6 Jun 2021

Financial Freedom Dalam Tempoh 3-5 Tahun!

Sepanjang ikuti training, seminar, kelas dan semua function yang #PGG100Network sediakan, saya fikir semalam merupakan hari yang paling mencabar sekali.

Saya konsisten join Mini PGG100Network Leadership Training (PLT) setiap bulan.


Dari hal blackout, hp habis batery, line internet semput mengalahkan siput sampai berpuluh-puluh kali masuk keluar zoom sebab line tak stabil sampailah terpaksa berkurung dalam kereta berjam-jam semata-mata nak tuntut ilmu!

Namun, sangat berbaloi dapat ikuti semuanya walau ada part2 yang mungkin terlepas. Itu luar daripada bidang kawalan.

Apa yang penting, ada masalah? Usaha cari jalan, bukan alasan.

Alhamdulillah.

#MiniPLT kali ini dimulakan dengan amanat daripada Mentor Mohd Zulkifli Shafie. Macam biasa, setiap kali beliau buka mulut, auranya memang luar biasa!

Mentor Mohd Zulkifli Shafie

Kemudian dibasuh pula kaw kaw oleh 9 orang Master Dealer yang super hebat. 

Setiap sesi mengupas tajuk-tajuk penting sebagai persediaan untuk dealer yang serius mahu membina bisnes sehingga benar-benar mencapai Financial Freedom yang diidamkan oleh semua orang.

Ini adalah training penting untuk membina mindset bebas kewangan dengan platform yang disediakan oleh Public Gold.

Dan akhirnya majlis ilmu sepanjang hari semalam di tutup dengan penampilan istimewa Mahaguru Emas tuan Syukor Hashim yang telah membongkarkan rahsia untuk menjadi #NextMohdZulkifli.

Mahaguru emas Tuan Syukor Hashim


Fuhhh..!

Terima kasih pada semua speaker dan seluruh team commitee yang telah bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan program berjalan lancar.

Begitulah. Kerja jadi mudah bila dibuat bersama-sama. Masing-masing menyumbang kepakaran yang ada walau tak dibayar walau 1 sen pun.

Inilah circle yang saya sangat suka duduk di dalamnya dan tercari-cari lama sudah. Semuanya saling menyokong dan menguatkan.

Dan memang tak pelik lah #G100Network boleh jadi group dealer paling pantas berkembang. Rahsianya terletak pada support education system yang sentiasa ditambah baik setiap hari walaupun sehingga kini dah ada lebih 20 sesi/program sebulan!


Kata kuncinya I L M U


Kawan yang mulia,

Allah SWT sendiri menjamin akan meninggikan darjat orang-orang berilmu dan memudahkan segala urusan dunia dan akhiratnya sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11:


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.“



Imam Syafie juga pernah berkata:

مَنْ اَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَ اْلاَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang ingin berjaya di dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang ingin berjaya di akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang ingin berjaya pada keduanya (dunia dan akhirat) maka hendaklah dengan ilmu.”


Bukan Soal Duit Lagi

Kawan-kawan,

Fokus kami bukan lagi tentang nak buat duit banyak tapi ke arah mencapai financial freedom. 

Kata mentor kami, kalau nak buat duit banyak, semua bisnes boleh buat duit. 

Nak lagi cepat buat duit, berniaga nasi lemak. 

Hakikatnya FINANCIAL FREEDOM ni pengakhiran kewangan kita nak capai. Sebab satu masa nanti kita pasti tak mampu lagi bekerja tapi perlukan duit. Kita nak duit tetap masuk walaupun kita tak lagi bekerja.

Dan ada 2 quadrant je untuk kita capai passive income menurut Robert Kiyosoki iaitu:

1. Investor. Contoh daripada pelaburan hartanah yang ada positive cashflow 
2. Bussiness owner


Maksud sebenar Financial Freedom

"Debt free" =/= "financial freedom".

Kalau di rekod bank tak ada hutang, tapi masih mengharapkan kerja untuk ada 'income'. Itu belum dikira "financial freedom".

Financial freedom lain, debt free lain, financially secure lain, financially stable lain.

Takrifan sebenar menurut mentor kewangan saya ialah seperti berikut:

1. "Financially stable" - Pendapatan bulanan cukup untuk tampung keperluan dan hidup dalam selesa, boleh buat simpanan, dan hujung bulan tak berlaku "cashflow tersepit".

2. "Debt-free" atau Zero debt (bebas hutang) - Bebas dari segala hutang-hutang yang memiskinkan kita 5 tahun akan datang & membebankan fikiran kita.

3. "Financially secure" - Mempunyai simpanan dana kecemasan berjumlah 6-12 bulan perbelanjaan,. Maksudnya berlaku apa2 kepada kita, pendapatan kita terjejas, kita boleh survive selama setahun tanpa ada sebarang pendapatan.

Financial security adalah tentang financial survivability.

4. "Financially free" - Tak perlu fikir tentang duit dan tak bergantung kepada kudrat semasa untuk dapat pendapatan. Keadaan ini hanya dicapai apabil PENDAPATAN PASIF bulanan melebihi komitmen/perbelanjaan bulanan.

Mesti PENDAPATAN PASIF. Kalau pendapatan aktif, belum "free", baru "stable". Anything berlaku, kewangannya akan tergugat.

Jadi kawan, jom kita usahakan salah satu untuk miliki kebebasan masa dan wang 3-5 tahun daripada sekarang!

Bismillah.💪🏻

Hidayah Abdul Kadir,
Public Gold Bussiness Owner
+6011-11989680

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign