26 Feb 2020

Orang Muda Dan Takaful


Orang fikir kalau hibah je, mesti berkait pasal kematian. 😂

Sebenarnya, fungsi hibah ni lebih kepada nak lindungi diri sendiri dulu.

Kalau kita ditimpa musibah lumpuh @ cacat kekal sepenuhnya, pampasan inilah yang akan digunakan untuk survive..

Fungsi utama takaful adalah untuk MELINDUNGI.

Persediaan untuk menghadapi malapetaka kewangan.

PENTINGNYA UNTUK KITA TAHU BAHWA:


1. Ranking pertama dalam perlindungan adalah LIFE TAKAFUL.

Di mana kebanyakkan orang tak nak ambil tahu pun kepentingan life takaful atau dikenali sebagai Income Protection ni. Betul? 

Life takaful ni maksudnya jika berlaku kematian atau cacat kekal maka waris kita akan dapat pampasan. Bila hutang kita banyak dan simpanan makin susut, maka ambil lah life takaful sebagai back up kewangan keluarga. 

2. Ranking kedua adalah TPD atau bahasa melayunya adalah CACAT KEKAL. 

Tak kira bujang atau sudah berkahwin, selain fikir untuk sediakan pampasan kematian untuk diberikan kepada orang lain, fikir juga PAMPASAN CACAT KEKAL yang boleh dituntut untuk diri sendiri. Untuk survive.

Salah satu yang jadi dulu maka pampasan ni akan diberikan pada anda atau waris anda. 

Sekiranya cacat kekal, seseorang itu biasanya akan kehilangan pekerjaan. Banyak wang pula diperlukan untuk menyokong kecacatan contohnya kerusi roda, kaki palsu, renovasi rumah sesuai untuk OKU, upah pembantu dan sebagainya. 

Di sinilah penggantian pendapatan yang hilang akibat dari kecacatan tersebut sangat-sangat diperlukan. Sudahlah hilang pendapatan, perlu wang tambahan pula lagi.

Waktu ini kita akan nampak fungsi hibah takaful sebagai sistem sokongan kita. Saat diperlukan.

Sebab, waktu kita susah belum tentu ada yang nak membantu. Tak nak juga menjadi beban kepada orang lain.

Bantulah diri sendiri sejak dari sekarang. Ambil polisi hibah takaful, demi masa depan yang lebih terjamin.

3. Ranking ketiga adalah MEDICAL CARD. 

Ini yang ramai orang akan lari bila ada agent mula bertanya kan? Tapi berapa ramai je yang faham apa yang mereka ambil tu dan adakah mencukupi dan relevan lagi?

Jadi, kenapa orang bujang perlukan polisi hibah sendiri adalah untuk DIRINYA SENDIRI.

menabunglah dari sekarang walaupun sedikit yang kita dapat.

18 Feb 2020

Kematian yang Menghidupkan

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

Semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan yang terbaik. Sihat wal afiat di samping keluarga tercinta.

Lebih kurang seminggu sudah pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar.  Seluruh Malaysia digemparkan dengan berita pemergian seorang pelawak dan pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Abam Bocey.

Beliau 'dijemput' pergi dalam usia yang begitu muda iaitu pada usia 32 tahun.

Pemergiannya benar-benar mengejutkan semua. Dan apa yang benar-benar mencemburukan saya dan mungkin kalian juga, begitu ramai yang menghadiri pengebumian beliau dan kebaikannya semasa hidup di sebut-sebut di sana-sini. Sangat menginspirasikan.

Sejujurnya, setiap kali baca berita tentang beliau, hati ni jadi sebak tiba-tiba sampai mengalir air mata. Padahal tak kenal pun dan saya bukan peminat beliau.

Cuma terfikir.. Bagaimana lah aku dah takde nanti, ada ke orang datang uruskan jenazah dan pengeebumian? Apa yang orang akan cakap tentang diri ini yang banyak dosa tapi kurang amalan soleh. Bagaimana pula dengan kesayangan-kesayangan yang ditinggalkan? 

Sahabat sekalian ada terfikir tak?

Kematian yang Menghidupkan

Mari kita sama-sama belajar sesuatu daripada peribadi yang beliau tinggalkan.

1) Memuliakan Ibu Bapa

Beliau semasa hidupnya dapat kita lihat melalui perkongsian di media sosial dan ucapan ibunya sendiri jelas membuktikan bahwa beliau merupakan seorang anak yang sangat baik. Sentiasa mentaati ibunya, mengasihi ibunya, tidak menyakiti hati ibunya dan sentiasa berusaha membahagiakan ibunya. Ia sangat bertepatan dengan perintah agama.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahqaf , ayat 15 : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah…”

2) Buat Baik Kepada Ahli Keluarga

Pemergian beliau ditangisi adik beradiknya. Jelas membuktikan bahawa beliau merupakan seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Beliau tak pernah berkira dan sentiasa berusaha berbuat baik kepada ahli keluarganya. Oleh kerana itulah, pemergian beliau benar-benar dirasai.

Dalam satu rancangan temubual bersama Ustaz Ebit Liew, beliau berpesan supaya bantu ahli keluarga terdekat dahulu. Kalau bukan kita yang tolong adik beradik kita, siapa lagi nak tolong.

Beliau sendiri telah membuktikan, beliau hanya berkahwin selepas adik-adiknya berkahwin dan semua kos perkahwinan beliau yang taja.

3) Sebarkan Kasih Sayang & Bantu Orang Lain

Rasa sayang sesama manusia amatlah penting dalam membina kehidupan yang harmoni. Ketika kita menyayangi orang-orang yang kita kenal mahupun tidak, kita akan menajdi ringan tulang dan tidak fikir panjang untuk membantu meringankan masalah atau bebanan mereka. Dan itulah yang berlaku kepada beliau ketika seorang ibu dan anak kecil yang sanggup datang walaupun pada waktu malam bagi menziarahi kubur beliau dek kerana begitu terhutang budi atas kebaikan arwah semasa hidupya.

"Orang Baik Semua Sayang."


Pagi ini pula, datang lagi berita kematian mengejut. Umur baru mencecah 40 tahun.


