22 Jun 2021

Nak Simpan Dalam Akaun ASB atau Akaun Emas?


Malam tadi sengaja godek2 tabungan ASB diri sendiri dan anak. Rupanya sekarang dah boleh cek dan withdraw duit daripada akaun asb secara online.

Tapi hanya boleh buat pengeluaran RM500 sahaja sebulan dengan hanya 3 kali transaksi. Setiap transaksi minima RM100. 

Bila tengok jadual, baru perasan dividen asb semakin mengecil. Nak dapat 7% tu macam mustahil dah.😅

Ini fakta bukan auta


Bukan saya yang kata, itu kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali.

Sedar tak sedar tabung ASB dah 5 angka.. Ini hasil daripada menyimpan paksa setiap bulan. Bila ada duit, pejam mata, terus transfer sikit ke tabung ASB. Konsisten walau sedikit sampai jadi tabiat.

Boleh cek ASB online di www.myasnb.com.my


Kalau biarkan je dalam akaun bank, sekejap je la lesap.😅 Saya suka simpan dalam ASB sebab duit tu susah nak dikeluarkan. Tapi itu dulu la... Sekarang dah boleh keluarkan secara online juga walaupun terhad. Risau juga bocor.

Sejak dulu, saya pilih untuk pelbagaikan simpanan dan pelaburan.

Tapi memandangkan ASB tak boleh bagi pulangan yang baik seperti 10 tahun lalu, jadi harini saya ambil keputusan, keluarkan sebahagian dan tukarkan ke dalam bentuk emas supaya simpanan tu lebih kekal bertahan.


Kenapa emas?

Sebab emas konsisten, walau harganya ada naik turun dalan jangka pendek. 

Tapi secara purata meningkat sehingga 10% untuk tempoh 20 tahun! Kenaikan ni jauh lebih tinggi dari pelaburan ASB dan simpanan tetap di bank.

Asb vs TH vs Emas

Jadi, nak simpan dalam ASB atau Emas?

Lebih baik kita ikut je kata pakar kewangan. Simpan tunai dalam ASB, TH atau dalam bank sekadar keperluan sahaja atau bersamaan 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan.

Selebihnya untuk simpanan jangka masa panjang lebih sesuai disimpan dalam bentuk aset emas sebab ianya kalis inflasi. Dan paling penting ianya kalis boros!

Kalau kalian nak buat simpanan paksa dengan emas, antara cara yang paling berkesan adalah disiplinkan diri dengan menabung dalam #AkaunEmasGAP. Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 setiap kali belian. Tiada komitmen bulanan.

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

Saya boleh guide sebaiknya.

Hidayah Abdul Kadir,
+6011 1198 9680

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign