24 Mac 2020

SOALAN LAZIM MENGENAI COVID19 & TAKAFUL YANG PATUT ANDA TAHU

Updated: 31 Mac 2020
...........
Hari ini telah masuk hari ke-14 perintah Restricted Movement dan kematian yang dicatatkan semakin meningkat. Sehingga harini dah mencecah angka 43.

Kita harus lebih bersedia dibuang kerja, jimat-jimat belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi dengan baik.

Hari ini kebanyakkan kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi.

Kesannya lebih besar.

Sediakan payung sebelum hujan.
Tanya diri kita, samada kita sudah ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu makanan, tingkatkan simpanan dan bina dana perlindungan.

AMBIL TAKAFUL SEBAGAI BACK-UP KEWANGAN KITA.

BERSEDIA kata kuncinya.

Fungsi utama takaful adalah melindungi. Kita nak;

1. Lindungi duit simpanan dan pelaburan kita daripada habis untuk rawatan jika ditimpa musibah sakit.

2. Lindungi punca pendapatan jika tidak mampu bekerja disebabkan kemalangan atau hilang upaya kekal.

3. Lindungi waris yang ditinggalkan daripada hidup melarat jika berlaku kematian kepada ketua keluarga.

Jadi, takaful berperanan melindungi kepentingan kita dalam menghadapi pelbagai situasi yang kita tak jangka.

Begitulah.

We got you & your family member Covered!
Sejak wabak coronavirus ini semakin tersebar dengan cepat seluruh dunia, masyarakat mula rasa cemas dan tertanya-tanya mengenai COVID-19 dalam perlaksanaan takaful.

FAQ MENGENAI COVID-19 & TAKAFUL

Berikut adalah antara persoalan umum yang selalu bermain di fikiran.

1. Adakah takaful cover kalau pelanggan disahkan positif Covid-19.?

TAK COVER kalau ia masih dalam bentuk quotation sebab anda jawab nanti nak tanya isteri dulu / nak fikir dulu / tunggu bonus masuk, polisi lapse dan lain-lain. huhu..

COVER untuk polisi yang berkuatkuasa dan tamat tempoh menunggu (waiting period). Sebenarnya memang ada fasal pengecualian disebabkan wabak. Tapi berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia Takaful Association (MTA) pada tarikh 31 Januari yang lalu, SELURUH syarikat takaful akan memberi perlindungan jika pelanggan dimasukkan ke hospital disebabkan wabak Coronavirus. 

2. Bagaimana kalau insurans konvensional?

Kedua-dua takaful dan insurans, cover. LIAM (Life Insurance Association Malaysia) turut keluarkan kenyataan bersama MTA pada tarikh yang sama tentang perkara ini.  

Namun harus diketahui bahawa insurans konvensional hukumnya haram. Berusahalah untuk berhijrah ke takaful. 

3. Adakah cover untuk hospital swasta dan hospital kerajaan? 

Buat masa ini, semua kes yang berkaitan Covid-19 akan dirawat dan dikuarantinkan di hospital kerajaan. Jadi, takaful medical card kurang praktikal untuk digunakan di hospital kerajaan, kecuali untuk claim elaun hospital.

4. Jika hospital kerajaan penuh, boleh masuk hospital swasta dan boleh claim? 

Ya, tak mustahil jika hospital kerajaan penuh dengan pesakit dan tidak mampu lagi untuk menampung kes-kes Covid-19, bantuan dan kepakaran daripada hospital swasta diperlukan. Ketika itu, medical card boleh digunakan.

5. Kalau berlaku darurat, adakah masih cover?

Secara umumnya, jika darurat, banyak perkara yang tidak dicover. Ia sama macam pengecualian disebabkan wabak. Tapi sebagaimana yang dibuat untuk wabak Coronavirus, kemungkinan besar syarikat-syarikat takaful akan berikan budi bicara mereka untuk cover Covid-19 jika berlaku darurat. 

6. Bagaimana kalau berlaku kematian disebabkan Covid-19 dan ketika darurat? 

Ya, takaful cover kematian jika disebabkan Covid-19. 

7. Saya dah langgan polisi takaful, tapi tak pasti apa yang di cover. 

Sebaiknya semak dahulu polisi tersebut. Buat review polisi untuk pastikan apa yang cover dan apa yang tak cover. Kalau nak review polisi boleh rujuk balik ejen. 

Kalau dah tak ingat siapa ejen anda, boleh pm tepi. Saya bersedia untuk bantu anda untuk review polisi sedia ada secara PERCUMA. Walaupun selama ini orang takutkan kami ejen takaful macam takut Coronavirus, tapi kami bersedia untuk bertemu pelanggan pada bila-bila masa. ;)

8. Kalau saya sign up hari ini, adakah terus cover?

Setiap polisi takaful selalunya ada tempoh menunggu, minima 30 hari. Ada juga sesetengah polisi yang mempunyai tempoh menunggu untuk penyakit tertentu selama 60, 90 atau 120 hari. Tetapi bagi pelanggan FWD Takaful, TIADA TEMPOH MENUNGGU untuk kes Covid19.

KWSP BOLEH DIKELUARKAN

Kerajaan telah membenarkan pengeluaran RM500 sebulan daripada Akaun 2 KWSP selama 12 bulan bermula 1 April.

Permohonan secara online akan dibuka pada 1 April di laman sesawang KWSP. Sesiapa yang belum daftar untuk e-pengeluaran bolehlah berbuat demikian di laman web KWSP.

Sila layari https://www.kwsp.gov.my/…/248e8c05-151d-f67d-4754-9c2ae1bc9… untuk maklumat lanjut berkenaan e-pengeluaran.

MORATORIUM:PENANGGUHAN PINJAMAN BAYARAN BULANAN 

ALHAMDULILLAH. Terkini, lagi berita baik untuk mereka yang terjejas atau tiada langsung simpanan. Pinjaman kereta dan rumah boleh dibuat penangguhan bayaran selama 6 bulan.

So, duit lebih ada tu nak buat apa gais? 

Mulakan menyimpan daripada sekarang & bina Dana Perlindungan untuk Immediate Asset saat kecemasan nanti. 

Ambil peluang ini untuk susun atur semula kewangan kita.

Ayuh sediakan perlindungan untuk diri dan keluarga tersayang anda sekarang dengan mengambil antara pelan Life/Income Protection (Hibah Takaful) berbaloi berikut:


2. Future First
3. Invest First

Kenapa perlu ambil pelan perlindungan daripada FWD Takaful? 

Kerana mana-mana pelan yang diambil di atas akan dapat FREE EXTENDED COVERAGE untuk wabak COVID19 ini.

Dan anda berpeluang MENANG CABUTAN BERTUAH:
🚘 Grand Prize Nissan X-Trail,
📱 iPhone 11 atau,
🔊 JBL Flip.

MANFAAT TAMBAHAN DARIPADA FWD TAKAFUL



Buat semua pelanggan kami yang terkesan dengan wabak CIVID-19, ada beberapa manfaat tambahan khas yang diberikan.

Menariknya, ia terpakai untuk semua bakal dan pelanggan polisi sedia ada.

Pihak kami akan COVER on the spot setelah permohonan anda berjaya. Maksudnya TIADA tempoh menunggu/waiting period.

Elaun Hospital sebanyak RM 200 sehari selama maksima 60 hari (2 bulan) jika ditahan wad.

Manfaat 5,000 kepada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital atau berlaku kematian.
Tambahan RM 20,000 lum sum akan diserahkan kepada waris jika berlaku kematian kepada pemegang polisi.

Ya, kerajaan memang perihatin. Tapi sampai bila kita mahu harapkan ehsan daripada kerajaan? Risiko sangat tinggi.

Jangan perjudikan nasib keluarga yang kita sayang dengan meletakkan kepentingan mengambil perlindungan pendapatan ni dalam komitmen terakhir.

Jadi, usah rasa rugi atau tangguh-tangguh untuk allocate sekitar 10% daripada pendapatan untuk ambil takaful sebagai PERLINDUNGAN diri dan keluarga. 

Omputih kata, "If you fail to plan, you plan to fail."

Daftar sebarang pelan Takaful FWD* dan jadi pemenang bertuah! 

Dapatkan nasihat secara PERCUMA di sini.

Just #StayAtHome & #WeGoYouCovered
Hanya RM80* sebulan, bagi sum covered RM 250K & Manfaat tambahan RM 20K.

Kesemuanya bernilai RM 2,000 setiap satu.
✔️ Percuma Badal Haji
✔️ Percuma 10x Khidmat Kaunseling
✔️ Percuma 3x Khidmat Guaman

Alhamdulillah. FWD Takaful mendahului syarikat takaful lain. Bandingkan.
Saya sedia membantu. Dapatkan khidmat nasihat bagi produk takaful yang komprehensif dan menepati keperluan anda sekeluarga secara PERCUMA!

Hidayah Abdul Kadir,
Your's Islamic Financial Advisor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign