Cara Atasi Rasa Takut Terhadap Perkara Baru Yang Perlu Anda Tahu

Cara Atasi Rasa Takut Terhadap Perkara Baru Yang Perlu Anda Tahu
1001 langkah bermula dengan langkah pertama
Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula. Kejayaan kita hari esok adakah kesan daripada tindakan kita hari ini.

Rasa takut merupakan penyebab utama mengapa ramai yang tidak mahu mula membuat sesuatu yang baru.

Rasa takut ini adalah kerana beberapa faktor;
+ takut rugi
+ takut tak menjadi
+ takut cemuhan rakan
+ takut rejection

Dan bermacam-macam lagi ketakutan yang seringkali bermain di fikiran mereka yang mahu mula melangkah. Ketakutan ini menyebabkan mereka tidak mahu malah sukar bertindak untuk memulakan sesuatu yang baru dalam hidup. 

#1- Berhenti berfikir mengenai perkara yang kita takuti.


Berfikir perkara-perkara yang kita takuti, menjauhkan kita daripada membuat tindakan. Ini akan menurunkan produktiviti harian. Hidup dalam ketakutan akan membuatkan kita kurang motivasi diri. Emosi negatif akan membawa tindakan & hasil yang negatif. Sebaliknya emosi positif akan melahirkan tindakan & hasil yang positif pula. Hidup ini sentiasa ada pilihan.

#2- Tetapkan matlamat & buat perancangan untuk mencapainya.


Setelah ada matlamat, rancang untuk capai bermula dengan mencari ilmu. Atasi ketakutan untuk bermula dengan mendapatkan ILMU yang betul tentang perkara yang kita ingin ceburi. Segala risiko dapat diminimakan dengan ilmu. 

Jika kita ingin bina tabungan untuk jangka masa panjang tapi simpanan selalu 'bocor', kita mungkin akan simpan dalam bentuk emas. Jadi, mula belajar bagaimana cara membeli emas dengan betul & menguntungkan. Biar beli dengan kesedaran, bukan ikut-ikutan. Jika kita betul-betul mahu mencapai matlamat, tidak sukar untuk membuat perancangan. Apa-apa pun, matlamat boleh dicapai dengan berbagai cara. Pastikan kita pilih cara yang terbaik.:-)

Orang berilmu adalah orang yang hebat. Orang yang beramal dengan ilmu adalah orang yang luar biasa lebih hebat. Dapat sesuatu? #caretoshare ^^,

Nak belajar Ilmu Emas..?
Rajin-rajinlah ziarah ke sini {www.nuqudnabawi.com}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign