Sejarah adalah TINGKAP untuk
melihat semalam. Memahami semalam adalah kunci untuk memahami SEMASA.
Emas adalah simbol kesejahteraan
yang motifnya sangat mendasar. Emas adalah motif kekayaan yang ‘kuno’.
Kerajaan Romawi pun telah
menggunakan emas sebagai alat tukar dalam bentuk koin. Sesuatu yang kemudian
diguna pakai Islam, selama beribu-ribu tahun sebelum runtuhnya kekhalifahan
Uthmaniyah.
Kerajaan-kerajaan di nusantara
(Majapahit & Sriwijaya) juga mengenali emas sebagai simbol wibawa dan
penyimpan harta yang agung.
Bahkan ketika sistem wang kertas digunakan, wang kertas itu masih harus
dicetak dengan sandaran emas, sebelum diporakperandakan Amerika sendiri pada
tahun 1971 oleh Nixon dengan Smithsonian.
Emas adalah harta langka yang hakiki. Itu sebabnya kemudian Islam
menjadikannya sebagai alat pertukaran, penyimpan harta dan sukatan nilai dalam
bentuk Dinar sebagai mata wang.
Dalam keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu sekarang, semakin perlu
kita mencari alternatif tadbir urus ekonomi dunia yang lebih fitrah.
Jom selamatkan harta dan aset kewangan anda daripada hentaman krisis dengan
menyimpan dalam aset yang hakiki, iaitu EMAS.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Komen