10 Apr 2016

Tip Bijak Melabur Ilmu Emas

Sebelum melabur dalam apa-apa instrumen pelaburan, mulakan 3 perkara asas ini untuk membina ketahanan kewangan yang paling kebal supaya pelaburan anda lebih terjamin.

✔ persediaan takaful
✔ merancang duit kecemasan 
✔ pembacaan tentang pelaburan 

Insyaallah, segala pertembungan antara persepsi dan realiti dapat diselesaikan dengan JAMBATAN ILMU ^^,

Saya perhatikan, di antara kemusykilan yang sering bermain di fikiran orang yang ingin mendapatkan ilmu mengenai emas adalah:
  • Tak tahu nak cari di mana sumber-sumber rujukan berkaitan ilmu emas.
  • Sumber berbahasa Malaysia sangat terhad, yang banyak ada dalam Inggeris di Internet. Itu pun semakin banyak dibaca, semakin pening lalat pula.
  • Kurang pasti nak bermula dari mana untuk langkah-langkah melabur dalam emas khususnya di Malaysia ini dengan selamat.

Penting!

Jika anda ingin membeli emas samada bertujuan sebagai simpanan atau pelaburan, perkara pertama dan utama yang anda kena ada adalah ILMU. Bukan setakat ilmu emas, tetapi ilmu pengurusan kewangan juga perlu dipakejkan sekali.

Antara perkara yang anda perlu (wajib) tahu?

✔ mengetahui bagaimana memilih emas pelaburan yang betul (http://goo.gl/ZY4l6e).

✔ membeli daripada institusi yang betul (http://goo.gl/5UJQMG).

✔ membeli emas yang mempunyai spread (susutnilai) yang betul (http://goo.gl/v1sFKA).

✔ mengetahui cara menyimpan emas di tempat yang betul (http://goo.gl/tHH4BP).

✔ mengetahui bagaimana menjual emas yang dimiliki agar bernilai tinggi (http://goo.gl/vkuMuq).

✔ bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas (http://goo.gl/cqTvDB). 


*Bagi anda yang masih mencari-cari cara /tip sebelum memulakan langkah melabur emas dengan mudah dan selamat, klik 5 Cara Pelaburan Emas Untuk Beginner.


Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh mengalami kerugian yang banyak. Ingat, Melabur jangan sampai lebur..!

Ilmu emas dan kewangan banyak yang percuma di FB. Follow sahaja mentor-mentor emas seperti Tuan Syukor Hashim & Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Mentor kewangan seperti Tuan Azizi Ali, Tuan Khairul Ridzuan, Dr. Azizul Azli, Pn Marliya Ramli dan Tuan Zaidi Ismail serta ramai lagi. Malah, pakcik Google juga sangat membantu, namun anda harus berhati-hati memilih.

Membaca perkongsian di FB adalah satu permulaan yang baik, tapi sebenarnya itu tidak cukup. Baca buku, dengar audio, tengok video dan hadiri seminar emas supaya boleh nampak pelan simpanan secara lebih lengkap dan menyeluruh.

SEMINAR


Bagi anda yang baru nak belajar asas mengenai emas, sebaiknya hadir dahulu ke seminar-seminar percuma yang Public Gold sediakan di seluruh Malaysia. Rujuk jadual seminar di www.publicgold.com.my > Event > Seminar. Itu sebenarnya dah mencukupi.

Jika nak pergi yang berbayar, pastikan yuran seminar tidak melebihi 10% daripada gaji anda. Jika anda bergaji RM2000, 10% daripada gaji anda adalah RM2000 x 10% = RM200.

Sekarang semua orang boleh ikuti seminar secara live di mana saja. Percuma. 

Seminar sepanjang bulan feb 2021

Kekuatan Public Gold sejak 2008 ialah menyampaikan ilmu tanpa jemu. Budaya ilmu ini dimulakan oleh best of the best sifu, Mahaguru En Syukor Hashim .

Budaya ini diteruskan oleh kami murid-murid beliau dalam #PGG100Network. Kami akan terus menimba ilmu dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

Setiap Rabu, jam 9.00 malam, kami blok jadual kami untuk belajar dan mengajar ilmu kepada masyarakat secara free. Kerana kami sangat percaya, tanpa ilmu, emas hanyalah satu daripada banyak jenis logam. 

Tanpa ilmu, emas tidak bernilai. Yang membuatkan emas itu bernilai ialah ilmu.

Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu.

🎯Boleh register seminar di sini.

Letak nama saya Hidayah Abdul Kadir (PG054316) sebagai Introducer.

📌 Tarikh: Setiap Rabu
📌 Masa: 9:00 malam
📌Platform: 𝗙𝗕 𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗚𝗢𝗟𝗗 𝗕𝗬 𝗚𝟭𝟬𝟬 𝗡𝗘𝗧𝗪𝗢𝗥𝗞 (link untuk ke page, klik sini)

Semua yang berdaftar dan ikuti seminar online ini berpeluang untuk 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗷𝗼𝗻𝗴𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗲𝗺𝗮𝘀 daripada 𝗟𝗨𝗖𝗞𝗬 𝗗𝗥𝗔𝗪 yang akan diadakan semasa seminar berlangsung nanti.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

...
Untuk dapatkan FREE nota kewangan khususnya berkaitan tabung perlindungan, simpanan & pelaburan emas, pastikan anda JOIN CHANNEL TELEGRAM saya di t.me/tabunghidayah

BUKU/EBOOK


Walaupun anda boleh dapatkan ilmu free daripada internet, terus-terang saya katakan, bukan semua buku-buku dan sumber ilmu yang betul boleh didapati dengan mudah di Malaysia atau artikel-artikel dari Internet. 

Jadi berhati-hati, pastikan anda mengambil ilmu daripada orang/sumber yang berautoriti. 

Tip Bijak Melabur Ilmu Emas
Klik Gambar Untuk Membuat Tempahan
Oleh itu, untuk mendapatkan ilmu mahal dengan harga yang murah berbahasa melayu, saya sarankan anda dapatkan antaranya buku penulisan Tuan Syukor Hashim (Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas, Analisis Teknikal Harga Emas, Analisis Fundamental Harga Emas), Tuan Azizi Ali (Rahsia Emas) dan buku Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat tulisan mentor saya iaitu Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Saya syorkan baca kedua-dua buku ni. Kedua-dua buku ini saling melengkapi iaitu emas + kewangan. Ini buku paling cepat pandai tentang emas.


3 Cara Mudah Dapatkan Buku Emas

1. Register akaun di PGMALL sekarang di link bawah ini. 1st time register FREE RM3.00 C-Wallet dan setiap kali pembelian akan dapat incentive 0.5% - 3.5%

Register di sini.

Bagi yang sudah ada PG Code, terus login di www.pgmall.my

Username: PG Code
Password: No IC 12 digit (tanpa sempang)

2. Login, buka katalog ini & add to cart 


3. Bayar melalui FPX & tunggu barang anda sampai dengan bahagia! 

Jika ada apa apa masalah, boleh pm saya.


Pelaburan untuk Ilmu Yang Betul boleh membuatkan anda untung berlipat kali ganda dengan emas!

Apa lagi yang anda tunggu?
Ingat, buat masa ini anda memiliki 2 aset terbesar dan terpenting dalam hidup anda.

Aset tersebut adalah .. MASA & ILMU.

Jika anda tidak menggunakan kedua-duanya dengan bijak dan berhemah, sukar untuk anda membina kekayaan yang mampu menjamin kebahagiaan dalam hidup.

Jangan tunggu lama-lama untuk mulakan terus langkah anda melabur dalam sumber alam (logam mulia) yang akan sentiasa meningkat nilainya ini. Harga emas akan sentiasa naik, hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun.

Tetapi sebelum itu, anda perlulah lengkapkan diri anda dengan ILMU pelaburan emas yang betul daripada mereka yang benar-benar boleh dipercayai dan berpengalaman. 


Setiap Kejayaan Bermula Dengan Langkah Pertama

Ada ilmu jika tiada tindakan pula akan menjadi sia-sia. Mulakan dengan apa yang ada, usah menunggu sempurna. 

Dengan sedikit ilmu yang ada, beranikan diri untuk mulakan langkah pertama dahulu, insyaallah langkah seterusnya akan lebih mudah kerana Ilmu adalah proses.

Semakin banyak yang kita belajar, maka akan bertambah bijak dan mahir kita dalam sesuatu perkara.

" If you think knowledge is expensive, then be prepared to pay the price of being stupid."

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign