28 Jul 2015

Simpan Emas Serendah 1 Gram dengan GAP Public Gold

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ada beberapa pertanyaan kepada anda : 
  • Adakah anda mencari-cari peluang untuk memulakan simpanan emas dengan modal/bajet yang rendah? 
  • Adakah anda ingin membeli emas Public Gold, tetapi anda menetap di luar negara atau tinggal di tempat yang jauh dari office Public Gold?? 
  • Adakah anda mahu membeli emas tapi risau untuk menyimpan sendiri? 
  • Adakah anda mahu emas anda disimpan dengan selamat secara PERCUMA sehinggalah anda berhasrat mengambilnya nanti? 
  • Adakah anda ingin membeli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM100 - RM300 sahaja? 
  • Adakah anda ingin membeli emas dengan kaedah yang paling mudah dan selamat tanpa perlu bergegas ke bank? 
  • Adakah anda ingin menukarkan simpanan wang anak-anak kesayangan anda ke dalam bentuk yang lebih selamat dan kalis inflasi (emas fizikal) sebagai alternatif simpanan masa depan untuk tujuan pendidikan dll? 
  • Adakah anda ingin mengumpul aset kecil untuk menukarkannya kelak kepada aset yang lebih besar seperti hartanah? 
  • Adakah anda ingin kemudahan membeli dan menjual emas 24 jam sehari, 365 hari setahun?
Jika YA, GAP Public Gold adalah pilihan TERBAIK!

Simpan Emas Serendah 1 Gram dengan GAP Public Gold

Alhamdulillah, syarikat pengeluar emas fizikal terbesar di Malaysia, Public Gold melangkah setapak lagi dengan menawarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP) untuk membantu dan menggalakkan masyarakat yang berhasrat untuk menjadikan emas portfolio pelaburan jangka panjang dan ingin konsisten menyimpan emas berketulenan 999.9 (24k).

Kemudahan GAP Public Gold

    Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:

  • Boleh beli emas fizikal dengan ketulenan 999.9 (24k) dengan bajet minimum 1 gram atau RM 100. 
  • Simpan emas dengan Public Gold secara PERCUMA! Tanpa HAD dan tiada yuran simpanan dikenakan. 
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram atau RM100 pada bila-bila masa. Tiada tarikh luput. 
  • Boleh keluarkan pelbagai item emas fizikal sama ada Gold Bar (1, 5, 10, 50, 100, 250 gram) atau Dinar (1/2, 1, 5, 10 Dinar) di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tertakluk kepada baki minima 1 gram di dalam akaun GAP. 
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa. cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita akan dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. 
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh jual beli secara online. 
  • Setiap pengeluaran emas fizikal hanya perlu bayar caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. 
  • Selagi kita tidak ambil emas tersebut, emas tu Public Safe (anak syarikat Public Gold) akan simpankan dlm safe deposit box secara PERCUMA tanpa had.
  • Boleh guna servis postage berinsurans Gold In Transit Public Gold. Klik klik, emas sampai ke rumah terus. Jimat masa dan tenaga nak ke branch.

Contoh Gold Bar 1gram

Setiap keping emas 1 gram ini memiliki nombor siri yang unik. Ini adalah satu kelebihan utama yang diterapkan oleh Pihak Public Gold.

Servis terbaru untuk memudahkan pelanggan Public Gold

Ini servis paling baik di musim PKP ni. Beli emas dan tunggu emas sampai ke rumah saja. Tak perlu keluar rumah.

PG poskan terus emas sampai ke pintu rumah.

Jimat masa, jimat duit, dan paling penting dapat membendung risiko penyebaran wabak Covid19.

Antara item yang boleh dikeluarkan melalui GIT

Simpan Emas Serendah 1 Gram dengan GAP Public Gold

Public Gold menyediakan perkhidmatan safe deposit box secara PERCUMA, TANPA HAD! Pembelian dengan kaedah GAP, anda tidak perlu risau lagi tentang KESELAMATAN emas anda. 

Perbezaan GAP & KFH

Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tidak patuh syariah. Sekarang ini, yang patuh syariah hanya Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi sahaja. 

Kalau di KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dengan GAP Public Gold, boleh mula hanya dengan serendah 1 gram atau RM100 & perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram. 

Jadi, kesimpulannya akaun emas di bank yang bagus setakat ini adalah KFH. Tapi saya nak buat sedikit perbandingan antara akaun emas KFH dan GAP Public Gold kerana ciri-cirinya hampir sama cuma bezanya..:

PERBEZAAN
GAP PUBLIC GOLD
KFH
Ketulenan
999.9.
995
Pembelian Pertama
1 Gram
10 Gram
Susut Nilai
Berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (8%), 5 gram (8%), 10 gram (8%), 20 gram (7%), 50 gram (6.5%), 100 gram (6%), dan 250 gram (5%).
6.0% untuk semua saiz emas
Syarat Pengeluaran
Boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tidak tinggalkan 1 gram, akaun GAP dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
Tidak boleh keluarkan semua emas yang di simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka semula akaun, kena mulakan semula dengan pembelian 10 gram.
Pengeluaran Interbranch
Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa.
Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan.
Caj Pengeluaran
Sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch akan dikenakan caj “gold premium” yang minimum.
Tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal
Syarat Belian Balik
Public Gold jamin beli balik emas itu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai hanya 10%.
Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tidak terima lagi emas tersebut. Anda terpaksa jual di kedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%.
Waktu Urusniaga
Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli & jual secara online.
Urusniaga beli dan jual terhad waktu pejabat.


Akaun GAP Bermanfaat Kepada :

  • Mereka yang ingin membuat simpanan secara konsisten 
  • Mereka yang ingin menyimpan emas dengan modal yang rendah 
  • Mereka yang ingin mengumpul emas fizikal 
  • Mereka yang ingin menabung emas bagi anak-anak (secara joint account)
Simpan Emas Serendah 1 Gram dengan GAP Public Gold

Berikut ada 2 cara untuk buka akaun emas GAP. Jika anda ada online banking dan nak daftar sendiri, pilih cara pertama. Kalau tak ada online banking macam maybank2u, cimb click dll boleh buat cara manual. Ikut cara kedua.

1. CARA DAFTAR DAN BELI GAP (ONLINE)


Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

[#1 : DAFTAR ONLINE]

Klik bit.ly/3qOnUQ7 untuk daftar sebagai pembeli emas Public Gold. Pastikan TICK "Generate PG Code".

[#2 : LOGIN WEBSITE]

Dalam 10 minit anda akan terima email pengesahan pendaftaran dan PG Code (username). 

Lepas tu boleh terus Login website Public Gold guna username (PG Code) dan password (12 digit ic). KLIK butang merah besar "GAP Buy Now". Masukkan jumlah belian samada berdasarkan GRAM emas ataupun RM (minimum RM100).

[#3 : BAYAR ONLINE FPX]

Untuk percepatkan proses bayaran, pastikan pilih "Pay Online FPX". Sistem website Public Gold akan terus link dengan perbankan online anda. Selesai. Apa-apa persoalan, wassap saya +6011 1198 9680 (Hidayah).


2. CARA DAFTAR DAN BELI GAP (MANUAL)


Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

[#1 : BANK-IN]

Bank-in duit ke Akaun Public Gold 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.

Ikut harga per gram di website Public Gold.

PENTING - Kalau nak bank-in duit hari ni, mesti bayar ikut harga hari ini. Kalau nak bank-in esok, mesti bayar ikut harga esok.
Harga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. 
Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli.

[#2 : WHATSAPP SAYA]

Whatsappkan slip bayaran ke 011-11989680 dengan maklumat berikut:
  • Nama penuh 
  • No ic 
  • No telefon 
  • Email  
  • Introducer: (PG054316) Hidayah Abdul Kadir 

Untuk membuka akaun GAP anak bawah 18 tahun:
  • Nama penuh anak
  • No ic anak
  • Nama penuh ibu/bapa (salah seorang)
  • No ic ibu/bapa
  • No telefon
  • Email anak (kalau ada)
  • Introducer: (PG054316) Hidayah Abdul Kadir 
(Slip bayaran tu simpan baik2 untuk rujukan masa depan)

Kalau anda baru kali pertama beli emas Public Gold, boleh letak nama saya atau mana-mana dealer yang anda yakin boleh membimbing anda sebagai introducer. 

PENTING - letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold. Kalau nak letak nama saya sebagai introducer, kod saya PG054316, Hidayah Abdul Kadir.

[#1 : GAP STATEMENT]

Saya akan bantu daftarkan akaun emas fizikal anda. Tunggu PG proses maksimum dalam masa 2 HARI BEKERJA.

Kalau dah dapat email USERNAME (Pg Code) daripada PG, login website untuk cek GAP Statement. Gunakan no. ic 12 digit sebagai PASSWORD. 

(Bila2 nak keluarkan emas tu, datang ke office PG tunjuk i/c dan bayar gold premium. Call dulu sebelum datang) 

*setiap pemegang akaun GAP, akan diberikan satu penyata akaun online bagi memantau urusniaga belian dan jualan emas fizikal dalam akaun GAP masing-masing.


Itu sahaja langkah mudah membeli emas dengan kaedah GAP Public Gold. Jika anda ingin menambah simpanan emas anda, boleh baca tutorial yang saya sediakan di (sini) dan bagaimana cara mengeluarkan emas fizikal anda di (sini).

Simpan Emas Serendah 1 Gram dengan GAP Public Gold

Setiap pemegang akaun GAP akan diberikan satu online account bagi memantau urusniaga belian dan jualan GAP anda. Anda boleh login website Public Gold selepas menerima PG Code sebagai ‘username’. 

Ikut step di sini (Cara Login Website Public Gold). Anda boleh memantau dan membuat strategi simpanan emas dengan lebih berkesan dengan adanya rekod urusniaga secara online.

*Jika anda tidak menerima username (PG Code), call  hotline PG dan bagi ic no. Nanti staff PG akan bagi PG Code dan temporary password. Kurang 20 minit, dah boleh cek dalm sistem insyaallah.

****************************************************************************

  

>> Bagaimana Menambah Simpanan Emas GAP anda, klik (Baca Selanjutnya)

>> Bagaimana Mengeluarkan Emas Fizikal anda, klik (Baca Selanjutnya)



Simpan Emas Serendah 1 Gram dengan GAP Public Gold

Selepas membaca panduan ini, anda boleh membuka akaun GAP anda sendiri atau untuk anak-anak tersayang. Akaun ini tiada tarikh luput dan anda boleh tambah simpanan emas anda bila-bila masa sahaja. Tiada komitmen bulanan.

Jika anda perlukan bantuan mengenai GAP atau pelaburan emas, sila hubungi saya melalui wasap.my/601111989680

Wallahua’lam.


5 ulasan:

  1. Saya nak buka akaun GAP ni untuk anak saya. Jumlah pun tak la banyak sangat asalkan konsisten insyaallah lama-lama banyak la simpanan emasnya.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, itu perancangan terbaik untuk tabungan pendidikan anak masa depan.
    Puan Rahimah boleh mulakan serendah 1gram. Sebulan konsisten 1 gram pun dah memadai, jika ada lebih, menabung lebih. Tidak ada terikat dengan komitmen bulanan.

    caranya, puan buat belian pertama mcm biasa. Cuma bagi nama & no ic anak serta ibu / bapa. Pastikan guna email berbeza untuk setiap akaun supaya dapat login web untuk semak GAP Statement nanti. Jika ada kemusykilan, boleh terus hubungi saya, insyaallah saya bantu. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  3. makasih bos infonya dan salam sukses

    BalasPadam
  4. salam.. bagaimana nak hapuskan akaun public gold? saya dah register.. but tak simpan sapa yg introduc saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm wbt. Jika tuan/puan keluarkan semua emas yang ada daripada akaun senat fizikal GAP, secara automatik akaun tuan/puan akan dianggap tidak aktif lagi.

      Intoducer tuan/puan boleh disemak di branch Public Gold. Dan untuk makluman, introducer tidak boleh ditukar & akan kekal selamanya. Wallahualam :-)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign