28 Jul 2015

Cara Terkini Beli Emas Menerusi My GAP

Untuk makluman sahabat yang dah pernah beli emas Public Gold melalui kaedah GAP (Gold Accumulation Program), Public Gold telah menambah baik sistem pembelian emas GAP (Gold Accumulation Program) yang telah diperkenalkan sekitar tahun 2014 selaras dengan kehendak dan permintaan semasa, dengan menggunakan satu portal baru untuk kemudahan pelanggan sedia ada. 

Entri berkaitan GAP ini telah pun saya ulas sebelum ini. Klik Sini untuk (Baca Selanjutnya). 

Sambutan terhadap GAP ini sangatlah menggalakkan. Apa tidaknya, kita semua tidak perlu menunggu duit yang banyak untuk membeli ketulan demi ketulan emas – boleh mulakan belian emas dengan 1 gram atau RM 100 sebagai permulaan!


Public Gold dah implement sistem GAP. Jadi, kita boleh tambah belian hanya melalui website sahaja. Tidak perlu lagi hantar maklumat melalui email. Sangat mudah!


Cara Terkini Belian GAP



1. Layari laman web rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my dan login masuk

Username: PG Code
Password: No IC 12 digit tanpa (-)

Harga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. 

2. Klik GAP Buy Now (butang merah).

3. Klik Go To New Site

4. Klik Buy GAP Now sebelah gambar gold bar 1000g

5. Klik Pay Online (FPX)

6. Masukkan jumlah emas yang nak dibeli mengikut jumlah RM (MYR) atau GRAM (gm)

7. Sistem akan terus link dengan web perbankan online untuk terus buat bayaran. Buat bayaran online. Selesai. 

Boleh cek status baki dalam akaun dalam masa 24 jam. 

Kalau ada apa-apa persoalan, bagitahu saya ya.


Mudah kan? Dengan sistem baru yang diperkenalkan Public Gold, sangat-sangat menjimatkan masa. Apa tunggu lagi, Jom tambah simpanan emas fizikal anda!



Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign