Semenjak tahun 70-an lagi sebenarnya, rakyat Malaysia sudah
“diperkenalkan” dengan skim cepat kaya
iaitu skim pelaburan bernama Pak Man Telo, yang beroperasi sekitar tahun 1971. Skim
Pak Man Telo ini menjadi skim cepat kaya paling popular, beroperasi hampir 20
tahun, dipercayai membabitkan hampir 50,000 pelabur dengan dana sebanyak RM99
juta.
Rumahnya akhirnya diserbu oleh Bank Negara Malaysia pada 1989, dengan wang
tunai hampir RM2 juta ditemui di rumah beliau. Bayangkan, pada tahun 80-an,
wang sejumlah RM99 juta didepostikan, dan RM 2 juta ditemui di rumah Osman
Hamzah a.k.a Pak Man Telo? Ia satu jumlah yang cukup besar pada zaman itu.
Skim Cepat Kaya Zaman Kini
Semenjak tahun 70-an
hingga sekarang sudah menjejak tahun 2015, muncul
pelbagai skim cepat kaya dengan pelbagai skim yang menggiurkan dan
mengghairahkan. Skim-skim cepat kaya ini muncul mengikut trend terkini, dengan
wajah yang manis dan tawaran pulangan yang mengiurkan.
Ia ibarat wanita
seksi yang melambai-lambai dengan tangan kanan, dengan tangan kirinya tersorok
sebiji bom C4 yang akan meletupkan mangsa. Datang dengan gambar cek dengan
jumlah yang besar-besar, kereta-kereta mewah, rumah-rumah besar, gambar wang
berkoyan-koyan.
Skim Cepat Kaya Tahun 2012 – 2014

Sekarang sudah menjelang hujung 2015, pastinya
ia akan muncul lagi dengan pelbagai tawaran yang lebih menggiurkan berbanding
sebelum-sebelum ini. Pemain-pemain utama skim ini sebenarnya sudah melangkah
sepuluh tapak ke hadapan, dan merangka plan terbaru untuk mengaburi mata
bakal-bakal mangsa.
Dulu buat skim macam-macam delay sana, ETA sini, ditegur haram, dipusing
akad atas bawah, tak puas hati salah guna fatwa. Sekarang dah senyap sunyi.
Sekarang lahir pula bisnes buat secara piramid, bonus pairing sana, banus
matching sini, skim sana sini, bonus rekrut ahli jauh lebih tinggi daripada
volume sales.
Ciri-ciri Skim Cepat Kaya
Jika disorot kembali skim-skim cepat kaya yang pernah wujud, ciri-cirinya
memang mempunyai persamanaan cuma berbeza dari aspek teknikal.
Berikut dikongsikan empat ciri utama skim cepat kaya ini:
1. Menawarkan pulangan yang tinggi
tanpa risiko
Ciri pertama skim cepat kaya, ialah menawarkan pulangan yang tinggi dan tidak masuk akal. Ya, siapa
yang tidak mahu pulangan yang boleh menawarkan sehingga 10-15% sebulan? Ia
lebih tinggi daripada Tabung Haji, lebih tingggi dari Amanah Saham Bumiputera
malah lebih tinggi dari pasaran saham indeks Bursa Malaysia!
Secara logiknya, jika 10%-15% sebulan, ia boleh mencecah sehingga 120% –
180% setahun. Ianya satu jumlah
yang sangat mustahil
untuk diperoleh hanya dengan cara melabur, dan biarkan wang beranak-pinak tanpa usaha.
Namun, itulah hakikatnya, orang kita memang sukakan skim 4D – Duduk Diam
Dapat Duit.
2. Menjana keuntungan melalui rekrut
orang baru
Skim ini
mendapat keuntungan melalui rekrut orang baru semata, bukan melalui jualan produk. Melalui ciri ini, para
pelabur dikehendaki mencari orang baru untuk melabur atau menyertai skim yang
ditawarkan.
Setiap kemasukan orang baru, akan diberikan intensif kepada orang yang
memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu
peringkat ke satu peringkat,
dan ia juga dikenali sebagai skim piramid.
Skim cepat kaya dan skim piramid mempunyai kesamaan, iaitu kedua-duanya
menawarkan pulangan yang tinggi dengan kemasukan orang baru. Skim piramid
adalah sebahagian skim cepat kaya.
3. Punca Keuntungan Yang Tidak Pasti
Kebiasaannya pihak penganjur selalu mengelak untuk menjawab bagaimana keuntungan berlipat kali ganda
tu. Kalau dijawab pun, masih tidak akan dapat menjawab persoalan. Banyak sangat
spin. Jawapan biasa, emas tu diniagakan. Niaga
yang macam mana yang boleh bagi untung berlipat kali ganda tu? Jawapan untuk
persoalan ini biasanya berbelit-belit.
Jika mereka telus,
mereka pasti tiada masalah untuk menerangkan dengan jelas bagaimana keuntungan
sesuatu pelaburan tu datang. Masalahnya orang yang join ni, main serbu je,
terlalu ghairah dengan janji manis pihak yang tidak bertanggungjawab.
4. Produk
tidak berapa penting
Produk tidak penting, yang penting letak duit,
setiap bulan dapat income. Produk-produk yang dijual dengan harga yang tidak
munasabah.
Sebagai contoh, jika 1 Gram emas berharga di pasaran sekitar RM150, di
dalam skim ini ia akan dijual dengan harga RM200 atau jauh lebih mahal
daripada itu. Namun yang
manariknya, tetap ada orang yang mempercayainya. Keuntungan yang
dijanjikan pula tidak ada kena mengena dengan turun naik harga emas.
Sentiasa untung dalam apa jua situasi.
Berhati-hati Dengan Skim Cepat kaya
Berhati-hatilah dalam setiap apa yang kita ceburi. Jika ia ia skim
pelaburan, pastikan kita semak kedudukannya melalui badan-badan berautoriti
seperti Suruhanjaya Autoriti, Bank Negara Malaysia.
Jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis, sekalipun ia datang dari
sahabat atau saudara yang paling rapat dengan dengan kita. Mungkin mereka
ikhlas untuk menawarkan kita peluang, namun sebenarnya mungkin mereka sendiri
tidak sedar diri mereka sudah tertipu.
Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan lantaran ditawarkan “tawaran
terhad” kerana percayalah bahawa peluang yang baik itu umpama bas. Jika
terlepas satu bas akan datang bas yang lain. Dalam hal ini, prinsip biar lambat
asal selamat terpakai.
Dalam hal pelaburan, satu prinsip konservatif yang boleh digunakan bagi
mengelakkan kita terjebak dari terlibat dalam skim-skim yang mengarut ini
adalah;
“Biar tersalah tidak melabur skim yang menguntungkan, dari tersalah labur
skim yang merugikan.”
Selagi ada perasaan tamak haloba, selagi itulah skim-skim sebegini akan
wujud. Dan memandangkan perasaan tamak dan haloba adalah mustahil untuk
dihapuskan dari dalam diri manusia, maka hampir mustahil juga skim ini akan
berjaya dihapuskan, kecuali dunia kiamat.
Pelaburan Emas Sebenar
Suka saya tegaskan jika
anda membeli emas, pastikan anda mendapat emas. Simpan sendiri. Menyimpan emas pada
asasnya keuntungannya bergantung kepada turun naik harga emas. Emas adalah
penyimpan nilai. Harga emas bertambah mahal kerana nilai wang kertas semakin
menurun.
Pelaburan emas tidak
menjamin pendapatan tetap setiap hari/bulan. Jauhilah daripada skim pelaburan
emas yang menawarkan keuntungan/faedah/hibah TETAP secara bulanan atau tahunan
dan menawarkan membeli emas hanya dengan membayar sebahagian harga sahaja.
Anda boleh lihat senarai skim-skim pelaburan yang tidak diiktiraf di laman
web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my (Alert list).
Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun. Bagi saya, pelaburan emas bukan semata-mata untuk mendapat keuntungan sahaja, tetapi apa yang lebih penting daripada itu, EMAS sebagai platform SIMPANAN jangka masa panjang untuk digunakan ketika kecemasan dan pelaburan pada masa akan datang.
Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.
Beli emas kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah
jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Melabur sambil berniaga emas.
Pelaburan + Perniagaan = Keuntungan
Pelaburan + Perniagaan + Ilmu = Keuntungan BERGANDA!
Wallahua’lam.
Hidayah Abdul Kadir
Telanaipura, Jambi
3 September 2015
Tiada ulasan:
Catat Komen