Memahami Kaitan antara Risiko dan Rezeki

Memahami Kaitan antara Risiko dan Rezeki
Ilmu menguruskan risiko

Apa kaitan antara Risiko dan Rezeki?risiko, 
Sebenarnya, risiko adalah rezeki. Risiko dalam bahasa inggeris disebut 'risk' yang diambil daripada perkataan bahasa arab yaitu 'rizq' yang bermaksud rezeki. 

Maksudnya, jika kita tidak mahu langsung mengambil risiko dan tidak ada kemahiran menguruskan risiko maka kita tidak akan dapat menjemput rezeki masuk ke dalam rumah kita.

Saya pernah terbaca seorang tokoh yang berjaya (lupa namanya) mengatakan bahawa salah satu kunci kejayaan seseorang usahawan terletak kepada keberanian mengambil risiko. Kalau berani ambil risiko, maka rezeki akan datang.

Jika difikirkan, memang betul orang yang tidak berani mengambil risiko, mereka tidak akan buat apa-apa dan tidak akan dapat mendatangkan apa-apa hasil. Ramai orang bertangguh untuk bertindak kerana takut gagal, padahal bertangguh itu sendiri merupakan kegagalan yang sudah nyata. Dalam kehidupan ini, risiko tetap harus kita ambil kerana bahaya terbesar dalam kehidupan adalah tidak berani mengambil risiko.

Risiko memang perlu diambil,
Tetapi perlu dikawal.

"YOU CAN'T WIN UNLESS YOU LEARN HOW TO LOSE"

Deliberation by Dr Daud Bakar on the above quote:

"Great. Once you managed to avoid loss factors, you are on the right track to win. It doesn't matter whether you really won, but you are away from all factors that can bring you down. We just need a good time to be the winner. Winning is also a process as much as avoiding loss is also a process."

TIADA KEUNTUNGAN TANPA RISIKO

Ia bertepatan dengan kaedah syariah "al-ghunm bil ghurm- الغنم بالغرم) yang terpakai apabila melibatkan muamalat.

Tiada keuntungan tanpa risiko. Apa jua aktiviti ekonomi yang sebenar akan melibatkan Risiko. Dalam erti kata lain, untuk mengaut keuntungan, mesti kerja dan usaha. Dalam kerja dan usaha ada risiko. Dari situ jualah kita berhak mendapat untung dan modal.

Jangan mencari-cari matematik pelaburan yang kononnya dapat menyukat risiko dengan tepat. Jangan cari kaedah melabur yang perfect 100%. Jangan buang masa mahu menjadi pelabur yang sempurna, langsung tidak pernah rugi kerana ianya tidak wujud.

Jadi, jika anda ditawarkan oleh syarikat/pihak tertentu yang menjanjikan pulangan keuntungan tetap (samada hibah/hadiah/faedah) setiap bulan/tahun yang tak logik, tutup mata dan telinga, lari jauh-jauh!😎

Ingatlah, pelaburan emas fizikal khususnya adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, ia bukanlah skim cepat kaya yang penuh dengan penipuan yang menjanjikan pulangan dalam masa terdekat.

MELABURLAH KE DALAM DIRI ANDA SENDIRI

"Apakah pelaburan terbaik untuk diri saya?"

Inilah soalan yang paling kerap ditanya kepada Tuan Azizi Ali (pakar kewangan). Hakikatnya, soalan ini kerap sangat ditanya sehingga seolah-olah ianya telah menjadi bayang-bayang yang mengekori ke mana sahaja beliau pergi.

Jawapan yang selalu Tuan Azizi Ali berikan ialah "Melaburlah ke dalam diri anda sendiri."

Mereka yang bertanya selalunya akan mengerutkan muka tanda kecewa. Majoriti, jika tidak kesemuanya, sebenarnya menunggu-nunggu tip-tip dengan harapan dapat membuatkan mereka kaya dalam masa semalaman, menyelesaikan semua masalah mereka dan memastikan hidup mereka bahagia selama-lamanya seperti kisah Cinderella. 

Hakikatnya tidak ada pelaburan yang sempurna, semuanya ada risiko tersendiri.

"Melaburlah ke dalam diri anda sendiri", apa yang dimaksudkan ialah untuk menambahkan ilmu secara berterusan. 

+ melanjutkan pendidikan dengan mendapatkan sijil atau ijazah yang lebih tinggi. 
+ membaca buku, majalah, mendengar kaset motivasi dan menghadiri seminar. 
+ bertanya soalan, memerhati dan mendekatkan diri dengan orang yang telah berjaya. 

Dengan melakukan semua ini, anda sebenarnya memperbaiki diri anda dalam segenap aspek.

Mengapakah pelaburan terbaik yang boleh dibuat ialah ke atas diri kita sendiri? 

Jawapannya mudah sahaja kerana ia tidak hanya membayar 10 kali ganda wang yang telah kita laburkan, malahan juga akan mengajar kita cara bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut dengan lebih bijak. 

Apa yang lebih penting lagi ialah memastikan kita dapat menyimpan sebahagian daripada wang tersebut. Ia pasti akan memberikan pulangan pelaburan beratus kali ganda lebih daripada pelaburan lain yang boleh kita buat. 

Dengan kata lain, ilmu akan membantu kita menjadi kaya, menikmati kekayaan dan kekal kaya! ^^,

BAGAIMANA MENGURUSKAN RISIKO

Menurut Tuan Azizi Ali, "risiko" adalah kembar siam bagi pelaburan. Kalau melabur, jangan hanya fikir untung sahaja, tapi bersedia juga tanggung kerugian.

Walaupun begitu, kata Tuan Zulkifli Mohd Shafie (mentor emas saya), risiko boleh diurus ibarat risiko kapal terbang bila ia terbang. Ada risiko ianya terhempas. Kapal terbang paling selamat ialah kapal terbang yang tidak terbang, tetapi kapal terbang itu tidak berguna!

Jika terlalu takut untuk mengambil risiko, hanya mahu simpan duit dalam akaun simpanan (bank), maka kita pasti menghadapi risiko yang satu lagi iaitu risiko kuasa membeli yang semakin habis ditelan akibat inflasi. Betul, duit dari segi nombonya tidak nampak hilang akibat turun naik harga misalnya, tetapi kuasa membeli (nilai) duit tersebut hilang tanpa kita sedar.

Orang yang faham dan tahu tentang sejarah wang kertas, institusi perbankan, inflasi, kepentingan emas dan perak, pasti tidak akan membiarkan wang tunai berlebihan dalam tangan. Dalam konteks duit simpanan, membiarkan duit dalam akaun bank tanpa dilaburkan, ia sangat berisiko. Risiko paling utama ialah ia susut di makan INFLASI dan KEBOCORAN WANG.

Memahami Kaitan antara Risiko dan Rezeki
"Gold as protection from a dangerous combination of tremendous government debt and massive bond-buying by central banks globally trying to fight off recession with near-zero interest rates".

~ Marc Faber

Cara mengurus duit yang tidak dilaburkan (selain daripada DANA KECEMASAN) ialah menyimpannya dalam bentuk ASET FIZIKAL seperti emas. Emas kalau hanya disimpan, ia selamat dari inflasi sebab sifatnya yang memegang nilai dan mengekalkan KUASA BELI sebagaimana teori 1 dinar dan seekor kambing. Nilainya dipegang kuat oleh BERAT & KETULENANNYA sendiri tanpa perlu jaminan daripada mana-mana pihak. Ia satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri.

Kesimpulannya, risiko mesti diambil. Kemahiran menguruskan risiko mesti ada. Kemahiran ini adalah sesuatu yang dapat dipelajari dan bukannya bakat.

High skill, high return.
Low skill, low return.

Wallahua'lam.

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui

Seminggu dua ini harga emas meningkat naik. Ada yang gembira dan tak kurang juga yang susah hati. Bagi mereka yang beli emas untuk sekadar 'buy low, sell high', inilah masa mereka menjual untuk merasa keuntungan. 

Tapi, bagi mereka yang membeli emas fizikal untuk melindungi kekayaan, terutamanya daripada bencana kewangan, mereka tidak akan membazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Mereka akan terus konsisten membeli emas walau dalam apa jua keadaan harga emas, yang paling penting, gram emas yang telah mereka miliki terus bertambah.  Jadi, kuncinya, tetapkan dulu posisi anda di mana dalam dunia emas.

Hakikatnya harga emas baru di sekitar $1360++, jauh lagi perjalanannya dan emas memang aset yang bernilai sepanjang zaman. Pada tahun 2012, harga emas pernah mencecah $1800++. 
"Menyimpan emas tidak menjadikan kita kaya raya, tapi mampu mengelakkan kita daripada jatuh miskin".

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui
Robert Kiyosaki pernah menggelar wang kertas sebagai 'funny money'

Duit RM (Ringgit) kita yang semakin melemah.. =(

Kita semua tahu bahawa sistem wang kertas adalah wang yang tidak mempunyai nilai intrinsik. Ia bukan duit yang sebenar, sebab ia dikeluarkan tanpa disandarkan (backup) dengan apa-apa aset fizikal. Dalam sejarah manusia, duit yang menyimpan nilai sebenar ialah emas dan perak.

Jika anda menabung wang kertas, ianya tidak akan mempunyai kuasa beli yang sama selepas 10, 20 atau 30 tahun seperti hari ini. Inflasi akan sentiasa memakan sebahagian besar daripada simpanan anda tanpa sedar. Perlu diingat, bahawa NILAI hari ini tidak akan pernah sama dengan akan datang.

Wang kertas yang mendominasi perdagangan antarabangsa sekarang ini ialah dolar Amerika (US$). Duit kertas kita hari ni dah tidak ada kena mengena lagi dengan emas. Jika US Dollar runtuh, seluruh dunia akan runtuh sebab rizab terbesar negara kita (dan kebanyakkan negara lain di dunia) ialah foreign currency (iaitu US Dollar).

Dollar America is Dying

Prof Dr. Zuhaimy telah mengulas isu Dollar Amerika yang semakin tenat dengan begitu baik sekali. Menurut beliau, dollar terkenal sebagai mata wang dunia yang paling banyak digunakan dalam perdagangan antarabangsa. Kebanyakan mata wang dunia yang lain menjadikan US$ sebagai sandaran dan banyak negara di dunia tidak mahu US$ yang tidak bernilai intrinsik ini terus hilang daripada menguasai pasaran dunia.

Wang Sudah Mati!

Sejak peristiwa Bretton Wood, wang kertas telah menggantikan wang emas. Dollar Amerika dan wang kertas dunia lain tidak lagi mempunyai sandaran emas. Berkembangnya sistem wang kertas bersama institusi perbankan turut disertakan dengan simbol sebuah institusi riba yang menjana wang lebihan. Institusi bank berhak malah bebas daripada kuasa pemerintah untuk menentukan tahap susut dan lebihan nilai dalam percetakan wang.

Walaupun begitu, hakikatnya mata wang dollar Amerika ini semakin tenat dan secara perlahan-lahan telah mula diganti oleh mata wang kertas Euro dan Yen. Dunia perdagangan mula kurang percaya kepada dollar Amerika, menyebabkan semakin kurangnya kuasa beli wang kertas tersebut. Secara statistiknya lebih daripada 50% wang dollar Amerika digunakan di luar Amerika. Oleh itu, sebarang kekurangan kuasa beli wang kertas ini sering merungsingkan Amerika Syarikat. 

Wang kini telah berubah wajah kepada berbentuk wang elektronik (e-money) seiring perkembangan teknologi maklumat. 

"Sekarang wang bukan lagi suatu barangan atau benda yang boleh ditemui di pantai atau di mana-mana, tetapi wang telah menjadi suatu sistem. Wang elektronik ini mudah meruap dan tidak stabil dengan kadar faedah, nilai saham, nilai wang kertas dan nilai bon turun naik tanpa kawalan lagi. Kini wang khasnya dollar Amerika merupakan nombor-nombor dalam akaun simpanan, menjadi nombor-nombor di London Stock Exchange, seterusnya berubah ke indeks Nikkei, kemudiannya menjelma sebagai Euro dan seterusnya bertukar kepada Rupiah, yang kemudiannya mengambil dollar Amerika dalam kuantiti yang lebih banyak daripada asal". ~ Kurtzman dalam bukunya The Death of Money. 

Kini pedagang antarabangsa mula mencari alternatif kepada dollar Amerika kerana setiap syarikat yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa akan merasai kerugian yang berlaku disebabkan kadar pertukaran mata wang. 

Ringgit Malaysia adalah wang kertas yang disandarkan kepada dollar Amerika. Jadi, oleh kerana sifat wang kertas Ringgit Malaysia sama dengan sifat wang kertas Dollar Amerika, maka sudah tentu kemerosotan dollar bermakna kemerosotan Ringgit Malaysia. Kehancuran Dollar Amerika juga kehancuran Ringgit Malaysia. 

Oleh kerana hampir semua wang kertas bersandarkan dollar Amerika, semua kerajaan berkewajipan untuk melindungi wang kertas ini. Alangkah beruntungnya mereka...alangkah bodohnya dunia lain. Mereka boleh melakukan apa sahaja tetapi negara lain yang menanggungnya. Sedarlah bahawa kuasa khayalan ini tidak akan kekal lama dan dengan izin Allah, akan tiba masa kehancurannya. OLEH ITU BERSEDIALAH DENGAN WANG ALTERNATIF SEBELUM TERLAMBAT... Sedarlah tentang hakikat sebenar wang kertas.

Matawang fiat - matawang bernilai sifar!

Wang kertas tidak akan berharga tanpa jaminan nilai daripada kerajaan untuk diterima masyarakat sebagai alat tukar. Atas sebab inilah, wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui
Gabernor Bank Negara yang berkuasa memperakukan nilai Ringgit kita

Jika berlaku hyper inflasi, peperangan, penjajahan, bencana, dll boleh menyebabkan wang kita tidak diakui lagi nilainya.

Hakikatnya, wang kertas yang kita pegang harini tidak akan dianggap sebagai wang lagi belasan atau puluhan tahun daripada sekarang.

Buktinya, syiling $1 yang pernah dipakai rakyat Malaysia suatu masa dahulu kini hanya boleh dijadikan hiasan dan koleksi lama.

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui
RM1 yang dah tidak laku digunakan sekarang

Jelas, wang fiat semakin lama semakin tiada nilai, tetapi berbeza dengan emas yang semakin lama disimpan, semakin tinggi pula nilainya.

SIMPAN WANG KERTAS SEKADAR KEPERLUAN

Pakar-pakar selalu mengesyorkan, simpan wang kertas sekadar nak pakai sekitar 3 - 6 bulan pendapatan sahaja. Selebihnya tukarkanlah kepada aset fizikal seperti emas, perak, rumah, tanah dll. Jangan biarkan duit terbiar dalam bentuk tunai berlebihan.

Mereka yang tahu tentang emas, sejarah matawang, dan penipuan dalam sistem matawang dunia,  akan sedar bahawa risiko simpan mata wang kertas jauh lebih besar berbanding turun naik harga emas. Mereka tidak akan membiarkan simpanan duitnya terbiar dalam bentuk tunai yang berlebihan & mula menjadikan emas sebagai INSURAN KEWANGAN.

CARA MENGEMBANGKAN & MENYELAMATKAN 'NILAI DUIT'

Anda boleh 'kembangkan' duit melalui bisnes, dropship, asb, unit trust, tabung haji, pelaburan saham, pelaburan hartanah, dan sebagainya.

Manakala CARA terbaik untuk 'selamatkan nilai' duit anda adalah dengan 'menukarkan' sekurangnya 10% daripada simpanan tunai RM anda kepada aset yang dikenali sebagai 'safe heaven' iaitu jongkong emas (gold bar) atau syiling emas (dinar emas). Kerana emas kalis inflasi dan dapat mengekalkan kuasa beli., sebaliknya wang kertas hanya bergantung pada persepsi dan 'confidence' sahaja.

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui

Usaha untuk merealisaikan kembalinya Dinar Emas sebagai wang atau alat pertukaran mesti diteruskan. Apa yang boleh dilakukan oleh umat Islam khususnya sekarang ini sekurang-kurangnya memiliki dinar emas secara fizikal.

Dominasi terkecil dinar emas yang ada sekarang adalah 1/2 dinar sehinggalah yang terbesar iaitu 10 dinar dan anda boleh mulakan dengan serendah 1 gram emas dengan modal yang rendah.

Ayuh sama-sama kita merealisasikan wawasan Public Gold untuk menjadikan emas sebagai 'medium of transaction'. Emas adalah alternatif terbaik kepada dollar Amerika dan matawang kertas yang lain.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign