26 Nov 2020

Rasa Rugi Ambil Takaful

"Saya nak batalkan takaful", kata seorang pelanggan. 

"Boleh. Sebelum itu boleh saya tahu kenapa? Saya perlu isi dalam borang feedback."

Pelanggan berkenaan senyap beberapa ketika sebelum menyambung,

"Saya rasa rugi bayar RM300 sebulan selama 5 tahun. Kalau saya simpan jumlah ini, saya sudah ada sekurang-kurang RM18,000."

"Oooo... Begitu rupanya. Maknanya kalau Encik masuk hospital, meninggal dunia dan ditimpa penyakit kritikal dalam masa 5 tahun ini, baru Encik rasa untung melanggan takaful?"

"Eh, bukan begitu. Saya rasa rugi sebab tak guna pun selama 3 tahun ini". 

"Kalau begitu saya cadangkan Encik langgan takaful pada waktu terbaik"

"Waktu terbaik? Maksud Encik?"

"Tadi Encik kata rasa rugi ambil takaful sebab sudah 5 tahun bayar tapi tak digunakan. Jadi saya  cadangkan Encik waktu terbaik untuk ambil takaful supaya tak rasa rugi."

"Boleh juga begitu. Bila waktunya?". Nampak bersinar-sinar wajahnya. 

"Ada beberapa waktu terbaik untuk melanggan takaful. Pertama, sehari sebelum kemalangan. Kedua, 91 hari sebelum ditimpa penyakit kritikal. 121 hari sebelum meninggal dunia".

"Eh, maka boleh kita tahu bila kita mati, jatuh sakit atau kemalangan!".

Nampak beliau merengus tak puas hati.

"Jadi, bagaimana agaknya jika berlaku musibah-musibah tadi selepas Encik batalkan polisi hari ini?"

Beliau terdiam. Mungkin sentap dan mula berfikir. Saya memang nak bagi sentap pun. 

Saya menyambung lagi;

"Mungkin Encik rasa menyesal bayar RM300 sebulan selama 5 tahun tapi tak berlaku apa-apa.

Tapi percayalah, Encik akan lebih menyesal 1001 kali sekiranya musibah tadi datang ketika Encik sudah batalkan polisi ini.

Sebenarnya, apabila 5 tahun Encik langgan takaful dan tidak pernah claim, sepatutnya kena bersyukur banyak- banyak sebab Allah berikan  kesihatan yang baik dan terhindar daripada sebarang musibah besar seperti kematian, lumpuh, sakit kritikal atau dimasukkan ke hospital."

Saya biarkan beliau berfikir, sebelum menyambung lagi;

"Takaful bukan seperti Panadol yang boleh pakai masa kita sakit. Biar kita terawal 5 tahun sign up polisi takaful berbanding  kita menyesal terlewat sehari."

"Takaful ni macam topi keledar. Apabila kita pakai topi keledar tapi tak kemalangan, bukan bermaksud rugi pakai topi keledar.

"Sama juga kita ada airbag dekat kereta. Bayar mahal-mahal, tapi tak kemalangan, bukan bermaksud rugi kalau tak kemalangan.

"Atau macam bank letak sekuriti 24 jam, pasang Pak Guard keliling bank. Bukan murah bayar semua tu. Kalau tak ada rompakan, bukan bermaksud rugi bayar semua tu.

"Bermaksud, kita patut bersyukur kerana tiada musibah yang melanda. Dan apabila musibah melanda, kita dah bersedia."

"Ini juga peluang untuk kita bersedekah setiap hari tanpa culas."

......

Saudara sekalian,

Simpanan kita di dunia akan hangus. Hanya apa yang kita sedekah sebagai amal kebajikan yang kekal abadi.

Sedekah itu berasal dari perkataan sidq (ص د ق) iaitu percaya. Percaya bahawa apa yang dihantar oleh tangan kita ke alam sana itulah yang kekal menjadi milik kita. 

Paling mudah sedekah dalam intrumen takaful.

Selepas diselidik, rupa-rupanya beliau menerima nasihat supaya batalkan polisi takaful supaya ada duit lebih untuk buat simpanan supaya cukup deposit beli rumah. 

Katanya, beli rumah lebih untung berbanding takaful. 

Tuan puan yang dimuliakan, 

Kita kene faham, hartanah dan takaful adalah instrumen kewangan yang berbeza fungsi dan tujuan. 

Hartanah bertujuan untuk pelaburan, manakala takaful pula untuk tujuan perlindungan kewangan. 

Utamakan apa yang penting dahulu. Perlindungan ini adalah ASAS kepada kewangan. Kemudian barulah simpanan dan pelaburan.

Ketiga-tiganya saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Apa yang jelas, hartanah bukan alternatif takaful. 

Hartanah RM1 juta, installment RM5,000 sebulan. Tapi coverage income protection RM1 juta, sumbangan bulanan hanya sekitar RM250 sahaja. 

Beli hartanah,  boleh sewakan, tapi takaful tidak. 

Tapi kalau masuk hospital, takkan nak tunjuk kontrak SNP kepada bank??


.......

Sebenarnya, kalau tuan puan nak kata kami perunding takaful fikir pasal komisen semata, polisi dah masuk tahun ke-6, kalau dia batalkan polisi tak ada kesan banyak pun sebab komisen yang agent dapat pun dah tinggal sikit. 

Bisnes takaful ni bukan hanya berkisar tentang 'komisen'. Tapi jauh lebih penting, kami berusaha nak memberi kesedaran tentang peri pentingnya takaful kepada masyarakat. 

Dalam keadaan bangsa lain menggunakan insurans sebagai instrumen pengekalan kekayaan dari satu generasi ke satu generasi, bangsa kita skeptikal terhadap takaful. 

Jadi, kalau dah ada polisi takaful, nak batalkan, fikir masak-masak.

Kalau belum ada, jangan bertangguh untuk ambil pelan takaful!

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign