5 Feb 2020

70 Billion Harta Pusaka Gagal Dicairkan

Bila sebut pasal harta pusaka, masyarakat Islam di Malaysia adalah golongan yang paling terkesan kerana daripada jumlah RM60 billion harta pusaka yang terbeku (*Dato Hamim Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Harian Metro, 14 Januari 2016), mereka adalah penyumbang paling besar iaitu 90%.

Sebagai orang Islam, apabila berlakunya kematian, 3 perkara yang perlu disegerakan:
1. Uruskan Jenazah Arwah
2. Bayarkan/uruskan Hutang Arwah
3. Bahagikan Harta Pusaka Arwah

Namun begitu, masyarakat Islam atau lebih spesifik masyarakat melayu mempunyai persepsi yang berbeza mengenai harta pusaka. Ia adalah satu topik yang cuba dielakkan lalu urusan ini selalunya dilewat-lewatkan. 

Ketahui ilmu dan kaedah untuk merancang pengagihan kewangan anda dengan mudah. Pastikan anda dan keluarga anda tidak menjadi sebahagian daripada statistik RM 60 billion harta beku yang semakin bertambah.
70 Billion Harta Pusaka Gagal Dicairkan

1. Statistik sehingga hujung tahun 2018 pula menunjukkan, RM70 billion harta pusaka yang majoritinya milik orang Melayu Islam negara kita tidak berjaya dituntut! 😱

2. Ini membuktikam proses Faraid bukan sahaja lama, tapi besar kemungkinan untuk tidak dapat dibahagikan jika ada pertikaian, atau kekurangan tunai untuk membayar legal fees. 

3. Saban tahun kes begini semakin meningkat. Kalau dapat pun, bahagian isteri terima paling SEDIKIT iaitu 1/8 sahaja.

4. Ye betul. Hibah takaful takkan mampu selesaikan masalah RM70 billion harta beku ni serta merta. 

5. Tapi, ianya boleh bantu ahli waris jadikan modal untuk menguruskan harta pusaka. Malah, proses negosiasi dengan ahli waris juga akan jadi lebih mudah.

6. Ia juga boleh dijadikan sebagai pelampung (back up plan) untuk waris terdekat iaitu pasangan dan anak-anak sementara urusan pembahagian harta pusaka melalui faraid selesai. Kebiasaannya makan masa 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun, ataupun lebih lama.

7. Pasangan dan anak-anak memanglah waris kepada harta-harta yang ditinggalkan. Tetapi ramai tidak sedar, sepanjang urusan pembahagian ikut faraid, turun naik mahkamah bertahun-tahun, tiada siapa yang nak tanggung keperluan harian mereka. Kehidupan masih perlu diteruskan. Komitmen bulanan perlu dibayar.

8. Jika anda sebagai ketua keluarga, ada ambil hibah takaful dan namakan isteri sebagai penama hibah, beberapa hari selepas kematian anda, isteri akan terus dapat pampasan. Kalau coverage RM 1juta, isteri akan dapatlah RM 1juta tu segedebuk. Tak perlu lalui proses faraid.

9. Hubungilah kawan-kawan ejen takaful yang anda percaya dan minta nasihat daripada mereka apa plan yang sesuai dengan anda. Jangan tangguh-tangguh lagi. Sekarang dah tahun 2020! 

10. Setiap orang, pelan takaful yang diperlukan adalah berbeza. Nak dapatkan consultation tentang plan terbaik untuk diri anda & keluarga sesuai dengan bajet/keperluan, boleh set appointment dengan saya. 

InsyaAllah saya sedia membantu. 😊


*Keutamaan untuk orang-orang Melaka, Johor & Selangor 


Hidayah Abdul Kadir, 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign