22 Jun 2021

Nak Simpan Dalam Akaun ASB atau Akaun Emas?


Malam tadi sengaja godek2 tabungan ASB diri sendiri dan anak. Rupanya sekarang dah boleh cek dan withdraw duit daripada akaun asb secara online.

Tapi hanya boleh buat pengeluaran RM500 sahaja sebulan dengan hanya 3 kali transaksi. Setiap transaksi minima RM100. 

Bila tengok jadual, baru perasan dividen asb semakin mengecil. Nak dapat 7% tu macam mustahil dah.😅

Ini fakta bukan auta


Bukan saya yang kata, itu kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali.

Sedar tak sedar tabung ASB dah 5 angka.. Ini hasil daripada menyimpan paksa setiap bulan. Bila ada duit, pejam mata, terus transfer sikit ke tabung ASB. Konsisten walau sedikit sampai jadi tabiat.

Boleh cek ASB online di www.myasnb.com.my


Kalau biarkan je dalam akaun bank, sekejap je la lesap.😅 Saya suka simpan dalam ASB sebab duit tu susah nak dikeluarkan. Tapi itu dulu la... Sekarang dah boleh keluarkan secara online juga walaupun terhad. Risau juga bocor.

Sejak dulu, saya pilih untuk pelbagaikan simpanan dan pelaburan.

Tapi memandangkan ASB tak boleh bagi pulangan yang baik seperti 10 tahun lalu, jadi harini saya ambil keputusan, keluarkan sebahagian dan tukarkan ke dalam bentuk emas supaya simpanan tu lebih kekal bertahan.


Kenapa emas?

Sebab emas konsisten, walau harganya ada naik turun dalan jangka pendek. 

Tapi secara purata meningkat sehingga 10% untuk tempoh 20 tahun! Kenaikan ni jauh lebih tinggi dari pelaburan ASB dan simpanan tetap di bank.

Asb vs TH vs Emas

Jadi, nak simpan dalam ASB atau Emas?

Lebih baik kita ikut je kata pakar kewangan. Simpan tunai dalam ASB, TH atau dalam bank sekadar keperluan sahaja atau bersamaan 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan.

Selebihnya untuk simpanan jangka masa panjang lebih sesuai disimpan dalam bentuk aset emas sebab ianya kalis inflasi. Dan paling penting ianya kalis boros!

Kalau kalian nak buat simpanan paksa dengan emas, antara cara yang paling berkesan adalah disiplinkan diri dengan menabung dalam #AkaunEmasGAP. Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 setiap kali belian. Tiada komitmen bulanan.

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

Saya boleh guide sebaiknya.

Hidayah Abdul Kadir,
+6011 1198 9680

15 Jun 2021

Harga Emas Jatuh, Apa Perlu Buat?

Ramai orang takut nak beli emas sebab takut harga emas jatuh.

Sebenarnya, beli emas ni, duit tak habis macam kita beli barang. Duit tu hanya bertukar bentuk kepada yang lebih baik.

Iaitu emas. 

Selagi kita anggap beli emas ni macam beli barang, memang susah kita nak bermula. 

Jadi, betulkan mindset dulu ya, 

Beli emas ni maksudnya simpan duit. 

Bila duit dah bertukar bentuk pada emas, ianya bukan saja kalis bocor bahkan kalis inflasi.

Jadi hari ni saya kongsikan apa boleh kita buat bila emas turun banyak.


1. Peluang untuk tambah GRAM emas simpanan

Bila harga emas jatuh banyak seperti hari ni, ia adalah bonus.

Ini peluang kita beli aset mahal pada harga yang murah!

Bila gram bertambah, lagi cepat kita capai matlamat kewangan kita dengan emas.

Bagi yang sudah ada akaun emas GAP, boleh follow video ni untuk topup simpanan Emas menggunakan apps GAP di:


Jadilah penyimpan emas yang sentiasa tersenyum



2. Peluang buat pemurataan harga menggunakan teknik averaging cost.

Sebagai pelabur dan penyimpan emas “teknik kos pemurataan” sesuai digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan jangkamasa yang panjang.

Umumnya dalam jangkamasa panjang, harga emas akan naik tinggi.

Dalam jangkamasa pendek pula, harga emas ada turun dan naik.

Katakan pada tahun 2016 pernah beli pada harga RM1,500. Hari ini pada tahun 2020 beli lagi 10 gram kedua pada harga RM2,200. Purata harga ialah:

(RM1,500 + RM2,200) bahagi dua keping bersamaan RM1,850 untuk setiap satu ketul 10 gram.

Haa nampak tak? Jadi, tak perlu nak kalut tengok harga emas jatuh. Ia adalah normal bagi orang yg menyimpan emas.

Apa yang anda perlu fikirkan,

“Kalau aku tambah lagi 10 gram, berapa ‘average cost’ aku dapat jika tambah pembelian yang pertama dulu.”

Katakan anda buat belian emas 1gram setiap bulan dalam akaun emas GAP.

Beli saja walau apapun harganya. Apa yang penting adalah konsisten 1 bulan 1 gram.

Bulan pertama: RM192

Bulan Ke-2: RM189

Bulan Ke-3: RM186

Bulan Ke-4: EM185

Bulan Ke-6: RM190

Bulan Ke-7: RM188

Bulan Ke-8: RM191

Bulan Ke-9: RM184

Bulan Ke-10: RM196

Bulan Ke-11: RM189

Bulan Ke-12: RM200


Purata belian 1 Gram Emas yang dibeli dari bulan 1 hingga bulan 12 adalah :

(RM 192 + RM 186 + RM 185 + RM 190 + RM RM188 + RM191 + RM184 + RM196 + RM189 + RM200 ) bahagi 12 bulan = RM174.10

Maksudnya disini ialah purata harga 1 gram yang anda beli sepanjang 12 bulan ialah RM174.10 sahaja.

Inilah yang disebut sebagai teknik pemurataan atau ‘averaging cost’.


Kawan-kawan,

Kebaikan harga emas turun naik dan kalau ada matlamat jelas seperti ini ialah kalian berpeluang beli emas pada harga diskaun.

Haa begitu.


3. Peluang beli emas kaedah EPP

Gunakan kaedah EPP untuk tambah simpanan emas serendah 1 Dinar atau 10gram.

Sebab kita boleh mengunci harga emas pada hari ni untuk 4 atau 10 bulan akan datang. Walaupun harga emas naik lepas ni, kita tetap bayar harga emas murah hari ni.

Jadi, boleh ambil peluang hari ini untuk tambah simpanan emas.

Takut dah tak jumpa lagi harga cantik begini akan datang.

Bagi yang belum pernah simpan emas di Public Gold, klik sini.. Saya bantu sebaiknya hari ni.

Hidayah Abdul Kadir,
Active Dealer Public Gold
+601111989680

10 Jun 2021

Pembunuh Senyap Covid! Alat Ini Boleh Jadi Penyelamat

Kebelakangan ni dah heboh tentang fenomena Happy hypoxia (HH) yang dikesan dalam kalangan pesakit COVID-19.

Senang faham, HH ni adalah keadaan di mana pesakit mengalami paras oksigen rendah dalam darah tanpa gejala nyata seperti susah bernafas. Pesakit kelihatan ‘sihat’ tapi akhirnya kritikal.

Saya kongsikan tulisan Dr Ahmad Samhan:


Ini pembunuh senyap covid!

Tahu tak apa itu Happy Hypoxia?

Happy bukan maksudnya gembira?

Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?

Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.

Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.


Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia?

Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter (gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.

Pulse Oximeter


Bantu saya sebarkan dalam group-group whatsapp info ini agar kes kematian di rumah disebabkan Covid-19 takkan berlaku lagi.

...

Jadi kesimpulannya, salah satu simptom Covid-19 ialah kita akan mengalami kekurangan bekalan oksigen tanpa disedari.

Dengan adanya benda ni, sekurangnya kita boleh ukur paras oksigen dan pastikan tidak kurang 95%. Kalau kurang sangat daripada tu, boleh cepat2 serah diri ke hospital.

Lekas beli, mana tahu boleh bantu menyelamatkan nyawa. Harga seketul cuma RM35. Setiap rumah kena ada satu.

Klik gambar untuk dapatkan



Boleh klik sini terus: bit.ly/3wRNlDh


Cara Penggunaan Yang Betul

Hanya perlu ketipkan di hujung jari dan bacaan yang normal adalah 95% ke atas.

Dan nak dapatkan bacaan yang tepat, kena pastikan: 
1. jari kering
2. tidak memakai perhiasan jari seperti cutex
3. ketip penuh hujung jari

Jomlah grab satu untuk mak ayah kita di kampung, satu untuk kita sekeluarga. 1 rumah 1 benda alah ni.

Sekurangnya boleh jadi langkah pertama untuk pemeriksaan kendiri.

Usaha pelengkap tawakkal.

Boleh dapatkannya di sini:

Semoga Allah lindungi kita semua daripada wabak penyakit ini. Aamiin.

6 Jun 2021

Kelebihan Bersama Empayar G100 Network

Ramai orang tanya saya, APA KELEBIHAN BERADA BERSAMA TEAM DEALER G100 NETWORK?

Jadi ini saya kongsikan. Perkara ni kalian takkan dapat di mana-mana.

Jika kalian jadi dealer Public Gold di bawah rangkaian G100Network, apa yang kalian kena tahu adalah;

✅ Anda berada dalam team dealer yang paling pantas berkembang di bawah bimbingan Mentor Tn Mohd Zulkifli Shafie.

✅ Support Education System yang sangat banyak, minima sekitar 20 sessi sebulan.

Antara program-program yang disediakan setiap minggu sepanjang tahun!


1. Seminar Mini-PLT - 1x sebulan

2. New Dealer Orientation - 1x sebulan

3. Pre-MD Dialog Session - 1x sebulan

4. Master Dealer Dialog Session - 1x sebulan

5. Seminar G100 Malaysia - 4x sebulan

6. Seminar G100 Indonesia - 4x sebulan

7. Weekly Business Meeting - 4x sebulan

8. Weekly Group Coaching - 4x sebulan


Dan banyak lagi!


Malah, segala brochure, poster, logo, flyers, ebook, skrip, Telegram malah website juga disediakan.

Nak berjaya dengan platform yang disediakan oleh #PGG100Network bukan lagi persoalan boleh atau tidak tapi nak atau taknak sahaja.

Ya betul.

Dalam #PGG100Network kami sangat tekankan tentang ilmu. Kami percaya, dengan ilmu itulah yang akan mengubah kehidupan seseorang.

Tak kisah apa level sekalipun, program pembelajaran tak pernah habis.

Kita kena terus belajar kalau mahu terus maju dan cipta kejayaan baru.

"Once you stop learning, you start dying" - Albert Einstein

Jumpa kalian di puncak kejayaan!


WITH PG1S, SUCCESS IS PREDICTABLE!!

Financial Freedom Dalam Tempoh 3-5 Tahun!

Sepanjang ikuti training, seminar, kelas dan semua function yang #PGG100Network sediakan, saya fikir semalam merupakan hari yang paling mencabar sekali.

Saya konsisten join Mini PGG100Network Leadership Training (PLT) setiap bulan.


Dari hal blackout, hp habis batery, line internet semput mengalahkan siput sampai berpuluh-puluh kali masuk keluar zoom sebab line tak stabil sampailah terpaksa berkurung dalam kereta berjam-jam semata-mata nak tuntut ilmu!

Namun, sangat berbaloi dapat ikuti semuanya walau ada part2 yang mungkin terlepas. Itu luar daripada bidang kawalan.

Apa yang penting, ada masalah? Usaha cari jalan, bukan alasan.

Alhamdulillah.

#MiniPLT kali ini dimulakan dengan amanat daripada Mentor Mohd Zulkifli Shafie. Macam biasa, setiap kali beliau buka mulut, auranya memang luar biasa!

Mentor Mohd Zulkifli Shafie

Kemudian dibasuh pula kaw kaw oleh 9 orang Master Dealer yang super hebat. 

Setiap sesi mengupas tajuk-tajuk penting sebagai persediaan untuk dealer yang serius mahu membina bisnes sehingga benar-benar mencapai Financial Freedom yang diidamkan oleh semua orang.

Ini adalah training penting untuk membina mindset bebas kewangan dengan platform yang disediakan oleh Public Gold.

Dan akhirnya majlis ilmu sepanjang hari semalam di tutup dengan penampilan istimewa Mahaguru Emas tuan Syukor Hashim yang telah membongkarkan rahsia untuk menjadi #NextMohdZulkifli.

Mahaguru emas Tuan Syukor Hashim


Fuhhh..!

Terima kasih pada semua speaker dan seluruh team commitee yang telah bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan program berjalan lancar.

Begitulah. Kerja jadi mudah bila dibuat bersama-sama. Masing-masing menyumbang kepakaran yang ada walau tak dibayar walau 1 sen pun.

Inilah circle yang saya sangat suka duduk di dalamnya dan tercari-cari lama sudah. Semuanya saling menyokong dan menguatkan.

Dan memang tak pelik lah #G100Network boleh jadi group dealer paling pantas berkembang. Rahsianya terletak pada support education system yang sentiasa ditambah baik setiap hari walaupun sehingga kini dah ada lebih 20 sesi/program sebulan!


Kata kuncinya I L M U


Kawan yang mulia,

Allah SWT sendiri menjamin akan meninggikan darjat orang-orang berilmu dan memudahkan segala urusan dunia dan akhiratnya sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11:


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.“



Imam Syafie juga pernah berkata:

مَنْ اَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَ اْلاَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang ingin berjaya di dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang ingin berjaya di akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang ingin berjaya pada keduanya (dunia dan akhirat) maka hendaklah dengan ilmu.”


Bukan Soal Duit Lagi

Kawan-kawan,

Fokus kami bukan lagi tentang nak buat duit banyak tapi ke arah mencapai financial freedom. 

Kata mentor kami, kalau nak buat duit banyak, semua bisnes boleh buat duit. 

Nak lagi cepat buat duit, berniaga nasi lemak. 

Hakikatnya FINANCIAL FREEDOM ni pengakhiran kewangan kita nak capai. Sebab satu masa nanti kita pasti tak mampu lagi bekerja tapi perlukan duit. Kita nak duit tetap masuk walaupun kita tak lagi bekerja.

Dan ada 2 quadrant je untuk kita capai passive income menurut Robert Kiyosoki iaitu:

1. Investor. Contoh daripada pelaburan hartanah yang ada positive cashflow 
2. Bussiness owner


Maksud sebenar Financial Freedom

"Debt free" =/= "financial freedom".

Kalau di rekod bank tak ada hutang, tapi masih mengharapkan kerja untuk ada 'income'. Itu belum dikira "financial freedom".

Financial freedom lain, debt free lain, financially secure lain, financially stable lain.

Takrifan sebenar menurut mentor kewangan saya ialah seperti berikut:

1. "Financially stable" - Pendapatan bulanan cukup untuk tampung keperluan dan hidup dalam selesa, boleh buat simpanan, dan hujung bulan tak berlaku "cashflow tersepit".

2. "Debt-free" atau Zero debt (bebas hutang) - Bebas dari segala hutang-hutang yang memiskinkan kita 5 tahun akan datang & membebankan fikiran kita.

3. "Financially secure" - Mempunyai simpanan dana kecemasan berjumlah 6-12 bulan perbelanjaan,. Maksudnya berlaku apa2 kepada kita, pendapatan kita terjejas, kita boleh survive selama setahun tanpa ada sebarang pendapatan.

Financial security adalah tentang financial survivability.

4. "Financially free" - Tak perlu fikir tentang duit dan tak bergantung kepada kudrat semasa untuk dapat pendapatan. Keadaan ini hanya dicapai apabil PENDAPATAN PASIF bulanan melebihi komitmen/perbelanjaan bulanan.

Mesti PENDAPATAN PASIF. Kalau pendapatan aktif, belum "free", baru "stable". Anything berlaku, kewangannya akan tergugat.

Jadi kawan, jom kita usahakan salah satu untuk miliki kebebasan masa dan wang 3-5 tahun daripada sekarang!

Bismillah.💪🏻

Hidayah Abdul Kadir,
Public Gold Bussiness Owner
+6011-11989680

4 Jun 2021

10 Tips Jimat Belanja

Jika kita tidak mampu TAMBAH PENDAPATAN, belajar JIMATKAN PERBELANJAAN. Baru kita jadi jejaka tampan & jelitawan.

1. Bandingkan harga sebelum beli.

2. Beli barang dapur dalam jumlah banyak. Beli sikit sikit jadikan kita rugi.

3. Tukar pada jenama lebih murah, jenama Mydin pun tidak ada yang salah.

4. Beli belah online sahaja. Jimat masa, wang dan tenaga. Selamat daripada terdedah dengan risiko wabak covid juga.

5. Belanja dengan bijaksana di platform yang tawar 'profit sharing' bukan menguntungkan sebelah pihak sebab kejar sales.

6. Ubah kebiasaan dengan mula shopping di #PGMall. Selain dapat cashback reward setiap kali belanja, dapat juga peluang tambah pendapatan.

Zaman ini kita hanya cukup cukup makan jika bergantung satu pendapatan.

7. Tak perlu jadi seller untuk buat duit. Pelanggan biasa pun berpeluang membina pendapatan dengan 'lifetime cash back' yang ditawarkan.

8. Selagi mana orang yang kita rekemen belanja di platform yang sama, maka kita akan terus menikmati cash back selamanya.

9. Buat kerja sekali iaitu tolong rekeman tempat shopping kepada kawan, tetapi income masuk berkali-kali sampai kita pun boleh sawan.

10. Tukarlah tempat berbelanja kita dengan hanya di PG Mall dan jadi tokey kepada gedung beli belah yang besar tanpa sebarang modal!

Tidak semua orang bijak tambah wang, jika kita belum mampu, mulakan dengan berjimat dalam berbelanja dahulu.

Jom Shopping barangan MyDin secara online dengan PGMall.

Klik sini terus: https://bit.ly/3dg9mT5

Mydin di PG Mall


Kawan-kawan,

Wabak Covid yang hadir sejak tahun lepas betul-betul banyak mengubah ladskap hidup kita semua termasuklah cara berbelanja.

Kalau dulu kita boleh berbondong-bondong sekeluarga bebas membeli belah di shopping mall dan pasar setiap hujung minggu, kali ini tidak lagi.

Kita terpaksa terima norma baru demi keselamatan diri, keluarga dan orang-orang yang kita sayang.


Hari ini,

Nak tak nak, kita mesti belajar beli barang keperluan harian termasuk barang dapur secara online saja.

Barang basah pun kalau boleh dapatkan secara online lebih baik. Sesetengah tempat ada sediakan servis bagitu.

Tapi setakat ni, di kawasan saya tinggal belum jumpa lagi. Jadi tuan suami akan keluar rumah hanya apabila betul2 perlu untuk topup barang basah sekurangnya untuk stok 2 minggu atau sebulan terus.

Barangan kering macam biasa saya dapatkan semua (seperti dalam gambar) di Mydin PG Mall.

Pelbagai barang keperluan dari Mydin

Kadang harga dia lagi murah daripada kita beli kat luar atau platform shopping online lain. Cuma kena pandai borong time ada promo.

Ok sekarang ada penghantaran percuma apabila berbelanja RM30 ke atas tau.

Cuma guna kod: 𝗣𝗣𝗙𝗠𝗖𝗢
Kod ini boleh digunakan sebanyak 2 kali.

Jika kalian merupakan pelanggan Public Gold, automatik anda sudah ada akaun PGMall. Boleh login terus guna pgcode dan password yang sama.

Bagi yang belum ada akaun boleh daftar PERCUMA sahaja di sini:

📲 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮


Kenapa saya prefer belanja di PG Mall?


1. Setiap kali kalian berbelanja keperluan di PG Mall, kalian akan dapat cashback balik dari 0.5% hingga 2%.

2. Kalian berpeluang membina empayar bisnes sendiri. Hanya dengan #Share platform beli belah ini kepada kawan-kawan, setiap kali mereka belanja, kalian dan kawan-kawan tadi juga akan dapat cashback 0.5%. Bukan sekali. Tapi berkali-kali sampai bila-bila. Lifetime orang jawa kata.

Tak perlu simpan stok. Zero modal. Tak ada risiko. Risiko untung je.

Modalnya rajin.
Kalau malas, apa pun tak jadi.

3. Cashback yang diterima tadi boleh buat belanja bulanan. Kan dah banyak jimat tu.

Boleh la jadikan sebagai pendapatan tambahan atau fokus betul-betul sampai jadi main income sebab dah ada yang jana 4-5 angka sebulan.

Sekaranglah masanya kita nak bina income yang boleh beranak pinak walaupun ketika kita sedang tidur. 'Keting keting keting' bunyi cashback reward masuk setiap masa, setiap hari sampai kalian sendiri yang akan off notification.


Best kan?

Buat dulu, faham kemudian. Siapa buat dia dapat. Siapa buat cepat dia cepat untung.

Terima kasih PG Mall kerana menyediakan platform yang hebat ini kepada kami semua.

Bukan sahaja boleh jimat belanja tapi menjana pendapatan pula semudah A B C pula.

Sekian.

#StaySafe & #StayAtHome




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign