SOALAN LAZIM

Kenapa Emas Public Gold? 

Emas Public Gold paling mudah dibeli, mudah dijual, urus niaga sangat telus dan selamat. Oleh itu, saya berani katakan syarikat Emas Public Gold adalah platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia setakat ni. Pilihlah platform yang telus, selamat dan berprestesi hebat serta kukuh untuk anda memulakan simpanan@ pelaburan emas fizikal. Anda boleh teliti dan buat perbandingan, baca selanjutnya (Kelebihan Utama Emas Public Gold).

Bagaimana jongkong emas keluaran Public Gold dikatakan dalam kategori London Bullion Market Association (LBMA) ?

Mulai Disember 2014, Public Gold telah melantik Nadir Metal Refinery dari Turki untuk mencetak semua jongkong emas Public Gold. Nadir Metal Refinery merupakan ahli (London Bullion Market Association) LBMA. Jadi, ini membolehkan produk yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia. Website Nadir Metal Refinery: http://www.nadirmetal.com.tr/kalite_e.htm

Kenapa Perlu Simpan Emas?

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hajj ayat 23 :

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera"

Berdasarkan ayat tersebut, Jelas terbukti dari dahulu, kini dan selamanya, hingga ke syurga kelak, EMAS sangat BERNILAI bukan sahaja di dunia tapi di akhirat. Inilah kehebatan emas! Baca selanjutnya "Kenapa Emas" dan "Emas Sebagai Insuran Kewangan Anda".


Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?

Masa yang tepat untuk membeli emas adalah SEKARANG
Mulakan dulu, kemudian baru tunggu. Kalau kita decide nak tunggu, tunggu, dan tunggu, sampai bila pun kita takkan mula.Selagi tak mulakan, selagi itulah kita takkan tahu dan faham selok belok berkaitan emas.

Jangan bazir emosi melihat ramalan harga emas dalam jangka masa pendek. Sebab kita semua maklum harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Jangan percaya 100% ramalan harga emas.  Sebab ia hanyalah ramalan berdasarkan aplikasi ilmu analisis teknikal emas.

Kuasa beli emas kekal sepanjang zaman. Kalau nak tahu, boleh buat kajian sendiri berdasarkan sejarah harga emas di goldprice.org dan cuba nilai. You want peace of mind? Mulakan menyimpan emas. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Mengapa Membeli Emas Fizikal?

Memilih logam berharga sebahagian daripada perancangan kewangan anda menjadikannya salah satu strategi untuk melindungi kekayaan anda. Dan kebiasaannya, manusia suka idea untuk memegang sesuatu yang bernilai sebenar di tangan mereka, daripada mempercayai kepada bank atau broker. 

Dalam pendekatan pelaburan anda, logam berharga boleh mewakili satu bahagian penting dalam peruntukan aset anda. Sesetengah pakar mencadangkan bahawa 10-15% daripada portfolio aset adalah dalam bentuk logam berharga (emas/perak). Tidak kira apa tahap risiko yang diambil oleh setiap individu, setiap portfolio memerlukan asas yang selamat. Emas adalah salah satu aset yang paling cair. Ia mudah alih. Ia mudah untuk disimpan. Ia diiktiraf di setiap negara. Ia mudah untuk dibeli dan dijual. Dan ianya boleh ditukar dengan mudah kepada tunai pada bila-bila masa.

Apakah itu GAP Public Gold?

GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold ialah program yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengumpul emas fizikal dengan cara paling mudah, murah dan selamat. Ianya mudah kerana proses pembelian dan penjualan emas GAP boleh dilakukan secara online 24 jam sehari.

GAP Public Gold sangat sesuai bagi mereka yang ingin membeli emas berketulenan 24 karat 999.9 berkualiti antarabangsa (London Bullion Market Association accredited refinery) dengan modal yang rendah secara konsisten. (Baca Selanjutnya)

Siapa yang layak membuka akaun GAP?

Sesiapa sahaja yang berusia 18 tahun keatas, layak untuk membuka akaun GAP. Samada warganegara Malaysia atau luar negara.

Public Gold hanya memerlukan 5 butiran berikut bagi membuka akaun GAP anda: 
  • Nama penuh No i/c @ Mykid (jika akaun kanak-kanak) 
  • e-mail 
  • No hp 
  • Introducer : Jika anda berikan saya kepercayaan untuk membimbing anda, Letakkan PG054316 (Hidayah Abdul Kadir) 
Bagi anak-anak yang berusia 18 tahun kebawah, ibu-bapa atau penjaga boleh membuka akaun GAP secara bersama (joint account), dimana ibu bapa atau penjaga akan menjadi pentadbir akaun tersebut, sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia 18 tahun. Ibu bapa@penjaga boleh membeli dan menjual emas dari akaun GAP bagi pihak anaknya.

Adakah GAP sama seperti akaun simpanan emas di bank?

Tidak. GAP adalah program penyimpanan emas, dimana matlamat utamanya ialah menggalakkan pemilikan emas fizikal dengan modal yang rendah. Ia bersandarkan 100% kepada emas fizikal. Pembeli boleh mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP mereka bila-bila masa, di mana-mana cawangan Public Gold.

Berbeza dengan akaun simpanan emas di bank, TIDAK menawarkan pengeluaran emas fizikal serendah 1 gram (kecuali Kuwait Finance House). (Baca Selanjutnya).

Siapakah pengilang emas Public Gold?

Emas Public Gold dikilangkan oleh Nadir Metal Rafinery, dari Turki. Setiap jongkong emas Public Gold diiktiraf mutu dan ketulenannya oleh Nadir Metal. 
  • Pengeluar ini adalah LBMA Accredited Refinery. Kualiti antarabangsa 
  • Emas yang berstatus LBMA dikecualikan daripada GST 6%
www.nadirmetal.com.tr/ 

Logo Nadir Metal Rafinery di belakang jongkong emas Public Gold

Logo Nadir Metal Rafinery di belakang dinar emas Public Gold


Jika pemilik akaun GAP meninggal dunia; bagaimana waris boleh membuat tuntutan?

Jika pemilik GAP meninggal dunia, pewarisnya boleh mewarisi emas tersebut dengan menunjukkan dokumen-dokumen berikut; 

  • Sijil kematian 
  • Wasiat 
  • Surat daripada Mahkamah 
  • Dokumen sampingan (sekiranya ahli keluarga sertakan surat beranak/sijil perkahwinan) 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign