5 Feb 2020

'Income Protection' vs 'Medical Card'

Ramai orang keliru antara medical card dan income protection. Tapi tak pelik, sebab memang ramai ejen takaful asyik cerita bab medical card sedangkan itu bukan keutamaan. Ada yang lebih penting dan wajib ada bagi setiap orang dulu, iaitu income protection ataupun disebut pelan penggantian gaji atau paling popular sekarang orang sebut Hibah Takaful.

Sifir mudah dalam perlindungan, Life Takaful (Income Protection) adalah perkara yang wajib diutamakan dahulu. Medical Card hukumnya Sunat Muakkad.😅

Ok, saya cuba huraikan lebih jelas lagi dibawah.

Income Protection:

Plan 'Income Protection' ini berfungsi sebagai Penggantian Gaji, Penyelesaian Hutang dan boleh dijadikan Dana Kecemasan jika kita disahkan hilang upaya menyeluruh dan Kekal (HUMK).

Kalau anda ambil coverage perlindungan sebanyak RM 500,000, maka 100% daripada jumlah ini akan diserahkan kepada anda.

Atau jika anda meninggal dunia, 100% pampasan itu boleh di ‘Hadiahkan’ terus tanpa lalui proses faraid yang panjang (seawal 3 hari hingga 14 hari je) kepada pasangan, anak-anak, ibu bapa ataupun badan-badan kebajikan sebagai saham akhirat.

Life Takaful lebih berfokus kepada INCOME REPLACEMENT (pengganti gaji) jika ada musibah yang berlaku kepada kita.

Ramai orang menyangka pampasan kematian / cacat kekal tidak penting. Tapi sebenarnya inilah yang paling penting. Sakit belum tentu tapi mati itu pasti.

Kenapa?
jom kita rujuk ilustrasi di bawah.


Bayangkan anda bergaji RM 2,000. 
Pasangan anda pula bergaji RM 1,800. Total RM 3,800.

Komitmen bayar rumah, kereta, makan pakai anda tanggung suami isteri bersama. Kalau suami sorang bekerja, suami tanggung semuanya.

Nau'zubillah, Allah uji dengan musibah 3D:
(1) Kematian
(2) Lumpuh
(3) Sakit Kritikal

3 perkara atas ni kita tak boleh jangka berlaku betul tak? Sebab dalam hidup ni tak ada apa yang GUARANTEED (terjamin). Apa akan jadi pada kita 5 minit akan datang pun kita takkan tahu. Itu rahsia Allah.

Jika salah satu tangan yang menanggung keluarga dah 'tiada' disebabkan perkara diatas, apa jadi pada anak isteri? Macam mana mereka nak teruskan kehidupan dengan komitmen sedia ada? 

Bayangkan, bagaimana diri anda atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

Komitmen bulanan RM 3,000. Apa akan berlaku jika salah seorang pergi? Tak cukup bukan?Sudahlah hilang orang tersayang, duit bulanan pula tidak mencukupi. 

Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster atau malapetaka kewangan!

Paling bahaya, hanya si suami yang bekerja, isteri pula suri rumah sepenuh masa. Ini lagi hukumnya wajib untuk ambil plan takaful. 

Disinilah peranan income protection itu berfungsi.

Solusinya ialah menggunakan plan takaful yang menyediakan jumlah coverage yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.

Jadi anda perlu ambil plan Hibah Takaful ini untuk lindungi diri anda dan keluarga anda. 

Semua orang wajib ada pelan penggantian gaji ini terutama ketua keluarga dan isteri tidak bekerja.

Jangan biarkan waris kita terdedah dengan risiko terjejas gaya hidup, terbeban dengan hutang, atau tiada punca pendapatan impak pemergian kita ke suatu tempat yang sudah pasti kita akan jejaki..cuma masanya belum pasti. 😢


Medical Card:

Medical card ini boleh dikatakan benda luxury, berfungsi lebih kepada melindungi harta kita daripada terbocor bayar bil hospital.

Mudah cerita, macam kad vvip untuk kita dapatkan rawatan di hospital swasta dengan selesa secara percuma. 

Syaratnya mesti 'warded' atau bahasa mudahnya bukan rawatan pesakit luar. 

Apa yang anda kena tahu, medical card tidak boleh diwarisi walau banyak mana pun coveragenya. Ia hanya berfungsi untuk dapatkan rawatan di hospital sahaja.



MANA YANG LEBIH PENTING?




Medical card dan income protection keduanya sama penting.

Jika kekurangan bajet, ambil kedua-duanya dengan bajet yang ada.

Jika bajet sangat-sangat ketat, utamakan income protection dan apabila ada bajet kelak, boleh tambah medical card.

Sebab jika tiada medical card, kita masih ada hospital kerajaan sebagai alternatif.

Tapi jika tiada income protection, tiada alternatif selain terpaksa menggadaikan aset sedia ada atau mungkin terpaksa meminta derma atau mengharap belas ehsan orang lain apabila ditimpa apa-apa musibah; sakit, hilang upaya dan kematian yang menyebabkan hilangnya punca pendapatan keluarga.

Jangan terus tak ada dua-dua. Risiko boleh dikawal, dan takaful adalah alat untuk merancang risiko kewangan yang baik.

------
Whatsapp saya sekarang kalau berminat nak apply Medical Card berbaloi atau Hibah Takaful sebagai pelan penggantian gaji. Ikut bajet dan keperluan masing-masing.

Boleh klik link kat bawah ni;
.....
Untuk membaca lebih banyak kisah kewangan, tabung takaful dan inspirasi serta tidak mahu terlepas info-info sesi 1:1 terkini, boleh follow channel telegram : https://t.me/HidayahAbdulKadir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign