9 Apr 2020

Hadiah Suami Buat Isteri Tersayang!

Khas buat para suami.

Cuba kalian fikir sejenak. Setakat ini, apa hadiah paling bermakna kalian pernah bagi pada isteri?

Sedar tak sedar, kita bersungguh siang malam cari harta ni untuk manfaat isteri dan anak-anak. Tapi sedarkah kalian, bahawa semua harta ini perlu dibahagikan ikut bahagian masing-masing ikut faraid sepeninggalan anda nanti?

Dan isteri yang ditinggalkan dengan pelbagai tanggungjawab di bahunya seorang diri itu dapat bahagian yang paaaaling sedikit sekali iaitu 1/8.

Berapa  banyak harta yang kita ada, sebelum dibahagikan, akan ditolak dulu segala hutang yang ada. Kemudian barulah dibahagikan. Jadi , ada berapa sangat je yang ditinggalkan untuk isteri dan anak-anak sebenarnya. 

Itu lah sebab orang buat Hibah Takaful. Berlaku je kematian, terus dapat pampasan ikut coverage yang kita ambil.

Isteri boleh lah guna duit pampasan tersebut untuk teruskan kehidupan yang selesa dengan anak. 

Selebihnya boleh guna untuk uruskan kos-kos pembahagian harta pusaka yang makan masa paling cepat pun setahun dua. 

Hibah ni mudah, hanya dengan buat simpanan berapa ratus je sebulan dalam akaun tertentu dah layak dah dapat pampasan sehingga bernilai RM1,000,000 ni automatik.

Contoh, anda ambil hibah bernilai 1Juta dengan sumbangan bulanan serendah RM280. Jika berlaku je kematian, penama Hibah yang anda letakkan sebagai penama (biasanya isteri) terus layak dapat 100% daripada RM1,000,000 tersebut. 

Kalau kita kira, simpan RM 280 sebulan selama 10 tahun pun baru dapat RM 33,600. 20 tahun baru dapat RM 67,200. 30 tahun baru dapat RM 100,800. 

Jadi jika ada cara kita buat simpanan jumlah yang sama tapi dapat RM 1,000,000 kenapa kita tak buat kan??
......

Bayangkan, apa perasaan isteri tercinta yang sentiasa ada di sisi kalian saat susah dan senang, yang berkorban nyawa melahirkan zuriat kalian, jika kalian bagi hadiah khusus sebagai tanda terima kasih dan bukti kasih sayang kalian yang tak bertepi dalam bentuk HIBAH TAKAFUL? 

Suami mithali sediakan perlindungan buat keluarga sendiri.

Saya yakin mereka pasti menangis keharuan dan mengucapkan jutaan kesyukuran kerana dikurniakan suami yang sangat bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan anak isterinya terjamin walaupun setelah dia tiada lagi di dunia ini.

HIBAH disediakan sebagai Pengganti Diri kerana yang pergi tetap akan pergi, tapi yang hidup pula tetap perlu meneruskan Kehidupan. 

Merancanglah sekarang.

KENAPA KETUA KELUARGA WAJIB ADA INCOME PROTECTION

Anda WAJIB tahu pasal income protection ni!! Lebih-lebih lagi kalau anda adalah seorang suami dan seorang ayah!!

1. SUAMI PENYUMBANG UTAMA PENDAPATAN KELUARGA.

Income protection ni gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Kena sediakan sebaiknya 10 tahun gaji.

2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG.

Kereta hutang, rumah hutang, belanja dapur, pendidikan anak-anak lagi. Persoalannya, mampukah keluarga anda meneruskan komitmen anda dan hidup berdikari tanpa anda di sisi? Kalau boleh, kita tak nak sampai harta kita habis kena lelong. Belum campur lagi hutang kad kredit, hutang dengan orang dan lain-lain. Kalau berniaga, lagi konfem banyak hutang.

3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA.

Dah nama pun ketua. Maka wajiblah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga sendiri. Kalau pergi outstation sebulan, ada bagi isteri RM500, okaylah tu. Tapi kalau tiba2 pergi "outstation" selama-lamanya, apa yang anda nak bagi kat isteri buat belanja?

4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK.

Bila anda dah takda, bukan isteri je susah, anak-anak pun sama juga. Paling kurang kalau ada income protection ni, sebahagian daripada pampasan tu boleh terus jadikan dana pendidikan untuk anak. Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang di tinggalkan.

Berbaktilah kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia.

Protect & Apply Now!

Hidayah Abdul Kadir,

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign