7 Feb 2020

Apa Itu Hibah Takaful?

Apakah yang dimaksudkan dengan hibah takaful tu ya? Mesti ramai yang masih tak faham kan?

Apa Itu Hibah Takaful

InsyaAllah dalam entry kali ini saya akan terangkan serba sedikit.

Hibah tu perkataan dalam bahasa Arab. Bahasa Melayunya bermaksud hadiah. 

Hibah takaful pula adalah pemberian hadiah (sejumlah pampasan) secara sukarela melalui sijil takaful yang akan diberikan kepada (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia atas dasar kasih sayang. 

Dalam Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. 

Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris, Islam atau Non Muslim. 

Itulah dia hibah. 


Mungkin ada yang masih tak tahu, jika berlaku kematian, semua harta & akaun si mati termasuk akaun bank simpanan, asb, epf akan dibekukan sementara bagi melalui proses wasiat atau faraid. 

Hibah Takaful ini antara instrumen yang terbaik untuk waris (penama) mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara asset yang dibekukan dapat dicairkan semula. 

Dengan hibah takaful ini juga, konflik keluarga atau perebutan harta dapat dielakkan. (Baca: 70 Billion Harta Pusaka Gagal Dicairkan)

Andai kata esok kita dijemput pergi, adakah kita ada duit yang banyak untuk ditinggalkan pada anak dan isteri?

Siapa nak bayar hutang-hutang sedia ada?

Dana pendidikan anak bagaimana?

Kalau masih bujang, apa yang kita boleh tinggalkan untuk ibu ayah yang tidak terbalas jasanya? 

Maka itulah yang saya selalu cakap pasal hibah ni. 

Apa Itu Hibah Takaful

Kalau kita simpan setiap bulan RM100 khas untuk diberi pada anak bini nanti, cukup 3 tahun baru ada RM 3,600 dalam bank. Itupun kalau simpanan tu kita tak korek balik bila sesak. Belum tolak inflasi lagi. 

Tapi contoh, kalau kita mencarum dalam Takaful Hayat coverage RM 300K, umpama dalam tangan dah ada nilai RM 300K tu. 

Inilah solusi untuk kita yang takde duit tapi nak tinggalkan sejumlah duit untuk orang yang kita sayang. Buatlah hibah takaful. Kita start mencarum sahaja automatik kita sudah ada duit banyak. 

Jika kita meninggal atas sebab sakit apa sekalipun, pewaris yang kita hibahkan tu akan terima 100% daripada coverage yang kita ambil tu.

Kalau ambil 300K, waris dapatlah 300K selepuk. Kalau kita hilang upaya kekal, kita lah yang dapat 300K tu untuk teruskan hidup dan guna sebagai rawatan pemulihan. 

Besar sungguh ganjarannya bagi hadiah pada orang yang kita tinggalkan. Sebab sedekah yang paling baik adalah kepada kaum kerabat terdekat kita sendiri iaitu keluarga.

Hidup kesayangan kita jadi senang lenang, pahala kita mengalir melimpah ruah, hidup kita di 'sana' pun insyaAllah tenang.. 😊


Yer, hibah takaful atau dalam bahasa insurans dipanggil Life Policy atau insurans nyawa ni tujuannya nak cover pendapatan kita yang hilang disebabkan hilang upaya kekal atau mati. Sebab tu ianya juga disebut Income Protection/Replacement (pelan penggantian gaji. 

Kalau dah mati, pampasan tu dapat pada yang hidup la. Kita tak nak waris kita hidup susah dan meminta-minta. Kita nak pastikan hidup mereka terjamin dan terjaga dengan baik. 

Itu sahaja. 

Semua syarikat takaful ada sediakan plan Hibah ini. 

Carilah mereka dan minta nasihat sesuai dengan bajet dan keperluan masing-masing. 

Ingat, prinsip utama dalam mengambil perlindungan takaful, mestilah tidak makan lebih 10% daripada gaji kita. 

Usah berlebih-lebihan. 

Tapi jangan sampai tak cukup coverage yang sepatutnya pula. 

Pelan penggantian gaji yang baik mestilah bersamaan 10 tahun gaji tahunan kita. Lebih tak mengapa, jangan kurang. Tak cukup bajet, mulakan dengan separuh dahulu. InsyaAllah ada rezki nanti boleh tambah lagi. 

Setiap orang, pelan takaful yang diperlukan adalah berbeza. Nak dapatkan consultation tentang plan terbaik untuk diri anda & keluarga sesuai dengan bajet/keperluan, boleh set appointment dengan saya. InsyaAllah saya sedia membantu. 😉 

Jom kita sembang2 tepi dulu👇

Oh ya, jemputlah join channel Telegram rasmi saya untuk dapatkan tip, panduan, kisah inspirasi dan info terkini pasal takaful dan kewangan. 

1. Install Telegram di hp. 


3. Klik JOIN.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign