'Win-Win Situation' Dalam Dunia Bisnes

"Di Malaysia selalu guna pakai customer is always right. Sebab itu kita selalu menjadi hamba customer dan banyak terjadi penipuan disebabkan nak tarik customer.

Di negara barat, 'customer is not always right because he or she doesn't know how a business process is all about.' Kalau customer tak nak guna servis atau ada apa-apa isu selepas explaination, that's fine.....siap say cheers! lagi.

Ingat, customer dengan service provider saling melengkapi. Realitinya, setiap entrepreneur perlu tough dan ambil positif setiap feedback yang dilontarkan oleh customer untuk memperbaiki mana yang terkurang."

Saya tertarik dengan kenyataan dan pesanan ringkas di atas yang ditulis oleh Tuan Muhammad Zulfadhli di wall facebook beliau. Ironinya, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang menganggap 'customers is always right'. 

Persoalannya, adakah relevan untuk kita gunakan prinsip ini dalam menggapai redha Allah melalui bisnes?

Tuan puan pernah dengar ataupun baca berkenaan win win situation? Dalam berniaga (ataupun lebih tepat lagi disebut dalam berjual beli), pelanggan dan penjual kedua-duanya hendaklah mendapat manfaat daripada jual beli tersebut.

Saya berikan contoh mudah. Kami sebagai dealer emas yang aktif dalam Public Gold berusaha sedaya upaya membantu tuan puan memahami ilmu emas yang betul, tepat, selamat. 
Kami pakejkan sekali dengan memberi bimbingan secara percuma seumur hidup agar tuan puan dapat memulakan langkah menyimpan emas secara konsisten dengan sebaiknya. 

Win win situation dalam contoh di atas:

#1. Tuan puan dapat membeli dan menyimpan emas dengan bimbingan yang betul, dapat ilmu baru yang tidak pernah diajar dalam mana-mana institusi pendidikan.

#2. Dealer yang sah mendapat insentif daripada Public Gold kerana memberi komitmen dan membantu tuan puan dalam urusan jual beli emas.

Persoalan saya, bukankah keduanya saling 'menang' dalam situasi ini?

Mari kita sama-sama renungi firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2 yang bermaksud: 
“Dan hendaklah kamu bantu-membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”
Menjual barang-barang yang baik dan halal kepada ummah adalah kebaikan. Membeli barangan yang halal dan baik juga merupakan kebaikan. Di sini, tidak ada istilah "orang yang berniaga hanya mahu cekik duit orang saja". Kedua-dua pihak saling mendapat manfaat.

Berniaga: Kaya Itu Mulia


Zaman dulu-dulu, pada mata masyarakat umum, buktinya seseorang itu 'pandai' adalah apabila dia berjaya dapat kerja makan gaji dengan kerajaan.

Waktu itu pegawai kerajaan dipandang sangat mulia.

Dulu-dulu, anak muda yang tidak dapat kerja makan gaji, barulah mereka terpaksa berniaga.

Masa terus berlalu, sedikit demi sedikit cara-pandang masyarakat sudah berubah.

Berniaga sebenarnya adalah satu pekerjaan mulia yang telah terlebih dahulu dijalankan oleh idola terbesar kita iaitu baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda sendiri sering mengikuti bapa saudaranya iaitu Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Sham ketika berusia 12 tahun (sekarang dipanggil Syria) untuk menjalankan urusan-urusan perniagaan. Lihat, baginda SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi.

Realitinya, kita selalu mendengar dan didedahkan cerita selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW. Namun sayangnya, kita jarang mendengar mahupun mendalami cerita empayar perniagaan Baginda SAW sebelum dilantik menjadi Rasul.

Baginda seorang yang kaya sebelum berkahwin dengan Siti Khadijah r.a. Bahkan, kekayaan Baginda berganda-ganda selepas menikahi Khadijah r.a yang juga ahli perniagaan tersohor.

Namun, Nabi saw dan isterinya Siti Khadijah r.a banyak menghabiskan harta ke jalan dakwah.

Sesungguhnya benarlah apa yang dikatakan 'Kaya Itu Mulia' jika kita berazam untuk mencari kaya di sisiNya.

Pesan mentor emas kami, perbetulkan kompas kekayaan, insyaAllah kita akan sampai ke destinasi kekayaan sebagaimana Nabi SAW dan para sahabat Baginda. InsyaAllah. Bersamalah juga kita hayati bait-bait kata dan doa Saidina Abu Bakar r.a iaitu "Ya Allah, jadikan dunia di tangan kami, bukan di hati kami."

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke 29 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlahkamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu."
Lakukanlah sesebuah perniagaan itu atas dasar suka sama suka dan saling berlapang dada. Barulah tercapai matlamat kita nak membantu masyarakat dengan servis dan produk yang halal lagi baik.

Akhir kata, saya kongsikan salah satu rekomendasi berbisnes daripada Dr. Hussain Hussain Sahahata dan bukunya bertajuk "Business Ethics In Islam" yang berbunyi:
"Disipline yourself to good manners.! In doing so, it will be considered an act of worship, obedience to Allah and following the example of His Prophet SAW. Adhering to good manners incurs profit increase, multiplies wealth, and brings Allah's rewards which is better and more lasting."
Wallahu a'lam. Seeking mardhatillah as real target in eternal success.!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign