Mengapa Penting Mengenal Posisi Kita..?

Tetapkan matlamat yang jelas
Tetapkan Matlamat Yang Jelas
Sering dipesan oleh orang-orang berjaya, kita mesti kenal dan tahu di mana posisi kita dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Ya, di mana kita berada sekarang bakal menentukan pencapaian kita akan datang. Samada dalam jangka masa pendek, mahupun panjang. 

Bagi saya, ini #tiga sebab utama kenapa pentingnya kita tahu posisi kita sebagai apa dan di mana:

#1- Lebih Jelas Dengan Matlamat


Saya beri contoh. Kita berimpian mempunyai emas sebanyak 1 kilogram dalam tempoh masa yang kita sendiri tetapkan. Namun, kita nak menjadi seorang penyimpan emas atau pelabur emas? Jika kita memilih berada pada posisi penyimpan emas, kita akan tetap membeli emas dan simpan tak kira pada waktu harga emas rendah atau tinggi (mengikut benchmark kita). Kerana apa? Kerana fokus seorang penyimpan emas adalah pada GRAM, bukan pada RM.

Berbeza halnya dengan pelabur emas. Walaupun hakikatnya menyimpan emas ini merupakan suatu pelaburan yang sangat menguntungkan dan bermanfaat untuk masa depan kita, tetap ada bezanya antara istilah penyimpan dengan pelabur. Fokus seorang pelabur emas adalah pada RM. Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, pelabur membeli emas ketika harga rendah, dan menjual semula ketika harga sedang tinggi untuk mendapat keuntungan dari segi wang.

#2- Fokus Berusaha Mencapai Target


Bila kita ada target, secara automatiknya kita akan fokus dan berusaha ke arah merealisasikannya. Contoh mudah: Visi kita ingin khatam bacaan al-Quran pada setiap bulan. Lalu misinya kita pecahkan kepada dua bahagian. Pertama, setiap hari kita mesti membaca satu juzuk. Untuk mencapai bacaan satu juzuk sehari, kita mesti membaca sekurang-kurangnya 4 muka surat setiap kali lepas solat fardhu. 4 muka surat pada 5 waktu solat fardhu, jumlahnya kan 1 juzuk.! :)

Begitulah.. Jika kita ingin mencapai 12 gram simpanan emas dalam masa setahun, setiap bulan kita mesti menyimpan 1 gram. Secara kasarnya kita lihat angka "12" itu macam sedikit, tetapi cuba kita kira.. Harga semasa 1 gram emas Public Gold sekitar RM180-200. RM180 x 12 bulan = RM2160. Wahh, syukur. Kita berjaya menyimpan RM2160 dalam bentuk emas. Paling penting, 'duit' tersebut selamat i.e. tidak 'bocor' kerana kita telah pun protect ia dengan emas. Seronok bukan?

#3- Tidak Mudah Terpengaruh


Bagi saya, siapapun yang ada prinsip dalam dirinya akan teguh dan tetap melangkah biar apapun rintangan bersifat sementara yang dihadapi. Jika kita tahu posisi, maka telah ada prinsip yang berdiri di samping kita. Prinsip ini diibaratkan seperti tiang-tiang yang menyokong rumah agar iateguh berdiri. 

Tahu dan jelas dengan posisi, disertai prinsip yang meneguhkan pendirian, kita akan terus maju ke depan untuk merealisasikan impian. Biar pada ketika harga emas meningkat tinggi, penyimpan emas (orang putih kata gold saver) akan tetap membeli dan menyimpan emas. Mata dan jiwa mereka tertumpu pada bilangan GRAM, bukan bilangan RM. 

Belum kenal posisi anda dalam dunia emas? Baca artikel terdahulu di sini. Jangan lupa ambil pen dan kertas, kemudian tuliskan posisi anda serta matlamat yang ingin anda capai. Lekatkan kertas tadi di tempat yang membolehkan anda selalu melihatnya. Semoga berjaya.! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign