16 Ogo 2021

Pingat Emas Impian Semua

Beberapa minggu ini, ramai orang cerita bab sukan Olimpik 2020. 

Tapi hari ini saya bukan nak ulas bab sukan sebab saya bukan arif tentangnya. Saya nak kongsikan tentang medal atau pingat yang semua atlet mahu miliki terutamanya pingat emas.


Pingat Emas yang semua orang impikan

Mungkin masih ramai yang tak tahu, medal Tokyo Olimpik 2020 ini diperbuat daripada bahan kitar semula!

Pingat Emas Olimpik 2020

Jepun guna 100% hasil kitar semula untuk menghasilkan pingat Olimpik Tokyo 2020.

Rileks kawan..

Bukan kitar semula sampah tu, tapi kitar semula telefon lama.

Medal Emas, Perak dan Gangsa


1 pingat emas Olimpik Tokyo 2020 mengandungi 6g emas dan 550g perak tulen.

Komponen daripada telefon lama dipecahkan. Kemudian emas, perak dan gangsa akan dikumpulkan.

Kutipan telefon bimbit lama dan terpakai ini dimulakan dari April 2017 sehingga March 2019 dan ianya telah berjaya mengutip sebanyak 6.21 juta telefon bimbit yang boleh dikitar semula. 

Sumber: https://t.co/GzyMdD8dpM

Hasilnya dapat 32 kilogram emas yang berjaya dikumpulkan daripada 6.21 juta telefon bimbit terpakai yang didermakan oleh penduduk Jepun. 

Emas yang berjaya dikumpulkan


Ada emas dalam telefon bimbit kita

Berdasarkan U.S. Geological Survey di dalam sebuah smartphone terdapat kira-kira 0.034 gram emas jika diasingkan.

Jika nak 1 gram anda perlukan 30 buah smartphone, jika nak 1kg emas anda perlukan 29,411 buah smartphone!

Ada hp tak guna tu jangan buang ye

Haishh.. takkan nak kumpul 30 buah smartphone untuk dapatkan 1gram emas?

Pengsan!

Baik kumpul dalam akaun emas GAP je. RM 100 dah boleh mula simpan emas sikit-sikit. 😅 Detail lanjut, boleh klik sini terus. 

Dengan adanya platform #AkaunEmasGAP yang disediakan Public Gold, semua orang boleh simpan emas hatta student!


Ok berbalik pada cerita tadi...

Dan ya, itulah juga sebabnya pingat Olimpik ni tak boleh digigit sebab ianya diperbuat dari bahan kitar semula telefon.

Hanya pada musim Olimpik 1904 , 1908 dan 1912, pemenang diberikan pingat EMAS 'SOLID'.

Pingat emas tahun 1912


Pingat EMAS 'SOLID' terakhir pada tahun 1912 itu ialah pada Olimpik di Stockholms, Sweeden,

Pingat EMAS Olimpik sekarang yang terdiri daripada 92.5% perak yang dan disaluti dengan 6g emas nilainya sekitar RM 3,700.

Namun, harga pingat bukan ukuran.

Ini adalah nilaian berdasarkan pada berat logam pingat semata-mata. 

Tak termasuk nilai intangible yang datang dari pengorbanan air mata, jerih peluh dan tuah untuk mendapatkan pingat berprestij tinggi ini sebagai lambang KESUNGGUHAN dan KEAZAMAN mereka menjadi individu TERBAIK. 


Kejayaan Seorang Penyimpan Emas

Acara sukan cuma berakhir apabila pemenang diisytiharkan dan dapat pingat.
 
Penyimpan emas pula cuma dapat touch down di garisan penamat apabila capai matlamat simpanan emas.
 
Matlamat Simpan Emas

Contoh;

1. Dana kecemasan 30g
2. Modal berkahwin 70g
3. Dana pendidikan anak 200g

Dan sebagainya.. 

Pingat (kejayaan) bagi penyimpan emas adalah apabila aset kecil seperti emas dapat dicairkan untuk matlamat masing-masing atau ditukar kepada aset lebih besar macam hartanah.

Tak mudah tapi tak mustahil jika ada kuasa KONSISTEN.

Kuasa konsisten


Kejayaan bukan tentang buat perkara besar, tetapi perkara kecil yang dibuat secara berterusan, hingga menjadi kebiasaan (tabiat).

Semoga kalian semua terus istiqamah menabung emas dan seterusnya menjadikan kewangan peribadi lebih sihat daripada sebelumnya.

InsyaAllah.


Hidayah Abdul Kadir,
16 Ogos 2021 | 12:50 malam

13 Jul 2021

Moratorium dan i-Citra Peluang Tambah Simpanan

Kemarau kali ini tidak pasti bila kesudahannya. Jadi, apabila dapat duit Moratarium dan i-Citra, gunakan sebaiknya. 

Pastikan simpan untuk cukupkan dana kecemasan 6 hingga 12 bulan dahulu. Selebihnya baru fokus bayar hutang.

Ini bagi memastikan kita tidak buat hutang baru jika ada hal-hal kecemasan.

Kawan-kawan,

Dana kecemasan sepatutnya disimpan dalam bentuk tunai di bank. Tetapi bagi sesiapa yang ada masalah untuk bertahan dari masalah kebocoran simpanan, emas boleh dijadikan simpanan kecemasan juga sebab EMAS ADALAH TUNAI, cuma dalam bentuk berbeza.

Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja untuk dapatkan tunai segera.


Peluang Tambah Simpanan


Hari ini...

Fokus kepada menabung, menabung dan menabung. Fokus tingkatkan tabungan supaya kubu kekayaan kita lebih bertahan.



Ingat, bertahan daripada tidak jatuh miskin jauh lebih penting daripada mengejar kekayaan.


Alhamdulillah, ramai yang tarik nafas lega semalam sebab dah boleh buat permohonan keluar i-citra.

Ada 2 sebab kerajaan laksanakan inisiatif ini:

1. Bantu rakyat yang terjejas pendapatan

2. Bagi yang tidak terjejas, golongan ini akan berbelanja untuk rancakkan ekonomi.

Buat rakan-rakan yang pendapatannya terkesan akibat pandemik ini, manfaatkanlah peluang ini sebaiknya. Berbelanja secara hemat cermat dan cari peluang tambah pendapatan.

Jangan sesekali join skim cepat kaya (SCAM). Hati-hati dengan scammer. Boleh rujuk alert list BNM untuk kita semak : https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list


Rakan-rakan yang tidak terjejas pendapatan, jangan ulangi kesilapan peluang yang kita dapat tahun lepas. Pastikan kali ini kita ambil peluang simpan sebanyak yang boleh.

Covid-19 ini sesuatu yang amat luar biasa. Tak tahu bila akan habis. Di luar negara.. lepas habis satu variant, variant lain pulak yang hadir. Sampai perlu ada suntikan ke3!! sampai bila nak habis? wallahua'lam.

Bagi yang pendapatan tak terjejas.. jangan joli sakan. Ingat dan ingat.. simpan sebaiknya. Jadikan peluang ini untuk kita tambah simpanan. KWSP adalah wang dana persaraan. Sepatutnya kita akan guna duit ini waktu bersara nanti.. beringat-ringatlah.

Antara tempat yang selamat untuk kita simpan untuk jangka panjang adalah seperti Tabung Haji, ASB dan Emas. 3 instrument ini adalah yang paling selamat yang saya boleh cadangkan.

I Citra adalah dana persaraan kita


I-Citra ni sama je macam I-Sinar. Dua-dua sebenarnya dana persaraan kita esok lusa.

Jadi, berpada-padalah dalam belanja. Belanja, jangan sampai habis. Simpan, biar tak tiris.


Emas Ubat Kebocoran Wang


Jika kita faham maksud inflasi dan nak elak duit itu tersalah guna dan bocor, alihkan kepada aset emas. Ini apa yang saya buat tahun lepas untuk uruskan duit moratorium, i-lestari dan i-sinar.

Alhamdulillah, simpanan itu masih ada elok tak terusik. Ianya akan jadi simpanan masa depan yang kita tak tahu lagi apa kebarangkalian yang akan berlaku.

“Sediakan payung sebelum hujan”

Ayuh rakan-rakan!! Kita bersedia sebaiknya.💪

7 Jul 2021

Sumbangan Bakul Makanan

Banyakkan sedekah waktu sempit begini supaya tidur kita lebih nyenyak. Kerna sedekah itu tidak terletak pada kaya hartamu tetapi kaya hatimu.

Sebagai tanda sokongan kempen #benderaputih, saya nak mengajak sahabat budiman sekalian untuk sama-sama bagi sumbangan BAKUL MAKANAN kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan.

Boleh mulakan dengan kaum kerabat dan orang yang terdekat dengan kita dahulu.

Kalau rasa nak bagi bantuan makanan kepada mak ayah, adik-beradik, sedara atau kawan yang memerlukan dengan mudah, kalian boleh dapatkan di Mydin. #PGMall akan terus pos ke rumah.

Tak perlu keluar rumah untuk beli satu persatu barang tersebut beruncit-runcit, kemudian nak packing lagi. Leceh. Makan banyak kos. Risiko tinggi pun iya juga.

Saya fikir ini salah satu inisiatif yang sangat baik untuk kita dapatkan barang makanan asas dengan mudah samada untuk diri sendiri atau untuk di sedekahkan.

Ada pakej combo serendah 30 hingga beratus-ratus. Ikut bajet masing-masing.

🔴 Kita Jaga Kita Box RM 30 

🛒 bit.ly/2TxJ1e6

🔴 Duduk Rumah Box RM 50 

🛒 bit.ly/3xe2Tlj

🔴 Lindungi Diri Box RM 80 

🛒 bit.ly/36fFN1z


🔴 Permai Box RM 100

🛒 bit.ly/3he6zxX



Pilih pakej > isi alamat penerima > buat bayaran. Selesai. Anda dapat cashback dan barang akan sampai kepada penerima.

Contoh order saya untk mak di kampung


Alhamdulillah, saya sendiri belikan barang dapur untuk bonda tercinta yang jauh di mata. 

Tak perlu Orang tua kita keluar rumah bersesak-sesak mencari keperluan asas. Dapat minimakan risiko penyebaran dan putuskan rantaian covid19.

Syukur sangat ada inisiatif begini. Next, boleh grab combo sebegini untuk bantu mereka yang kita tahu berada dalam kesusahan, sebab antara sedekah yang paling baik adalah dalam bentuk makanan. InsyaAllah. 


BERKAT BUAT BAIK PADA IBU BAPA 

Kita hidup senang, ada semua serba serbi cukup semuanya sebab berkat doa ibu bapa kita.

Maka kembalikanlah kebaikan mereka dengan khidmat terbaik buat mereka. Semoga dengan redhanya mereka terhadap kita, kita mendapat redha Allah selamanya. 

Alhamdulillah sampai je 'bakul makanan' yang saya order online 2 hari lepas, terus saya dapat doa khusus daripada mak tanpa dipinta. Doa ini yang mahal. Lagi mahal daripada emas! 

Erti hidup pada memberi


Tipsnya mudah. Mesti bagitahu orang yang kita sayang, apa target kita, apa kita nak supaya kita dapat restu dan doa sekaligus. Hehe.

Okeyh, kalau kalian ada hajat juga mahu poskan 'kegembiraan' (kombo barang dapur) untuk ayah bonda di kampung atau kepada mereka yang memerlukan sebagai sedekah, boleh klik je link combo pilihan di atas ya.

Kawan-kawan,

Kata guru saya, kadang-kadang dengan pemberian waktu beginilah kita akan dapat doa-doa dari orang soleh dan doa para ibu yang sentiasa makbul doanya.

Teruskan memberi walau sekecil cuma, walau kita pun dalam kesusahan. Ikutlah kadar kemampuan kita. Allah Maha tahu. Mulakan dulu dengan berbuat baik pada orang tua dan kaum kerabat kita.

Ingat kawan, mencintai ibu bapa adalah perbuatan yang disayangi Allah. 

Cubalah. Dan lihatlah bagaimana Allah dengan bergayanya menghantar rezki melimpah ruah kepada kalian dalam pelbagai bentuk. 

Selepas itu, banyakkanlah bersyukur. Sebab janji Allah dalam Al-Quran, siapa yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat.

Begitulah.

Jom kita berlumba-lumba dan bersegera dalam buat kebajikan. Semoga Allah redha. Fastabiqul Khairat.

Sebarkan. Supaya lebih ramai cakna dan hidup kita lebih bermakna.

Hidayah Abdul Kadir,
Erti hidup pada memberi

2 Jul 2021

Tarik Aura Kekayaan Dengan Gold Bar Limited Edition

Saya fikir, ini antara tempat yang kita semua nak sangat pergi walau sekali dalam hidup selain Makkah. Mudah-mudahan kita semua diberi peluang untuk ke sana selepas Covid19 pergi....

Tapi sebelum tu, boleh lah simpan dalam bentuk emas dulu. Simpan dan tengok hari-hari emas ni. Ambil auranya.
Gold Bar 1 Gram Edisi Masjid Nabawi
(limited edition)


Coming Soon...


Aura emas menyebabkan kita mahu simpan lebih banyak emas.

Sebab itu orang yang ada masalah tak lekat duit wajib beli emas sebagai simpanan.

Simpan paling minima 1 tahun dan paling baik 2-3 tahun dan rasailah perbezaannya.

Berbeza dengan duit.

Awas! Bila simpan duit dalam bank, jangan selalu tengok baki sebab lama-lama duit tu akan habis. 😂

Gold Bar 1 Gram emas 999 (24K) limited edition ini bakal lahir bulan ini (Julai 2021) selepas Public Gold keluarkan design Masjidil Haram haritu.

Gold Bar 1 Gram Edisi Masjidil Haram

Cantik kan?


Design ini adalah limited edition. Hanya ada 30,000 keping sahaja.

Boleh dikeluarkan melalui Akaun Emas GAP menggunakan servis postage berinsurans (Gold In Transit) sahaja.

Jadi, inilah masa untuk isi peluru siap-siap dalam #AkaunEmasGAP sementara harga emas rendah. 

Ini servis paling baik sepanjang PKP


Sekarang harga retail Gold Bar 1 gram adalah RM 350 sekeping.

Kalau nak dapatkan dengan harga lebih murah, beli melalui kaedah Akaun Emas GAP. Hari ni (2/7/2021) cuma RM 258 + RM 10 (Gold Premium) sahaja. Kos postage RM 10.

Jimat banyak tuh!

Harga retail


APA ITU AKAUN GAP

Nak senang faham, akaun emas GAP ini sama seperti akaun ASB atau Tabung Haji kita.

Tapi Tuan Azizi Ali pakar kewangan sarankan kita simpan emas untuk simpanan jangka masa panjang.

Simpan duit di ASB/TH hanya sesuai untuk jangka pendek sebab trend menunjukkan dividen ASB sangat susah nak cecah 7% pada masa akan datang.

Berbeza dengan emas.

Secara puratanya emas meningkat sehingga 10% untuk tempoh 20 tahun!


Asb vs TH vs Emas


Kata beliau, ASB tak dapat bagi pulangan yang baik seperti 10 - 20 tahun yang lalu.

Tapi emas, ia boleh dikatakan konsisten, walaupun jangka pendek harganya ada turun naik.

Katanya lagi, amat sukar mana2 pelaburan yang boleh bagi keuntungan konsisten untuk tempoh yang panjang.

Pulangan pelaburan tahun 2020


Kesimpulannya:


1. Kalau nak buat simpanan jangka panjang macam dana persaraan, pendidikan anak, dana tunaikan Haji/umrah, dana kecemasan dan sebagainya, simpanlah dalam bentuk emas.

2. Simpan tunai di bank macam ASB, TH dan lain-lain sekadar keperluan sahaja.


Jom ambil tindakan segera.

Mari belajar menabung aset emas di sini.

Join channel t.me/tabunghidayah untuk lebih banyak tip emas, kewangan dan bisnes setiap hari..

Hidayah Abdul Kadir
Authorised Public Gold Dealer (PG054316)
+6011-1198 9680





22 Jun 2021

Nak Simpan Dalam Akaun ASB atau Akaun Emas?


Malam tadi sengaja godek2 tabungan ASB diri sendiri dan anak. Rupanya sekarang dah boleh cek dan withdraw duit daripada akaun asb secara online.

Tapi hanya boleh buat pengeluaran RM500 sahaja sebulan dengan hanya 3 kali transaksi. Setiap transaksi minima RM100. 

Bila tengok jadual, baru perasan dividen asb semakin mengecil. Nak dapat 7% tu macam mustahil dah.😅

Ini fakta bukan auta


Bukan saya yang kata, itu kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali.

Sedar tak sedar tabung ASB dah 5 angka.. Ini hasil daripada menyimpan paksa setiap bulan. Bila ada duit, pejam mata, terus transfer sikit ke tabung ASB. Konsisten walau sedikit sampai jadi tabiat.

Boleh cek ASB online di www.myasnb.com.my


Kalau biarkan je dalam akaun bank, sekejap je la lesap.😅 Saya suka simpan dalam ASB sebab duit tu susah nak dikeluarkan. Tapi itu dulu la... Sekarang dah boleh keluarkan secara online juga walaupun terhad. Risau juga bocor.

Sejak dulu, saya pilih untuk pelbagaikan simpanan dan pelaburan.

Tapi memandangkan ASB tak boleh bagi pulangan yang baik seperti 10 tahun lalu, jadi harini saya ambil keputusan, keluarkan sebahagian dan tukarkan ke dalam bentuk emas supaya simpanan tu lebih kekal bertahan.


Kenapa emas?

Sebab emas konsisten, walau harganya ada naik turun dalan jangka pendek. 

Tapi secara purata meningkat sehingga 10% untuk tempoh 20 tahun! Kenaikan ni jauh lebih tinggi dari pelaburan ASB dan simpanan tetap di bank.

Asb vs TH vs Emas

Jadi, nak simpan dalam ASB atau Emas?

Lebih baik kita ikut je kata pakar kewangan. Simpan tunai dalam ASB, TH atau dalam bank sekadar keperluan sahaja atau bersamaan 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan.

Selebihnya untuk simpanan jangka masa panjang lebih sesuai disimpan dalam bentuk aset emas sebab ianya kalis inflasi. Dan paling penting ianya kalis boros!

Kalau kalian nak buat simpanan paksa dengan emas, antara cara yang paling berkesan adalah disiplinkan diri dengan menabung dalam #AkaunEmasGAP. Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 setiap kali belian. Tiada komitmen bulanan.

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

Saya boleh guide sebaiknya.

Hidayah Abdul Kadir,
+6011 1198 9680

15 Jun 2021

Harga Emas Jatuh, Apa Perlu Buat?

Ramai orang takut nak beli emas sebab takut harga emas jatuh.

Sebenarnya, beli emas ni, duit tak habis macam kita beli barang. Duit tu hanya bertukar bentuk kepada yang lebih baik.

Iaitu emas. 

Selagi kita anggap beli emas ni macam beli barang, memang susah kita nak bermula. 

Jadi, betulkan mindset dulu ya, 

Beli emas ni maksudnya simpan duit. 

Bila duit dah bertukar bentuk pada emas, ianya bukan saja kalis bocor bahkan kalis inflasi.

Jadi hari ni saya kongsikan apa boleh kita buat bila emas turun banyak.


1. Peluang untuk tambah GRAM emas simpanan

Bila harga emas jatuh banyak seperti hari ni, ia adalah bonus.

Ini peluang kita beli aset mahal pada harga yang murah!

Bila gram bertambah, lagi cepat kita capai matlamat kewangan kita dengan emas.

Bagi yang sudah ada akaun emas GAP, boleh follow video ni untuk topup simpanan Emas menggunakan apps GAP di:


Jadilah penyimpan emas yang sentiasa tersenyum



2. Peluang buat pemurataan harga menggunakan teknik averaging cost.

Sebagai pelabur dan penyimpan emas “teknik kos pemurataan” sesuai digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan jangkamasa yang panjang.

Umumnya dalam jangkamasa panjang, harga emas akan naik tinggi.

Dalam jangkamasa pendek pula, harga emas ada turun dan naik.

Katakan pada tahun 2016 pernah beli pada harga RM1,500. Hari ini pada tahun 2020 beli lagi 10 gram kedua pada harga RM2,200. Purata harga ialah:

(RM1,500 + RM2,200) bahagi dua keping bersamaan RM1,850 untuk setiap satu ketul 10 gram.

Haa nampak tak? Jadi, tak perlu nak kalut tengok harga emas jatuh. Ia adalah normal bagi orang yg menyimpan emas.

Apa yang anda perlu fikirkan,

“Kalau aku tambah lagi 10 gram, berapa ‘average cost’ aku dapat jika tambah pembelian yang pertama dulu.”

Katakan anda buat belian emas 1gram setiap bulan dalam akaun emas GAP.

Beli saja walau apapun harganya. Apa yang penting adalah konsisten 1 bulan 1 gram.

Bulan pertama: RM192

Bulan Ke-2: RM189

Bulan Ke-3: RM186

Bulan Ke-4: EM185

Bulan Ke-6: RM190

Bulan Ke-7: RM188

Bulan Ke-8: RM191

Bulan Ke-9: RM184

Bulan Ke-10: RM196

Bulan Ke-11: RM189

Bulan Ke-12: RM200


Purata belian 1 Gram Emas yang dibeli dari bulan 1 hingga bulan 12 adalah :

(RM 192 + RM 186 + RM 185 + RM 190 + RM RM188 + RM191 + RM184 + RM196 + RM189 + RM200 ) bahagi 12 bulan = RM174.10

Maksudnya disini ialah purata harga 1 gram yang anda beli sepanjang 12 bulan ialah RM174.10 sahaja.

Inilah yang disebut sebagai teknik pemurataan atau ‘averaging cost’.


Kawan-kawan,

Kebaikan harga emas turun naik dan kalau ada matlamat jelas seperti ini ialah kalian berpeluang beli emas pada harga diskaun.

Haa begitu.


3. Peluang beli emas kaedah EPP

Gunakan kaedah EPP untuk tambah simpanan emas serendah 1 Dinar atau 10gram.

Sebab kita boleh mengunci harga emas pada hari ni untuk 4 atau 10 bulan akan datang. Walaupun harga emas naik lepas ni, kita tetap bayar harga emas murah hari ni.

Jadi, boleh ambil peluang hari ini untuk tambah simpanan emas.

Takut dah tak jumpa lagi harga cantik begini akan datang.

Bagi yang belum pernah simpan emas di Public Gold, klik sini.. Saya bantu sebaiknya hari ni.

Hidayah Abdul Kadir,
Active Dealer Public Gold
+601111989680

10 Jun 2021

Pembunuh Senyap Covid! Alat Ini Boleh Jadi Penyelamat

Kebelakangan ni dah heboh tentang fenomena Happy hypoxia (HH) yang dikesan dalam kalangan pesakit COVID-19.

Senang faham, HH ni adalah keadaan di mana pesakit mengalami paras oksigen rendah dalam darah tanpa gejala nyata seperti susah bernafas. Pesakit kelihatan ‘sihat’ tapi akhirnya kritikal.

Saya kongsikan tulisan Dr Ahmad Samhan:


Ini pembunuh senyap covid!

Tahu tak apa itu Happy Hypoxia?

Happy bukan maksudnya gembira?

Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?

Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.

Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.


Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia?

Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter (gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.

Pulse Oximeter


Bantu saya sebarkan dalam group-group whatsapp info ini agar kes kematian di rumah disebabkan Covid-19 takkan berlaku lagi.

...

Jadi kesimpulannya, salah satu simptom Covid-19 ialah kita akan mengalami kekurangan bekalan oksigen tanpa disedari.

Dengan adanya benda ni, sekurangnya kita boleh ukur paras oksigen dan pastikan tidak kurang 95%. Kalau kurang sangat daripada tu, boleh cepat2 serah diri ke hospital.

Lekas beli, mana tahu boleh bantu menyelamatkan nyawa. Harga seketul cuma RM35. Setiap rumah kena ada satu.

Klik gambar untuk dapatkan



Boleh klik sini terus: bit.ly/3wRNlDh


Cara Penggunaan Yang Betul

Hanya perlu ketipkan di hujung jari dan bacaan yang normal adalah 95% ke atas.

Dan nak dapatkan bacaan yang tepat, kena pastikan: 
1. jari kering
2. tidak memakai perhiasan jari seperti cutex
3. ketip penuh hujung jari

Jomlah grab satu untuk mak ayah kita di kampung, satu untuk kita sekeluarga. 1 rumah 1 benda alah ni.

Sekurangnya boleh jadi langkah pertama untuk pemeriksaan kendiri.

Usaha pelengkap tawakkal.

Boleh dapatkannya di sini:

Semoga Allah lindungi kita semua daripada wabak penyakit ini. Aamiin.

6 Jun 2021

Kelebihan Bersama Empayar G100 Network

Ramai orang tanya saya, APA KELEBIHAN BERADA BERSAMA TEAM DEALER G100 NETWORK?

Jadi ini saya kongsikan. Perkara ni kalian takkan dapat di mana-mana.

Jika kalian jadi dealer Public Gold di bawah rangkaian G100Network, apa yang kalian kena tahu adalah;

✅ Anda berada dalam team dealer yang paling pantas berkembang di bawah bimbingan Mentor Tn Mohd Zulkifli Shafie.

✅ Support Education System yang sangat banyak, minima sekitar 20 sessi sebulan.

Antara program-program yang disediakan setiap minggu sepanjang tahun!


1. Seminar Mini-PLT - 1x sebulan

2. New Dealer Orientation - 1x sebulan

3. Pre-MD Dialog Session - 1x sebulan

4. Master Dealer Dialog Session - 1x sebulan

5. Seminar G100 Malaysia - 4x sebulan

6. Seminar G100 Indonesia - 4x sebulan

7. Weekly Business Meeting - 4x sebulan

8. Weekly Group Coaching - 4x sebulan


Dan banyak lagi!


Malah, segala brochure, poster, logo, flyers, ebook, skrip, Telegram malah website juga disediakan.

Nak berjaya dengan platform yang disediakan oleh #PGG100Network bukan lagi persoalan boleh atau tidak tapi nak atau taknak sahaja.

Ya betul.

Dalam #PGG100Network kami sangat tekankan tentang ilmu. Kami percaya, dengan ilmu itulah yang akan mengubah kehidupan seseorang.

Tak kisah apa level sekalipun, program pembelajaran tak pernah habis.

Kita kena terus belajar kalau mahu terus maju dan cipta kejayaan baru.

"Once you stop learning, you start dying" - Albert Einstein

Jumpa kalian di puncak kejayaan!


WITH PG1S, SUCCESS IS PREDICTABLE!!

Financial Freedom Dalam Tempoh 3-5 Tahun!

Sepanjang ikuti training, seminar, kelas dan semua function yang #PGG100Network sediakan, saya fikir semalam merupakan hari yang paling mencabar sekali.

Saya konsisten join Mini PGG100Network Leadership Training (PLT) setiap bulan.


Dari hal blackout, hp habis batery, line internet semput mengalahkan siput sampai berpuluh-puluh kali masuk keluar zoom sebab line tak stabil sampailah terpaksa berkurung dalam kereta berjam-jam semata-mata nak tuntut ilmu!

Namun, sangat berbaloi dapat ikuti semuanya walau ada part2 yang mungkin terlepas. Itu luar daripada bidang kawalan.

Apa yang penting, ada masalah? Usaha cari jalan, bukan alasan.

Alhamdulillah.

#MiniPLT kali ini dimulakan dengan amanat daripada Mentor Mohd Zulkifli Shafie. Macam biasa, setiap kali beliau buka mulut, auranya memang luar biasa!

Mentor Mohd Zulkifli Shafie

Kemudian dibasuh pula kaw kaw oleh 9 orang Master Dealer yang super hebat. 

Setiap sesi mengupas tajuk-tajuk penting sebagai persediaan untuk dealer yang serius mahu membina bisnes sehingga benar-benar mencapai Financial Freedom yang diidamkan oleh semua orang.

Ini adalah training penting untuk membina mindset bebas kewangan dengan platform yang disediakan oleh Public Gold.

Dan akhirnya majlis ilmu sepanjang hari semalam di tutup dengan penampilan istimewa Mahaguru Emas tuan Syukor Hashim yang telah membongkarkan rahsia untuk menjadi #NextMohdZulkifli.

Mahaguru emas Tuan Syukor Hashim


Fuhhh..!

Terima kasih pada semua speaker dan seluruh team commitee yang telah bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan program berjalan lancar.

Begitulah. Kerja jadi mudah bila dibuat bersama-sama. Masing-masing menyumbang kepakaran yang ada walau tak dibayar walau 1 sen pun.

Inilah circle yang saya sangat suka duduk di dalamnya dan tercari-cari lama sudah. Semuanya saling menyokong dan menguatkan.

Dan memang tak pelik lah #G100Network boleh jadi group dealer paling pantas berkembang. Rahsianya terletak pada support education system yang sentiasa ditambah baik setiap hari walaupun sehingga kini dah ada lebih 20 sesi/program sebulan!


Kata kuncinya I L M U


Kawan yang mulia,

Allah SWT sendiri menjamin akan meninggikan darjat orang-orang berilmu dan memudahkan segala urusan dunia dan akhiratnya sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11:


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.“



Imam Syafie juga pernah berkata:

مَنْ اَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَ اْلاَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ اَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang ingin berjaya di dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang ingin berjaya di akhirat maka hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa yang ingin berjaya pada keduanya (dunia dan akhirat) maka hendaklah dengan ilmu.”


Bukan Soal Duit Lagi

Kawan-kawan,

Fokus kami bukan lagi tentang nak buat duit banyak tapi ke arah mencapai financial freedom. 

Kata mentor kami, kalau nak buat duit banyak, semua bisnes boleh buat duit. 

Nak lagi cepat buat duit, berniaga nasi lemak. 

Hakikatnya FINANCIAL FREEDOM ni pengakhiran kewangan kita nak capai. Sebab satu masa nanti kita pasti tak mampu lagi bekerja tapi perlukan duit. Kita nak duit tetap masuk walaupun kita tak lagi bekerja.

Dan ada 2 quadrant je untuk kita capai passive income menurut Robert Kiyosoki iaitu:

1. Investor. Contoh daripada pelaburan hartanah yang ada positive cashflow 
2. Bussiness owner


Maksud sebenar Financial Freedom

"Debt free" =/= "financial freedom".

Kalau di rekod bank tak ada hutang, tapi masih mengharapkan kerja untuk ada 'income'. Itu belum dikira "financial freedom".

Financial freedom lain, debt free lain, financially secure lain, financially stable lain.

Takrifan sebenar menurut mentor kewangan saya ialah seperti berikut:

1. "Financially stable" - Pendapatan bulanan cukup untuk tampung keperluan dan hidup dalam selesa, boleh buat simpanan, dan hujung bulan tak berlaku "cashflow tersepit".

2. "Debt-free" atau Zero debt (bebas hutang) - Bebas dari segala hutang-hutang yang memiskinkan kita 5 tahun akan datang & membebankan fikiran kita.

3. "Financially secure" - Mempunyai simpanan dana kecemasan berjumlah 6-12 bulan perbelanjaan,. Maksudnya berlaku apa2 kepada kita, pendapatan kita terjejas, kita boleh survive selama setahun tanpa ada sebarang pendapatan.

Financial security adalah tentang financial survivability.

4. "Financially free" - Tak perlu fikir tentang duit dan tak bergantung kepada kudrat semasa untuk dapat pendapatan. Keadaan ini hanya dicapai apabil PENDAPATAN PASIF bulanan melebihi komitmen/perbelanjaan bulanan.

Mesti PENDAPATAN PASIF. Kalau pendapatan aktif, belum "free", baru "stable". Anything berlaku, kewangannya akan tergugat.

Jadi kawan, jom kita usahakan salah satu untuk miliki kebebasan masa dan wang 3-5 tahun daripada sekarang!

Bismillah.💪🏻

Hidayah Abdul Kadir,
Public Gold Bussiness Owner
+6011-11989680

4 Jun 2021

10 Tips Jimat Belanja

Jika kita tidak mampu TAMBAH PENDAPATAN, belajar JIMATKAN PERBELANJAAN. Baru kita jadi jejaka tampan & jelitawan.

1. Bandingkan harga sebelum beli.

2. Beli barang dapur dalam jumlah banyak. Beli sikit sikit jadikan kita rugi.

3. Tukar pada jenama lebih murah, jenama Mydin pun tidak ada yang salah.

4. Beli belah online sahaja. Jimat masa, wang dan tenaga. Selamat daripada terdedah dengan risiko wabak covid juga.

5. Belanja dengan bijaksana di platform yang tawar 'profit sharing' bukan menguntungkan sebelah pihak sebab kejar sales.

6. Ubah kebiasaan dengan mula shopping di #PGMall. Selain dapat cashback reward setiap kali belanja, dapat juga peluang tambah pendapatan.

Zaman ini kita hanya cukup cukup makan jika bergantung satu pendapatan.

7. Tak perlu jadi seller untuk buat duit. Pelanggan biasa pun berpeluang membina pendapatan dengan 'lifetime cash back' yang ditawarkan.

8. Selagi mana orang yang kita rekemen belanja di platform yang sama, maka kita akan terus menikmati cash back selamanya.

9. Buat kerja sekali iaitu tolong rekeman tempat shopping kepada kawan, tetapi income masuk berkali-kali sampai kita pun boleh sawan.

10. Tukarlah tempat berbelanja kita dengan hanya di PG Mall dan jadi tokey kepada gedung beli belah yang besar tanpa sebarang modal!

Tidak semua orang bijak tambah wang, jika kita belum mampu, mulakan dengan berjimat dalam berbelanja dahulu.

Jom Shopping barangan MyDin secara online dengan PGMall.

Klik sini terus: https://bit.ly/3dg9mT5

Mydin di PG Mall


Kawan-kawan,

Wabak Covid yang hadir sejak tahun lepas betul-betul banyak mengubah ladskap hidup kita semua termasuklah cara berbelanja.

Kalau dulu kita boleh berbondong-bondong sekeluarga bebas membeli belah di shopping mall dan pasar setiap hujung minggu, kali ini tidak lagi.

Kita terpaksa terima norma baru demi keselamatan diri, keluarga dan orang-orang yang kita sayang.


Hari ini,

Nak tak nak, kita mesti belajar beli barang keperluan harian termasuk barang dapur secara online saja.

Barang basah pun kalau boleh dapatkan secara online lebih baik. Sesetengah tempat ada sediakan servis bagitu.

Tapi setakat ni, di kawasan saya tinggal belum jumpa lagi. Jadi tuan suami akan keluar rumah hanya apabila betul2 perlu untuk topup barang basah sekurangnya untuk stok 2 minggu atau sebulan terus.

Barangan kering macam biasa saya dapatkan semua (seperti dalam gambar) di Mydin PG Mall.

Pelbagai barang keperluan dari Mydin

Kadang harga dia lagi murah daripada kita beli kat luar atau platform shopping online lain. Cuma kena pandai borong time ada promo.

Ok sekarang ada penghantaran percuma apabila berbelanja RM30 ke atas tau.

Cuma guna kod: 𝗣𝗣𝗙𝗠𝗖𝗢
Kod ini boleh digunakan sebanyak 2 kali.

Jika kalian merupakan pelanggan Public Gold, automatik anda sudah ada akaun PGMall. Boleh login terus guna pgcode dan password yang sama.

Bagi yang belum ada akaun boleh daftar PERCUMA sahaja di sini:

📲 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮


Kenapa saya prefer belanja di PG Mall?


1. Setiap kali kalian berbelanja keperluan di PG Mall, kalian akan dapat cashback balik dari 0.5% hingga 2%.

2. Kalian berpeluang membina empayar bisnes sendiri. Hanya dengan #Share platform beli belah ini kepada kawan-kawan, setiap kali mereka belanja, kalian dan kawan-kawan tadi juga akan dapat cashback 0.5%. Bukan sekali. Tapi berkali-kali sampai bila-bila. Lifetime orang jawa kata.

Tak perlu simpan stok. Zero modal. Tak ada risiko. Risiko untung je.

Modalnya rajin.
Kalau malas, apa pun tak jadi.

3. Cashback yang diterima tadi boleh buat belanja bulanan. Kan dah banyak jimat tu.

Boleh la jadikan sebagai pendapatan tambahan atau fokus betul-betul sampai jadi main income sebab dah ada yang jana 4-5 angka sebulan.

Sekaranglah masanya kita nak bina income yang boleh beranak pinak walaupun ketika kita sedang tidur. 'Keting keting keting' bunyi cashback reward masuk setiap masa, setiap hari sampai kalian sendiri yang akan off notification.


Best kan?

Buat dulu, faham kemudian. Siapa buat dia dapat. Siapa buat cepat dia cepat untung.

Terima kasih PG Mall kerana menyediakan platform yang hebat ini kepada kami semua.

Bukan sahaja boleh jimat belanja tapi menjana pendapatan pula semudah A B C pula.

Sekian.

#StaySafe & #StayAtHome




26 Mei 2021

Berjuanglah Hingga Hujung Nyawa


Berjuanglah
Usah bergantung harap pada sesiapa


Selagi ada kudrat.

Berusahalah.

Usah bergantung harap pada sesiapa.

Persiapkanlah bekal saat 'terang'.

Bersedia dengan segala kemungkinan.

Wanita mesti ada simpanan dan harta sendiri. Suami bukan milik kita selamanya. Bencana kewangan wanita bermula apabila ditinggal suami hidup atau mati tapi tak pandai berdikari.

Dana untuk hari tua mesti dibina seawal usia, agar mampu bersara awal dengan selesa. Anak-anak bukan 'bank segera'.

Hidup cuma sekali. Jadi sementara hidup, berjuanglah. Buat yang terbaik. Pilih kehidupan mana yang kita mahu.

Hidup ini adalah tentang pilihan-pilihan.


✅ Gaji kecil?

Usaha cari pendapatan sampingan.


✅ Saving sikit?

Kurangkan perbelanjaan dan belanja dengan bijak di #PGMall.


✅ Wang selalu bocor?

Tutup segera kebocoran dengan emas.


✅ Bajet kecil nak beli emas?

Belajar menabung sikit-sikit #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP



Buat tanpa tapi atau nanti, pasti kejayaan mengiringi!


Kawan,

Jangan sabotaj hidup sendiri dengan bergantung harap pada orang lain.

Hidup kita tanggungjawab kita.

Ambil tindakan untuk perbaiki tahap kewangan kita harini. Masa depan pasti akan berterima kasih dengan kita hari ini.

Begitulah.


Hidayah Abdul Kadir,
Pilih untuk hidup kaya dan bahagia.
Tak perlu pilih salah satu.


#TabungDiri


20 Mei 2021

Harga Emas Tinggi, Sesuai Ke Beli?

Ramai pakar dan penganalis menjangkakan harga emas dalam trend meningkat sampai hujung tahun. Kalau turun pun, ianya bersifat sementara.

Ini adalah antara NEWS yang telah menggerakkan harga emas.

1) Pasaran terus memerhatikan perkembangan konflik AS dan China!


2) Peningkatan inflasi telah menyebabkan pasaran semakin khuatir!


3) Kelemahan USD telah memacu kenaikan matawang utama lain lebih tinggi.


Harini 20/5/21 harga emas RM 273/g

Hari ini harga emas naik RM3 dari semalam kepada RM273 segram. Berturut dah naik. Banyak pulak tu.

Mac lepas, harga terendah adalah RM240/g. Jika kita beli pada waktu itu, sudah dapat untung RM33 @ 13% dalam masa 3 bulan.

Hm..

Tapi itulah. Kalau nak cerita tentang "jika" dan "kalau" ni, memang indah.

Apa yang membezakan kita adalah tindakan. 

Usah tunggu lagi, cukup covid-19 memberi tamparan hebat buat kita. Jom usaha bina simpanan dari sekarang.


Sifat Emas

Ianya normal tuan puan.
Itu memang sifat emas.
Ada naik turun dalam jangka masa pendek.

Harga masa depan saya tak pasti.

Apa yang pastinya, harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang sebab kuasa beli duit makin susut. 

Dalam jngka pendek, harga emas memang ada naik turun. Cuma bila & berapa banyak akan naik / turun tu, tak siapa yang tahu.

Untuk semak graf sejarah harga emas dunia, boleh cek di www.bit.ly/pricehistory


Emas Masih Tetap Emas Walau Apa Situasi

Apa yang kita kena faham, harga emas naik atau turun, emas tetap emas. Sejak zaman berzaman emas masih kekal emas.

1. Harga emas naik?
Happy. Maknanya kekayaan kita makin meningkat.

2. Harga emas turun?
Happy go lucky. Maknanya ini peluang kita tambah harta. Beli aset mahal pada harga yang murah!


Orang yang menyimpan emas dengan ilmu, dia fokus untuk pastikan gram emasnya bertambah. Beli saja emas secara konsisten walau apa pun harganya supaya boleh gunakan teknik averaging untuk dapatkan harga terbaik.

Nilai emas mustahil menjadi negatif. 

Segala aset lain boleh menjadi negatif tetapi bukan emas. Ianya akan kekal bernilai selamanya sebab emas aset yang Allah janjikan sebagai hadiah perhiasan di syurga. Maksudnya ia bernilai tinggi!

Tahniah kepada yang dah bermula. Ini waktu yang baik untuk kalian tambah simpanan emas. Semakin banyak kita simpan emas pada waktu harga rendah, capital cost kita semakin baik. Jumlah RM vs GRAM kita semakin baik.

Bagi sesiapa yang belum bermula, tidak ada istilah emas tu mahal atau murah sebab kalian belum ada BENCHMARK HARGA.

Kita tak akan faham tinggi rendah harga emas selagi belum bermula. Hanya bila sudah bermula sahaja, baru kita faham harga tinggi rendah sebab kita sudah ada BENCHMARK tersendiri.

Bila dah buat belian pertama, kita akan lebih mudah faham harga emas tinggi atau rendah.

Selagi tak mulakan, kita akan dok tungguuuuu harga paling rendah sedangkan pakar analisis teknikal harga emas pun tak tahu bila harga yang boleh dianggap 'paling rendah'!

Jadi, lekaslah mula. 100 pun dah boleh menabung emas gais..

Hidayah Abdul Kadir,
Active Dealer Public Gold (PG054316)
+6011 1198 9680

...
🌀 Peluang tambah baik perancangan kewangan dengan manfaat emas.

Jom belajar simpan emas sampai layak jadi pembayar zakat. Semoga Allah lorongkan lebih banyak jalan kekayaan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign