11 Feb 2020

Mutawif Umrah Hadiahkan 1 Juta Dana Khas Untuk Isteri Tercinta

"Saya rasa perlu sangat ada Hibah Takaful (Income Protection) ni bila dah selalu kerja luar (outstation). Tolong buatkan quotation hibah 300k, 500k dan 1juta."

Baru-baru ini beliau dapat amanah baru iaitu bertugas sebagai mutawwif Umrah merangkap Branch Manager Travel Agency.

Mutawif Umrah Hadiahkan 1 Juta Khas Untuk Isteri Tercinta
Usai sesi konsultasi secara PERCUMA di Pizza Hut berdekatan tempat beliau mengajar.

Saya sebenarnya kagum dengan usaha beliau untuk tambah pendapatan keluarga. Semua beliau sapu. Asalkan boleh dijadikan sumber rezki..
- Imam masjid
- Penceramah
- Motivator
- Ejen coway
- Home Tutor
- Ejen Simkad redone
- Driver grab

Alhamdulillah, dalam masa tak sampai 24 jam consultation, beliau buat keputusan untuk sign up Hibah Takaful dengan coverage RM 1,000,000.

Lelaki, umur 32 tahun, sumbangan bulanan hanya serendah RM 280 sahaja! Ini manfaat yang beliau dapat:

✅ Perlindungan sehingga tempoh matang umur 80 tahun.

Manfaat Kematian:
✅ RM 1,000,000

Manfaat Pengurusan Pengebumian:
✅ RM 100,000

Manfaat Penyakit Terminal:
✅ RM 1,000,000

Manfaat Hilang Upaya Kekal:
✅ RM 1,000,000

Manfaat Takaful Pasangan:
✅ RM 100,000

FREE perkhidmatan Badal Haji:
✅ RM 2,000

FREE perkhidmatan kaunseling kesedihan:
✅ RM 2,000

FREE khidmat guaman:
✅ RM 2,000

Berbaloi-baloi...!😍
Perlindungan tinggi dengan harga yang rendah.

Orang bisnes, lagi wajib ada Hibah Takaful ni sebab duit pampasan ni boleh bantu langsaikan hutang bisnes atau gunakan untuk waris teruskan legasi bisnes.

Sebagai ketua keluarga, insyaAllah dana 1 juta ini lebih daripada cukup untuk menjamin kehidupan  anak isteri beliau. 

Cuma RM 9 je niatkan bersedekah setiap hari.

InsyaAllah dengan memberi, rezki kita semakin bertambah-tambah. Itu janji Allah.

Bukankah tangan yang memberi tu lebih baik daripada menerima?😊

APA UNTUNGNYA BUAT HIBAH NI?

Hibah ni mudah, hanya dengan buat simpanan berapa ratus je sebulan dalam akaun tertentu. Dah layak dah dapat pampasan RM1,000,000 ni.

Contoh, buat simpanan around RM280 sebulan. Jika berlaku je kematian walau baru bayar sekali, penama Hibah yang pencarum letakkan sebagai penama (biasanya isteri) terus layak dapat 100% daripada RM1,000,000 tersebut.

Kalau kita kira, simpan RM 280 sebulan selama 10 tahun pun baru dapat RM 33,600. 20 tahun baru dapat RM 67,200. 30 tahun baru dapat RM 100,800. 

Itupun kalau kita konsisten dan simpanan tu tak bocor sebab kita  asyik korek bila ada kecemasan.

Jadi, jika ada cara kita boleh sediakan satu dana segera, jumlah yang besar pula, dengan sumbangan yang rendah, kenapa kita tak buat kan??

"Habis tu, kalau saya masih hidup & tak jadi apa-apa sampai umur matang saya 80 tahun? Hangus je la duit saya keluarkan bulan2 tu?"

Bersyukurlah banyak2 sebab panjang umur dan Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang hidup.

Tak ada istilah hangus. Sebab duit yang kita keluarkan bulan2 tu jadi saham akhirat kita. Rugi ke bersedekah tolong orang yang susah?

Baca ini: Peluang Memberi Dengan Bersedekah

Dalam masa yang sama, kita memang niat nak sediakan dana kecemasan/pendidikan untuk bagi pada anak isteri jika ditakdirkan kita pergi dulu lebih awal.

Ajal itu pasti cuma kita tak tahu bila je. Sebab tu kena sentiasa bersedia.

Takkan kita sanggup nak biar isteri dan anak-anak 'pandai-pandai hidup'.

*Kalau anda nak ada perlindungan dalam masa yang sama ada simpanan yang boleh dikeluarkan bila-bila masa anda perlukan dan bila umur matang kalau anda masih hidup lagi, anda akan dapat semula nilai tunai (cash value) simpanan yang anda buat. Ini plan yang sesuai. Plan Invest First.


"Tapi.. Life takaful ni, kalau orang tu ambil, lepas tu dia bayar, lepas tu dia mati, duit tu bukan dapat kat dia pun. Jadi, kenapa nak ambil?"

Orang pentingkan diri je fikir macam tu.

Lepas ketua keluarga meninggal, isteri ada 2 pilihan je untuk dapatkan DUIT SEGERA semata-mata nak survive hidup dengan anak-anak.

1. Duit pampasan life takaful.
2. Duit nafkah daripada suami baru.

Life takaful biasanya sekali dengan pampasan cacat kekal keseluruhan. Ada juga yang masuk sekali pampasan sakit kritikal.

Contoh dalam situasi kalau kita tak mati lagi, cuma hilang upaya kekal keseluruhan disebabkan kemalangan atau sakit kritikal tapi tak mampu nak bekerja dah.

Jadi, daripada mana kita nak dapat duit untuk sendiri survive??

Daripada pampasan takaful yang kita bayar setiap bulan itulah.

Nak katanya, orang bujang pun kena ada life takaful. Kalau ditakdirkan sakit nanti, mungkin parent kita perlukan duit tu untuk sara hidup kita.

"Oo, macam tu. Saya baru tau."

Biasalah.

Memang ramai orang yang mula ambil takaful tapi tak faham pun apa yang dia bayar. Sebab tu rasa rugi kalau tak pernah claim.

Whatsapp saya sekarang kalau berminat nak apply Hibah Takaful yang berbaloi sebagai pelan penggantian gaji. Ikut bajet dan keperluan masing-masing.

Jom sertai kami dalam Kempen Buka Akaun Hibah Takaful sekarang!

Suami mithali mesti ada pelan penggantian gaji.
Itu tanda benar-benar sayangkan anak isteri.

Boleh klik link kat bawah ni;
.....

Untuk membaca lebih banyak kisah kewangan, takaful dan inspirasi serta tidak mahu terlepas info-info sesi 1:1 terkini, boleh follow channel telegram : https://t.me/HidayahAbdulKadir

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign