Alhamdulillah.. percutian bajet ke langkawi yang telah lama dirancang semenjak tahun 2013 (berkurun lama sudah..huu) akhirnya terlaksana dengan gilang gemilangnya pada 24 - 27 Ogos 2016 yang lepas. Benarlah, kita hanya merancang, dan Allah jua yang menentukan. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan perancangan ke langkawi yang sering tertunda ini telah menyebabkan perancangan yang begitu rapi dapat disusun.
Jadi, saya rakamkan kembali perjalanan percutian kami untuk tatapan umum agar dapat dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin merancang percutian bajet ke sana. Perancangan sangat penting sebelum memulakan perjalanan kerana ianya sudah pasti boleh menjimatkan banyak masa, tenaga dan paling penting kewangan (poket kita la).
HARI PERTAMA
#1 - Feri ke Langkawi
Untuk panduan, perkhidmatan feri ke langkawi ada 3 tempat:
- Pulau Pinang (RM 70)
- Kuala Kedah (RM 23)
- Kuala Perlis (RM 18)
Walaupun kami berada di Pulau Pinang ketika itu, kami memilih bertolak ke Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis sebab itulah tempat paling pendek perjalanannya dan tiket lebih murah berbanding Jeti Kuala Kedah dan Pulau Pinang. Tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja.
* Tiada gambar. Tak sempat nak ambil. Sampai Jeti Kuala Perlis terus beli tiket di kaunter dan feri terus bertolak.
Kos: RM 18 seorang
#2 - Kereta Sewa Di Jeti Langkawi
Setelah tiba di Jeti Langkawi kami terus ambil kereta sewa yang telah ditempah lebih awal. Kami menggunakan perkhidmatan kereta sewa oleh Tuan Tengku Zamri. Kemudahan kereta sewa banyak disediakan di sana, tapi saya sarankan anda buat tempahan lebih awal. Kenderaan sangat penting untuk menjimatkan kos dan memudahkan perjalanan.
![]() |
Kereta Sewa Axia - Jimat Minyak (hanya RM 30 sepanjang perjalanan) |
Anda boleh hubungi Tuan Tengku Zamri (019-911 9428) untuk booking kereta sewa, nak whatsapp je pun boleh.
Kos: Sewa Kereta Axia Auto RM 180 untuk 3 malam (seorang RM 90) + deposit RM 100 (akan dipulangkan setelah kereta dikembalikan) *RM 50 booking
#3 - Penginapan Di T Star Cottage
Kami memilih penginapan di sini atas rekomen Tuan Adi Azudin dalam artikel blog beliau mengenai percutian ke Langkawi pada tahun lepas. Saya telah booking sebulan lebih awal melalui laman web booking.com secara percuma tanpa perlu deposit.
Perjalanan daripada Jeti Langkawi ke hotel ini hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Suasana sangat mendamaikan kerana kedudukannya yang dikelilingi pokok-pokok menghijau dan rekaan tardisional + moden.
Oh ya, kami memilih bilik yang paling murah iaitu RM 45 semalam (percutian bajet kan..huu) Dapat tuala mandi dan sabun. Tiada air-cond. Bilik air di luar. Ada kipas comel yang tergantung di ruangan khemah tapi kami jarang bukak pun, sejukk. Pengalaman baru yang menyoronokkan, tinggal dalam bilik atau lebih tepatnya dipanggil khemah dalam taman ;) Kawasan T-Garden seperti gambar di bawah:

KEMUDAHAN BILIK:
Kos: Sewa Kereta Axia Auto RM 180 untuk 3 malam (seorang RM 90) + deposit RM 100 (akan dipulangkan setelah kereta dikembalikan) *RM 50 booking
#3 - Penginapan Di T Star Cottage
Perjalanan daripada Jeti Langkawi ke hotel ini hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Suasana sangat mendamaikan kerana kedudukannya yang dikelilingi pokok-pokok menghijau dan rekaan tardisional + moden.
Oh ya, kami memilih bilik yang paling murah iaitu RM 45 semalam (percutian bajet kan..huu) Dapat tuala mandi dan sabun. Tiada air-cond. Bilik air di luar. Ada kipas comel yang tergantung di ruangan khemah tapi kami jarang bukak pun, sejukk. Pengalaman baru yang menyoronokkan, tinggal dalam bilik atau lebih tepatnya dipanggil khemah dalam taman ;) Kawasan T-Garden seperti gambar di bawah:
![]() |
Laluan Masuk T-Garden |
![]() |
Ruang Hadapan Bilik Kami |


KEMUDAHAN BILIK:
- WiFi Percuma
- Selimut
- Kipas
- Tong Sampah
- Bilik Mandi (luar bilik)
- Sabun + Tuala Mandi
- Meja dan Kerusi Rehat
INFO:
- Alamat: T Star Cottage, Jalan Pantai Tengah, Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah.
- Hotel berhampiran: Aseania Resort, Holiday Villa & Resort World
- Telefon: 04-955 5551 / 012-423 2010
- Email: tstarcottage_langkawi@hotmail.com
- Web: www.tstarcottage.com
Kos: RM 135 untuk 3 malam (seorang RM 65) + deposit RM 100 (akan dipulangkan setelah check out)
#4 - Jalan-Jalan Cari Makan
Selepas beristirehat seketika, kami keluar ke pekan untuk membeli tiket untuk aktiviti esok dan lusa iaitu Island Hopping dan Mangrove Tour melalui perkhidmatan Asthar Travel & Tours berdekatan dengan Cenang Mall. Betul-betul di AB Motel. Hanya 2 km daripada T Star Cottage. Office buka sehingga 12 tengah malam.
Untuk makan malam pertama, kami memilih Restoran Lubuk Buaya atas cadangan petugas yang menjual tiket tadi. Tempat berhampiran dengan Asenia Resort & Spa. Memang TERBAIK! Menepati citarasa dengan pelbagai menu pilihan. Paling penting, harga lebih murah berbanding restoran lain, maklumlah kawasan pelancongan.. =)
Kos: Island Hopping - RM 25 seorang & Mangrove Tour - RM 50 seorang
INFO:
Terdapat 2 trips iaitu berlepas dari jeti pada pukul 9:00 pagi dan 2:00 petang. Kami memilih trips pagi. Pihak Asthar Travel menyediakan van untuk bergerak ke jeti.
*Aktiviti agak lasak, tidak sesuai untuk orang tua, wanita mengandung dan kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa.
Pakej Island Hopping merangkumi perjalanan menaiki bot dan singgah di 3 tempat utama, iaitu:
EAGLE FEEDING
PULAU BERAS BASAH
#2 - Makan Tengahari Di Warung Desa Tanjung
Selepas Selesai Island Hopping dalam pukul 1 tengahari, kami dihantar semula ke Asthar Travel menaiki van. Ambil kereta dan bergerak ke Warung Desa untuk makan tengahari. Gerai kecil ini ada menjual pisang goreng awak dan keledek goreng yang sangat sedap. Pelbagai menu lain seperti nasi lemak, nasi tomato, ayam masak merah, nasi putih ayam paprik dan lain-lain lagi juga tersedia.
Kami memilih pisang, keledek goreng dan nasi paprik. Air limau ais. (kami makan kongsi je..^^) Memang puas hati, dah la sedap, murah pula tu. Wajib singgah sini tau!
Kos: Pisang dan keledek goreng - RM 2, nasi paprik - RM 1.20, Air limau ais - RM 1.20
INFO:
#3 - Oriental Village
Jadi, kami batalkan hasrat naik SkyCab dan masuk Muzium 3D terbesar di Malaysia. Sebenarnya, di Oriental Village ni, banyak sangat aktiviti boleh dibuat, antaranya SkyCab, 3D Art Museum, Duck Tours, F1 Simulator dan 6D Cinemotion. Setiap satu perlu beli tiket masuk. ^^
Siapa yang ada bajet lebih, boleh lah cuba semua. Beli tiket dengan pakej lebih menjimatkan daripada beli asing-asing. Boleh rujuk harga pakej dalam gambar di atas. Kalau nak cuba semua, ambil pakej Combo E. Hanya RM 100 jika ada mykad.
Bagi anda yang suka bergambar, memang sangat sesuai masuk dalam ni. Tempat sangat besar, sampai lenguh kaki berjalan..tapi memang berbaloi-baloi... ^^
Kos: 3D Art Museum - RM 30 seorang
Seawal jam 9 pagi, kami sudah berkumpul di lobi AB Motel. Kali ini kami menaiki bas, mungkin sebab ramai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke jeti. Walaupun hujan masih renyai-renyai, tetapi aktiviti tetap diteruskan.
#4 - Jalan-Jalan Cari Makan
Selepas beristirehat seketika, kami keluar ke pekan untuk membeli tiket untuk aktiviti esok dan lusa iaitu Island Hopping dan Mangrove Tour melalui perkhidmatan Asthar Travel & Tours berdekatan dengan Cenang Mall. Betul-betul di AB Motel. Hanya 2 km daripada T Star Cottage. Office buka sehingga 12 tengah malam.
![]() |
Athar Travel & Tours |
Kos: Island Hopping - RM 25 seorang & Mangrove Tour - RM 50 seorang
INFO:
- Alamat: Asthar Travel & Tours Sdn. Bhd. Pantai Cenang, 07000 Langkawi Kedah.
- Hotel berhampiran: AB Motel
- Telefon: 04-9551037 / 012-433 4300
HARI KEDUA
#1 - Island Hopping
Seawal jam 8.50 pagi kami sudah berkumpul di hadapan lobi AB Motel. Sarapan pagi dengan roti yang dibeli malam tadi sebagai bekalan dalam perjalanan. Anda digalakkan membawa bekalan makanan dan minuman dalam beg sebagai alas perut kerana aktiviti Island Hopping memakan masa selama lebih kurang 4 jam dan pastikan makanan disimpan dalam ruangan tertutup sebab banyak monyet ^^. Jangan risau, manja-manja belaka monyet tu, cuma mereka agresif bila nampak makanan.
Terdapat 2 trips iaitu berlepas dari jeti pada pukul 9:00 pagi dan 2:00 petang. Kami memilih trips pagi. Pihak Asthar Travel menyediakan van untuk bergerak ke jeti.
*Aktiviti agak lasak, tidak sesuai untuk orang tua, wanita mengandung dan kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa.
- Tasik Dayang Bunting
- Eagle Feeding di Pulau Singa Besar
- Pulau Beras Basah
![]() |
Perjalanan Menuju Ke Destinasi - Bot Laju |
TASIK DAYANG BUNTING

![]() |
Sejarah |
![]() |
Sesi Memberi Makan Burung Helang - peluang lihat jarak dekat |
![]() |
Tempat Terbaik Bagi Sesiapa Yang Nak Mandi Laut |
![]() |
Pemandangan Indah Di Pulau Beras Basah |
![]() |
Group Cik Nyet |
Selepas Selesai Island Hopping dalam pukul 1 tengahari, kami dihantar semula ke Asthar Travel menaiki van. Ambil kereta dan bergerak ke Warung Desa untuk makan tengahari. Gerai kecil ini ada menjual pisang goreng awak dan keledek goreng yang sangat sedap. Pelbagai menu lain seperti nasi lemak, nasi tomato, ayam masak merah, nasi putih ayam paprik dan lain-lain lagi juga tersedia.
Kami memilih pisang, keledek goreng dan nasi paprik. Air limau ais. (kami makan kongsi je..^^) Memang puas hati, dah la sedap, murah pula tu. Wajib singgah sini tau!
Kos: Pisang dan keledek goreng - RM 2, nasi paprik - RM 1.20, Air limau ais - RM 1.20
INFO:
- Alamat: Betul2 berhadapan Favia Hotel
- Buka Hari: Ahad - Khamis
- Waktu Operasi: 7am - 6pm
#3 - Oriental Village
![]() |
Pintu Hadapan Oriental Village |
Siapa yang ada bajet lebih, boleh lah cuba semua. Beli tiket dengan pakej lebih menjimatkan daripada beli asing-asing. Boleh rujuk harga pakej dalam gambar di atas. Kalau nak cuba semua, ambil pakej Combo E. Hanya RM 100 jika ada mykad.
![]() |
Hadapan Ruang Masuk 3D Art Museum |
Kos: 3D Art Museum - RM 30 seorang
INFO:
- Alamat: Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah.
- Web: www.orientalvillage.my
- Isnin - Khamis: 10:00 am- 7:00 pm
- Jumaat - Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah: 9:30 am– 7:00 pm
HARI KETIGA
#1 - Mangrove Tour
![]() |
Pelekat ini perlu ditampal di baju untuk mengenal pasti group bersama AB Travel dengan mudah |
Mangrove Tour terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut:
- Hutan paya bakau
- Gua Buaya
- Gua Kelawar
- Floating Fish Farm
- Kilim Geoforest Park
GUA BUAYA
FOATING FISH FARM
Anda berpeluang untuk memegang sendiri belangkas, ikan pari, ketam, haruan tasik secara live!
Sesiapa yang dah lapar, kat sini anda boleh nikmati makanan yang fresh. Harga pun boleh tahan lah mahal.. al maklumlah..ramai pelancong.=) Kami hanya cuba makan tomyam seafood small (memang sangat kecik mangkuknya). Ada la dalam 2 ekor udang dan beberapa ekor sotong. hohoho :p
Kos: Tomyam Seafood Small - RM 12
Amin floating restaurant. Di sini tempat pengunjung Mangrove Tour berehat untuk makan dan minum.
![]() |
Lihat Kolam Terapung |
![]() |
Menu Yang Boleh Anda Cuba |
Kos: Tomyam Seafood Small - RM 12
KILIM GEOFOREST PARK
#2 - Kilang Gamat
![]() |
Tempat Memasak Gamat |
![]() |
Kilang Gamat Nusantara Maju |
INFO:
- Alamat: Nusantara Maju Enterprise, Kedah Malaysia
- Masa: 09:00 am - 5:00 pm
#3 - Nasi Campur Kak Yan
Datang-datang je banyak lauk dah habis, so far ok lah.. lauk sedapp, dapat air free pulak tu.
Kos: Nasi + ayam kampung (besar) + sayur mayur = RM10 untuk dua orang
#3 - Langkawi Wildlife Park & Bird
Luangkan masa melihat burung dan hidupan-hidupan liar yang sangat jinak. Pengalaman pergi ke zoo tak sama ye.. Kelebihan utama Wildlife Park Langkawi ini, haiwan-haiwannya yang jinak. Anda berpeluang untuk pegang sendiri, bermain dan memberi makan kepada mereka.
![]() |
Pintu Masuk & Tiket |
![]() |
Pertama kali memegang ular, sugar glider dan menyusukan ikan koi! |
INFO:
- Alamat: Langkawi Wildlife Park. Lot 1485, Kampung Belanga Pecah,, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
- Waktu Operasi: 8:00 am - 6:00 pm
- Web: www.langkawiwildlifepark.com
Kos: Tiket Masuk - RM 24 seorang dengan Mykad
#4 - Pantai Tanjung Rhu
Jalan-jalan tepi pantai.. ambil masa bersendirian untuk bermuhasabah diiringi muzik alam yang menderu-deru.
Apabila melihat hempasan ombak, teringat pula status yang pernah saya update di fb 2 tahun yang lepas. Ini dia saya nukilkan kembali untuk peringatan kita bersama.
[Delete DOSA Walaupun Dosa Itu Seperti Buih Di Lautan]
Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman kira-kira 3790 meter. Itu tidak termasuk laut yang tidak berhubung dengan lautan, seperti Laut Kaspia.
Bayangkan berapa banyak buih yang dihasilkan daripada lautan ini dengan kuantiti air yang banyak dan kocakan hasil dari graviti, ombak dan angin tanpa henti setiap hari. MasyaAllah tidak terkira banyaknya.
Dan bayangkan DOSA kita sebanyak itu, pun tetap Allah akan ampunkan hanya dengan amalan yang sangat mudah. Begitulah rahmat Allah kepada hamba-Nya..
#5 - Durian Perangin Waterfalls
Datang sececah je kata orang. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami hanya sempat bergambar di pintu masuk dan main air ala kadar sahaja. InsyaAllah ada masa lain kali boleh la datang awal, kita panjat air terjun ni ye. ^^
INFO:
- Alamat: Durian Perangin Waterfall, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
#6 - Dataran Lang
Ronda-ronda di dataran lang. Melihat matahari terbenam.. Subhanallah.. sangat cantik!
Inilah lukisan alam.. tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan selain pujian-pijian kepada Dia.
#7 - Medan Selera Nelayan
Ini dia antara tempat makan paling HOT di Langkawi, Medan Selera Nelayan. Ramai sangat orang tapi servis masih ditahap yang memuaskan.
Kat sini, istimewanya sebab kita boleh pilih pelbagai jenis ikan dan makanan laut yang segar bugar dan masakan apa yang kita nak dengan harga yang berpatutan. paling penting, SEDAPP! fuhh..memang merecik!
Kos: ikan bawal bakar + air asam, lala masak sambal, sotong goreng tepung + sos cili thai, buah tembikai, sayur ulam², tembikai laici, sambal belacan, RM 32 untuk 2 orang makan.
HARI KEEMPAT
Pagi terakhir kami di Langkawi, awal-awal pagi terus check-out hotel. Kemudian bersedia untuk ke lokasi seterusnya untuk bersarapan.
#1 - Nasi Dagang Pak Malau
Haa.. ini dia tempat makan wajib dikunjungi apabila berada di Langkawi. Nasi dagang terbaik dengan suasana yang indah.. tepi sawah padi. Sebenarnya hari sebelumnya kami dah datang, tapi dah tutup..
"Kajang Pak Malau, kajang berlipat,ok, gambar nasi dagangnya tak sempat ditangkap, dah selamat masuk perut sejurus sahaja makanan dihidang.. hahaha. rakus!
Kajang hamba, mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba menumpang lalu."
INFO:
- Alamat:Nasi Dagang Pak Malau, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
- Buka setiap hari kecuali isnin
- Waktu Operasi: 8.00am - 2.00pm
#2 - Underwater World Langkawi
Setelah 'mengisi minyak', destinasi berikutnya ialah melihat hidupan marin di Underwater World.
![]() |
Hadapan pintu masuk |
Kos: RM 33 (dewasa) RM26 (student 20% diskaun)
![]() |
Antara aktiviti lain yang boleh dibuat iaitu 'World Awesome Experience Virtual Reality'. |
Kos: RM 8 setiap satu cerita
![]() |
Typhoon Pavillion (Educational Simulation) |
Kalau sesiapa nak rasa pengalaman gempa bumi, ha ni tempatnya.. sejujurnya boleh termuhasabah. insof! Tapi bagi yang ada masalah tulang rapuh, tak payah la masuk.. bergegor-gegor...grrr.. Siap dapat baju hujan, keluar memang basah jugak la.
*Nak lebih jimat, tak payah sibuk nak masuk. haha Kami pun tak sedar macamana boleh terpengaruh.
Kos: RM 18 seorang
INFO:
- Alamat: Underwater World, Zon Pantai Cenang, Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah.
- Web: www.underwaterworldlangkawi.com.my
- Facebook: Underwater World Langkawi
- Waktu Operasi: 10.00am - 6.00pm
Lokasi terakhir, kami melawat laman padi dan makan tengahari di 'Seashells Restaurant'. Tempat yang berbaloi untuk dilawati. Rindu kampung!
Kos: RM 40 (1 set) untuk 2 orang
INFO:
- Alamat:Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
- +60 4-955 3581
Kami tiba dikawasan tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 6:00 petang untuk menyerahkan kembali kunci kereta kemudian masuk ke airport untuk urusan penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, cukup sekadar ini sahaja catatan percutian kami di Pulau Langkawi. Mudah-mudahan maklumat yang disampaikan ini boleh dijadikan panduan buat anda semua. Sesungguhnya kenangan di sini tersemat dalam ingatan kami berdua.
Sekian.