![]() |
Emas Tergolong Dalam Item Ribawi |
Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
1. Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).
2. Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.
3. Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.
Untuk pengetahuan anda, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti 3 hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya kerana dalam parameter majlis fatwa, tempoh masa yang dibenarkn untuk sempurnakan proses jual beli hingga 3 hari.
Pandangan baru (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC); mereka memfatwakan transaksi jual beli emas dan perak menggunakan kad kredit sebagai HARAM. (Berdasarkan keputusan nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000). Penjelasan lebih lanjut, boleh rujuk link ini. zaharuddin.net/kewangan/258-hukum-penggunaan-kad-kredit.html
Berhati-hatilah agar kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya. Akhirnya, perlu di ingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.
Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan