Pages

3 Apr 2020

Kalau Betul Sayangkan Anak, Wajib Ambil Takaful

Ini puteri saya. Namanya Hana Rumaysa. Harini genap umurnya 1 tahun 3 bulan. Sekejap je rasa dia membesar. 

Doakan Hana jadi anak solehah ya..

Comel tak?😆


Senyum..tak perlu kata apa-apa..

Sejak si kecil ini lahir, antara perkara pertama yang saya buat ialah terus ambilkan pelan perlindungan perubatan (Medical Card) dan bina tabung pendidikan khas untuknya sebagai backup plan, tanda kasih sayang.

Medical Card ini penting kita ambil seawal usia anak sebab anak kecil sangat berisiko ditimpa pelbagai penyakit. Maklumlah, imun badan mereka masih rendah.

Jemput baca pengalaman pertama puteri saya ini jatuh sakit dan ditahan wad di sini.

Ingat ya saudara, kalau seseorang tu dah sakit, maka tertutuplah peluang nak ambil pelan perlindungan takaful. Nak bayar 1k sebulan pun tak ada syarikat takaful yang akan luluskan permohonan anda.
Ok, Kalian perasaan tak, sekarang ni kecoh dan heboh agent-agent takaful cerita tentang Hibah Takaful kat mana-mana. Lebih-lebih lagi bila wabak covid19 ni menular. 

Situasi ekonomi kita sekarang tak berapa baik. Risiko untuk kita dan ahli keluarga kita dijangkiti wabak ini pun sangat-sangat tinggi. 😥

Persoalannya, pernah tak kita check berapa Duit Tunai yang kita ada sekarang untuk ditinggalkan buat anak kecil comel kita ini supaya masa depannya terjamin? 

Andai kita tinggalkan dia buat selama-lamanya samada esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan atau tahun hadapan??

Apa jaminan yang kita takkan jatuh sakit atau dijemput Illahi sebab sekarang masih sihat walafiat dan masih muda gagah perkasa?

Jika tak pernah, kalian kena ambil tahu apa itu HIBAH TAKAFUL

Tak semestinya daripada saya, tetapi carilah mana-mana agent yang kalian selesa dan percaya. 

Pergilah tanya, masa kita mungkin tidak banyak lagi.

Percayalah, kalian akan dapat satu perasaan yang indah iaitu ketenangan fikiran (peace of mind) apabila ada PERLINDUNGAN. 

Apa-apa pun yang jadi pada kita, mereka mampu survive sendiri insyaAllah.

Menurut 'maslow hierarchy of needs', keperluan fisiologi seperti makan, minum, tempat tinggal dan pakaian yang baik adalah keperluan asas untuk anak kita membesar sihat dan berjaya. Ini belum termasuk lagi kos pendidikan mereka kelak.

Kita kena pastikan keperluan ini terpenuhi walaupun setelah kita dah tiada.

Caranya dengan buka akaun Hibah Takaful sebagai pelan penggantian gaji. Coverage RM300,000 dengan hanya RM 100 sebulan pun ada!

Cuma niatkan bersedekah lebih kurang RM 3 je setiap hari.

InsyaAllah dengan memberi, rezki kita semakin bertambah-tambah. Itu janji Allah.

Bukankah tangan yang memberi tu lebih baik daripada menerima?😊

Baca juga:


Kawan,

Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita.

Tinggalkanlah keluarga kita dalam keadaan berharta. 

Bila miskin dan banyak hutang, keluarga pun sanggup buang.

Jadilah ibu/ayah mithali yang melindungi keluarga sendiri.

Wallahua'lam

.....

Nota: Gambar di atas bukan diambil ketika bebas berjalan-jalan dalam tempoh PKP. Ini gambar lama. #StayAtHome

Tiada ulasan:

Catat Komen