13 Feb 2020

Wanita, Jadilah Bijak Supaya tak Dipijak!

Kita tak minta musibah melanda tapi kita sebagai seorang wanita, kena sentiasa bersedia sebab mati itu pasti, cuma kita tak tahu bila.

Wanita, Jadilah Bijak Supaya tak Dipijak!

1. Tak salah isteri mengharap pada suami, tapi ia tetap agak berisiko tinggi. Cipta pendapatan sendiri dan mulakan hidup berdikari, walaupun suami masih sihat, sweet dan setia di sisi.

2. Belajar urus kewangan dan belanja keluarga. Jika bukan kerja 'gomen', jangan putus asa kerna Harapan masih ada walau tiada pencen.

3. Ambil tahu semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.

4. Ambil cakna juga simpanan yang ada. Tabung ASB dan KWSP ada berapa, siapa penama. Begitu juga Tabung Haji, dan saham apa kita ada.

5. Pastikan Dana Kecemasan 6 bulan gaji sedia ada. Jika apa-apa berlaku, boleh guna dana kecemasan tersedia.

6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan jika anda juga sumber pendapatan keluarga. 

7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan "Jika Suami Meninggal?". Bagaimana urus dana pancen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya. 

Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. Katanya, "Saya tak tahu nak buat apa apa". 

Wanita, Jadilah Bijak Supaya tak Dipijak!
'Hilang' boleh jadi disebabkan kematian atau penceraian.
8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ambil tahu tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.

9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada. 

10. Belajar guna perbankan online untuk semua urusan.

11. Ingat ya, jika suami sahaja yang bekerja, hukum mengambil perlindungan pendapatan (hibah) adalah WAJIB! Tak buat memang tak dosa, tapi esok lusa anak bini sendiri sengsara..😫

Wanita, Jadilah Bijak Supaya tak Dipijak!
Jika boleh berlaku pada orang lain, tak mustahil boleh berlaku pada kita.

12. Pujuk suami ambil pelan penggantian gaji (hibah takaful) sekurangnya 10 tahun gaji. Perlindungan ini hanya serendah RM50-RM150 sahaja sebulan. 

13. Jika suami tak berminat atau tiada kesedaran, para isteri tolong ambil tindakan bijak dengan mengambil plan ini dan hibahkan atas nama sendiri. 

Jika suami pergi dulu, kita dah ada simpanan menanti.😊

Kita bukannya isteri mata duitan, kita cuma mahu jadi isteri yang bijak kewangan!

Salam sayang,
Hidayah Abdul Kadir.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign