12 Feb 2020

Mengapa Pampasan Sakit Kritikal Begitu Penting?

Masih ramai yang tak tahu bahawa, coverage Perlindungan Pendapatan (Income Protection) yang baik mestilah merangkumi sekali coverage untuk penyakit kritikal (Critical Illness), bukan sekadar melindungi kes kematian dan hilang upaya kekal. 


Apakah itu CI dan mengapa saya perlukannya? 


Sekiranya anda diserang penyakit kritikal atau mengalami kecederaan yang serius disebabkan kemalangan, anda mungkin menghadapi masalah kewangan untuk membayar kos perubatan dan juga hilang pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti. 

Perlindungan CI boleh membantu anda untuk menyediakan pampasan sekali gus, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan.


Berapakah jumlah dilindungi yang saya perlukan?


Ia bergantung kepada: 

1. Jumlah yang anda perlukan untuk menampung keluarga sekiranya anda hilang pendapatan
2. Hutang anda dan lain-lain
3. Liabiliti kewangan anda
4. Jumlah yang anda ingin sumbangkan secara berkala

Apa-apa pun, perlindungan takaful dengan coverage penyakit kritikal yang baik adalah sekurang-kurangnya bersamaan 3 ke 5 tahun pendapatan tahunan. 

Sebagai contoh, jika pendapatan anda RM 2,000 sebulan atau RM 24,000 setahun, anda sebaiknya mempunyai coverage penyakit kritikal sebanyak RM 72,000 hingga RM 120,000.

Mengapa Pampasan Sakit Kritikal Begitu Penting?


Apakah perbezaan di antara perlindungan Sakit Kritikal dan perlindungan Perubatan?


Ringkasnya, perlindungan perubatan hanya akan membayar kos perubatan anda di hospital. Setiap pelan yang di ambil juga terdapat had bagi jumlah yang dibayar setiap tahun dan ada had seumur hidup, serta tiada jaminan untuk pembaharuan pelan anda bagi tahun berikutnya. 

Jikalau ada pun, anda perlu membayar sumbangan yang lebih tinggi. Kesannya, anda mungkin menanggung perbelanjaan yang tidak dijangka terutamanya untuk rawatan perubatan jangka panjang yang diperlukan.

Sebaliknya, jika anda ada perlindungan CI, ia boleh membantu memberikan anda dana tambahan secara sekali gus, supaya anda boleh menangani kos yang tidak dijangka mengikut keperluan anda, seperti:

1. Untuk membayar perkhidmatan perubatan yang mungkin tidak tersedia, atau untuk rawatan yang  tidak dilindungi oleh perlindungan perubatan anda.

2. Untuk menampung perbelanjaan bagi pengubahsuaian rumah untuk pesakit yang pergerakannya  terjejas, kos pengangkutan (contohnya ulang alik ke pusat perubatan) dan kos penjagaan jangka panjang.

3. Untuk kos sara hidup harian, membolehkan pesakit menumpukan masa dan tenaga mereka untuk pulih tanpa perlu bimbang tentang bil yang perlu dibayar.

4. Untuk memperoleh teknologi perubatan alternatif di luar negara termasuk mendapatkan pendapat  perubatan kedua yang boleh meningkatkan peluang anda untuk pulih.

Mengapa Pampasan Sakit Kritikal Begitu Penting?
Fakta telah menunjukkan, 71% kematian rakyat Malaysia berpunca daripada pelbagai  penyakit kritikal seperti 
  • stroke
  • kanser
  • sakit jantung, dan
  • sakit buah pinggang
Sejak dua dekad yang lalu, kanser adalah salah satu dari lima penyebab utama kematian yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di negara ini adalah kanser payudara (19%), kanser kolorektal (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%).

Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku (16.9 %) dan wanita pula adalah kanser payudara (34.1%).

Pihak WHO menganggarkan 30-50% peratus kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.

Kejadian kanser adalah dikaitkan dengan lima tingkah laku dan amalan berisiko iaitu:

1. Berat badan berlebihan.
2. Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Kurang melakukan aktiviti fizikal.
4. Pengambilan tembakau atau merokok.
5. Pengambilan alkohol.

Ini membuktikan, Medical Card dan Hibah Takaful sahaja tidak memadai untuk berfungsi sebagai plan penggantian gaji dalam situasi ini.

Di Malaysia, kanser adalah masalah kesihatan utama dengan kira-kira 37,000 kes baharu disahkan setiap tahun.

Sebagai penyelesaiannya, ambil lah perlindungan takaful penyakit kritikal ini  di usia muda agar mampu menjamin kadar kelangsungan hidup lebih baik serta mengurangkan beban keluarga, bil pembiayaan tinggi.

Semak kembali polisi income protection ataupun perlindungan perubatan yang anda ambil sekarang samada sudah dilengkapi dengan pampasan critical illness ini atau tidak. Jika tak faham, rujuk ejen anda yang berwibawa. Saya juga sedia membantu semak kembali polisi sedia ada anda secara PERCUMA.

Jangan segan-segan hubungi saya di talian +6011 -1198 9680 (whatsapp).

Dapatkan plan Income Protection yang lengkap dengan perlindungan Penyakit Kritikal untuk satu keluarga di sini!
Contoh Penyakit Kritikal Yang Dilindungi FWD Takaful

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign