Assalamua'laikum w.b.t.,
Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,
EMAS merupakan satu galian yang sangat bernilai kepada manusia sejak dahulu. Sehingga hari ini, ramai masyarakat mula sedar dengan kepentingan memiliki emas untuk menyelamatkan simpanan daripada dimamah inflasi dan sebagainya.
Berikutan peningkatan dalam permintaan masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut dan menimba ilmu emas, Public Gold menganjurkan Seminar Emas bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan lengkap mengenai emas untuk menggalakkan masyarakat menceburkan diri dengan ilmu emas yang betul, tepat dan selamat agar mampu menyelamatkan kekayaan melalui emas fizikal.
Maklumat Seminar
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tarikh : 27 Februari 2016
Tempat : TH (Tabung Haji) Hotel
Cara Mendaftar
Dapatkan tiket dengan cara, transfer atau bank-in RM30 ke akaun:
Public Gold Foundation, 5071-3450-4638 (MAYBANK),
Kemudian terus emailkan slip bayaran ke ally@publicgold.com.my bersama maklumat berikut;
1. Nama penuh
2. Nombor i/c
3. Nombor telefon
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, boleh hubungi saya atau mana-mana introducer Public Gold, atau terus rujuk di branch-branch PG terdekat dengan anda..
*Tarikh tutup sehingga 26 Februari 2016.
Siapa Perlu Hadir Seminar Ini?
√ Peminat emas
√ Pedagang emas
√ Pelabur emas
√ Penyimpan emas
Kepentingan Ilmu
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar, (maksudnya):
"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa".
Berdasarkan hadis di atas, ilmu merupakan antara perkara terpenting dalam kehidupan, kerana dengan ilmu manusia mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah dan manusia lainnya.
Penduduk langit dan bumi begitu memuliakan mereka yang berilmu, juga berusaha mencari ilmu yang benar untuk diamalkan dan disebarkan.
Hakikatnya, ilmu memimpin akal dan tindakan manusia ke jalan yang benar, juga mendorong ke arah memilih yang baik berbanding yang buruk.
Akhir sekali, saya menyeru pada semua pembaca agar dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu sebegini. Jangan lepaskan peluang baik yang datang. Saya difahamkan, pembentang yang terlibat merupakan pensyarah berpengalaman yang membuat kajian tentang emas dan sistem kewangan dunia (bukan ejen emas). Semoga kita dapat mengambil manfaat dan sebarkannya kepada orang ramai di luar sana.
Wallahua'lam.
Akhir sekali, saya menyeru pada semua pembaca agar dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu sebegini. Jangan lepaskan peluang baik yang datang. Saya difahamkan, pembentang yang terlibat merupakan pensyarah berpengalaman yang membuat kajian tentang emas dan sistem kewangan dunia (bukan ejen emas). Semoga kita dapat mengambil manfaat dan sebarkannya kepada orang ramai di luar sana.
Wallahua'lam.
siapa yang dapat pergi tu..sangat beruntung
BalasPadamkalau blogger yang pergi juga bagus kerana dapat ilmu yang hebat untuk dituliskan dalam blog
Insyaallah, saya akan kongsikan pada artikel2 yang akan datang. =)
Padam