"Pengurusan Kewangan Mahasiswa & Masa Hadapan"

Pada 11 Mac 2016 yang lalu, Alhamdulillah saya berpeluang untuk turut sama hadir dalam satu program majlis ilmu bertempat di Cube, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

Oleh itu, dalam artikel kali ini, dengan sukacitanya saya ingin kongsikan semula ilmu dan tips-tips untuk menguruskan kewangan pada masa hadapan yang disampaikan oleh Dr. Azizul Azli agar ilmu tersebut dapat terus berkembang dengan baik, insyaallah. Semoga kita semua dapat ambil dan aplikasikannya dalam kehidupan.
-----------------------------------

"Yang banyak hutang, akan mati terlentang." ~Dr. Azizul Azli

Gagal Urus Wang 


Adakah anda sedar atau tidak bahawa trend penceraian hari ini disebabkan DUIT? Bercerai-berai selepas nikah merupakan antara kesan suami isteri gagal menguruskan wang dengan baik. Kisah suami pau duit isteri, kisah isteri terpaksa bersusah payah memerah keringat demi melunaskan hutang personal loan (PL) suami, dan banyak lagi kisah menyayat hati berpunca dari kegagalan pengurusan kewangan. Ada isteri yang terpaksa membayar hutang peribadi suami yang mana hutang tersebut digunakan oleh suami melancong bersama kawan-kawan sewaktu bujang! Bayangkan...

masalah kewangan punca pasangan muda bercerai
Masalah Kewanagan Punca Penceraian

Memetik dapatan kajian tersebut, 44.7% peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin.

Statisitik menunjukkan bahawa 52% graduan pula dibebani hutang pendidikan. Apabila nak sambung belajar lagi, hutang akan semakin bertambah. Ini baru hutang pendidikan. Untuk pengetahuan anda, hutang PTPTN akan masuk dalam sistem kewangan (CCRIS). Rekod tersebut akan keluar untuk menyatakan samada anda layak atau tidak mendapat pinjaman perumahan/kenderaan kelak. 

Walaupun begitu, hutang pendidikan ini boleh dikategorikan ke dalam hutang yang baik sekiranya anda bijak menguruskannya.

Gaji Pertama 


Sumber pendapatan ada 3;
Sumber Pendapatan

#1 - Penggajian 

Selepas anda habis belajar, perkara asas yang anda buat mesti mencari pekerjaan, dan sumber daripada kerja ini disebut penggajian (dapat gaji setiap bulan). 

#2 - Pasif 

Dalam kehidupan yang begitu mencabar hari ini (adanya GST), dengan hanya 1 sumber pendapatan, hidup anda akan mengalami kesukaran. Dr. Azizul menggalakkan masyarakat untuk usahakan mencari pendapatan pasif lain untuk menampung kehidupan. Tidak kisah kerja apapun, asalkan halal. 

Antara contoh kaedah untuk mendapatkan pendapatan pasif ialah menulis buku , beli rumah yang kecil dan sewakan. Berkenaan tips beli rumah dan sewakan ini, anda boleh follow penulisan-penulisan FB Azizul Azli Ahmad, Muhamad Iqbal Hafifi, Faizul Ridzuan, Amir Syahir, Harith Faisal dan ramai lagi. 

#3 - Pendapatan Pelaburan 

Anda boleh mengembangkan wang anda dengan pulangan dividen tertentu setiap tahun dengan meletakkan sejumlah duit dalam Tabung Haji atau ASB. 

Kesimpulannya, selepas tamat belajar, cari kerja, usahakan untuk dapatkan pasif income (kerja sekali, hasil berkali-kali) dan laburkan duit ke tempat yang selamat

*Pasif Income = Waktu tidur pun, duit bekerja untuk anda. Begitu juga dengan pelaburan.

Kaedah Gaji 


Dipecahkan kepada 3. Tengok, pilih, hadam dan pilih yang mana sesuai dengan jiwa raga anda.

Gaji Pertama 01

Gaji Pertama 02

Pasif
Gaji Pertama 03



Walaupun hakikatnya begitu, sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan untuk mengurangkan bebanan hutang tersebut. Perkara utama yang mesti diambil kira sebagai langkah awal ialah mengurangkan perbelanjaan harian. Cuba duduk bersama kertas dan pen, senaraikan perbelanjaan harian anda. Potong mana yang tidak perlu. Kurangkan mana yang perlu. 

Setiap kali ke pasaraya, pastikan anda membuat list barangan keperluan yang ingin anda beli terlebih dahulu. Kenapa saya mencadangkan begini? Untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih dan tidak membeli kehendak.

Kadangkala kita bukan tidak tahu, tetapi hakikatnya kita ini manusia yang sering terlupa dan perlu diingatkan. Senarai barang keperluan tadi boleh membantu anda lebih fokus kepada apa yang perlu anda beli sahaja. Tak percaya? Cubalah.. 

Untuk mahasiswa yang belum ada sumber pendapatan, saya cadangkan anda berjimat, kurangkan perbelanjaan harian. Dapat elaun pengajian, biasiswa atau pinjaman, alihkan sebahagiannya dahulu kepada simpanan.

Anda digalakkan juga menyimpan menggunakan platform tabung berwarna misalnya tabung hijau. Ada saja duit RM5, terus masukkan ke dalam tabung hijau tersebut. Bila penuh, hitung dan masukkan wang tersebut ke dalam simpanan Tabung Haji, dan sebagainya mengikut pelan anda.

Anda boleh juga menukarkan wang tersebut kepada emas Public Gold (LBMA-bertaraf antarabangsa). Simpan untuk masa depan.

Wallahua'lam.

Zakat Emas Sebagai Pelaburan Akhirat

"BELI EMAS UNTUK PELABURAN MASA DEPAN,
TUNAIKAN ZAKAT UNTUK PELABURAN AKHIRAT" 

Zakat adalah salah satu rukun Islam dan sangat penting kerana seringkali disebutkan secara bergandingan dengan solat dalam al-Quran. Khalifah Abu Bakar as-siddiq juga pernah bersungguh-sungguh memerangi golongan yang enggan membayar zakat setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. kerana menyedari pentingnya zakat yang merupakan perintah Allah s.w.t serta kesan dan kaitan terhadap ekonomi Islam.

Zakat emas adalah antara zakat yang diwajibkan oleh syarak berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran, sunnah dan ijmak. Sekalipun terdapat pelbagai bentuk dan teknik pelaburan emas pada hari ini, kewajipan zakat tetap dikenakan samada ia diniagakan, disimpan, dipinjamkan kepada pihak lain atau digadaikan di pusat gadaian kerana zakat emas termasuk dalam jenis zakat 'ain.

Maka, tunaikanlah zakat bagi mereka yang telah berkewajipan mengeluaarkan zakat emas & perak. Allah telah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 34 - 35 tentang orang-orang yang menyimpan emas & perak serta tidak membelanjakan pada jalan Allah, mereka akan diseksa dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

Terdapat juga hadis Riwayat Imam Muslim yang menceritakan azab yang diterima oleh pemilik emas & perak yang tidak menunaikan zakat.


Zakat Emas

Bagi Emas Yang Disimpan:

  • Emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 85 gram (nisab).

Bagi Emas Yang Dipakai:

  • Emas yang dipakai sekali sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun & melebihi uruf (kadar biasa pemakaian emas penduduk setempat) maka wajib dikeluarkan zakat atas lebihan dari nilai uruf. Kadar uruf berbeza bagi setiap negeri.
Zakat Perak

Perak yang disimpan dalam tempoh setahun jika melebihi nisab (595 gram)


Assalamu'alaikum ustaz... emas yang dicagarkan pada skim ar rahnu wajib dikenakan zakat?

JAWAPAN:

1) Emas adalah salah satu aset yang wajib dikeluarkan zakat melainkan emas perhiasaan(selagi tidak mencapai berat yang tertentu). Oleh itu emas yang telah mencapai nisab dan haulnya, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

2) Antara syarat lain yang diwajibkan berzakat, emas yang disimpan itu merupakan pemilikan penuh. Jadi emas yang dicagarkan masih dikira sebagai hak milik penuh kepada tuannya dan jika mencapai nisab dan haul, maka tuannya wajib mengeluarkan zakat.

3) Nisab bagi emas sepertimana yang disebut oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam sebanyak 20 mithqal iaitu 20 dinar. Menurut kiraan pada zaman moden ialah 85 gram iaitu kadar berat yang mencapai nisab.

4) Emas yang dicagar perlu dikenakan zakat setelah menolak nilai pinjaman dan kadar upah simpan kepada Ar Rahnu. Setelah ditolak nilai yang ada masih mencapai kadar nisab iaitu 85 gram, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada nilai tersebut.

Cara Mudah Buat Duit Dengan Gold Bar 1 Gram

Apa yang kita perlu tahu, dengan Public Gold, 1 harga untuk semua. Kita tidak perlu jadi ahli, tidak perlu jadi agen, tidak perlu jadi stokis, tidak perlu jadi dealer pun supaya dapat beli emas dengan harga yang murah! Seronok bukan? =)

Dengan Public Gold sebenarnya sangat senang kalau kita nak buat duit. Kalau kita dealer, kita boleh jana pendapatan pasif daripada royalti.

Tetapi kalau kita bukan dealer, kita masih boleh menjana pendapatan daripada untung runcit menjual emas seperti jongkong emas 1 gram.

Sebagai contoh, gold bar 1 gram Public Gold, boleh menjana RM30 sehingga RM50 margin keuntungan bagi setiap keping.

Kiraan mudahnya seperti berikut :

1. Beli gram emas melalui GAP. Harga segram sekitar RM190 bergantung pada harga semasa.

Contoh harga emas Public Gold hari ini 12/8/17 adalah RM193/g

2. Keluarkan gold bar 1 gram dengan bayaran gold premium sebanyak RM10. Jadi kos kita untuk sekeping cuma RM200.

Gold Premium adalah kos PG tempah emas dari Turki dan dihantar ke seluruh cawangan  PG di Malaysia

3. Jual secara cash and carry kepada sesiapa saja yang berminat untuk mengumpul gold bar 1 gram setiap kali belian. Harga runcit yang dicadangkan oleh Public Gold ialah RM250 sekeping.

Retail Price

4. Untung bersih yang bakal diperolehi ialah sebanyak RM50 bagi setiap keping.

5. Gunakan kembali modal RM190 dan untung RM50 tadi untuk beli gram melalui GAP seperti langkah nombor 1. Bagi dealer, setiap kali membuat belian akan dibayar royalti antara 1% - 2% mengikut tahap dealer.


Mudah kan?
Syaratnya hanya beli melalui akaun GAP Public Gold. Nak tahu lebih lanjut mengenai akaun GAP, sila rujuk artikel Simpan Emas Serendah 1 Gram Dengan GAP Public Gold.


Pelbagai Design Yang Menarik


Public Gold aktif mengeluarkan Gold bar 1 gram dengan pelbagai design yang sangat menarik. Harga di pasaran terbuka akan jadi lebih mahal setelah sesuatu design diberhentikan pengeluarannya oleh Public Gold.

Khusus buat COLLECTOR tegar yang agak teliti tentang design pada kad. Sudah pasti, setiap satu memiliki KEISTIMEWAAN tersendiri.

Itu dianggap RARE ITEM. Mereka sanggup bayar pada harga lebih mahal untuk dapatkan edisi terhad ni.

Kumpul design emas lebih baik berbanding kumpul barang lain yang tiada nilai sebenar untuk jangka panjang. Kan..? =)😊

Ini antara contoh Gold Bar yang bakal menjadi rare item:

Gold Bar 1g Edisi Aidilfitri 2017

Gold Bar 1g Edisi Merdeka MY60

Gold Bar 1g Edisi YDPA




Untuk melihat pelbagai versi emas keluaran Public Gold, sila klik Produk atau layari website Public Gold www.publicgold.com.my > Products.
⁠⁠⁠⁠
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign