Merdekakan Diri Kita Daripada Mitos Takaful

Merdekakan Diri Kita Daripada Mitos Takaful
Orang yang ada perlindungan takaful memang happy macam ni..peace of mind orang kata. haha

Salam Kemerdekaan. 🇲🇾

Merdeka tu ertinya bebas. Sempena Hari Kemerdekaan kali ke-62 ini, marilah kita bebaskan diri daripada pemikiran:

1. Bila ada duit lebih, baru nak buat Takaful. 
Hakikatnya sampai bila2 pun takkan ada duit lebih kalau tak menyimpan dulu sebelum berbelanja. 

2. Rasa membazir bayar takaful tapi tak berlaku apa-apa. 
Patutnya kena rasa bersyukur kau tak ditimpa apa2 musibah. Nama pun takaful. 

3. Anak masih kecil tidak perlu takaful sebab masih muda, kurang sakit dan lambat lagi nak tua.
Hakikatnya, anak kecil lebih mudah terdedah dengan penyakit berjangkit. 

4. Komitmen dah tinggi, tak mampu. 
Tanpa perancangan kewangan yang betul, andai berlaku apa-apa musibah tak diingini, lagi kau takkan mampu.

5. Sekarang sihat, jadi tak perlukan Takaful. 
Masa sihat la kene mohon, kalau da sakit, permohonan akan jadi sia-sia je. 

6. Takaful tipu! 
Tolonglah. Takaful tidak bersalah. Mungkin kesilapan datang daripada pihak agent @ kau yang tak ada ilmu yang betul. 

7. Hospital kerajaan kan ada, free. 
Perkhidmatan doktor memang free tapi kos rawatan tanggung sendiri tambah lagi tempoh menunggu yang lama ya ampun. 

8. Berangan nak bersara senang lenang, tapi usaha tak pernah nak mula. Ini lagi bahaya oi. Kahkahkah.


Sempena hari kebangsaan ini, marilah ubah segala pemikiran ini dari minda. Bebaskan diri kalian dari mitos-mitos dalam takaful.

Usaha dengan takaful pelengkap tawakal anda. =)

Walaupun azam kau tahun lepas nak merdekakan kewangan keluarga tak terlaksana lagi, jangan berduka cita, masih belum terlambat.

Yang penting kena buat terus. Jumpa dengan financial Consultant untuk dapatkan nasihat, cari ilmu. Insyaallah, sudah dapat terus bertindak.

Semoga terus berjaya dan merdekakanlah diri kalian dari mitos tentang takaful yang entah apa-apa. 

Ada ke contoh-contoh pemikiran yang hangpa pegang di atas sebelum baca post ini? Hihihi. 

Ayuh mari kita merdekakan diri & keluarga daripada pelbagai risiko kehidupan. 
Selamat hari Merdeka!!🇲🇾

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign