26 Feb 2020

Orang Muda Dan Takaful


Orang fikir kalau hibah je, mesti berkait pasal kematian. 😂

Sebenarnya, fungsi hibah ni lebih kepada nak lindungi diri sendiri dulu.

Kalau kita ditimpa musibah lumpuh @ cacat kekal sepenuhnya, pampasan inilah yang akan digunakan untuk survive..

Fungsi utama takaful adalah untuk MELINDUNGI.

Persediaan untuk menghadapi malapetaka kewangan.

PENTINGNYA UNTUK KITA TAHU BAHWA:


1. Ranking pertama dalam perlindungan adalah LIFE TAKAFUL.

Di mana kebanyakkan orang tak nak ambil tahu pun kepentingan life takaful atau dikenali sebagai Income Protection ni. Betul? 

Life takaful ni maksudnya jika berlaku kematian atau cacat kekal maka waris kita akan dapat pampasan. Bila hutang kita banyak dan simpanan makin susut, maka ambil lah life takaful sebagai back up kewangan keluarga. 

2. Ranking kedua adalah TPD atau bahasa melayunya adalah CACAT KEKAL. 

Tak kira bujang atau sudah berkahwin, selain fikir untuk sediakan pampasan kematian untuk diberikan kepada orang lain, fikir juga PAMPASAN CACAT KEKAL yang boleh dituntut untuk diri sendiri. Untuk survive.

Salah satu yang jadi dulu maka pampasan ni akan diberikan pada anda atau waris anda. 

Sekiranya cacat kekal, seseorang itu biasanya akan kehilangan pekerjaan. Banyak wang pula diperlukan untuk menyokong kecacatan contohnya kerusi roda, kaki palsu, renovasi rumah sesuai untuk OKU, upah pembantu dan sebagainya. 

Di sinilah penggantian pendapatan yang hilang akibat dari kecacatan tersebut sangat-sangat diperlukan. Sudahlah hilang pendapatan, perlu wang tambahan pula lagi.

Waktu ini kita akan nampak fungsi hibah takaful sebagai sistem sokongan kita. Saat diperlukan.

Sebab, waktu kita susah belum tentu ada yang nak membantu. Tak nak juga menjadi beban kepada orang lain.

Bantulah diri sendiri sejak dari sekarang. Ambil polisi hibah takaful, demi masa depan yang lebih terjamin.

3. Ranking ketiga adalah MEDICAL CARD. 

Ini yang ramai orang akan lari bila ada agent mula bertanya kan? Tapi berapa ramai je yang faham apa yang mereka ambil tu dan adakah mencukupi dan relevan lagi?

Jadi, kenapa orang bujang perlukan polisi hibah sendiri adalah untuk DIRINYA SENDIRI.

menabunglah dari sekarang walaupun sedikit yang kita dapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign