- Duit bukan untuk disimpan atau diperam, manfaatnya wujud bila digunakan.
- Duit merupakan medium transaksi untuk mendapat barang keperluan.
- Simpanlah duit sekadar keperluan dan bina tabungan simpanan yang lebih bertahan.
- Menyimpan memang asas kepada pengurusan kewangan.
- Tetapi menyimpan duit semata-mata tidak akan dapat memberikan apa-apa.
- Duit simpanan yang terkumpul perlu dilaburkan, agar wang yang ada akan bertambah berlipat kali ganda.
- Simpanlah duit untuk melabur kemas-kemas, boleh buat simpanan dan membeli emas.
- Untuk mengelakkan duit terus bocor, tukarkan kepada emas agar simpanan tidak terus hancur.
- Simpan kekayaan dalam bentuk duit kertas akan mengalami kerugian kerana ianya tidak mampu menyimpan NILAI dan ditelan zaman.
- Duit kekal pada nombornya tetapi tidak kepada nilainya, malah semakin menyusut dimamah inflasi walau disorok dalam peti besi.
- Emas kekal pada berat tetapi nilainya boleh meningkat, walau disorok dalam rumah, nilai kekayaannya akan sentiasa berubah.
- Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri, kerana nilainya dipegang kuat oleh berat dan ketulenannya sendiri.
..........
Jom sama-sama kita perbetulkan perkara biasa yang kita lakukan & amalkan yang betul secara konsisten, ubah daripada menyimpan duit kepada menyimpan emas!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan