10 Jun 2021

Pembunuh Senyap Covid! Alat Ini Boleh Jadi Penyelamat

Kebelakangan ni dah heboh tentang fenomena Happy hypoxia (HH) yang dikesan dalam kalangan pesakit COVID-19.

Senang faham, HH ni adalah keadaan di mana pesakit mengalami paras oksigen rendah dalam darah tanpa gejala nyata seperti susah bernafas. Pesakit kelihatan ‘sihat’ tapi akhirnya kritikal.

Saya kongsikan tulisan Dr Ahmad Samhan:


Ini pembunuh senyap covid!

Tahu tak apa itu Happy Hypoxia?

Happy bukan maksudnya gembira?

Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?

Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.

Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.


Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia?

Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter (gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.

Pulse Oximeter


Bantu saya sebarkan dalam group-group whatsapp info ini agar kes kematian di rumah disebabkan Covid-19 takkan berlaku lagi.

...

Jadi kesimpulannya, salah satu simptom Covid-19 ialah kita akan mengalami kekurangan bekalan oksigen tanpa disedari.

Dengan adanya benda ni, sekurangnya kita boleh ukur paras oksigen dan pastikan tidak kurang 95%. Kalau kurang sangat daripada tu, boleh cepat2 serah diri ke hospital.

Lekas beli, mana tahu boleh bantu menyelamatkan nyawa. Harga seketul cuma RM35. Setiap rumah kena ada satu.

Klik gambar untuk dapatkan



Boleh klik sini terus: bit.ly/3wRNlDh


Cara Penggunaan Yang Betul

Hanya perlu ketipkan di hujung jari dan bacaan yang normal adalah 95% ke atas.

Dan nak dapatkan bacaan yang tepat, kena pastikan: 
1. jari kering
2. tidak memakai perhiasan jari seperti cutex
3. ketip penuh hujung jari

Jomlah grab satu untuk mak ayah kita di kampung, satu untuk kita sekeluarga. 1 rumah 1 benda alah ni.

Sekurangnya boleh jadi langkah pertama untuk pemeriksaan kendiri.

Usaha pelengkap tawakkal.

Boleh dapatkannya di sini:

Semoga Allah lindungi kita semua daripada wabak penyakit ini. Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign