Tinta Emas: Matlamat Besar Mendorong Kejayaan Besar

"Rumah saya buruk, tak cantik.. Saya segan nak undang orang-orang kampus ke rumah saya.."
Tinta Emas: Matlamat Besar Mendorong Kejayaan Besar
Simpan Aset Fizikal 
... Pagi itu terasa lebih damai. Juga lebih sepi dari kebiasaannya, kerana jiran-jiran di sekitar rumah kontrakkan kami majoriti pulang beraya di kampung masing-masing. Takbir bergema dari masjid berdekatan rumah kami. Sesekali terasa sayu, mengenangkan keluarga yang jauh di mata. Namun dalam hati tetap berkata, insyaAllah semuanya baik-baik dan bahagia berhari raya di sana. 

Usai solat aidilfitri, kami pulang ke rumah sebentar. Telekung yang dipakai diganti dengan tudung. Beg berwarna merah digalas. Sambil tersenyum memandang kakak... "Lepas pergi rumah Dr. Dewi ni, kita terus pergi rumah ibuk Rosidah kan?". "Ya. Tapi tak boleh lama-lama tau dekat rumah Dr. Dewi. Bukan apa, takut ibuk Rosidah tunggu lama je". "Ok"...

Maka selepas bersilaturrahim bersama keluarga Dr. Dewi, kami terus pecut ke destinasi seterusnya; rumah seorang kerani di kampus kami a.k.a. ibuk Rosidah :). Pagi itu tiada proses 'menyelit' berlaku, kerana jalan agak lengang. Hehe.

"Assalamualaikum ibuk.. Ini saya, Nurul. Sekarang saya sudah ada di depan Kampoeng Radja.."

"Wa'alaikumussalam. Iya Nurul, kamu langsung masuk lorong di sebelah masjid itu ya, ibuk tunggu di depan simpang rumah ibuk".

(Oleh kerana ini kali pertama kami ke rumah beliau, jadi aku telefon dulu untuk pastikan tempatnya betul. Oh ya, ibuk Rosidah memang panggil aku dengan nama Nurul. Comel kan? :P ).

Sampai saja di rumahnya, anak perempuan beliau keluar menghidangkan lontong bersama sate padang. Suami beliau pula terus duduk di hadapan kami. "Makanlah ya, ndak usah segan. Kita kan saudara, serumpun.. Bapak senang nian kamu bisa bergaul dengan kami orang Indonesia. Oh ya, kamu sudah semester berapa?"

"Semester lapan pak".

"Maksudnya kamu di Jambi ni sudah hampir empat tahun?"

"Ndak lah pak, dua tahun aja. Kami di sini transfer..".

Peramah juga suami ibuk Rosidah ni.. Cerita pengalaman bekerja di IAIN dan berurusan dengan mahasiswa Malaysia sejak batch pertama dulu. Perlahan-lahan aku suap makanan ke dalam mulut sambil mendengar apa yang beliau mahu ceritakan. Setelah beliau masuk ke dalam....

"Makanlah ya.. Kalau mau nambah silakan aja.. Rumah saya buruk, tak cantik.. Saya segan nak undang orang-orang kampus ke rumah saya.." Ibuk Rosidah memuncungkan bibirnya.

"Cantiklah ni buk, warna biru lagi.. Tenang aja." Senyum.

"Tak ada yang cantiknya.. Kalau kamu ke rumah orang-orang kampus, tengoklah rumah mereka besar-besar, mahal, cantik.. Beda dengan rumah saya". Merendah diri betul ibuk Rosidah ni..

Hmm.. Belum sempat aku membalas, ibuk Rosidah meneruskan kata-katanya.

"Tapi saya tak suka punya utang. Biarlah apa adanya, asalkan saya tak membazir. Ramai teman saya di sini 'meminjam' (baca: buat pinjaman) buat besarkan rumah sendiri, dekorasi untuk cantik-cantik. Beda dengan saya.. Uang yang saya dapat, saya simpan. Kapan cukup jumlahnya, saya bangunkan rumah untuk dikontrakkan". 

Wahh. Menarik ni. Getus hatiku.

"Berarti, ibuk kontrakkan rumah? Di mana tu?". Sengaja aku tanyakan lagi..

"Ya.. sebaris dengan rumah saya ni, ada tiga rumah. Di lorong depan ada enam".

Sembilan. Banyaknyaa... Dalam hati aku terus tertanya-tanya, macam mana seorang kerani boleh ada 9 buah rumah sewa, dan semua rumah tersebut ada penghuni.! Bijaknya ibuk Rosidah ni. 

Aku terus luahkan pertanyaan yang terdetik di hati aku tadi. Tapi macam bertapis sikit mula-mula. 

"Artinya ibuk mulai kerja di IAIN sudah lama ya?"

"Tak... ibuk baru 6 tahun. Kalau bapak, iya sudah agak lama juga sejak tahun 2000".

"Jadi, gimana ibuk bisa punya 9 buah rumah kontrakkan, kasih tau sih sama saya...". Aku sedikit tergelak. Yelah, tadi ibuk Rosidah merendah diri sangat. Rupa-rupanya, bijak membina aset dan passive income. 

"Ibuk sebenarnya masih baru di fakultas kamu, Syariah ni. 5 tahun lebih ibuk kerja di fakultas Tarbiah. Di sana selalu ada program yang ibu ikut dan programnya berbayar. Jadi gaji tambahan di situ agak tinggi. Nah setiap kali ibuk dapat uang dari program yang ibuk ikut tadi, ibu simpan di toko bangunan. Gaji pokok ibuk tak usik".

Hah? Sekali lagi aku tertanya-tertanya. Macam mana boleh simpan duit dekat kedai bangunan? Belum pernah aku dengar cara begini. Mungkinkah hanya ada di Indonesia?

"Toko bangunan?" Soalku lagi.

"Iya lah.. Simpan dengan orang di toko bangunan tu, kapan sudah cukup uang simen dan barang-barangnya untuk bangunkan satu rumah, mereka datang ke sini dan terus mulai kerja. Begitulah, sampai selesai membangunkan rumah ke sembilan di depan sana". 

"Jadi ibuk sama bapak saling membantu?"

"Tak.. ibuk uruskan sendiri sampai semua sudah selesai dibangun baru ibuk tunjukkan ke bapak. Ibuk memang niat mau kasih tau bapak kapan semuanya sudah siap. Setelah itu, ibuk ngomong dengan bapak.. Nah, ini hasilku...". Sambil tersenyum bangga.

"Ibuk tak suka membazir. Setiap kali terima uang, ibuk simpan terus di toko bangunan tu. Teman-teman yang sama ikut program dengan ibuk, sering ngajak ibuk shopping waktu kami dapat uang. Tapi ibuk tak mahu. Buat apa menghabisi uang dengan shopping? Lebih baik lah ibuk banguni rumah. Kan aset.. Tambahan lagi, ibuk syukur anak-anak ibuk semuanya kuliah tanpa utang. Sekarang alhamdulillah tinggal yang terakhir aja masih kuliah. Yang lain sudah selesai". Ceritanya sambil menunjukkan gambar keempat-empat anak beliau. Tiga orang lelaki dan seorang perempuan.

Aku masih ada pertanyaan. Belum sempat aku bertanya...

"Tak apalah rumah saya buruk, asalkan saya punya simpanan masa depan, punya rumah yang dikontrakkan, anak saya semuanya tidak berutang untuk biaya kuliah. Hidup begini lebih tenang. Tak perlu sibuk mikirin soal utang. Kadang-kadang saya kasihan dengan teman-teman saya. Dulu kami sama-sama sering ikut program kerja, sama-sama dapat gaji tambahan. Tapi mereka tak mahu dengar nasihat saya. Saya ini orangnya berprinsip. Kalau saya memang mahu sesuatu, saya tak mudah dipengaruhi orang untuk berhenti mengusahakan keinginan saya".

"Jadi, ibuk simpan emas juga?"

"Ya, benar. Dari dulu saya simpan terus. Belum pernah lagi saya jualkan. Siapa tahu kapan kapan kita perlu uang, barulah nanti saya pikir untuk jual". 

Aku senyum. Kagum dengan tabiat menyimpan dan pengurusan kewangan beliau. Ibuk Rosidah memang seorang yang bijak dan bermatlamat. Bijak merancang dan berusaha merealisasikan matlamatnya. Ia bukan soal berapa banyak gaji, tetapi berapa banyak simpanan. Hakikatnya orang yang berjaya tidak gemar memberikan alasan, sebaliknya melangkah menyusun tindakan demi tindakan.

...
Alhamdulillah. Kedatangan kami ke rumahnya mendapat inspirasi, bukan saja dapat bersilaturrahim. Haa.. siapa kata raya di perantauan ni membosankan? Bahagia itu ketika kita memilih untuk merasainya :)

Jika kita seorang yang bermatlamat dan berprinsip, kita teguh dan tidak mudah cair dengan godaan sekeliling. Walau apapun cabaran, kita tetap melangkah ke depan. Mungkin hari ini hasilnya belum begitu memberansangkan, namun jika konsisten mengusahakan yang terbaik, pasti ada kejayaan menunggu di depan.

Jika sering mengalami kebocoran wang, maka bersegeralah mencari ubatnya. Ubah tabiat gemar berbelanja dan pupuk tabiat menyimpan.

Beli Emas Beli Hartanah


Bagi saya, emas dan hartanah kedua-duanya merupakan instrumen yang bagus. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatannya. Kita boleh menjana keuntungan jika didasari dengan ilmu yang betul. Itu kuncinya, ILMU.

Beli emas sekarang ni semudah ABC, hanya di hujung jari je. Lebih-lebih lagi dengan GAP (Gold Accumulation Program) yang diperkenalkan Public Gold bertujuan memudahkan masyarakat menabung emas bermula serendah 1 gram dengan konsisten tanpa komitmen. Tukarkanlah sebahagian simpanan tunai anda kepada aset emas yang mampu melindungi nilai simpanan jangka masa panjang. Emas sangat ideal dijadikan simpanan jangka panjang yang mudah dicairkan kerana ianya insurans sebenar kewangan anda. Dengan menyimpan emas, kita mampu menutup kebocoran wang sebab ia menghilangkan NOMBOR dari kepala kita, tetapi akhir sekali akan membuatkan kita lebih kaya dalam jangka panjang, insyaAllah. Nombor-nombor itulah sebenarnya yang menggoda kita untuk berbelanja.

Beli hartanah sebagai pelaburan pula merupakan idea bijak untuk menggandakan kekayaan melalui 'hutang baik'.  Secara asasnya ada 2 cara untuk mendapatkan pulangan dengan hartanah, iaitu dengan (1) Pendapatan sewa dan (2) Peningkatan harga hartanah. Antara cara terbaik untuk memgumpulkan deposit membeli hartanah adalah dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit. Umpama kita mengumpul aset kecil (emas) untuk mendapatkan aset yang lebih besar (hartanah).

Apapun, semuanya bergantung kepada pilihan kita. Hidup ini adalah pilihan. Maka buatlah pilihan dengan sebaiknya. Nak tahu kenapa pentingnya membuat simpanan emas sebagai insurans kewangan anda? Baca di sini.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign