23 Mac 2020

Peluang Memberi Dengan Bersedekah Setiap Hari

Apabila ada orang meminta dan kita pun memberi, itu biasa.

Apa yang luar biasa adalah setiap hari kita mencari peluang untuk memberi dan bersedekah.

Ok begini.

Mengapa orang yang bekerja mendapat gaji setiap bulan? Sebab bekerja setiap hari bukan? Kebiasaannya 5 hari seminggu.

Pergi pagi pulang petang. Hujung bulan dapat imbuhan gaji.

Cuba fikir, bagaimanakah agaknya rezeki orang yang bersedekah setiap hari tanpa culas?

SEDEKAH BERPANJANGAN DENGAN TAKAFUL


Peluang Memberi Dengan Bersedekah Setiap Hari
Rebut pahala berpanjangan dengan sedekah
Instrumen takaful merupakan idea untuk melatih diri kita bersedekah atau memberi dengan sistematik dan istiqamah.

Takaful akad asasnya adalah tabarru’ (derma). 

Bermaksud, setiap sen yang kita sumbangkan ke dalam tabung takaful, berniat untuk menolong peserta yang lain dan juga diri sendiri apabila ditimpa musibah.

Dan medium sedekah paling bermanfaat ialah bila sedekah yang boleh beri kesenangan pada ahli keluarga sendiri, boleh lindungi diri sendiri dan boleh berkongsi rezeki dengan orang lain.

Paling mudah sedekah pada Takaful.

Setiap sen yang di sumbangkan dalam takaful ada terselit ribuan manfaat.

✔️ Takaful guna konsep tabarru' iaitu tabung kecemasan yang berguna untuk semua orang islam. Bayangkan manfaat menunggu kita bila sedikit wang yang kita keluarkan setiap bulan itu boleh selamatkan nyawa, keluarga dan diri mereka yang ditimpa musibah.

✔️ Keluarga rasa selamat apabila ada perlindungan. Apa-apa pun yang jadi pada kita, mereka mampu survive sendiri.

✔️ Menurut maslow hierarchy of needs, keperluan fisiologi seperti makan, minum, tempat tinggal dan pakaian adalah keperluan asas untuk anak kita membesar sihat dan berjaya. Kita kena pastikan keperluan ini terpenuhi walaupun setelah kita dah tiada.

✔️ Paling bermanfaat apabila takaful ini boleh lindungi diri kita sendiri. Ketika kita dah di sahkan sakit kritikal atau hilang upaya kekal, inilah pelan penggantian gaji kita.

✔️ Rezeki kita di kongsi pula dengan perunding perunding takaful dan jadi punca pendapatan mereka. Buat makan dan minum keluarga mereka pula. Jadi darah daging. Segala kebaikan yang mereka buat kita pun dapat tempiasnya.

Kesimpulannya, takaful antara cara paling baik untuk mengumpul SAHAM AKHIRAT.

Justeru, tiada istilah ‘wang hangus’ dalam keadaan ini sebagaimana yang cuba disalah tafsirkan kerana ianya wang derma yang bakal diganjari pahala yang lumayan oleh Allah Taala. 

Demikian kerana dalam aplikasi takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan Tabarru’ tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa di dalam Islam.

Inilah diantara kelebihan dan keindahan sistem takaful yang tidak ada dalam sistem insurans konvensional. 

Nikmati habuan ukhrawi disamping habuan duniawi sekaligus. 

Peluang Memberi Dengan Bersedekah Setiap Hari


Allah telah rakamkan dalam al-Quran, antara bukti bahawa amalan bersedekah ini dijanjikan ganjaran yang sangat lumayan disisi Allah SWT. 

Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 261;
"Bandingan(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 265; 
"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya).” 

Allah SWT juga menjanjikan ganjaran berikut seperti yang disebut di dalam Surah al-Baqarah ayat 274;
"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita."

Bukan sahaja peserta yang dapat menikmati manfaat rabbani ini malah mereka yang bekerja di syarikat-syarikat takaful termasuklah para wakil atau ejen Takaful yang terus menerus mempromosikan konsep Tabarru’ ini juga bakal mendapat ganjaran Illahi sebagaimana maksud Hadith; 
"Barangsiapa yang menunujukkan sesuatu kebaikan, maka baginya ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang mengerjakannya”. (Riwayat Muslim)

Menerusi amalan tabarru’ ini kita boleh menikmati ganjaran yang istimewa daripada Allah Taala. Amalan ini boleh dikerjakan dengan lebih sempurna, sistematik dan profesional menerusi sistem takaful. 

Malah amalan tabarru’ menerusi sistem Takaful ini adalah tabarru’ kelas pertama di mana ianya dilakukan dengan ikhlas, sehinggakan tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak mengetahuinya. 

Peluang ini terbuka luas untuk direbut, samada dengan kita menjadi pelanggan takaful, pekerja mahupun sebagai wakil (ejen) takaful. 

Semoga harta yang kita peruntukkan sebagai sumbangan takaful itu menjadi hujjah di hadapan Allah kelak sebagai harta yang diredhaiNya.

Aamiin Ya Allah Ya Rabbal A'lamiin..

Hidayah Abdul Kadir,
Your's Islamic Financial Advisor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign