13 Jul 2021

Moratorium dan i-Citra Peluang Tambah Simpanan

Kemarau kali ini tidak pasti bila kesudahannya. Jadi, apabila dapat duit Moratarium dan i-Citra, gunakan sebaiknya. 

Pastikan simpan untuk cukupkan dana kecemasan 6 hingga 12 bulan dahulu. Selebihnya baru fokus bayar hutang.

Ini bagi memastikan kita tidak buat hutang baru jika ada hal-hal kecemasan.

Kawan-kawan,

Dana kecemasan sepatutnya disimpan dalam bentuk tunai di bank. Tetapi bagi sesiapa yang ada masalah untuk bertahan dari masalah kebocoran simpanan, emas boleh dijadikan simpanan kecemasan juga sebab EMAS ADALAH TUNAI, cuma dalam bentuk berbeza.

Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja untuk dapatkan tunai segera.


Peluang Tambah Simpanan


Hari ini...

Fokus kepada menabung, menabung dan menabung. Fokus tingkatkan tabungan supaya kubu kekayaan kita lebih bertahan.



Ingat, bertahan daripada tidak jatuh miskin jauh lebih penting daripada mengejar kekayaan.


Alhamdulillah, ramai yang tarik nafas lega semalam sebab dah boleh buat permohonan keluar i-citra.

Ada 2 sebab kerajaan laksanakan inisiatif ini:

1. Bantu rakyat yang terjejas pendapatan

2. Bagi yang tidak terjejas, golongan ini akan berbelanja untuk rancakkan ekonomi.

Buat rakan-rakan yang pendapatannya terkesan akibat pandemik ini, manfaatkanlah peluang ini sebaiknya. Berbelanja secara hemat cermat dan cari peluang tambah pendapatan.

Jangan sesekali join skim cepat kaya (SCAM). Hati-hati dengan scammer. Boleh rujuk alert list BNM untuk kita semak : https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list


Rakan-rakan yang tidak terjejas pendapatan, jangan ulangi kesilapan peluang yang kita dapat tahun lepas. Pastikan kali ini kita ambil peluang simpan sebanyak yang boleh.

Covid-19 ini sesuatu yang amat luar biasa. Tak tahu bila akan habis. Di luar negara.. lepas habis satu variant, variant lain pulak yang hadir. Sampai perlu ada suntikan ke3!! sampai bila nak habis? wallahua'lam.

Bagi yang pendapatan tak terjejas.. jangan joli sakan. Ingat dan ingat.. simpan sebaiknya. Jadikan peluang ini untuk kita tambah simpanan. KWSP adalah wang dana persaraan. Sepatutnya kita akan guna duit ini waktu bersara nanti.. beringat-ringatlah.

Antara tempat yang selamat untuk kita simpan untuk jangka panjang adalah seperti Tabung Haji, ASB dan Emas. 3 instrument ini adalah yang paling selamat yang saya boleh cadangkan.

I Citra adalah dana persaraan kita


I-Citra ni sama je macam I-Sinar. Dua-dua sebenarnya dana persaraan kita esok lusa.

Jadi, berpada-padalah dalam belanja. Belanja, jangan sampai habis. Simpan, biar tak tiris.


Emas Ubat Kebocoran Wang


Jika kita faham maksud inflasi dan nak elak duit itu tersalah guna dan bocor, alihkan kepada aset emas. Ini apa yang saya buat tahun lepas untuk uruskan duit moratorium, i-lestari dan i-sinar.

Alhamdulillah, simpanan itu masih ada elok tak terusik. Ianya akan jadi simpanan masa depan yang kita tak tahu lagi apa kebarangkalian yang akan berlaku.

“Sediakan payung sebelum hujan”

Ayuh rakan-rakan!! Kita bersedia sebaiknya.💪

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign