermakna.

Hidayah Abdul Kadir,
Erti hidup pada memberi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign