31 Mac 2020

Jangan BERTANGGUH Ambil Pelan Takaful

Kita semua tahu yang kita perlukan takaful sebagai perlindungan kekayaan kita. 

Tetapi kita tak pernah betul-betul luangkan masa berfikir tentangnya. Betul tak? 

1. Kita selalu fikir yang kita boleh beli esok lusa. 

2. Kita selalu fikir takaful tu mahal.

Jadi kita selalu cakap dengan diri sendiri, untuk tenangkan hati kononnya; 'tak ada apa-apa musibah akan berlaku pada aku tahun ni. Baik aku start tahun depan je, so boleh jimat coverage tahun ni'.

Kawan, 

Takaful ni bukan macam kita beli barang berharga lain. Kita selalu fikir yang kita boleh beli takaful kemudian. Nanti-nanti je. Kita letakkan dalam senarai terakhir. 


Tahukah anda bahawa takaful ini hanya boleh dibeli dengan KESIHATAN? 

Jika kita tak boleh beli hari ini kerana kesihatan yang tidak baik, maknanya kita tak akan dapat beli esok atau bila-bila lagi. 😰 

Jadi tolonglah.. luangkan masa untuk berunding dengan penasihat kewangan yang anda percaya untuk cek samada anda layak atau tidak untuk mencarum dalam takaful. 

Ada 1001 cara untuk jimatkan wang, tetapi penjimatan takaful pastinya adalah BIG NO! 

Takaful memang direka khas untuk melindungi diri kita dan keluarga apabila insiden yang tidak dijangka berlaku. 

==================
Ini berkaitan dengan; 
✅ Plan penggantian gaji
✅ Plan persaraan 
✅ Plan pendidikan anak
✅ Plan perubatan 

Luangkanlah masa, duduk sebentar, tanya diri sendiri samada 4 perkara di atas sudah dimiliki atau belum. 

Ingat, semakin kita menua, semakin mahal sumbangan takaful.. 😱 

Jangan tunggu sampai tahun hadapan, pastikan anda DILINDUNGI tahun ini, sebaiknya bulan ini dan lebih baik mulakan HARI INI juga!

"NAK FIKIR DULU."

Sebelum anda beri alasan nak fikir dulu, fikirkanlah tentang kebajikan dan masa depan keluarga terlebih dahulu.

Fikirkan siapa akan tanggung semua komitmen sedia ada apabila anda tidak lagi mampu bekerja jika ditimpa 3D; 

1. Death (kematian)
2. Disability (hilang upaya kekal)
3. Disease (sakit)

Fikirkan siapa akan tanggung semua hutang pinjaman anda bila sudah tiada lagi?

Fikirkan bagaimana nak membayar kos hospital puluhan hingga ratusan ribu sekaligus apabila diuji dengan sakit kritikal?

Kalau hendak, 1001 cara. Kalau tak nak 1001 dalih.

Masa depan keluarga adalah tanggungjawab anda sendiri.

Bukan orang lain.

USAH MENUNGGU SEMPURNA

Ya, saya faham.

Kadang sesetengah orang bukan taknak, tapi tangguh dulu sampai terlupa semata-mata sebab nak yang perfect.

Ingat kawan,

Tidak ada yang sempurna di dunia ni. Al-Quran pun turun secara berperingkat bukan sekali gus. Nabi Muhammad SAW sampaikan wahyu sedikit demi sedikit bukan tunggu sempurna baru mulakan.

START SMALL! 

Mulakan dengan apa yang anda mampu dahulu. 

InsyaAllah ada rezki lebih, kita boleh top up kemudian dari semasa ke semasa. 

Anda perlu bermula seawal yang boleh terutama apabila sumbangan bulanan murah. 

Cari penasihat kewangan yang anda kenal daripada kalangan keluarga atau sahabat handai dan tanya mereka. Biar mereka kirakan berapa coverage yang anda perlukan. 

Setiap penasihat kewangan yang profesional dilatih untuk buat semakan polisi yang betul. Jangan takut, mereka tidak merbahaya. 😂 

☕ Kesimpulannya, pastikan anda dilindungi sepenuhnya. Jika ada ejen takaful datang mendekati dan ajak mengopi, jangan tolak mentah-mentah ajakannya terlebih dahulu. 

Luangkan masa beberapa minit untuk dengar apa yang mereka tawarkan. 

☕ Ambil inisiatif untuk berhubung dengan ejen anda sedia ada dan semak dengan mereka jika anda telah dilindungi sepenuhnya atau jika anda mempunyai produk yang dinyatakan di atas. Jika tidak, cari masa untuk mengetahui lebih lanjut. 

Tidak mempunyai sebarang perlindungan boleh menjejaskan matlamat-matlamat kewangan yang ingin dicapai jika sebarang musibah melanda. 

Di samping itu, semakin lama ditangguh mengambil perlindungan, semakin tinggi tahap pendedahan risiko. 

Dan, semakin tinggi juga kos untuk mendapatkan perlindungan yang optimum. 

Lagipun, malang memang tidak berbau, ajal memang tidak dapat ditunda. 

Nasihat saya, usahlah beralasan lagi, cepat-cepatlah dapatkan perlindungan takaful mengikut keperluan anda.

Dapatkan nasihat secara PERCUMA  di sini.

Ingat kawan,

Masa terbaik untuk membeli takaful adalah SEMALAM sebab kita tak pernah tahu apa akan jadi pada hari ini! 

Lindungi diri dan keluarga kita daripada pelbagai risiko terutama 3D;

1. Death (kematian)
2. Disability (hilang upaya kekal)
3. Disease (sakit) 

Semakin bertambah umur kita, semakin bertambah tinggi harganya. 

Hidayah Abdul Kadir,

#GetProtected #GetReadyToLive

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign