ABOUT


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hajj ayat 23 :

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera"

Berdasarkan ayat tersebut, Jelas terbukti dari dahulu, kini dan selamanya, hingga ke syurga kelak, EMAS sangat BERNILAI bukan sahaja di dunia tapi di akhirat. Inilah kehebatan emas!

Asas kewangan Islam adalah bebas dari unsur riba, gharar dan maysir. Sistem kewangan yang berasaskan riba akan hancur dengan sendirinya sekiranya kita mula menolaknya dan menggantikan dengan sistem kewangan sebenar.

Salah satu platform dalam muamalat sistem ekonomi dan kewangan berasaskan Islam adalah penggunaan emas, perak, dinar dan dirham sebagai ‘medium of exchange’. Dalam Islam, penggunaan dinar emas dan dirham perak itu melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan.

Dari Abu Bakar bin Abi Maryam, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.” (Hadith oleh Imam Ahmad bin Hambal)

Telah lama, sejak zaman berzaman, emas dianggap komoditi primadona yang tidak pernah sepi peminat kerana nilainya yang tinggi. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan emas secara fitrah sebagai alat untuk bermuamalah sekaligus menjadi ‘Hakim yang Adil’. Emas dan perak adalah harta sejati dan penentu nilai komoditi lain. Sedangkan sistem wang kertas baru muncul dan berusia tidak sampai satu abad pun lagi. Peranan emas dan perak sebagai alat tukar yang telah digunakan ribuan tahun akhirnya telah ditukar dengan wang kertas seabad akhir ini tanpa kita sedari.

www.nuqudnabawi.com

Alhamdulillah, hari ini, semakin hari semakin banyak pendedahan tentang kepentingan menyimpan emas disebarkan melalui media massa. Maka semakin ramai dikalangan masyarakat kita telah menyedari akan kepentingan emas dalam membantu pengurusan kewangan dalam kehidupan kita.

Walaupun begitu, masih ramai lagi yang masih belum sedar, mungkin disebabkan faktor kewangan yang masih baik dan kukuh serta kurangnya ilmu mengenai emas. Ia menyebabkan kita masih berada didalam situasi “comfort zone” dimana tidak merasakan keperluan emas sebagai insuran kewangan. Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Bila tiada kepentingan, kita akan terus bertangguh-tangguh dalam melaksanakannya.

Realitinya ramai juga golongan yang telah sedar kepentingan dan kelebihan menyimpan emas, tetapi dek kerana terlalu ghairah melabur tanpa ilmu, akhirnya merugikan diri sendiri disebabkan kesilapan remeh-temeh dan kefahaman yang salah oleh “Salesman Pelaburan” yang hanya fikirkan keuntungan peribadi sehingga ada yang terlibat dengan skim-skim bertopengkan emas. Ingat, Melabur jangan sampai lebur!

Bertitik tolak dari itu, saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang betul, tepat, selamat dan menguntungkan mengenai emas umumnya kepada masyarakat, insyaAllah.

Saya cenderung untuk mengupas dengan lebih mendalam mengenai isu-isu muamalat, kekeliruan dan cara sebenar perkembangan dan peranan Dinar, Dirham dan Fulus selain asal usul wang kertas, riba, zakat, sistem perbankan serta peradaban dan sejarah penggunaan syiling Dinar emas dan Dirham perak dari masa ke semasa untuk mengembalikan semula kefahaman umat Islam khasnya serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan Dinar dan Dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang. Moga usaha ini dapat menyedarkan masyarakat agar kembalinya muamalah sekali gus dapat menegakkan syariat Islam. Jika Perdagangan yang halal dapat ditegakkan, Riba perlahan-lahan dapat diperangi! 

Saya menyeru sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, agar sama-sama kita teruskan perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia seperti saranan almarhum Tuan Guru Nik Aziz & Tun Dr. Mahathir Mohamad agar :

“kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi kerana ramai yang inginkan wang komoditi, khasnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang di kandungnya”.

Sejujurnya, saya bukanlah pakar kewangan atau pakar pelaburan emas dll, saya hanya ingin menyahut saranan Rasulullah s.a.w, “Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat” dan “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia lain”. Ini yang lebih menguatkan jiwa dan semangat saya untuk terus menulis. Semoga perkongsian ilmu dalam blog ini dapat menjadi saluran yang memberi manfaat kepada semua.

Jazakumullahu khairan jazak, kerana sudi singgah ziarah blog ini.

wallahua’lam.

Bringing You To a Brighter Future,
------------------------------------------
           

To Save Your Family, Buy Gold
To Help Our Nation, Keep Gold
To Follow Your Religion, Use Gold


Hidayah Abdul Kadir
Jambi, Indonesia
26 Julai 2015
+6013 360 9680


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign