9 Mac 2021

Kedai Emas Diserang

Kelmarin, setelah sekian lama terperap dalam rumah, kami sekeluarga keluar berjemaah dengan tujuan membeli barang keperluan. 

Apa yang saya perhati, di mana-mana kedai emas penuh dengan manusia, bagai semut menghurung gula. Beratur panjang.. berkerumun orang kata.

Mulakan simpanan emas sekarang!

Kawan..

Mungkinkah ramai lagi yang tidak tahu bahawa barang kemas TIDAK SESUAI untuk pelaburan yang baik masa depan?

Asasnya, emas ada 3 kategori;

1. Jongkong emas
2. Syiling emas
3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas (Dinar Emas) dan jongkong emas (Gold Bar) yang boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan.

Barang kemas hanyalah bertujuan untuk perhiasan dan kecantikan sahaja dan ianya tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. 

Walaupun harga emas berada di paras yang rendah sekarang, belilah emas yang bagus untuk pelaburan masa hadapan. 

Harga emas turun didorong oleh: (1) Hubungan China Amerika dilihat semakin baik (2) Vaksin telah mula ada dipasaran dan (3) Presiden Amerika yang baru lebih meyakinkan dari sebelumnya.



Kenapa barang kemas tidak sesuai?

1. Susut Nilai Sangat Tinggi.

Berbanding kita beli emas pelaburan (gold bar dan dinar), barang kemas ada susut nilai dari harga kita beli antara 25%-40%! Dah macam beli kereta.

2. Kos Upah Tinggi.

Semakin pelik design barang kemas kita, makin tinggi upahnya. Malah ada kedai manipulasi upah untuk dapat keuntungan lebih tinggi.

3. Harga Lebih Tinggi.

Harga barang kemas ditentukan oleh Persatuan Pekedai Emas (FGJAM). Mereka biasanya tetapkan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran emas semasa selalunya.

4. Lambat Naik Harga!

Harga barang kemas ini bila naik harga, kedai akan cepat update harga baru. Bila harga turun, mereka akan lambat turunkan harga dan kekal beberapa bulan pada harga lama biasanya. Kena rajin semak harga semasa.

5. Mudah Rosak.

Bila kerja tangan semakin halus, terputus, patah, kemek, bengkok dan hilang boleh berlaku. Semakin kita selalu guna peluang rosak dan hilang tetap ada.

Kesimpulannya, jika anda nak beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, gold bar atau dinar adalah item yang terbaik kerana ianya dikeluarkan khas dengan ciri-ciri yang sesuai untuk PELABURAN.

Sedangkan, barang kemas pula dikeluarkan khas untuk tujuan PERHIASAN. 




Kawan kawan,

Walau saya aktif mengajak ramai orang menyimpan emas, saya tetap galakkan orang ramai simpan emas pelaburan bukannya emas perhiasan.

Jika ada duit lebih dan teringin nak merasa barang kemas ditangan.. silakan sahaja kawan, masing masing ada keinginan berbeza janji bahagia. 


Fitrah wanita itu sukakan kecantikan.  Lebih baik juga beli emas perhiasan dari beli kasut, baju dan tudung yang beribu riban. 😜

Nah, jamu mata di sini. Klik Katalog Barang Kemas 916. Mana tahu ada yang berkenan di hati.

Cukup seadanya untuk berhias bukan sampai lemas.

Jangan ghairah ikut-ikut orang sebab ada lebihan duit i sinar ditangan. 

Pandemik ini akan jadi panjang, belilah emas pelaburan bukannya emas hiasan berlebihan.


Hidayah Abdul Kadir,
Beli emas dengan ilmu

...

📲 Ikuti tip terkini tentang emas dan Public Gold di 𝗖𝗛𝗔𝗡𝗡𝗘𝗟 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗚𝗥𝗔𝗠 saya di link https://t.me/tabunghidayah

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign