Sempena
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 hari ini, saya ingin menyeru anda
semua untuk merenung kembali adakah kaum muslimin telah benar-benar
merdeka?
![]() |
Merdekakah Kita? |
Merdeka
bererti kita telah bebas daripada segala bentuk penjajahan (Tahrir). Sedarkah
anda, walau penjajah telah 'angkat kaki' dari tanah air kita, tetapi hakikatnya
kita masih terjajah dalam pelbagai bidang, khususnya sistem kapitalisme yang
mencengkam kehidupan ekonomi!
Jom
kita luangkan masa 30 minit menonton kartun mendidik yang insyaallah mampu
menjawab persoalan2 'moneter' di bawah, mudah-mudahan dapat membuka fikiran
kita:
🔎 Bagaimana kita ditipu sistem kewangan
🔎 Cara Bank & Federal mendapatkan wang
🔎 Apakah 'Bank' & 'Wang'?
🔎 DEBT = MONEY?
🔎 Kredit Card
🔎 Inflasi
🔎 Cara Bank & Federal mendapatkan wang
🔎 Apakah 'Bank' & 'Wang'?
🔎 DEBT = MONEY?
🔎 Kredit Card
🔎 Inflasi
Hari
ini..Kemaksiatan yang terjadi tidak ada bezanya dengan zaman jahiliyah kaum
Quraisy Makkah.
Dahulu
mereka menanam bayi wanita hidup-hidup, hari ini belum pun tahu
jantina samada bayi lelaki atau perempuan, sudah di bunuh dengan pelbagai cara
yang kejam, dibungkus dalam plastik dan di buang merata tempat.
Dahulu
khamr (minuman yang memabukkan) ada satu jenis sahaja, hari ini khamr pelbagai
jenis berupa minuman bir, ganja, pil ekstasi dan shabu.
Dahulu
mereka melakukan transaksi riba, hari ini riba di perkemas dengan pelbagai
istilah menarik seperti bunga/pembiyaan Bank. Jadi tidak salah jika Muhammad
Quthb menyebut zaman hari ini sebagai Jahiliyah Modern.
Kita
meyakini bahawa al-Quran dan sunnah sebagai tuntunan dalam menjalani kehidupan
ini, jadi seharusnya kaum muslimin diberikan “kemerdekaan” juga untuk
menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai hukum Negara dalam mengatur kehidupan
bermasyarakat. Islam tidak hanya mengatur masalah ibadah semata-mata tetapi
mengatur kehidupan politik, ekonomi, sosial dan kehakiman.
Buktinya;
Islam mengharamkan riba dalam bidang ekonomi, Islam mewajibkan menutup aurat
dan melarang khalwat dalam bidang sosial, Islam melaksanakan qisas bagi
pembunuh dan rejam bagi penzina dalam bidang kehakiman, serta hukum-hukum Islam
yang lain. Jika Islam dipisahkan daripada kehidupan dan hanya berfungsi dalam
masalah ibadah sahaja, maka hanya sekitar 10% sahaja al-Quran dan sunnah yang
boleh diamalkan.
Jadi
secara hakiki umat Islam masih belum merdeka, ini hanya kemerdekaaan palsu
kerana kita masih terjajah dalam pelbagai bidang. Seharusnya sistem Islam yang
mengatur kehidupan kaum muslimin, tetapi hakikatnya sistem sekuler yang
dipaksakan kepada kita. Adalah wajar umat Islam tidak merasakan
kemakmuran, kerana telah dijauhkan dari tuntunan kehidupan yang paling sempurna
yakni al-Quran dan sunnah, sebagai alasan bagi Allah SWT untuk menurunkan
berkah-Nya.
"Jikalau sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya".
(Surah
Al-A’raf 96).
Ketika
syari'at Islam dilaksanakan dalam mengatur kehidupan ini maka boleh dikatakan
bahawa umat Islam telah merdeka, kerana dengan demikian kehidupan berjalan
sesuai dengan keinginan mereka untuk meraih redha Allah SWT. Kekayaan alam yang
saat ini dikuasai oleh asing dikembalikan kepada negara dan digunakan sepenuhnya
untuk kemakmuran rakyat, sehingga tidak aneh dalam sistem Islam pendidikan dan
kesihatan secara percuma. Sistem kehakiman Islam ('uqubat) yang bersifat adil
dan tegas mampu mengurangkan jenayah, kerana pembunuh di hukum qisas (diyat
jika dimaafkan), penzina di hukum rejam, koruptor, homoseksual, pencuri /
perompak, dadah dan pelbagai kemaksiaatan lain akan di hukum setimpal sesuai
dengan aturan Islam. Kehidupan sosial menjadi lebih indah, tidak ada lagi
budaya telanjang.
Segala perkara yang memabukkan dan merosakkan akal dilarang, pengeluaran dan pengedaran arak (bir dan dadah) diharamkan. Para penguasa bersifat amanah dalam menjalankan kekuasaannya, semata-mata mereka melayani rakyat agar Allah SWT menilainya sebagai amal ibadah (nilai ruhiyah), bukan untuk mencari keuntungan duniawi semata (harta dan tahta).
Segala perkara yang memabukkan dan merosakkan akal dilarang, pengeluaran dan pengedaran arak (bir dan dadah) diharamkan. Para penguasa bersifat amanah dalam menjalankan kekuasaannya, semata-mata mereka melayani rakyat agar Allah SWT menilainya sebagai amal ibadah (nilai ruhiyah), bukan untuk mencari keuntungan duniawi semata (harta dan tahta).
Gambaran
keindahan penerapan syari’at Islam di atas bukanlah suatu mimpi karena pernah
dialami oleh umat Islam di zaman keemasan Kekhilafahan Islam yang di pimpin
oleh para Khalifah. Salah satunya kegemilangan Islam di era Khalifah Umar bin
Abdul Aziz, dimana harta Baitul Maal yang melimpah sementara kaum miskin sangat
sulit dijumpai.
Sungguh,
kita merindukan kembalinya syari’at Islam sebagai pengatur kehidupan ini, yakni
dengan tegaknya Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah. Khilafah sebuah sistem
pemerintahan Islam yang satu untuk seluruh kaum muslimin di dunia, yang di
pimpin oleh seorang Khalifah yang bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya di
dunia dan akhirat berdasarkan al-Quran dan sunnah, mengobarkan jihad ke
negeri-negeri kuffar agar bangkit dari kegelapan dan masuk ke dalam cahaya
Islam, yang akan menggetarkan musuh-musuh Islam dan melindungi darah kaum
muslimin dari serangan kaum yahudi.
--------------------------------------------------------------------------------
Kita masih belum lagi Merdeka. Hari di mana kita berjaya menghapuskan RIBA, hari itulah kita akan MERDEKA!
Ayuh, kembalilah kepada Dinar dan Dirham. Return of the Islamic real wealth currency. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Komen