Allahu..betapa dekatnya kita dengan kematian.😫

Innalillahi wainna ilaihi rojiuuun..


Al-Fatihah buat arwah Abam dan arwah Ashraf Sinclair. Mari kita sama-sama mendoakan pengakhiran yang baik untuk kita semua.

....

Mati.
Itulah kepastian.
Bukan syaratnya tua atau sakit.
Tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat. 

Berita kematian sepatutnya menginsafkan kita yang masih hidup.

Moga kita lebih bersedia dengan bekalan amal soleh untuk dibawa ke 'sana' dan juga sediakan bekalan buat waris kita yang masih hidup.

Usah bertangguh.
Masa tak pernah menunggu kita.

13 Feb 2020

Wanita, Jadilah Bijak Supaya tak Dipijak!

Kita tak minta musibah melanda tapi kita sebagai seorang wanita, kena sentiasa bersedia sebab mati itu pasti, cuma kita tak tahu bila.

Wanita, Jadilah Bijak Supaya tak Dipijak!

1. Tak salah isteri mengharap pada suami, tapi ia tetap agak berisiko tinggi. Cipta pendapatan sendiri dan mulakan hidup berdikari, walaupun suami masih sihat, sweet dan setia di sisi.

2. Belajar urus kewangan dan belanja keluarga. Jika bukan kerja 'gomen', jangan putus asa kerna Harapan masih ada walau tiada pencen.

3. Ambil tahu semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.

4. Ambil cakna juga simpanan yang ada. Tabung ASB dan KWSP ada berapa, siapa penama. Begitu juga Tabung Haji, dan saham apa kita ada.

5. Pastikan Dana Kecemasan 6 bulan gaji sedia ada. Jika apa-apa berlaku, boleh guna dana kecemasan tersedia.

6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan jika anda juga sumber pendapatan keluarga. 

7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan "Jika Suami Meninggal?". Bagaimana urus dana pancen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya. 

Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. Katanya, "Saya tak tahu nak buat apa apa". 

Wanita, Jadilah Bijak Supaya tak Dipijak!
'Hilang' boleh jadi disebabkan kematian atau penceraian.
8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ambil tahu tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.

9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada. 

10. Belajar guna perbankan online untuk semua urusan.

11. Ingat ya, jika suami sahaja yang bekerja, hukum mengambil perlindungan pendapatan (hibah) adalah WAJIB! Tak buat memang tak dosa, tapi esok lusa anak bini sendiri sengsara..😫

Wanita, Jadilah Bijak Supaya tak Dipijak!
Jika boleh berlaku pada orang lain, tak mustahil boleh berlaku pada kita.

12. Pujuk suami ambil pelan penggantian gaji (hibah takaful) sekurangnya 10 tahun gaji. Perlindungan ini hanya serendah RM50-RM150 sahaja sebulan. 

13. Jika suami tak berminat atau tiada kesedaran, para isteri tolong ambil tindakan bijak dengan mengambil plan ini dan hibahkan atas nama sendiri. 

Jika suami pergi dulu, kita dah ada simpanan menanti.😊

Kita bukannya isteri mata duitan, kita cuma mahu jadi isteri yang bijak kewangan!

Salam sayang,
Hidayah Abdul Kadir.


12 Feb 2020

Mengapa Pampasan Sakit Kritikal Begitu Penting?

Masih ramai yang tak tahu bahawa, coverage Perlindungan Pendapatan (Income Protection) yang baik mestilah merangkumi sekali coverage untuk penyakit kritikal (Critical Illness), bukan sekadar melindungi kes kematian dan hilang upaya kekal. 


Apakah itu CI dan mengapa saya perlukannya? 


Sekiranya anda diserang penyakit kritikal atau mengalami kecederaan yang serius disebabkan kemalangan, anda mungkin menghadapi masalah kewangan untuk membayar kos perubatan dan juga hilang pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti. 

Perlindungan CI boleh membantu anda untuk menyediakan pampasan sekali gus, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan.


Berapakah jumlah dilindungi yang saya perlukan?


Ia bergantung kepada: 

1. Jumlah yang anda perlukan untuk menampung keluarga sekiranya anda hilang pendapatan
2. Hutang anda dan lain-lain
3. Liabiliti kewangan anda
4. Jumlah yang anda ingin sumbangkan secara berkala

Apa-apa pun, perlindungan takaful dengan coverage penyakit kritikal yang baik adalah sekurang-kurangnya bersamaan 3 ke 5 tahun pendapatan tahunan. 

Sebagai contoh, jika pendapatan anda RM 2,000 sebulan atau RM 24,000 setahun, anda sebaiknya mempunyai coverage penyakit kritikal sebanyak RM 72,000 hingga RM 120,000.

Mengapa Pampasan Sakit Kritikal Begitu Penting?


Apakah perbezaan di antara perlindungan Sakit Kritikal dan perlindungan Perubatan?


Ringkasnya, perlindungan perubatan hanya akan membayar kos perubatan anda di hospital. Setiap pelan yang di ambil juga terdapat had bagi jumlah yang dibayar setiap tahun dan ada had seumur hidup, serta tiada jaminan untuk pembaharuan pelan anda bagi tahun berikutnya. 

Jikalau ada pun, anda perlu membayar sumbangan yang lebih tinggi. Kesannya, anda mungkin menanggung perbelanjaan yang tidak dijangka terutamanya untuk rawatan perubatan jangka panjang yang diperlukan.

Sebaliknya, jika anda ada perlindungan CI, ia boleh membantu memberikan anda dana tambahan secara sekali gus, supaya anda boleh menangani kos yang tidak dijangka mengikut keperluan anda, seperti:

1. Untuk membayar perkhidmatan perubatan yang mungkin tidak tersedia, atau untuk rawatan yang  tidak dilindungi oleh perlindungan perubatan anda.

2. Untuk menampung perbelanjaan bagi pengubahsuaian rumah untuk pesakit yang pergerakannya  terjejas, kos pengangkutan (contohnya ulang alik ke pusat perubatan) dan kos penjagaan jangka panjang.

3. Untuk kos sara hidup harian, membolehkan pesakit menumpukan masa dan tenaga mereka untuk pulih tanpa perlu bimbang tentang bil yang perlu dibayar.

4. Untuk memperoleh teknologi perubatan alternatif di luar negara termasuk mendapatkan pendapat  perubatan kedua yang boleh meningkatkan peluang anda untuk pulih.

Mengapa Pampasan Sakit Kritikal Begitu Penting?
Fakta telah menunjukkan, 71% kematian rakyat Malaysia berpunca daripada pelbagai  penyakit kritikal seperti 
  • stroke
  • kanser
  • sakit jantung, dan
  • sakit buah pinggang
Sejak dua dekad yang lalu, kanser adalah salah satu dari lima penyebab utama kematian yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di negara ini adalah kanser payudara (19%), kanser kolorektal (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%).

Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku (16.9 %) dan wanita pula adalah kanser payudara (34.1%).

Pihak WHO menganggarkan 30-50% peratus kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.

Kejadian kanser adalah dikaitkan dengan lima tingkah laku dan amalan berisiko iaitu:

1. Berat badan berlebihan.
2. Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Kurang melakukan aktiviti fizikal.
4. Pengambilan tembakau atau merokok.
5. Pengambilan alkohol.

Ini membuktikan, Medical Card dan Hibah Takaful sahaja tidak memadai untuk berfungsi sebagai plan penggantian gaji dalam situasi ini.

Di Malaysia, kanser adalah masalah kesihatan utama dengan kira-kira 37,000 kes baharu disahkan setiap tahun.

Sebagai penyelesaiannya, ambil lah perlindungan takaful penyakit kritikal ini  di usia muda agar mampu menjamin kadar kelangsungan hidup lebih baik serta mengurangkan beban keluarga, bil pembiayaan tinggi.

Semak kembali polisi income protection ataupun perlindungan perubatan yang anda ambil sekarang samada sudah dilengkapi dengan pampasan critical illness ini atau tidak. Jika tak faham, rujuk ejen anda yang berwibawa. Saya juga sedia membantu semak kembali polisi sedia ada anda secara PERCUMA.

Jangan segan-segan hubungi saya di talian +6011 -1198 9680 (whatsapp).

Dapatkan plan Income Protection yang lengkap dengan perlindungan Penyakit Kritikal untuk satu keluarga di sini!
Contoh Penyakit Kritikal Yang Dilindungi FWD Takaful

















1 PELAN PERLINDUNGAN UNTUK 1 SEISI KELUARGA

HIBAH KELUARGA PERTAMA DI MALAYSIA! Pelan takaful yang berbeza.
SATU PELAN UNTUK SEISI KELUARGA! 👨‍👩‍👧‍👦

Plan Family First

Pernah dengar "Policy Love Family" takaful?

"Policy Love Family“ atau “Polisi Family First” ialah polisi Takaful yang diambil pasangan suami dan isteri sebagai orang yang dilindungi.

Maksudnya, Satu Polisi Cover sekali Suami & Isteri terus dan sehingga 4 orang anak. Memang super duper menjimatkan!! 👫

Plan Family First

Ini pelan takaful pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga.

Kini, anda tidak perlu lagi membayar dan mengurus pelan bagi setiap individu untuk setiap ahli keluarga.

Ramai yang telah menyedari kepentingan pelan perlindungan pendapatan atau income replacement plan ini.

Tetapi disebabkan faktor kos selalu menjadi penghalang. Oleh sebab itu pelan hibah satu keluarga mampu milik telah diperkenalkan. 😉

Pelan ini memberikan perlindungan hibah takaful bermula serendah RM 25,000 untuk cover pendapatan suami dan isteri.

Manfaatnya adalah seperti di bawah:

  1. Perlindungan keseluruhan untuk keluarga anda bersamaan dengan 250% daripada jumlah dilindungi.
  2. Manfaat Kematian (Hibah Takaful) atau Hilang Upaya Kekal ibu atau bapa - 100% daripada jumlah dilindungi akan dibayar.
  3. Manfaat perlindungan 36 penyakit kritikal utama - 100% daripada jumlah dilindungi akan dibayar.
  4. Manfaat perlindungan 20 penyakit kritikal kecil- 25% daripada jumlah dilindungi akan dibayar.
  5. Manfaat pengecualian sumbangan jika salah seorang ibu bapa meninggal dunia.
=====================
>> KELEBIHAN POLISI <<
=====================

1. Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama Hibah boleh letakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.

2. Tidak ada isu faraid apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.

3. Ianya lebih selamat berbanding meletakkan nama pasangan sebagai hibah yang bila-bila masa pemilik polisi boleh ubah penama hibah dalam polisi tanpa pengetahuan penerima hibah.

4. Hibah yang digunakan juga dilindungi dibawah akta IFSA (Islamic Financial Service Act 2013).

5. Perlindungan Tambahan 36 Penyakit Kritikal dengan premium terendah.

7. Apabila berlaku kematian salah seorang ibu bapa, polisi automatik menjadi PERCUMA untuk pasangan dan anak yang masih hidup untuk meneruskan perlindungan.



Sebagaimana janji ikatan termetri di hari bahagia, janji kasih hingga ke syurga. 😍

Melalui pakej hibah sekeluarga mampu milik ini, pendapatan anda suami isteri akan dilindungi dengan sumbangan takaful yang paling rendah. Pelan ini boleh dijadikan

1. Sebagai gantian/bantuan pendapatan anda untuk keluarga selepas ketiadaan anda.

2. Sebagai perlindungan hutang pinjaman (bank/pelajaran/perumahan/kenderaan) sekiranya anda ditimpa musibah.

3. Sebagai bantuan kecemasan keluarga selepas Kematian/hilang Upaya akibat kemalangan.

4. Sebagai pembelanjaan pendidikan anak, sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal kepada anda atau pasangan.

Tahukah anda bahawa saranan kebanyakkan pakar kewangan, jumlah minimum paling sesuai adalah 10X gaji tahunan anda. Jika masih tidak mampu, cubalah untuk mendapatkan perlindungan paling kurang 5X gaji tahunan sebagai permulaan. 

Lebih baik ada daripada tiada perlindungan langsung kan? Ada bajet lebih nanti, insyaAllah boleh tambah lagi.😀

Ingatlah, payung yang anda pegang tidak mampu untuk meredakan hujan. Tetapi ianya akan membantu anda bergerak meredah hujan.

Pengorbanan Anda Hari ini, Untuk Jaminan Masa Hadapan mereka.

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA! 💪

Contoh proposal untuk Lelaki, 30 Tahun, Tidak Merokok

INCOME PROTECTION yang sempurna, perlu lengkap sekali dengan coverage CRITICAL ILLNESS sekurang-kurangnya bersamaan 3 ke 5 tahun gaji.

Kenapa 3 ke 5 tahun gaji manfaat untuk sakit kritikal?

Kerana, apabila seseorang itu disahkan penyakit kritikal, selalunya dalam masa 3 ke 5 tahun; sama ada dia akan meninggal dunia atau sembuh.

Ini contoh proposal takaful untuk lelaki berusia 30 tahun yang mempunyai pendapatan RM 2,000 dengan sumbangan bulanan hanya RM 175 sebulan;

Ya, RM 175 sebulan dapat coverage:
  1. RM 250,000 untuk perlindungan keseluruhan.
  2. RM 100,000 jika berlaku kematian dan lumpuh. 
  3. RM 100,000 jika di diagnosis dengan penyakit kritikal. 
Jumlah ini bersamaan dengan 4++ tahun gaji peserta.

Ini barulah plan INCOME PROTECTION yang lengkap merangkumi coverage untuk 3 musibah besar.

3 musibah ini ialah:
  1. Death (Hilang income)
  2. Disable / Lumpuh (Hilang income + masih perlu meneruskan hidup)
  3. Dread Disease / Sakit kritikal (Hilang income + masih perlu meneruskan hidup + perlu kos hospital)
Atau dikenali juga sebagai musibah 3D.

Dengan hanya RM 175, tak sampai 10% daripada pendapatan, lelaki berusia 30 tahun yang mempunyai income RM 2,000 mampu memiliki plan INCOME PROTECTION yang serba lengkap!

1 Polisi dah cukup.

Berbaloi -baloi bukan?? ^^,

Untuk keterangan lebih lanjut dan dapatkan FREE QUOTATION dan CONSULTATION,
Boleh KLIK terus Link whatsapp di bawah;

☎️ wasap.my/601111989680/HibahMampuMilik

Eh, ada ke yang tak faham lagi penerangan panjang lebar atas ni?
Tak mengapa, kalau tak pandai baca panjang-panjang, kita bagi tengok video la. huu


Apa? Masih tak faham apa kejadah menatang Hibah Takaful yang orang asyik sebut sana sini tu? Jom baca di sini.

Terfikir pula mana yang lebih penting antara medical card (kad perubatan) dan income protection (hibah takaful)? Jangan risau, saya dah ulas di sini.

Jemput baca dan selamat beramal kawan.

11 Feb 2020

Mutawif Umrah Hadiahkan 1 Juta Dana Khas Untuk Isteri Tercinta

"Saya rasa perlu sangat ada Hibah Takaful (Income Protection) ni bila dah selalu kerja luar (outstation). Tolong buatkan quotation hibah 300k, 500k dan 1juta."

Baru-baru ini beliau dapat amanah baru iaitu bertugas sebagai mutawwif Umrah merangkap Branch Manager Travel Agency.

Mutawif Umrah Hadiahkan 1 Juta Khas Untuk Isteri Tercinta
Usai sesi konsultasi secara PERCUMA di Pizza Hut berdekatan tempat beliau mengajar.

Saya sebenarnya kagum dengan usaha beliau untuk tambah pendapatan keluarga. Semua beliau sapu. Asalkan boleh dijadikan sumber rezki..
- Imam masjid
- Penceramah
- Motivator
- Ejen coway
- Home Tutor
- Ejen Simkad redone
- Driver grab

Alhamdulillah, dalam masa tak sampai 24 jam consultation, beliau buat keputusan untuk sign up Hibah Takaful dengan coverage RM 1,000,000.

Lelaki, umur 32 tahun, sumbangan bulanan hanya serendah RM 280 sahaja! Ini manfaat yang beliau dapat:

✅ Perlindungan sehingga tempoh matang umur 80 tahun.

Manfaat Kematian:
✅ RM 1,000,000

Manfaat Pengurusan Pengebumian:
✅ RM 100,000

Manfaat Penyakit Terminal:
✅ RM 1,000,000

Manfaat Hilang Upaya Kekal:
✅ RM 1,000,000

Manfaat Takaful Pasangan:
✅ RM 100,000

FREE perkhidmatan Badal Haji:
✅ RM 2,000

FREE perkhidmatan kaunseling kesedihan:
✅ RM 2,000

FREE khidmat guaman:
✅ RM 2,000

Berbaloi-baloi...!😍
Perlindungan tinggi dengan harga yang rendah.

Orang bisnes, lagi wajib ada Hibah Takaful ni sebab duit pampasan ni boleh bantu langsaikan hutang bisnes atau gunakan untuk waris teruskan legasi bisnes.

Sebagai ketua keluarga, insyaAllah dana 1 juta ini lebih daripada cukup untuk menjamin kehidupan  anak isteri beliau. 

Cuma RM 9 je niatkan bersedekah setiap hari.

InsyaAllah dengan memberi, rezki kita semakin bertambah-tambah. Itu janji Allah.

Bukankah tangan yang memberi tu lebih baik daripada menerima?😊

APA UNTUNGNYA BUAT HIBAH NI?

Hibah ni mudah, hanya dengan buat simpanan berapa ratus je sebulan dalam akaun tertentu. Dah layak dah dapat pampasan RM1,000,000 ni.

Contoh, buat simpanan around RM280 sebulan. Jika berlaku je kematian walau baru bayar sekali, penama Hibah yang pencarum letakkan sebagai penama (biasanya isteri) terus layak dapat 100% daripada RM1,000,000 tersebut.

Kalau kita kira, simpan RM 280 sebulan selama 10 tahun pun baru dapat RM 33,600. 20 tahun baru dapat RM 67,200. 30 tahun baru dapat RM 100,800. 

Itupun kalau kita konsisten dan simpanan tu tak bocor sebab kita  asyik korek bila ada kecemasan.

Jadi, jika ada cara kita boleh sediakan satu dana segera, jumlah yang besar pula, dengan sumbangan yang rendah, kenapa kita tak buat kan??

"Habis tu, kalau saya masih hidup & tak jadi apa-apa sampai umur matang saya 80 tahun? Hangus je la duit saya keluarkan bulan2 tu?"

Bersyukurlah banyak2 sebab panjang umur dan Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang hidup.

Tak ada istilah hangus. Sebab duit yang kita keluarkan bulan2 tu jadi saham akhirat kita. Rugi ke bersedekah tolong orang yang susah?

Baca ini: Peluang Memberi Dengan Bersedekah

Dalam masa yang sama, kita memang niat nak sediakan dana kecemasan/pendidikan untuk bagi pada anak isteri jika ditakdirkan kita pergi dulu lebih awal.

Ajal itu pasti cuma kita tak tahu bila je. Sebab tu kena sentiasa bersedia.

Takkan kita sanggup nak biar isteri dan anak-anak 'pandai-pandai hidup'.

*Kalau anda nak ada perlindungan dalam masa yang sama ada simpanan yang boleh dikeluarkan bila-bila masa anda perlukan dan bila umur matang kalau anda masih hidup lagi, anda akan dapat semula nilai tunai (cash value) simpanan yang anda buat. Ini plan yang sesuai. Plan Invest First.


"Tapi.. Life takaful ni, kalau orang tu ambil, lepas tu dia bayar, lepas tu dia mati, duit tu bukan dapat kat dia pun. Jadi, kenapa nak ambil?"

Orang pentingkan diri je fikir macam tu.

Lepas ketua keluarga meninggal, isteri ada 2 pilihan je untuk dapatkan DUIT SEGERA semata-mata nak survive hidup dengan anak-anak.

1. Duit pampasan life takaful.
2. Duit nafkah daripada suami baru.

Life takaful biasanya sekali dengan pampasan cacat kekal keseluruhan. Ada juga yang masuk sekali pampasan sakit kritikal.

Contoh dalam situasi kalau kita tak mati lagi, cuma hilang upaya kekal keseluruhan disebabkan kemalangan atau sakit kritikal tapi tak mampu nak bekerja dah.

Jadi, daripada mana kita nak dapat duit untuk sendiri survive??

Daripada pampasan takaful yang kita bayar setiap bulan itulah.

Nak katanya, orang bujang pun kena ada life takaful. Kalau ditakdirkan sakit nanti, mungkin parent kita perlukan duit tu untuk sara hidup kita.

"Oo, macam tu. Saya baru tau."

Biasalah.

Memang ramai orang yang mula ambil takaful tapi tak faham pun apa yang dia bayar. Sebab tu rasa rugi kalau tak pernah claim.

Whatsapp saya sekarang kalau berminat nak apply Hibah Takaful yang berbaloi sebagai pelan penggantian gaji. Ikut bajet dan keperluan masing-masing.

Jom sertai kami dalam Kempen Buka Akaun Hibah Takaful sekarang!

Suami mithali mesti ada pelan penggantian gaji.
Itu tanda benar-benar sayangkan anak isteri.

Boleh klik link kat bawah ni;
.....

Untuk membaca lebih banyak kisah kewangan, takaful dan inspirasi serta tidak mahu terlepas info-info sesi 1:1 terkini, boleh follow channel telegram : https://t.me/HidayahAbdulKadir

7 Feb 2020

Apa Itu Hibah Takaful?

Apakah yang dimaksudkan dengan hibah takaful tu ya? Mesti ramai yang masih tak faham kan?

Apa Itu Hibah Takaful

InsyaAllah dalam entry kali ini saya akan terangkan serba sedikit.

Hibah tu perkataan dalam bahasa Arab. Bahasa Melayunya bermaksud hadiah. 

Hibah takaful pula adalah pemberian hadiah (sejumlah pampasan) secara sukarela melalui sijil takaful yang akan diberikan kepada (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia atas dasar kasih sayang. 

Dalam Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. 

Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris, Islam atau Non Muslim. 

Itulah dia hibah. 


Mungkin ada yang masih tak tahu, jika berlaku kematian, semua harta & akaun si mati termasuk akaun bank simpanan, asb, epf akan dibekukan sementara bagi melalui proses wasiat atau faraid. 

Hibah Takaful ini antara instrumen yang terbaik untuk waris (penama) mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara asset yang dibekukan dapat dicairkan semula. 

Dengan hibah takaful ini juga, konflik keluarga atau perebutan harta dapat dielakkan. (Baca: 70 Billion Harta Pusaka Gagal Dicairkan)

Andai kata esok kita dijemput pergi, adakah kita ada duit yang banyak untuk ditinggalkan pada anak dan isteri?

Siapa nak bayar hutang-hutang sedia ada?

Dana pendidikan anak bagaimana?

Kalau masih bujang, apa yang kita boleh tinggalkan untuk ibu ayah yang tidak terbalas jasanya? 

Maka itulah yang saya selalu cakap pasal hibah ni. 

Apa Itu Hibah Takaful

Kalau kita simpan setiap bulan RM100 khas untuk diberi pada anak bini nanti, cukup 3 tahun baru ada RM 3,600 dalam bank. Itupun kalau simpanan tu kita tak korek balik bila sesak. Belum tolak inflasi lagi. 

Tapi contoh, kalau kita mencarum dalam Takaful Hayat coverage RM 300K, umpama dalam tangan dah ada nilai RM 300K tu. 

Inilah solusi untuk kita yang takde duit tapi nak tinggalkan sejumlah duit untuk orang yang kita sayang. Buatlah hibah takaful. Kita start mencarum sahaja automatik kita sudah ada duit banyak. 

Jika kita meninggal atas sebab sakit apa sekalipun, pewaris yang kita hibahkan tu akan terima 100% daripada coverage yang kita ambil tu.

Kalau ambil 300K, waris dapatlah 300K selepuk. Kalau kita hilang upaya kekal, kita lah yang dapat 300K tu untuk teruskan hidup dan guna sebagai rawatan pemulihan. 

Besar sungguh ganjarannya bagi hadiah pada orang yang kita tinggalkan. Sebab sedekah yang paling baik adalah kepada kaum kerabat terdekat kita sendiri iaitu keluarga.

Hidup kesayangan kita jadi senang lenang, pahala kita mengalir melimpah ruah, hidup kita di 'sana' pun insyaAllah tenang.. 😊


Yer, hibah takaful atau dalam bahasa insurans dipanggil Life Policy atau insurans nyawa ni tujuannya nak cover pendapatan kita yang hilang disebabkan hilang upaya kekal atau mati. Sebab tu ianya juga disebut Income Protection/Replacement (pelan penggantian gaji. 

Kalau dah mati, pampasan tu dapat pada yang hidup la. Kita tak nak waris kita hidup susah dan meminta-minta. Kita nak pastikan hidup mereka terjamin dan terjaga dengan baik. 

Itu sahaja. 

Semua syarikat takaful ada sediakan plan Hibah ini. 

Carilah mereka dan minta nasihat sesuai dengan bajet dan keperluan masing-masing. 

Ingat, prinsip utama dalam mengambil perlindungan takaful, mestilah tidak makan lebih 10% daripada gaji kita. 

Usah berlebih-lebihan. 

Tapi jangan sampai tak cukup coverage yang sepatutnya pula. 

Pelan penggantian gaji yang baik mestilah bersamaan 10 tahun gaji tahunan kita. Lebih tak mengapa, jangan kurang. Tak cukup bajet, mulakan dengan separuh dahulu. InsyaAllah ada rezki nanti boleh tambah lagi. 

Setiap orang, pelan takaful yang diperlukan adalah berbeza. Nak dapatkan consultation tentang plan terbaik untuk diri anda & keluarga sesuai dengan bajet/keperluan, boleh set appointment dengan saya. InsyaAllah saya sedia membantu. 😉 

Jom kita sembang2 tepi dulu👇

Oh ya, jemputlah join channel Telegram rasmi saya untuk dapatkan tip, panduan, kisah inspirasi dan info terkini pasal takaful dan kewangan. 

1. Install Telegram di hp. 


3. Klik JOIN.

Sekian.

5 Feb 2020

Apabila Anak Jatuh Sakit..

Anak,
Itulah harta paling berharga yang Allah kurniakan pada setiap yang bergelar ibu dan ayah.

kebiasaannya kita yang dah ada anak ni akan sentiasa mendahulukan segala keperluan si anak. Walau susah mana sekalipun. Kita akan cuba bagi hanya yang terbaik buat mereka.

setuju? =)

Al-kisah.. Hujung bulan lepas, satu-satunya anak solehah saya ni demam panas sehingga mencecah 40 darjah celcius. Setelah dua kali berulang alik ke klinik, demam masih tak kebah-kebah, tambah lagi dengan batuk dan selsema, akhirnya doktor buat surat untuk rujuk ke hospital.

4 hari terpaksa berkampung menemani si kecil Hana Rumaysa di Kajang Specialist Hospital. Alhamdulillah tidak ada apa yang serius, cuma jangkitan kuman dalam darah.

Bila anak sakit, semua jadi tak tentu arah.

Jumlah bil hospital mencecah RM4,000 keseluruhannya.

Saya bukanlah orang berada yang mampu bayar bil beribu-ribu selepuk.

Namun saya masih mampu (sebenarnya paksa diri) mencarum dalam takaful bagi menyediakan pelan perlindungan untuk anak tercinta. Apabila anak jatuh sakit, tidak perlu risau langsung tentang kos rawatan.

Ya, hospital kerajaan memang ada dan percuma.

Biarlah. Walaupun hospital kerajaan mempunyai kepakaran terbaik, saya pilih untuk bagi yang terbaik demi yang tersayang. Kurang sesak. Ada privacy. Saya dan suami pun dapat menjaga anak dengan lebih selesa.

Hari kedua di wad kanak-kanak
Takaful yang saya apply sejak anak lahir tahun ni baru berusia 7 bulan, tapi bil hospital dah cecah 3 kali ganda daripada apa yang saya bayar! Allahu. Itulah indahnya konsep ta'awun (tolong menolong) dalam takaful.

Alhamdulillah. Kalau guna duit poket sendiri mahu pengsan fikir bil hospital yang mahal. Selamat tabung simpanan kecemasan.. Syukur!

Duit simpanan dalam pelan takaful pun masih ada walaupun dah guna untuk hospital. Anak nak sambung belajar nanti dah boleh keluarkan simpanan tu untuk tampung kos pendidikannya.

Saya sebenarnya pelik bila ada ramai lagi orang yang tak nak ambil takaful, sebab rasa selamat dan tak sakit apa-apa. Sedangkan tiada apa JAMINAN yang kita tidak akan ditimpa musibah.

Begitulah.

Jadi, kalau tuan puan ada anak dan mampu, maka ambillah perlindungan takaful (medical card) untuk mereka. Diri sendiri pun ambillah jugak, itu lagi penting lebih-lebih lagi kalau anda ketua keluarga. Tak rugi sesen pun.

Carilah kawan-kawan yang buat takaful. Minta nasihat dan ambil dengan orang yang kita yakin dan percaya.

Tapi. tapi.. kalau nak ambil dengan saya pun apa salahnya. 😂

Saya sudi dan sedia membantu.

Sekian.

Hidayah Abdul Kadir

P/s: Terima kasih kepada semua yang datang ziarah, mendoakan dengan ikhlas dan sentiasa memberi sokongan moral kepada kami terutama buat ahli keluarga dan sanak saudara. Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan.

Jazakumullahu Khairan.

70 Billion Harta Pusaka Gagal Dicairkan

Bila sebut pasal harta pusaka, masyarakat Islam di Malaysia adalah golongan yang paling terkesan kerana daripada jumlah RM60 billion harta pusaka yang terbeku (*Dato Hamim Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Harian Metro, 14 Januari 2016), mereka adalah penyumbang paling besar iaitu 90%.

Sebagai orang Islam, apabila berlakunya kematian, 3 perkara yang perlu disegerakan:
1. Uruskan Jenazah Arwah
2. Bayarkan/uruskan Hutang Arwah
3. Bahagikan Harta Pusaka Arwah

Namun begitu, masyarakat Islam atau lebih spesifik masyarakat melayu mempunyai persepsi yang berbeza mengenai harta pusaka. Ia adalah satu topik yang cuba dielakkan lalu urusan ini selalunya dilewat-lewatkan. 

Ketahui ilmu dan kaedah untuk merancang pengagihan kewangan anda dengan mudah. Pastikan anda dan keluarga anda tidak menjadi sebahagian daripada statistik RM 60 billion harta beku yang semakin bertambah.
70 Billion Harta Pusaka Gagal Dicairkan

1. Statistik sehingga hujung tahun 2018 pula menunjukkan, RM70 billion harta pusaka yang majoritinya milik orang Melayu Islam negara kita tidak berjaya dituntut! 😱

2. Ini membuktikam proses Faraid bukan sahaja lama, tapi besar kemungkinan untuk tidak dapat dibahagikan jika ada pertikaian, atau kekurangan tunai untuk membayar legal fees. 

3. Saban tahun kes begini semakin meningkat. Kalau dapat pun, bahagian isteri terima paling SEDIKIT iaitu 1/8 sahaja.

4. Ye betul. Hibah takaful takkan mampu selesaikan masalah RM70 billion harta beku ni serta merta. 

5. Tapi, ianya boleh bantu ahli waris jadikan modal untuk menguruskan harta pusaka. Malah, proses negosiasi dengan ahli waris juga akan jadi lebih mudah.

6. Ia juga boleh dijadikan sebagai pelampung (back up plan) untuk waris terdekat iaitu pasangan dan anak-anak sementara urusan pembahagian harta pusaka melalui faraid selesai. Kebiasaannya makan masa 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun, ataupun lebih lama.

7. Pasangan dan anak-anak memanglah waris kepada harta-harta yang ditinggalkan. Tetapi ramai tidak sedar, sepanjang urusan pembahagian ikut faraid, turun naik mahkamah bertahun-tahun, tiada siapa yang nak tanggung keperluan harian mereka. Kehidupan masih perlu diteruskan. Komitmen bulanan perlu dibayar.

8. Jika anda sebagai ketua keluarga, ada ambil hibah takaful dan namakan isteri sebagai penama hibah, beberapa hari selepas kematian anda, isteri akan terus dapat pampasan. Kalau coverage RM 1juta, isteri akan dapatlah RM 1juta tu segedebuk. Tak perlu lalui proses faraid.

9. Hubungilah kawan-kawan ejen takaful yang anda percaya dan minta nasihat daripada mereka apa plan yang sesuai dengan anda. Jangan tangguh-tangguh lagi. Sekarang dah tahun 2020! 

10. Setiap orang, pelan takaful yang diperlukan adalah berbeza. Nak dapatkan consultation tentang plan terbaik untuk diri anda & keluarga sesuai dengan bajet/keperluan, boleh set appointment dengan saya. 

InsyaAllah saya sedia membantu. 😊


*Keutamaan untuk orang-orang Melaka, Johor & Selangor 


Hidayah Abdul Kadir, 

'Income Protection' vs 'Medical Card'

Ramai orang keliru antara medical card dan income protection. Tapi tak pelik, sebab memang ramai ejen takaful asyik cerita bab medical card sedangkan itu bukan keutamaan. Ada yang lebih penting dan wajib ada bagi setiap orang dulu, iaitu income protection ataupun disebut pelan penggantian gaji atau paling popular sekarang orang sebut Hibah Takaful.

Sifir mudah dalam perlindungan, Life Takaful (Income Protection) adalah perkara yang wajib diutamakan dahulu. Medical Card hukumnya Sunat Muakkad.😅

Ok, saya cuba huraikan lebih jelas lagi dibawah.

Income Protection:

Plan 'Income Protection' ini berfungsi sebagai Penggantian Gaji, Penyelesaian Hutang dan boleh dijadikan Dana Kecemasan jika kita disahkan hilang upaya menyeluruh dan Kekal (HUMK).

Kalau anda ambil coverage perlindungan sebanyak RM 500,000, maka 100% daripada jumlah ini akan diserahkan kepada anda.

Atau jika anda meninggal dunia, 100% pampasan itu boleh di ‘Hadiahkan’ terus tanpa lalui proses faraid yang panjang (seawal 3 hari hingga 14 hari je) kepada pasangan, anak-anak, ibu bapa ataupun badan-badan kebajikan sebagai saham akhirat.

Life Takaful lebih berfokus kepada INCOME REPLACEMENT (pengganti gaji) jika ada musibah yang berlaku kepada kita.

Ramai orang menyangka pampasan kematian / cacat kekal tidak penting. Tapi sebenarnya inilah yang paling penting. Sakit belum tentu tapi mati itu pasti.

Kenapa?
jom kita rujuk ilustrasi di bawah.


Bayangkan anda bergaji RM 2,000. 
Pasangan anda pula bergaji RM 1,800. Total RM 3,800.

Komitmen bayar rumah, kereta, makan pakai anda tanggung suami isteri bersama. Kalau suami sorang bekerja, suami tanggung semuanya.

Nau'zubillah, Allah uji dengan musibah 3D:
(1) Kematian
(2) Lumpuh
(3) Sakit Kritikal

3 perkara atas ni kita tak boleh jangka berlaku betul tak? Sebab dalam hidup ni tak ada apa yang GUARANTEED (terjamin). Apa akan jadi pada kita 5 minit akan datang pun kita takkan tahu. Itu rahsia Allah.

Jika salah satu tangan yang menanggung keluarga dah 'tiada' disebabkan perkara diatas, apa jadi pada anak isteri? Macam mana mereka nak teruskan kehidupan dengan komitmen sedia ada? 

Bayangkan, bagaimana diri anda atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

Komitmen bulanan RM 3,000. Apa akan berlaku jika salah seorang pergi? Tak cukup bukan?Sudahlah hilang orang tersayang, duit bulanan pula tidak mencukupi. 

Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster atau malapetaka kewangan!

Paling bahaya, hanya si suami yang bekerja, isteri pula suri rumah sepenuh masa. Ini lagi hukumnya wajib untuk ambil plan takaful. 

Disinilah peranan income protection itu berfungsi.

Solusinya ialah menggunakan plan takaful yang menyediakan jumlah coverage yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.

Jadi anda perlu ambil plan Hibah Takaful ini untuk lindungi diri anda dan keluarga anda. 

Semua orang wajib ada pelan penggantian gaji ini terutama ketua keluarga dan isteri tidak bekerja.

Jangan biarkan waris kita terdedah dengan risiko terjejas gaya hidup, terbeban dengan hutang, atau tiada punca pendapatan impak pemergian kita ke suatu tempat yang sudah pasti kita akan jejaki..cuma masanya belum pasti. 😢


Medical Card:

Medical card ini boleh dikatakan benda luxury, berfungsi lebih kepada melindungi harta kita daripada terbocor bayar bil hospital.

Mudah cerita, macam kad vvip untuk kita dapatkan rawatan di hospital swasta dengan selesa secara percuma. 

Syaratnya mesti 'warded' atau bahasa mudahnya bukan rawatan pesakit luar. 

Apa yang anda kena tahu, medical card tidak boleh diwarisi walau banyak mana pun coveragenya. Ia hanya berfungsi untuk dapatkan rawatan di hospital sahaja.



MANA YANG LEBIH PENTING?




Medical card dan income protection keduanya sama penting.

Jika kekurangan bajet, ambil kedua-duanya dengan bajet yang ada.

Jika bajet sangat-sangat ketat, utamakan income protection dan apabila ada bajet kelak, boleh tambah medical card.

Sebab jika tiada medical card, kita masih ada hospital kerajaan sebagai alternatif.

Tapi jika tiada income protection, tiada alternatif selain terpaksa menggadaikan aset sedia ada atau mungkin terpaksa meminta derma atau mengharap belas ehsan orang lain apabila ditimpa apa-apa musibah; sakit, hilang upaya dan kematian yang menyebabkan hilangnya punca pendapatan keluarga.

Jangan terus tak ada dua-dua. Risiko boleh dikawal, dan takaful adalah alat untuk merancang risiko kewangan yang baik.

------
Whatsapp saya sekarang kalau berminat nak apply Medical Card berbaloi atau Hibah Takaful sebagai pelan penggantian gaji. Ikut bajet dan keperluan masing-masing.

Boleh klik link kat bawah ni;
.....
Untuk membaca lebih banyak kisah kewangan, tabung takaful dan inspirasi serta tidak mahu terlepas info-info sesi 1:1 terkini, boleh follow channel telegram : https://t.me/HidayahAbdulKadir

3 Feb 2020

Harapan Masih Ada Walau Tiada Pencen

Bagi anda suami isteri yang bekerja sebagai penjawat awam, jika kita 'pergi' dulu dan anak masih belajar, dana pencen akan membantu pengajian mereka.

Itu indahnya kerja 'gomen'. Bagi isteri, mereka akan dapat duit pencen suami SETIAP BULAN sehingga mereka meninggal dunia pula.

Bagi kita yang bukan penjawat awam ini, perancangan kewangan mesti dibuat dengan lebih kemas. Saya cadangkan ambil:

1. Perlindungan Pendapatan (Hibah).
2. Perlindungan Penyakit Kritikal.
3. Daftar SSPN seawal usia anak.
4. Tabung khas Pendidikan anak.
5. Takaful Kad Perubatan sekeluarga. Kalau bajet ketat, utamakan ketua keluarga dahulu.
6. Beli emas fizikal sebagai aset kecil sedikit demi sedikit.

Pilih yang mana kita paling selesa nak lakukan. Ini apa yang saya buat.

Ketika kita lafazkan akad nikah sebagai suami atau isteri, kita perlu ambil tanggungjawab untuk jaga keluarga kita sampai kita mati. Bukan di dunia sahaja.

"Alah, aku dah meninggal nanti. Pandai-pandai la diorang jaga diri".

Saya pernah dengar ucapan begini.

"Ooo... pelan hibah ni tak perlulah. Saya penjawat awam, dah ada pencen".

"Saya jadi pegawai dah 6 tahun dah.

Gaji pokok dan elaun 4,000 + 1,000 = 5,000 sebulan. Cukup dah tu. Saya muda lagi. Anak anak pun masih kecil."
.......
Soalan saya, jika anda ditimpa musibah esok lusa,

"CUKUP KE PENCEN RM 480 UNTUK MENYARA KELUARGA?"

Dalam hidup ini tiada apa-apa yang 'guaranteed'.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tuan-tuan..

✅ MUDA sebelum TUA
✅ KAYA sebelum MISKIN
✅ LAPANG sebelum SEMPIT
✅ SIHAT sebelum SAKIT
✅ HIDUP sebelum MATI

Saya boleh tunjukkan satu cara mudah dan berkesan untuk menggantikan lagi RM 4,520 yang hilang tu. Whatsapp saya; 011 1198 9680.

...........
Kawan,

Jika kita telah sediakan semua buat keluarga kita, ketika kita telah tiada, setidaknya mereka akan kenang jasa dan mendoakan kita tenang disana.


"Tidak mahukah kita dikenang sebagai suami dan ayah yang baik ketika meninggal nanti kawan?"

Sediakan dana pendidikan untuk anak. Sediakan income protection (hibah) khas sebagai hadiah khusus tanda kasih pada isteri. Jodoh kita telah pasti, ajal dan maut kita sahaja sedang menanti.

Seorang Ayah mungkin akan pergi. Namun, setiap Ibu akan terus menemani.

Perlindungan adalah hadiah terbaik buat yang tersayang.

Semoga berjaya dan jadi ayah yang hebat berjasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign