13 Jul 2021

Moratorium dan i-Citra Peluang Tambah Simpanan

Kemarau kali ini tidak pasti bila kesudahannya. Jadi, apabila dapat duit Moratarium dan i-Citra, gunakan sebaiknya. 

Pastikan simpan untuk cukupkan dana kecemasan 6 hingga 12 bulan dahulu. Selebihnya baru fokus bayar hutang.

Ini bagi memastikan kita tidak buat hutang baru jika ada hal-hal kecemasan.

Kawan-kawan,

Dana kecemasan sepatutnya disimpan dalam bentuk tunai di bank. Tetapi bagi sesiapa yang ada masalah untuk bertahan dari masalah kebocoran simpanan, emas boleh dijadikan simpanan kecemasan juga sebab EMAS ADALAH TUNAI, cuma dalam bentuk berbeza.

Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja untuk dapatkan tunai segera.


Peluang Tambah Simpanan


Hari ini...

Fokus kepada menabung, menabung dan menabung. Fokus tingkatkan tabungan supaya kubu kekayaan kita lebih bertahan.



Ingat, bertahan daripada tidak jatuh miskin jauh lebih penting daripada mengejar kekayaan.


Alhamdulillah, ramai yang tarik nafas lega semalam sebab dah boleh buat permohonan keluar i-citra.

Ada 2 sebab kerajaan laksanakan inisiatif ini:

1. Bantu rakyat yang terjejas pendapatan

2. Bagi yang tidak terjejas, golongan ini akan berbelanja untuk rancakkan ekonomi.

Buat rakan-rakan yang pendapatannya terkesan akibat pandemik ini, manfaatkanlah peluang ini sebaiknya. Berbelanja secara hemat cermat dan cari peluang tambah pendapatan.

Jangan sesekali join skim cepat kaya (SCAM). Hati-hati dengan scammer. Boleh rujuk alert list BNM untuk kita semak : https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list


Rakan-rakan yang tidak terjejas pendapatan, jangan ulangi kesilapan peluang yang kita dapat tahun lepas. Pastikan kali ini kita ambil peluang simpan sebanyak yang boleh.

Covid-19 ini sesuatu yang amat luar biasa. Tak tahu bila akan habis. Di luar negara.. lepas habis satu variant, variant lain pulak yang hadir. Sampai perlu ada suntikan ke3!! sampai bila nak habis? wallahua'lam.

Bagi yang pendapatan tak terjejas.. jangan joli sakan. Ingat dan ingat.. simpan sebaiknya. Jadikan peluang ini untuk kita tambah simpanan. KWSP adalah wang dana persaraan. Sepatutnya kita akan guna duit ini waktu bersara nanti.. beringat-ringatlah.

Antara tempat yang selamat untuk kita simpan untuk jangka panjang adalah seperti Tabung Haji, ASB dan Emas. 3 instrument ini adalah yang paling selamat yang saya boleh cadangkan.

I Citra adalah dana persaraan kita


I-Citra ni sama je macam I-Sinar. Dua-dua sebenarnya dana persaraan kita esok lusa.

Jadi, berpada-padalah dalam belanja. Belanja, jangan sampai habis. Simpan, biar tak tiris.


Emas Ubat Kebocoran Wang


Jika kita faham maksud inflasi dan nak elak duit itu tersalah guna dan bocor, alihkan kepada aset emas. Ini apa yang saya buat tahun lepas untuk uruskan duit moratorium, i-lestari dan i-sinar.

Alhamdulillah, simpanan itu masih ada elok tak terusik. Ianya akan jadi simpanan masa depan yang kita tak tahu lagi apa kebarangkalian yang akan berlaku.

“Sediakan payung sebelum hujan”

Ayuh rakan-rakan!! Kita bersedia sebaiknya.💪

7 Jul 2021

Sumbangan Bakul Makanan

Banyakkan sedekah waktu sempit begini supaya tidur kita lebih nyenyak. Kerna sedekah itu tidak terletak pada kaya hartamu tetapi kaya hatimu.

Sebagai tanda sokongan kempen #benderaputih, saya nak mengajak sahabat budiman sekalian untuk sama-sama bagi sumbangan BAKUL MAKANAN kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan.

Boleh mulakan dengan kaum kerabat dan orang yang terdekat dengan kita dahulu.

Kalau rasa nak bagi bantuan makanan kepada mak ayah, adik-beradik, sedara atau kawan yang memerlukan dengan mudah, kalian boleh dapatkan di Mydin. #PGMall akan terus pos ke rumah.

Tak perlu keluar rumah untuk beli satu persatu barang tersebut beruncit-runcit, kemudian nak packing lagi. Leceh. Makan banyak kos. Risiko tinggi pun iya juga.

Saya fikir ini salah satu inisiatif yang sangat baik untuk kita dapatkan barang makanan asas dengan mudah samada untuk diri sendiri atau untuk di sedekahkan.

Ada pakej combo serendah 30 hingga beratus-ratus. Ikut bajet masing-masing.

🔴 Kita Jaga Kita Box RM 30 

🛒 bit.ly/2TxJ1e6

🔴 Duduk Rumah Box RM 50 

🛒 bit.ly/3xe2Tlj

🔴 Lindungi Diri Box RM 80 

🛒 bit.ly/36fFN1z


🔴 Permai Box RM 100

🛒 bit.ly/3he6zxX



Pilih pakej > isi alamat penerima > buat bayaran. Selesai. Anda dapat cashback dan barang akan sampai kepada penerima.

Contoh order saya untk mak di kampung


Alhamdulillah, saya sendiri belikan barang dapur untuk bonda tercinta yang jauh di mata. 

Tak perlu Orang tua kita keluar rumah bersesak-sesak mencari keperluan asas. Dapat minimakan risiko penyebaran dan putuskan rantaian covid19.

Syukur sangat ada inisiatif begini. Next, boleh grab combo sebegini untuk bantu mereka yang kita tahu berada dalam kesusahan, sebab antara sedekah yang paling baik adalah dalam bentuk makanan. InsyaAllah. 


BERKAT BUAT BAIK PADA IBU BAPA 

Kita hidup senang, ada semua serba serbi cukup semuanya sebab berkat doa ibu bapa kita.

Maka kembalikanlah kebaikan mereka dengan khidmat terbaik buat mereka. Semoga dengan redhanya mereka terhadap kita, kita mendapat redha Allah selamanya. 

Alhamdulillah sampai je 'bakul makanan' yang saya order online 2 hari lepas, terus saya dapat doa khusus daripada mak tanpa dipinta. Doa ini yang mahal. Lagi mahal daripada emas! 

Erti hidup pada memberi


Tipsnya mudah. Mesti bagitahu orang yang kita sayang, apa target kita, apa kita nak supaya kita dapat restu dan doa sekaligus. Hehe.

Okeyh, kalau kalian ada hajat juga mahu poskan 'kegembiraan' (kombo barang dapur) untuk ayah bonda di kampung atau kepada mereka yang memerlukan sebagai sedekah, boleh klik je link combo pilihan di atas ya.

Kawan-kawan,

Kata guru saya, kadang-kadang dengan pemberian waktu beginilah kita akan dapat doa-doa dari orang soleh dan doa para ibu yang sentiasa makbul doanya.

Teruskan memberi walau sekecil cuma, walau kita pun dalam kesusahan. Ikutlah kadar kemampuan kita. Allah Maha tahu. Mulakan dulu dengan berbuat baik pada orang tua dan kaum kerabat kita.

Ingat kawan, mencintai ibu bapa adalah perbuatan yang disayangi Allah. 

Cubalah. Dan lihatlah bagaimana Allah dengan bergayanya menghantar rezki melimpah ruah kepada kalian dalam pelbagai bentuk. 

Selepas itu, banyakkanlah bersyukur. Sebab janji Allah dalam Al-Quran, siapa yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat.

Begitulah.

Jom kita berlumba-lumba dan bersegera dalam buat kebajikan. Semoga Allah redha. Fastabiqul Khairat.

Sebarkan. Supaya lebih ramai cakna dan hidup kita lebih bermakna.

Hidayah Abdul Kadir,
Erti hidup pada memberi

2 Jul 2021

Tarik Aura Kekayaan Dengan Gold Bar Limited Edition

Saya fikir, ini antara tempat yang kita semua nak sangat pergi walau sekali dalam hidup selain Makkah. Mudah-mudahan kita semua diberi peluang untuk ke sana selepas Covid19 pergi....

Tapi sebelum tu, boleh lah simpan dalam bentuk emas dulu. Simpan dan tengok hari-hari emas ni. Ambil auranya.
Gold Bar 1 Gram Edisi Masjid Nabawi
(limited edition)


Coming Soon...


Aura emas menyebabkan kita mahu simpan lebih banyak emas.

Sebab itu orang yang ada masalah tak lekat duit wajib beli emas sebagai simpanan.

Simpan paling minima 1 tahun dan paling baik 2-3 tahun dan rasailah perbezaannya.

Berbeza dengan duit.

Awas! Bila simpan duit dalam bank, jangan selalu tengok baki sebab lama-lama duit tu akan habis. 😂

Gold Bar 1 Gram emas 999 (24K) limited edition ini bakal lahir bulan ini (Julai 2021) selepas Public Gold keluarkan design Masjidil Haram haritu.

Gold Bar 1 Gram Edisi Masjidil Haram

Cantik kan?


Design ini adalah limited edition. Hanya ada 30,000 keping sahaja.

Boleh dikeluarkan melalui Akaun Emas GAP menggunakan servis postage berinsurans (Gold In Transit) sahaja.

Jadi, inilah masa untuk isi peluru siap-siap dalam #AkaunEmasGAP sementara harga emas rendah. 

Ini servis paling baik sepanjang PKP


Sekarang harga retail Gold Bar 1 gram adalah RM 350 sekeping.

Kalau nak dapatkan dengan harga lebih murah, beli melalui kaedah Akaun Emas GAP. Hari ni (2/7/2021) cuma RM 258 + RM 10 (Gold Premium) sahaja. Kos postage RM 10.

Jimat banyak tuh!

Harga retail


APA ITU AKAUN GAP

Nak senang faham, akaun emas GAP ini sama seperti akaun ASB atau Tabung Haji kita.

Tapi Tuan Azizi Ali pakar kewangan sarankan kita simpan emas untuk simpanan jangka masa panjang.

Simpan duit di ASB/TH hanya sesuai untuk jangka pendek sebab trend menunjukkan dividen ASB sangat susah nak cecah 7% pada masa akan datang.

Berbeza dengan emas.

Secara puratanya emas meningkat sehingga 10% untuk tempoh 20 tahun!


Asb vs TH vs Emas


Kata beliau, ASB tak dapat bagi pulangan yang baik seperti 10 - 20 tahun yang lalu.

Tapi emas, ia boleh dikatakan konsisten, walaupun jangka pendek harganya ada turun naik.

Katanya lagi, amat sukar mana2 pelaburan yang boleh bagi keuntungan konsisten untuk tempoh yang panjang.

Pulangan pelaburan tahun 2020


Kesimpulannya:


1. Kalau nak buat simpanan jangka panjang macam dana persaraan, pendidikan anak, dana tunaikan Haji/umrah, dana kecemasan dan sebagainya, simpanlah dalam bentuk emas.

2. Simpan tunai di bank macam ASB, TH dan lain-lain sekadar keperluan sahaja.


Jom ambil tindakan segera.

Mari belajar menabung aset emas di sini.

Join channel t.me/tabunghidayah untuk lebih banyak tip emas, kewangan dan bisnes setiap hari..

Hidayah Abdul Kadir
Authorised Public Gold Dealer (PG054316)
+6011-1198 9680





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign