Cabar Dirimu Untuk Lebih Berjaya

Cabar Dirimu Untuk Lebih Berjaya

"Kalau kau tak beranikan diri, sampai bila pun perasaan takut kau takkan hilang. Nak ataupun tidak, kau kena lalui juga."

Saya masih ingat ketika saya mula-mula nak menunggang motorsikal di Jambi, Indonesia dulu. Waktu tu, debaran dan perasaan gugup dalam hati saya hanya Allah yang tahu. Manakan tidak, di negara sendiri pun tak pernah menunggang motor, apatah lagi di negara Indonesia yang ramai sedia maklum jalan rayanya sesak. Nak menghilangkan perasaan takut untuk menunggang motor di sana memakan masa berbulan-bulan.

Apa yang saya lakukan untuk menghilangkan perasaan takut saya? Saya cabar diri saya sendiri. Suatu petang ketika pulang dari kampus, kakak beritahu saya kepalanya pening dan agak sukar nak fokus bawa motor. Saya dengan tak semena-mena menyuruhnya berhenti dan tukar turn dengan saya - dia jadi pembonceng, saya pula jadi penunggang. Dalam hati saya ketika tu, 'aku boleh'.

Beberapa kilometer kemudian... "Piiinnnnnnn.!!! Hoii, emang mau mati??!" 

Ya Tuhan... nak gugur jantung saya dibuatnya. Tangan saya tiba-tiba terasa sukar nak dikawal. Hampir saja saya berlanggar dengan lori gemuk itu. Kakak yang terkejut, terus turun untuk kembali menunggang. Saya beralih ke bahagian pembonceng dengan jantung yang masih berdebar. Bukan sembang kencang, jantung yang kencang.

Cabar Dirimu Untuk Lebih Berjaya
"You never know how strong you are
until being strong is the only choice you have."
Dipendekkan cerita, saya terus-terusan memujuk diri bahawa kejadian tersebut hanyalah ujian untuk saya terus berani dan menjadi penunggang yang berjaya. Kata-kata salah seorang classmate saya masih terngiang-ngiang di telinga, "Kalau kau tak beranikan diri, sampai bila pun perasaan takut kau takkan hilang. Nak ataupun tidak, kau kena lalui juga."

Saya akui, memang benar apa yang dikatakan oleh classmate saya tu. Apa pun yang berlaku dalam hidup ini, kita kena hadapi. Hari demi hari berlalu. Atas cabaran terhadap diri sendiri, saya selamat menunggang motorsikal di sana sepanjang tempoh kuliah kami. Lebih menggembirakan hati saya (syukur), saya lulus ujian memandu dengan mudah di Malaysia, setelah tamat pengajian S1 di bumi Jambi. Perasaan takut pun hilang, semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk hadapi setiap cabaran hidup dengan lebih berani dan matang.!

Kawan, suka untuk saya berpesan. Usia muda jangan disiakan. Waktu yang berlalu sebaiknya dimanfaatkan. Agar hari tua kita tidak diselubungi penyesalan.

Saya akui, ramai yang masih takut mahu membeli emas dek kerana kisah silam - terlibat dengan skim cepat kaya dan sebagainya. Masa yang dah berlalu, biarkan berlalu dengan pengajaran. jadikan ia pengalaman yang mematangkan diri untuk bertindak lebih bijak. 

Masa kami di Jambi dulu, berbulan juga kami buat sedikit 'research' mengenai emas. Apa untungnya simpan emas berbanding simpan wang fiat, emas apa yang berkategori terbaik i.e. senang dibeli, senang dijual semula, spread rendah dan banyak lagi faktor. Akhirnya pada bulan Mei 2015, kami buat keputusan untuk mulakan langkah menukarkan sebahagian simpanan kami kepada emas bertaraf antarabangsa Public Gold, sekaligus menjadi dealer. Niat kami nak bantu masyarakat membeli emas dengan ilmu. Prinsip kami, kalau kita lakukan sesuatu dengan ilmu, maka insyaAllah hasilnya pasti menuntungkan. 

Tapi, berilmu saja tidak cukup tanpa tindakan. Ayuh mulakan langkah menyimpan emas dengan bajet  rendah minima 1 gram ataupun 1 dinar 1 bulan. Seperti kisah menunggang motorsikal tadi, kita akan lebih faham selepas bermula, cabar diri dan usaha untuk konsisten. Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah. Mahu ada simpanan yang banyak tetapi tidak mahu mencabar diri mengawal perbelanjaan, jadilah seperti mat jenin yang hanya berangan-angan. 

Berubah


Andai rasa taraf hidup saat ini perlu dibaiki, melangkahlah. Keluar daripada zon selesa. Ramai mahu hidup berubah, tetapi hanya bermimpi tanpa melangkah. Merungut tak sudah. Then you expect your life will change?
"Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results." - Albert Einstein
Ambil botol kicap > pecahkan botol kicap, yang keluar adalah kicap. 
Mana mungkin kita pecahkan botol kicap > keluar air soya.

Maksudnya, buat benda yang sama, result sama. 
Buat benda lain, barulah result yang kita dapat lain.

Selagi kita ada Allah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Mustahil tiada jalan untuk mengubah hidup.

Seorang yang lebih optimis, cepat bertindak, produktif ke arah impian. Semakin buat, semakin mudah untuk kita capai setiap impian.

"Tahun 2017 ini, aku pasti menyimpan emas sekurangnya 1 gram setiap bulan, jauh lebih baik daripada simpanan pada tahun 2016."

Ada berani..? Cabarlah diri! 

Kami sedia membantu. 
Wallahu a'lam, selamat beramal.! ;)

Betulkan Yang Biasa Dan Biasakan Yang Betul

Betulkan Yang Biasa Dan Biasakan Yang Betul

  • Duit bukan untuk disimpan atau diperam, manfaatnya wujud bila digunakan.
  • Duit merupakan medium transaksi untuk mendapat barang keperluan.
  • Simpanlah duit sekadar keperluan dan bina tabungan simpanan yang lebih bertahan.
  • Menyimpan memang asas kepada pengurusan kewangan.
  • Tetapi menyimpan duit semata-mata tidak akan dapat memberikan apa-apa.
  • Duit simpanan yang terkumpul perlu dilaburkan, agar wang yang ada akan bertambah berlipat kali ganda.
  • Simpanlah duit untuk melabur kemas-kemas, boleh buat simpanan dan membeli emas.
  • Untuk mengelakkan duit terus bocor, tukarkan kepada emas agar simpanan tidak terus hancur.
  • Simpan kekayaan dalam bentuk duit kertas akan mengalami kerugian kerana ianya tidak mampu menyimpan NILAI dan ditelan zaman.
  • Duit kekal pada nombornya tetapi tidak kepada nilainya, malah semakin menyusut dimamah inflasi walau disorok dalam peti besi.
  • Emas kekal pada berat tetapi nilainya boleh meningkat, walau disorok dalam rumah, nilai kekayaannya akan sentiasa berubah.
  • Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri, kerana nilainya dipegang kuat oleh berat dan ketulenannya sendiri.

..........

Jom sama-sama kita perbetulkan perkara biasa yang kita lakukan & amalkan yang betul secara konsisten, ubah daripada menyimpan duit kepada menyimpan emas!

Berduit Belum Tentu Berharta

Situasi ini sering berlaku kerana ramai orang tidak ada kemahiran menukarkan duit gaji menjadi harta sebenar. Semua orang tahu kunci kepada kekayaan adalah menyimpan tetapi hanya segelintir yang tahu kepentingan menyimpan harta sebenar berbanding duit tunai (wang fiat).

Duit gaji yang diperoleh setiap bulan ditukar menjadi simbol-simbol kemewahan, digandingkan pula dengan mudahnya membuat hutang, maka akhirnya kita gagal mengumpul harta yang sebenar.


Elakkan Mengalami Situasi Berduit Tetapi Tidak Berharta


Simbol kemewahan hanya untuk memenuhi nafsu sahaja. Kita bangga dengan kekayaan 'palsu' untuk dilihat orang, dipuji-puji dan dipandang hebat. Akhirnya, duit kita semakin susut untuk mengekalkan gaya hidup sedemikian. Kita yang merompak duit kita sendiri secara tidak sedar. Sebab tu oang yang nampak berduit jangan disangka berharta. Kadang kita lihat seseorang tu biasa sahaja hidupnya tetapi banyak harta; rumah-rumah sewa, tanah yang diusahakan dan simpanan emas serta perak!

Harta yang sebenar membolehkan kita membayar zakat. Zakat ini antara ibadah yang tersembunyi. Tanamlah azam mengumpul harta supaya kita dapat menjadi pembayar zakat. Apabila kita semakin banyak bayar zakat, itu tandanya kita mempunya harta yang sebenar.

Simpan Dahulu, Selebihnya Baru Belanja


Langit tidak selalunya cerah.. Sediakanlah payung sebelum hujan kata orang. Usah membiarkan duit gaji bulanan kita dibelanjakan tanpa menukarkan sebahagiannya (minima 10%) menjadi harta. 

Pakar-pakar kewangan sering mengingatkan tentang pentingnya membina simpanan untuk dana kecemasan terutamanya. Usah menyesal di kemudian hari sekiranya kita terus bersikap boros.

Nak tunggu ada lebihan baru nak menyimpan, jawabnya bersedialah untuk tiada simpanan.

Bina simpanan secara paksa dengan menyimpan emas sebab realitinya, kenaikan harga emas lebih cepat berbanding kenaikan gaji kita. 

Kenapa Perlu Ditukarkan Kepada Harta?


Kita biasanya kalah dengan desakan EMOSI untuk berbelanja. Ada saja barang yang kita rasa perlu beli.

Kalau simpan duit, KUASA BELINYA sentiasa berkurang dari ke hari walaupun nombornya bertambah. Dan duit memang sifatnya untuk dibelanjakan, sebab tu ianya tidak sesuai dijadikan simpanan jangka masa panjang. 

Tabiat dan desakan emosi diri sendiri yang buat simpanan kita sering 'bocor'. Kebocoran wang perlu ditampal cepat-cepat supaya tidak menjadi semakin parah. Sebab tu saya sarankan mula buat simpanan emas agar simpanan tersebut lebih kekal bertahan.

Emas, alternatif terbaik untuk membina simpanan yang lebih bertahan! Ini hakikat wang kertas yang anda perlu ketahui.


Kenapa Emas?


Menurut pakar 'precious metal', Mike Maloney; emas dan perak satu-satunya aset yang tidak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita sahaja yang tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tiada siapa pun yang tahu bahkan bank mahupun kerajaan. 

Pihak bank mahupun kerajaan tidak boleh membekukan emas sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Tambahan lagi, emas secara purata meningkat sebanyak 20-30% setahun. 

Paling penting, dengan menyimpan emas, risiko inflasinya ialah 0%! Kita tidak perlu takut dengan inflasi yang agak merisaukan.

Jadi, tunggu apa lagi.. Jom simpan EMAS! 😍 7 Tips Mudah Istiqamah Menabung Emas


Kenapa Perlu Simpan Harta Banyak-banyak? 


Objektifnya mudah. Supaya kita dapat membayar zakat setiap tahun. Makin tahun makin bertambah. Pada masa yang sama tergolong dalam golongan yang banyak bersedekah dan mewakafkan harta.

Emas dan perak yang kita simpan dapat dijadikan modal perniagaan & pelaburan. Apabila berniaga kita dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Apabila modal itu berkembang, zakat kita bertambah. Apabila modal itu terus berkembang dan berkembang, maka akhirnya kita berpeluang membuat cashflow pahala yang terus menerus masuk ke akaun akhirat kita, iaitu dengan berwakaf.

Itulah nilai harta yang sebenar jika kita membelanjakannya di jalan yang betul.

Bukankah Allah lebih mencintai orang kaya yang pemurah berbanding orang miskin yang penyabar?

Jadi, pilihan di tangan kita. Samada mahu menjadi orang yang berduit atau berharta atau keduanya sekali.

Kadang-kadang kita nampak seseorang tu biasa dan bersahaja gayanya. Tetapi disebalik biasa dan watak bersahajanya tu, dia ada aset yang banyak, ditambah lagi rajin menginfakkan hartanya di jalan Allah. 

Gaya luaran belum tentu menunjukkan hakikat sebenar kehidupan dia. Bersederhanalah dan bebaskan diri dari keinginan meraih pandangan manusia.

Hidup untuk Allah dan kerana Allah.

Wallahualam.

Public Gold Syarikat Emas Pertama Diiktiraf Patuh Syariah

Public Gold Syarikat Pertama Diiktiraf Patuh Syariah
Shariah Certification Press Conference.
An important milestone to be craft into the book of history. 
Alhamdulillah, sekali lagi Public Gold mendapat pengiktirafan yang sangat besar. Public Gold syarikat emas pertama dalam Malaysia yang mengungguli jenama emas patuh syariah.

Amanie Advisors Sdn. Bhd. diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang juga adalah Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Public Gold Syarikat Pertama Diiktiraf Patuh Syariah
Proses pengesahan syariah Public Gold dan perkembangan standard syariah dalam jual beli emas dunia yang diterajui oleh World Gold Council (WGC).

Kini, kita boleh berjual beli emas dengan penuh rasa yakin tanpa was-was! Ini satu perkembangan yang sangat positif dalam industri pelaburan emas terutamanya di Malaysia. Tahniah Public Gold! 

Public Gold Syarikat Pertama Diiktiraf Patuh Syariah
Sijil Pengesahan Patuh Syariah

Latar Belakang Panel Shariah


Amanie Advisors Sdn. Bhd. ialah sebuah konsultan syariah yang berperanan penting menyediakan standard shariah emas bagi World Gold Council (WGC) dan AAOIFI. Ia dia ketuai oleh Dato’ Dr. Mohd Daud Bakar yang juga pengerusi Shariah Advisory Council (SAC) untuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Jika anda mahu tahu lebih lanjut siapakah tokoh yang disegani dalam dunia kewangan Islam ini, boleh baca artikel Pakdi bertajuk “Dr Mohd Daud Bakar – Ulama, Penasihat Shariah dan Pakar Kewangan Islam”.

Ini pula beberapa keratan penuh beberapa akhbar yang menyiarkan berita berkaitan "Official Press Conference" yang berlangsung pada 8 Febuari 2017. 

Tahniah dan sekalung penghargaan buat team Public Gold. Satu demi satu kejayaan berjaya dirangkul kemas.
.
"Public Gold Syarikat Emas Pertama Terima Sijil Patuh Syariah di Malaysia"

Public Gold Syarikat Pertama Diiktiraf Patuh Syariah

Public Gold Syarikat Pertama Diiktiraf Patuh Syariah

Public Gold Syarikat Pertama Diiktiraf Patuh Syariah

Penjelasan Jual Beli Emas Daripada Perspektif Syariah


Ini penjelasan yang dibuat oleh pakar muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;

“Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu:

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back). 

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama. 

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah). 

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku. 

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan. 

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH

Proses utama dalam produk ini ialah: 

1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu. 

2. Pembayaran: Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut. 

3. Pengambilan emas: Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah: 

1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu. 

2. Pembayaran secara berperingkat: Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut. 

3. Pengambilan emas: Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas. 

JUALAN BALIK (BUY BACK)

Proses utama dalam produk ini ialah: 

1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu. 

2. Penyerahan emas: Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut. 

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun: Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.”

Proses Pengesahan Emas Berterusan


Apa-apa pun, pengesahan syariah ini sifatnya berterusan. Produk Public Gold yang lain seperti akaun emas Gold Accumulation Program (GAP), PG Mall, dan Gold Payment System (GPS) masih dalam proses pengesahan syariah. Pihak Public Gold akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa perkembangan “certification” ini.

Pihak Amanie Advisors juga akan sentiasa membuat audit secara berkala terhadap Public Gold untuk memastikan urusniaga yang dijalankan adalah mengikut syariah.

Didoakan agar semua urusan pengesahan patuh syariah sepenuhnya kepada produk-produk Public Gold berjalan lancar dengan komitmen tinggi yang sentiasa Public Gold berikan. Mohon doa semua.

Wallahualam.

Percutian Bajet Langkawi 2016

Percutian Bajet Langkawi 2016

Alhamdulillah.. percutian bajet ke langkawi yang telah lama dirancang semenjak tahun 2013 (berkurun lama sudah..huu) akhirnya terlaksana dengan gilang gemilangnya pada 24 - 27 Ogos 2016 yang lepas. Benarlah, kita hanya merancang, dan Allah jua yang menentukan. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan perancangan ke langkawi yang sering tertunda ini telah menyebabkan perancangan yang begitu rapi dapat disusun.

Jadi, saya rakamkan kembali perjalanan percutian kami untuk tatapan umum agar dapat dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin merancang percutian bajet ke sana. Perancangan sangat penting sebelum memulakan perjalanan kerana ianya sudah pasti boleh menjimatkan banyak masa, tenaga dan paling penting kewangan (poket kita la).

HARI PERTAMA


#1 - Feri ke Langkawi

Untuk panduan, perkhidmatan feri ke langkawi ada 3 tempat:
  1. Pulau Pinang (RM 70)
  2. Kuala Kedah (RM 23)
  3. Kuala Perlis (RM 18)
Walaupun kami berada di Pulau Pinang ketika itu, kami memilih bertolak ke Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis sebab itulah tempat paling pendek perjalanannya dan tiket lebih murah berbanding Jeti Kuala Kedah dan Pulau Pinang. Tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja. 

* Tiada gambar. Tak sempat nak ambil. Sampai Jeti Kuala Perlis terus beli tiket di kaunter dan feri terus bertolak. 

Kos: RM 18 seorang

#2 - Kereta Sewa Di Jeti Langkawi

Setelah tiba di Jeti Langkawi kami terus ambil kereta sewa yang telah ditempah lebih awal. Kami menggunakan perkhidmatan kereta sewa oleh Tuan Tengku Zamri. Kemudahan kereta sewa banyak disediakan di sana, tapi saya sarankan anda buat tempahan lebih awal. Kenderaan sangat penting untuk menjimatkan kos dan memudahkan perjalanan. 

Kereta Sewa Axia - Jimat Minyak (hanya RM 30 sepanjang perjalanan)
Anda boleh hubungi Tuan Tengku Zamri (019-911 9428) untuk booking kereta sewa, nak whatsapp je pun boleh.

Kos: Sewa Kereta Axia Auto RM 180 untuk 3 malam (seorang RM 90) + deposit RM 100 (akan dipulangkan setelah kereta dikembalikan) *RM 50 booking

#3 - Penginapan Di T Star Cottage

Kami memilih penginapan di sini atas rekomen Tuan Adi Azudin dalam artikel blog beliau mengenai percutian ke Langkawi pada tahun lepas. Saya telah booking sebulan lebih awal melalui laman web booking.com secara percuma tanpa perlu deposit.

Perjalanan daripada Jeti Langkawi ke hotel ini hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Suasana sangat mendamaikan kerana kedudukannya yang dikelilingi pokok-pokok menghijau dan rekaan tardisional + moden.

Oh ya, kami memilih bilik yang paling murah iaitu RM 45 semalam (percutian bajet kan..huu) Dapat tuala mandi dan sabun. Tiada air-cond. Bilik air di luar. Ada kipas comel yang tergantung di ruangan khemah tapi kami jarang bukak pun, sejukk. Pengalaman baru yang menyoronokkan, tinggal dalam bilik atau lebih tepatnya dipanggil khemah dalam taman ;) Kawasan T-Garden seperti gambar di bawah:
Laluan Masuk T-Garden
Ruang Hadapan Bilik Kami

KEMUDAHAN BILIK:
  • WiFi Percuma
  • Selimut
  • Kipas
  • Tong Sampah
  • Bilik Mandi (luar bilik)
  • Sabun + Tuala Mandi
  • Meja dan Kerusi Rehat    
INFO:
Kos: RM 135 untuk 3 malam (seorang RM 65) + deposit RM 100 (akan dipulangkan setelah check out) 

#4 - Jalan-Jalan Cari Makan

Selepas beristirehat seketika, kami keluar ke pekan untuk membeli tiket untuk aktiviti esok dan lusa iaitu Island Hopping dan Mangrove Tour melalui perkhidmatan Asthar Travel & Tours berdekatan dengan Cenang Mall. Betul-betul di AB Motel. Hanya 2 km daripada T Star Cottage. Office buka sehingga 12 tengah malam.

Athar Travel & Tours
Untuk makan malam pertama, kami memilih Restoran Lubuk Buaya atas cadangan petugas yang menjual tiket tadi. Tempat berhampiran dengan Asenia Resort & Spa. Memang TERBAIK! Menepati citarasa dengan pelbagai menu pilihan. Paling penting, harga lebih murah berbanding restoran lain, maklumlah kawasan pelancongan.. =)

Kos: Island Hopping - RM 25 seorang & Mangrove Tour - RM 50 seorang 

INFO:
  • Alamat: Asthar Travel & Tours Sdn. Bhd. Pantai Cenang, 07000 Langkawi Kedah.
  • Hotel berhampiran: AB Motel
  • Telefon: 04-9551037 / 012-433 4300


HARI KEDUA


#1 -  Island Hopping

Seawal jam 8.50 pagi kami sudah berkumpul di hadapan lobi AB Motel. Sarapan pagi dengan roti yang dibeli malam tadi sebagai bekalan dalam perjalanan. Anda digalakkan membawa bekalan makanan dan minuman dalam beg sebagai alas perut kerana aktiviti Island Hopping memakan masa selama lebih kurang 4 jam dan pastikan makanan disimpan dalam ruangan tertutup sebab banyak monyet ^^. Jangan risau, manja-manja belaka monyet tu, cuma mereka agresif bila nampak makanan.

Terdapat 2 trips iaitu berlepas dari jeti pada pukul 9:00 pagi dan 2:00 petang. Kami memilih trips pagi. Pihak Asthar Travel menyediakan van untuk bergerak ke jeti.

*Aktiviti agak lasak, tidak sesuai untuk orang tua, wanita mengandung dan kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa.

Pakej Island Hopping merangkumi perjalanan menaiki bot dan singgah di 3 tempat utama, iaitu:
  • Tasik Dayang Bunting
  • Eagle Feeding di Pulau Singa Besar
  • Pulau Beras Basah
Percutian Bajet Langkawi 2016
Perjalanan Menuju Ke Destinasi - Bot  Laju 
TASIK DAYANG BUNTING

Percutian Bajet Langkawi 2016
Percutian Bajet Langkawi 2016

Sejarah
EAGLE FEEDING
Sesi Memberi Makan Burung Helang - peluang lihat jarak dekat
PULAU BERAS BASAH


Percutian Bajet Langkawi 2016
Tempat Terbaik Bagi Sesiapa Yang Nak Mandi Laut
Percutian Bajet Langkawi 2016
Pemandangan Indah Di Pulau Beras Basah
Group Cik Nyet
#2 - Makan Tengahari Di Warung Desa Tanjung

Selepas Selesai Island Hopping dalam pukul 1 tengahari, kami dihantar semula ke Asthar Travel menaiki van. Ambil kereta dan bergerak ke Warung Desa untuk makan tengahari. Gerai kecil ini ada menjual pisang goreng awak dan keledek goreng yang sangat sedap. Pelbagai menu lain seperti nasi lemak, nasi tomato, ayam masak merah, nasi putih ayam paprik dan lain-lain lagi juga tersedia.

Kami memilih pisang, keledek goreng dan nasi paprik. Air limau ais. (kami makan kongsi je..^^) Memang puas hati, dah la sedap, murah pula tu. Wajib singgah sini tau!

Kos: Pisang dan keledek goreng - RM 2, nasi paprik - RM 1.20, Air limau ais - RM  1.20

INFO:
  • Alamat: Betul2 berhadapan Favia Hotel
  • Buka Hari: Ahad - Khamis
  • Waktu Operasi: 7am - 6pm

#3 - Oriental Village

Pintu Hadapan Oriental Village
Destinasi seterusnya ialah Oriental Village. Perancangan awal kami datang ke sini sebenarnya nak naik SkyCab, tapi terpaksa tukar rancangan lain sebab cuaca buruk. Hujan lebat. Boleh naik SkyCab tapi tak boleh turun untuk ambil gambar sebab SkyBridge ditutup apabila hujan. 
Pintu Masuk SkyCab dan Harga Tiket
Jadi, kami batalkan hasrat naik SkyCab dan masuk Muzium 3D terbesar di Malaysia. Sebenarnya, di Oriental Village ni, banyak sangat aktiviti boleh dibuat, antaranya SkyCab, 3D Art Museum, Duck Tours, F1 Simulator dan 6D Cinemotion. Setiap satu perlu beli tiket masuk. ^^

Siapa yang ada bajet lebih, boleh lah cuba semua. Beli tiket dengan pakej lebih menjimatkan daripada beli asing-asing. Boleh rujuk harga pakej dalam gambar di atas. Kalau nak cuba semua, ambil pakej Combo E. Hanya RM 100 jika ada mykad.

Percutian Bajet Langkawi 2016
Hadapan Ruang Masuk 3D Art Museum
Bagi anda yang suka bergambar, memang sangat sesuai masuk dalam ni. Tempat sangat besar, sampai lenguh kaki berjalan..tapi memang berbaloi-baloi... ^^
Percutian Bajet Langkawi 2016
Percutian Bajet Langkawi 2016

Kos: 3D Art Museum - RM 30 seorang


INFO:
  • Alamat: Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah.
  • Web: www.orientalvillage.my
  • Isnin - Khamis: 10:00 am- 7:00 pm
  • Jumaat - Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah: 9:30 am– 7:00 pm


HARI KETIGA


#1 - Mangrove Tour

Seawal jam 9 pagi, kami sudah berkumpul di lobi AB Motel. Kali ini kami menaiki bas, mungkin sebab ramai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke jeti. Walaupun hujan masih renyai-renyai, tetapi aktiviti tetap diteruskan.


Pelekat ini perlu ditampal di baju untuk mengenal pasti group bersama AB Travel dengan mudah
Mangrove Tour terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut:
  • Hutan paya bakau
  • Gua Buaya
  • Gua Kelawar
  • Floating Fish Farm
  • Kilim Geoforest Park
HUTAN PAYA BAKAU
GUA BUAYA
GUA KELAWAR


Pintu Masuk Gua Kelawar
Kos: Tiket Masuk - RM 1 seorang, Lampu Suluh - RM 1 (sewa)

FOATING FISH FARM



Amin floating restaurant. Di sini tempat pengunjung Mangrove Tour berehat untuk makan dan minum.
Percutian Bajet Langkawi 2016
Lihat Kolam Terapung
  Anda berpeluang untuk memegang sendiri belangkas, ikan pari, ketam, haruan tasik secara live!

Menu Yang Boleh Anda Cuba
Sesiapa yang dah lapar, kat sini anda boleh nikmati makanan yang fresh. Harga pun boleh tahan lah mahal.. al maklumlah..ramai pelancong.=) Kami hanya cuba makan tomyam seafood small (memang sangat kecik mangkuknya). Ada la dalam 2 ekor udang dan beberapa ekor sotong. hohoho :p

Kos: Tomyam Seafood Small - RM 12

KILIM GEOFOREST PARK

Percutian Bajet Langkawi 2016


#2 - Kilang Gamat

Selepas puas bersiar-siar menaiki bot laju, sebelum makan tengahari, kami memandu ke lokasi yang cukup terkenal iaitu di Nusantara Maju Enterprise. Ini adalah salah satu tempat perusahaan dan menjual minyak gamat di Langkawi.
Percutian Bajet Langkawi 2016
Tempat Memasak Gamat
Percutian Bajet Langkawi 2016
Kilang Gamat Nusantara Maju
INFO:
  • Alamat: Nusantara Maju Enterprise, Kedah Malaysia
  • Masa: 09:00 am - 5:00 pm

#3 - Nasi Campur Kak Yan

Datang-datang je banyak lauk dah habis, so far ok lah.. lauk sedapp, dapat air free pulak tu.

Kos: Nasi + ayam kampung (besar)  + sayur mayur = RM10 untuk dua orang

Percutian Bajet Langkawi 2016

#3 - Langkawi Wildlife Park & Bird

Luangkan masa melihat burung dan hidupan-hidupan liar yang sangat jinak. Pengalaman pergi ke zoo tak sama ye.. Kelebihan utama Wildlife Park Langkawi ini, haiwan-haiwannya yang jinak. Anda berpeluang untuk pegang sendiri, bermain dan memberi makan kepada mereka.
Percutian Bajet Langkawi 2016
Pintu Masuk & Tiket
Percutian Bajet Langkawi 2016
Pertama kali memegang ular, sugar glider dan menyusukan ikan koi!
INFO:
  • Alamat: Langkawi Wildlife Park. Lot 1485, Kampung Belanga Pecah,, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Waktu Operasi: 8:00 am - 6:00 pm
  • Web: www.langkawiwildlifepark.com
Kos: Tiket Masuk - RM  24 seorang dengan Mykad

#4 - Pantai Tanjung Rhu

Jalan-jalan tepi pantai.. ambil masa bersendirian untuk bermuhasabah diiringi muzik alam yang menderu-deru.

Apabila melihat hempasan ombak, teringat pula status yang pernah saya update di fb 2 tahun yang lepas. Ini dia saya nukilkan kembali untuk peringatan kita bersama.

Percutian Bajet Langkawi 2016

[Delete DOSA Walaupun Dosa Itu Seperti Buih Di Lautan]

Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman kira-kira 3790 meter. Itu tidak termasuk laut yang tidak berhubung dengan lautan, seperti Laut Kaspia.

Bayangkan berapa banyak buih yang dihasilkan daripada lautan ini dengan kuantiti air yang banyak dan kocakan hasil dari graviti, ombak dan angin tanpa henti setiap hari. MasyaAllah tidak terkira banyaknya.

Dan bayangkan DOSA kita sebanyak itu, pun tetap Allah akan ampunkan hanya dengan amalan yang sangat mudah. Begitulah rahmat Allah kepada hamba-Nya..



#5 - Durian Perangin Waterfalls


Datang sececah je kata orang. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami hanya sempat bergambar di pintu masuk dan main air ala kadar sahaja. InsyaAllah ada masa lain kali boleh la datang awal, kita panjat air terjun ni ye. ^^


INFO:
  • Alamat: Durian Perangin Waterfall, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

#6 - Dataran Lang

Ronda-ronda di dataran lang. Melihat matahari terbenam.. Subhanallah.. sangat cantik!

Inilah lukisan alam.. tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan selain pujian-pijian kepada Dia.

Percutian Bajet Langkawi 2016
Percutian Bajet Langkawi 2016

Percutian Bajet Langkawi 2016


#7 - Medan Selera Nelayan

Ini dia antara tempat makan paling HOT di Langkawi, Medan Selera Nelayan. Ramai sangat orang tapi servis masih ditahap yang memuaskan. 



Kat sini, istimewanya sebab kita boleh pilih pelbagai jenis ikan dan makanan laut yang segar bugar dan masakan apa yang kita nak dengan harga yang berpatutan. paling penting, SEDAPP! fuhh..memang merecik!


Kos: ikan bawal bakar + air asam, lala masak sambal, sotong goreng tepung + sos cili thai, buah tembikai, sayur ulam², tembikai laici, sambal belacan, RM 32 untuk 2 orang makan.


HARI KEEMPAT

Pagi terakhir kami di Langkawi, awal-awal pagi terus check-out hotel. Kemudian bersedia untuk ke lokasi seterusnya untuk bersarapan.

#1 -  Nasi Dagang Pak Malau

Haa.. ini dia tempat makan wajib dikunjungi apabila berada di Langkawi. Nasi dagang terbaik dengan suasana yang indah.. tepi sawah padi. Sebenarnya hari sebelumnya kami dah datang, tapi dah tutup..
"Kajang Pak Malau, kajang berlipat,
Kajang hamba, mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba menumpang lalu."
 
ok, gambar nasi dagangnya tak sempat ditangkap, dah selamat masuk perut sejurus sahaja makanan dihidang.. hahaha. rakus!

Percutian Bajet Langkawi 2016



INFO:
  • Alamat:Nasi Dagang Pak Malau, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Buka setiap hari kecuali isnin
  • Waktu Operasi: 8.00am - 2.00pm

#2 -  Underwater World Langkawi

Setelah 'mengisi minyak', destinasi berikutnya ialah melihat hidupan marin di Underwater World.

Percutian Bajet Langkawi 2016
Hadapan pintu masuk


Kos: RM 33 (dewasa)  RM26 (student 20% diskaun)


Antara aktiviti lain yang boleh dibuat iaitu 'World Awesome Experience Virtual Reality'.
 Antara aktiviti lain menarik yang boleh dibuat dalam underwaterworld, tontong wayang 5D! Boleh pilih nak rasai pengalaman secara dekat dengan dinasor atau hantu..huu. ada satu keluarga pak arab ni, semua cerita dia tengok. haha, kami pilih tengok hantu, pastu dah pertengahan jalan tukar dinasor pulak..nasiblah boleh tukar. ^^

Kos: RM 8 setiap satu cerita


Typhoon Pavillion (Educational Simulation)


Kalau sesiapa nak rasa pengalaman gempa bumi, ha ni tempatnya.. sejujurnya boleh termuhasabah. insof! Tapi bagi yang ada masalah tulang rapuh, tak payah la masuk.. bergegor-gegor...grrr.. Siap dapat baju hujan, keluar memang basah jugak la. 

*Nak lebih jimat, tak payah sibuk nak masuk. haha Kami pun tak sedar macamana boleh terpengaruh.

Kos: RM 18 seorang

INFO:

#3 -  Seashells Cenang

Lokasi terakhir, kami melawat laman padi dan makan tengahari di 'Seashells Restaurant'. Tempat yang berbaloi untuk dilawati. Rindu kampung!


Kos: RM 40 (1 set) untuk 2 orang


Percutian Bajet Langkawi 2016

INFO:
  • Alamat:Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • +60 4-955 3581


#4 -  Pulang ke Kuala Lumpur

Kami tiba dikawasan tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 6:00 petang untuk menyerahkan kembali kunci kereta kemudian masuk ke airport untuk urusan penerbangan balik ke Kuala Lumpur. 

Alhamdulillah, cukup sekadar ini sahaja catatan percutian kami di Pulau Langkawi. Mudah-mudahan maklumat yang disampaikan ini boleh dijadikan panduan buat anda semua. Sesungguhnya kenangan di sini tersemat dalam ingatan kami berdua. 

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign