5 Feb 2020

Apabila Anak Jatuh Sakit..

Anak,
Itulah harta paling berharga yang Allah kurniakan pada setiap yang bergelar ibu dan ayah.

kebiasaannya kita yang dah ada anak ni akan sentiasa mendahulukan segala keperluan si anak. Walau susah mana sekalipun. Kita akan cuba bagi hanya yang terbaik buat mereka.

setuju? =)

Al-kisah.. Hujung bulan lepas, satu-satunya anak solehah saya ni demam panas sehingga mencecah 40 darjah celcius. Setelah dua kali berulang alik ke klinik, demam masih tak kebah-kebah, tambah lagi dengan batuk dan selsema, akhirnya doktor buat surat untuk rujuk ke hospital.

4 hari terpaksa berkampung menemani si kecil Hana Rumaysa di Kajang Specialist Hospital. Alhamdulillah tidak ada apa yang serius, cuma jangkitan kuman dalam darah.

Bila anak sakit, semua jadi tak tentu arah.

Jumlah bil hospital mencecah RM4,000 keseluruhannya.

Saya bukanlah orang berada yang mampu bayar bil beribu-ribu selepuk.

Namun saya masih mampu (sebenarnya paksa diri) mencarum dalam takaful bagi menyediakan pelan perlindungan untuk anak tercinta. Apabila anak jatuh sakit, tidak perlu risau langsung tentang kos rawatan.

Ya, hospital kerajaan memang ada dan percuma.

Biarlah. Walaupun hospital kerajaan mempunyai kepakaran terbaik, saya pilih untuk bagi yang terbaik demi yang tersayang. Kurang sesak. Ada privacy. Saya dan suami pun dapat menjaga anak dengan lebih selesa.

Hari kedua di wad kanak-kanak
Takaful yang saya apply sejak anak lahir tahun ni baru berusia 7 bulan, tapi bil hospital dah cecah 3 kali ganda daripada apa yang saya bayar! Allahu. Itulah indahnya konsep ta'awun (tolong menolong) dalam takaful.

Alhamdulillah. Kalau guna duit poket sendiri mahu pengsan fikir bil hospital yang mahal. Selamat tabung simpanan kecemasan.. Syukur!

Duit simpanan dalam pelan takaful pun masih ada walaupun dah guna untuk hospital. Anak nak sambung belajar nanti dah boleh keluarkan simpanan tu untuk tampung kos pendidikannya.

Saya sebenarnya pelik bila ada ramai lagi orang yang tak nak ambil takaful, sebab rasa selamat dan tak sakit apa-apa. Sedangkan tiada apa JAMINAN yang kita tidak akan ditimpa musibah.

Begitulah.

Jadi, kalau tuan puan ada anak dan mampu, maka ambillah perlindungan takaful (medical card) untuk mereka. Diri sendiri pun ambillah jugak, itu lagi penting lebih-lebih lagi kalau anda ketua keluarga. Tak rugi sesen pun.

Carilah kawan-kawan yang buat takaful. Minta nasihat dan ambil dengan orang yang kita yakin dan percaya.

Tapi. tapi.. kalau nak ambil dengan saya pun apa salahnya. 😂

Saya sudi dan sedia membantu.

Sekian.

Hidayah Abdul Kadir

P/s: Terima kasih kepada semua yang datang ziarah, mendoakan dengan ikhlas dan sentiasa memberi sokongan moral kepada kami terutama buat ahli keluarga dan sanak saudara. Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan.

Jazakumullahu Khairan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign