Cabar Dirimu Untuk Lebih Berjaya

Cabar Dirimu Untuk Lebih Berjaya

"Kalau kau tak beranikan diri, sampai bila pun perasaan takut kau takkan hilang. Nak ataupun tidak, kau kena lalui juga."

Saya masih ingat ketika saya mula-mula nak menunggang motorsikal di Jambi, Indonesia dulu. Waktu tu, debaran dan perasaan gugup dalam hati saya hanya Allah yang tahu. Manakan tidak, di negara sendiri pun tak pernah menunggang motor, apatah lagi di negara Indonesia yang ramai sedia maklum jalan rayanya sesak. Nak menghilangkan perasaan takut untuk menunggang motor di sana memakan masa berbulan-bulan.

Apa yang saya lakukan untuk menghilangkan perasaan takut saya? Saya cabar diri saya sendiri. Suatu petang ketika pulang dari kampus, kakak beritahu saya kepalanya pening dan agak sukar nak fokus bawa motor. Saya dengan tak semena-mena menyuruhnya berhenti dan tukar turn dengan saya - dia jadi pembonceng, saya pula jadi penunggang. Dalam hati saya ketika tu, 'aku boleh'.

Beberapa kilometer kemudian... "Piiinnnnnnn.!!! Hoii, emang mau mati??!" 

Ya Tuhan... nak gugur jantung saya dibuatnya. Tangan saya tiba-tiba terasa sukar nak dikawal. Hampir saja saya berlanggar dengan lori gemuk itu. Kakak yang terkejut, terus turun untuk kembali menunggang. Saya beralih ke bahagian pembonceng dengan jantung yang masih berdebar. Bukan sembang kencang, jantung yang kencang.

Cabar Dirimu Untuk Lebih Berjaya
"You never know how strong you are
until being strong is the only choice you have."
Dipendekkan cerita, saya terus-terusan memujuk diri bahawa kejadian tersebut hanyalah ujian untuk saya terus berani dan menjadi penunggang yang berjaya. Kata-kata salah seorang classmate saya masih terngiang-ngiang di telinga, "Kalau kau tak beranikan diri, sampai bila pun perasaan takut kau takkan hilang. Nak ataupun tidak, kau kena lalui juga."

Saya akui, memang benar apa yang dikatakan oleh classmate saya tu. Apa pun yang berlaku dalam hidup ini, kita kena hadapi. Hari demi hari berlalu. Atas cabaran terhadap diri sendiri, saya selamat menunggang motorsikal di sana sepanjang tempoh kuliah kami. Lebih menggembirakan hati saya (syukur), saya lulus ujian memandu dengan mudah di Malaysia, setelah tamat pengajian S1 di bumi Jambi. Perasaan takut pun hilang, semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk hadapi setiap cabaran hidup dengan lebih berani dan matang.!

Kawan, suka untuk saya berpesan. Usia muda jangan disiakan. Waktu yang berlalu sebaiknya dimanfaatkan. Agar hari tua kita tidak diselubungi penyesalan.

Saya akui, ramai yang masih takut mahu membeli emas dek kerana kisah silam - terlibat dengan skim cepat kaya dan sebagainya. Masa yang dah berlalu, biarkan berlalu dengan pengajaran. jadikan ia pengalaman yang mematangkan diri untuk bertindak lebih bijak. 

Masa kami di Jambi dulu, berbulan juga kami buat sedikit 'research' mengenai emas. Apa untungnya simpan emas berbanding simpan wang fiat, emas apa yang berkategori terbaik i.e. senang dibeli, senang dijual semula, spread rendah dan banyak lagi faktor. Akhirnya pada bulan Mei 2015, kami buat keputusan untuk mulakan langkah menukarkan sebahagian simpanan kami kepada emas bertaraf antarabangsa Public Gold, sekaligus menjadi dealer. Niat kami nak bantu masyarakat membeli emas dengan ilmu. Prinsip kami, kalau kita lakukan sesuatu dengan ilmu, maka insyaAllah hasilnya pasti menuntungkan. 

Tapi, berilmu saja tidak cukup tanpa tindakan. Ayuh mulakan langkah menyimpan emas dengan bajet  rendah minima 1 gram ataupun 1 dinar 1 bulan. Seperti kisah menunggang motorsikal tadi, kita akan lebih faham selepas bermula, cabar diri dan usaha untuk konsisten. Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah. Mahu ada simpanan yang banyak tetapi tidak mahu mencabar diri mengawal perbelanjaan, jadilah seperti mat jenin yang hanya berangan-angan. 

Berubah


Andai rasa taraf hidup saat ini perlu dibaiki, melangkahlah. Keluar daripada zon selesa. Ramai mahu hidup berubah, tetapi hanya bermimpi tanpa melangkah. Merungut tak sudah. Then you expect your life will change?
"Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results." - Albert Einstein
Ambil botol kicap > pecahkan botol kicap, yang keluar adalah kicap. 
Mana mungkin kita pecahkan botol kicap > keluar air soya.

Maksudnya, buat benda yang sama, result sama. 
Buat benda lain, barulah result yang kita dapat lain.

Selagi kita ada Allah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Mustahil tiada jalan untuk mengubah hidup.

Seorang yang lebih optimis, cepat bertindak, produktif ke arah impian. Semakin buat, semakin mudah untuk kita capai setiap impian.

"Tahun 2017 ini, aku pasti menyimpan emas sekurangnya 1 gram setiap bulan, jauh lebih baik daripada simpanan pada tahun 2016."

Ada berani..? Cabarlah diri! 

Kami sedia membantu. 
Wallahu a'lam, selamat beramal.! ;)

Betulkan Yang Biasa Dan Biasakan Yang Betul

Betulkan Yang Biasa Dan Biasakan Yang Betul

  • Duit bukan untuk disimpan atau diperam, manfaatnya wujud bila digunakan.
  • Duit merupakan medium transaksi untuk mendapat barang keperluan.
  • Simpanlah duit sekadar keperluan dan bina tabungan simpanan yang lebih bertahan.
  • Menyimpan memang asas kepada pengurusan kewangan.
  • Tetapi menyimpan duit semata-mata tidak akan dapat memberikan apa-apa.
  • Duit simpanan yang terkumpul perlu dilaburkan, agar wang yang ada akan bertambah berlipat kali ganda.
  • Simpanlah duit untuk melabur kemas-kemas, boleh buat simpanan dan membeli emas.
  • Untuk mengelakkan duit terus bocor, tukarkan kepada emas agar simpanan tidak terus hancur.
  • Simpan kekayaan dalam bentuk duit kertas akan mengalami kerugian kerana ianya tidak mampu menyimpan NILAI dan ditelan zaman.
  • Duit kekal pada nombornya tetapi tidak kepada nilainya, malah semakin menyusut dimamah inflasi walau disorok dalam peti besi.
  • Emas kekal pada berat tetapi nilainya boleh meningkat, walau disorok dalam rumah, nilai kekayaannya akan sentiasa berubah.
  • Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri, kerana nilainya dipegang kuat oleh berat dan ketulenannya sendiri.

..........

Jom sama-sama kita perbetulkan perkara biasa yang kita lakukan & amalkan yang betul secara konsisten, ubah daripada menyimpan duit kepada menyimpan emas!

Berduit Belum Tentu Berharta

Situasi ini sering berlaku kerana ramai orang tidak ada kemahiran menukarkan duit gaji menjadi harta sebenar. Semua orang tahu kunci kepada kekayaan adalah menyimpan tetapi hanya segelintir yang tahu kepentingan menyimpan harta sebenar berbanding duit tunai (wang fiat).

Duit gaji yang diperoleh setiap bulan ditukar menjadi simbol-simbol kemewahan, digandingkan pula dengan mudahnya membuat hutang, maka akhirnya kita gagal mengumpul harta yang sebenar.


Elakkan Mengalami Situasi Berduit Tetapi Tidak Berharta


Simbol kemewahan hanya untuk memenuhi nafsu sahaja. Kita bangga dengan kekayaan 'palsu' untuk dilihat orang, dipuji-puji dan dipandang hebat. Akhirnya, duit kita semakin susut untuk mengekalkan gaya hidup sedemikian. Kita yang merompak duit kita sendiri secara tidak sedar. Sebab tu oang yang nampak berduit jangan disangka berharta. Kadang kita lihat seseorang tu biasa sahaja hidupnya tetapi banyak harta; rumah-rumah sewa, tanah yang diusahakan dan simpanan emas serta perak!

Harta yang sebenar membolehkan kita membayar zakat. Zakat ini antara ibadah yang tersembunyi. Tanamlah azam mengumpul harta supaya kita dapat menjadi pembayar zakat. Apabila kita semakin banyak bayar zakat, itu tandanya kita mempunya harta yang sebenar.

Simpan Dahulu, Selebihnya Baru Belanja


Langit tidak selalunya cerah.. Sediakanlah payung sebelum hujan kata orang. Usah membiarkan duit gaji bulanan kita dibelanjakan tanpa menukarkan sebahagiannya (minima 10%) menjadi harta. 

Pakar-pakar kewangan sering mengingatkan tentang pentingnya membina simpanan untuk dana kecemasan terutamanya. Usah menyesal di kemudian hari sekiranya kita terus bersikap boros.

Nak tunggu ada lebihan baru nak menyimpan, jawabnya bersedialah untuk tiada simpanan.

Bina simpanan secara paksa dengan menyimpan emas sebab realitinya, kenaikan harga emas lebih cepat berbanding kenaikan gaji kita. 

Kenapa Perlu Ditukarkan Kepada Harta?


Kita biasanya kalah dengan desakan EMOSI untuk berbelanja. Ada saja barang yang kita rasa perlu beli.

Kalau simpan duit, KUASA BELINYA sentiasa berkurang dari ke hari walaupun nombornya bertambah. Dan duit memang sifatnya untuk dibelanjakan, sebab tu ianya tidak sesuai dijadikan simpanan jangka masa panjang. 

Tabiat dan desakan emosi diri sendiri yang buat simpanan kita sering 'bocor'. Kebocoran wang perlu ditampal cepat-cepat supaya tidak menjadi semakin parah. Sebab tu saya sarankan mula buat simpanan emas agar simpanan tersebut lebih kekal bertahan.

Emas, alternatif terbaik untuk membina simpanan yang lebih bertahan! Ini hakikat wang kertas yang anda perlu ketahui.


Kenapa Emas?


Menurut pakar 'precious metal', Mike Maloney; emas dan perak satu-satunya aset yang tidak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita sahaja yang tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tiada siapa pun yang tahu bahkan bank mahupun kerajaan. 

Pihak bank mahupun kerajaan tidak boleh membekukan emas sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Tambahan lagi, emas secara purata meningkat sebanyak 20-30% setahun. 

Paling penting, dengan menyimpan emas, risiko inflasinya ialah 0%! Kita tidak perlu takut dengan inflasi yang agak merisaukan.

Jadi, tunggu apa lagi.. Jom simpan EMAS! 😍 7 Tips Mudah Istiqamah Menabung Emas


Kenapa Perlu Simpan Harta Banyak-banyak? 


Objektifnya mudah. Supaya kita dapat membayar zakat setiap tahun. Makin tahun makin bertambah. Pada masa yang sama tergolong dalam golongan yang banyak bersedekah dan mewakafkan harta.

Emas dan perak yang kita simpan dapat dijadikan modal perniagaan & pelaburan. Apabila berniaga kita dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Apabila modal itu berkembang, zakat kita bertambah. Apabila modal itu terus berkembang dan berkembang, maka akhirnya kita berpeluang membuat cashflow pahala yang terus menerus masuk ke akaun akhirat kita, iaitu dengan berwakaf.

Itulah nilai harta yang sebenar jika kita membelanjakannya di jalan yang betul.

Bukankah Allah lebih mencintai orang kaya yang pemurah berbanding orang miskin yang penyabar?

Jadi, pilihan di tangan kita. Samada mahu menjadi orang yang berduit atau berharta atau keduanya sekali.

Kadang-kadang kita nampak seseorang tu biasa dan bersahaja gayanya. Tetapi disebalik biasa dan watak bersahajanya tu, dia ada aset yang banyak, ditambah lagi rajin menginfakkan hartanya di jalan Allah. 

Gaya luaran belum tentu menunjukkan hakikat sebenar kehidupan dia. Bersederhanalah dan bebaskan diri dari keinginan meraih pandangan manusia.

Hidup untuk Allah dan kerana Allah.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign