Cara Atasi Rasa Takut Terhadap Perkara Baru Yang Perlu Anda Tahu

Cara Atasi Rasa Takut Terhadap Perkara Baru Yang Perlu Anda Tahu
1001 langkah bermula dengan langkah pertama
Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula. Kejayaan kita hari esok adakah kesan daripada tindakan kita hari ini.

Rasa takut merupakan penyebab utama mengapa ramai yang tidak mahu mula membuat sesuatu yang baru.

Rasa takut ini adalah kerana beberapa faktor;
+ takut rugi
+ takut tak menjadi
+ takut cemuhan rakan
+ takut rejection

Dan bermacam-macam lagi ketakutan yang seringkali bermain di fikiran mereka yang mahu mula melangkah. Ketakutan ini menyebabkan mereka tidak mahu malah sukar bertindak untuk memulakan sesuatu yang baru dalam hidup. 

#1- Berhenti berfikir mengenai perkara yang kita takuti.


Berfikir perkara-perkara yang kita takuti, menjauhkan kita daripada membuat tindakan. Ini akan menurunkan produktiviti harian. Hidup dalam ketakutan akan membuatkan kita kurang motivasi diri. Emosi negatif akan membawa tindakan & hasil yang negatif. Sebaliknya emosi positif akan melahirkan tindakan & hasil yang positif pula. Hidup ini sentiasa ada pilihan.

#2- Tetapkan matlamat & buat perancangan untuk mencapainya.


Setelah ada matlamat, rancang untuk capai bermula dengan mencari ilmu. Atasi ketakutan untuk bermula dengan mendapatkan ILMU yang betul tentang perkara yang kita ingin ceburi. Segala risiko dapat diminimakan dengan ilmu. 

Jika kita ingin bina tabungan untuk jangka masa panjang tapi simpanan selalu 'bocor', kita mungkin akan simpan dalam bentuk emas. Jadi, mula belajar bagaimana cara membeli emas dengan betul & menguntungkan. Biar beli dengan kesedaran, bukan ikut-ikutan. Jika kita betul-betul mahu mencapai matlamat, tidak sukar untuk membuat perancangan. Apa-apa pun, matlamat boleh dicapai dengan berbagai cara. Pastikan kita pilih cara yang terbaik.:-)

Orang berilmu adalah orang yang hebat. Orang yang beramal dengan ilmu adalah orang yang luar biasa lebih hebat. Dapat sesuatu? #caretoshare ^^,

Nak belajar Ilmu Emas..?
Rajin-rajinlah ziarah ke sini {www.nuqudnabawi.com}

Sebelum Beli Emas, Pastikan Anda TAHU Hal Ini



Sebelum Beli Emas, Pastikan Anda TAHU Hal Ini
Jangan Malu Bertanya..
Cuba tanya soalan ni sebelum membeli emas:

"ADAKAH EMAS INI BOLEH DIJUAL SEMULA JIKA DIBUKA PLASTIK @ BERLAKU KECACATAN PADANYA? & BERAPA SPREAD EMAS TERSEBUT?

Sebelum membeli emas, sebaiknya anda bertanya individu/syarikat yang menjual emas tersebut samada mereka memberi jaminan akan membeli balik emas tersebut jika:

+ Plastiknya dibuka
+ Terdapat kecacatan pada emas fizikal tersebut.

Ada 2 kemungkinan jawapan yang akan anda perolehi:

+ Penjual akan membeli kembali emas tersebut walaupun sealnya dibuka, ada kesan calar, gores dan bengkok. Tetapi ada penambahan susut nilai.
+ Penjual tidak menerima emas tersebut jika telah dibuka, ada kesan calar, gores atau bengkok.

Anda perlu tahu, kalau seal emas anda dibuka, spread emas anda akan jadi 25% - 30% sebab emas tersebut dianggap sebagai USED GOLD (emas terpakai). 

Kesilapan Utama kebanyakan pelabur emas ialah tidak memeriksa berapa susutnilai atau lebih tepat disebut spread sebelum membeli emas. (Baca lebih lanjut di sini).

Tahukah anda, bahawa kadar spread used gold yang PALING NIPIS dalam pasaran buat masa sekarang hanyalah emas jenama Public Gold iaitu hanya 4.5 - 8% sahaja!

Emas Public Gold paling diterima meluas ar-Rahnu dan buat masa ini, hanya ar-Rahnu POS (arrahnu terbesar di Malaysia) sahaja yang menerima emas Public Gold TANPA PERLU BUKA SEAL, tanpa perlu test ketulenan. Ini disebabkan reputasi tinggi yang dimiliki emas jenama Public Gold.

Semua emas keluaran Public Gold mempunyai ketulenan 999.9 (24k) dan satu-satunya emas di Malaysia yang bebas GST buat masa ini serta diiktiraf LBMA (London Billion Marketing Association). 

Oleh kerana itu, semua item emas keluaran Public Gold ber'sealed'. Kebiasaannya, pajak gadai tidak akan menerima emas yg berseal kerana ar-rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan. Anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas!

Tapi..dengan Public Gold, anda tidak perlu risau lagi. Anda boleh pergi ke mana-mana pajak gadai yang menjadi rakan niaga Public Gold seperti berikut dan boleh menggadaikan emas anda dengan mudah;

1. Ar-Rahnu Pos Malaysia.
2. Bank Rakyat.
3. Agro Bank.
4. Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad.
5. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia.
6. Koperasi Dagang Emas.
7. Bank Muamalat.
8. Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Kelantan Berhad.
9. Bank Islam.
10. Ar-Rahnu Xchange.

Kenapa bayar lebih untuk mendapatkan emas yang sama ketulenannya? 

Pilihlah produk Public Gold dengan harga lebih murah, stok tiada had, packaging menarik, ekslusif, spread nipis, o% GST, bertaraf antarabangsa, cawangan jual beli banyak, jaminan beli balik yang tidak cerewet dll. (Baca Kelebihan Utama Public Gold di sini).

Wallahua'lam.

Kriteria Penting Emas Raih Keuntungan Maksimum

Apakah yang dimaksudkan berILMU dalam pelaburan Emas?

✔ mengetahui bagaimana memilih emas pelaburan yang betul 
✔ membeli daripada institusi yang betul 
✔ membeli emas yang mempunyai spread (susutnilai) yang betul
✔ mengetahui cara menyimpan emas di tempat yang betul
✔ bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas.

*Untuk mempelajari semua perkara di atas, sila klik Tip Bijak Melabur Ilmu Emas =)

Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh mengalami kerugian yang banyak.
Melabur jangan sampai lebur..!

Harga emas dunia sangat dipengaruhi antaranya oleh nilai mata wang dollar Amerika, permintaan yang banyak dan suasana ekonomi yang tidak menentu.

Tetapi apa yang lebih penting untuk anda ketahui ialah, harga emas yang murah semata-mata belum tentu menguntungkan.

Emas paling murah tidak semestinya terbaik untuk pelaburan. Sebagai contoh, emas Public Gold bukanlah yang paling murah, tetapi ianya adalah emas yang mempunyai kredibiliti tinggi dan permintaan yang banyak. Senang beli, senang jual balik. Spread emas hanya sekitar 4.5 - 8% sahaja dan ada lebih 18 cawangan seluruh Malaysia termasuk Singapore dan terbaru telah menembusi pasaran Indonesia!

Bagi memaksimumkan keuntungan, penyimpan/pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:

#1 - Harga emas 
Semakin murah harganya maka semakin baik.

#2 - Ketulenan emas 
Sebaiknya emas 999.9 & disertai sijil ketulenannya.

#3 - Stok tiada had 
Mudah diperoleh samada harga rendah atau tinggi.

#4 - Cawangan banyak 
Mudah urusan jual beli.

#5 - Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
Spread tidak melebihi 10%.

#6 - Tidak cerewet 
Jaminan beli balik yang tidak cerewet; syarat-syarat yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dll.

Mana-mana emas yang bermasalah walaupun hanya 1 daripada 6 kriteria penting di atas, pelabur boleh mengalami kerugian yang besar.

Saya berani katakan, syarikat emas Public Gold adalah platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia setakat ini kerana telah mengungguli kombinasi 6 kriteria terpenting tersebut untuk meraih keuntungan yang maksimum;

1. Harga antara termurah
2. Spread antara terendah
3. Cawangan jual beli banyak
4. Stok tiada had
5. Disertai sijil Ketulenan
6. Jaminan beli balik yang tidak cerewet

Jadi, pilihlah platform yang telus, selamat dan berprestasi hebat serta kukuh untuk anda memulakan simpanan@pelaburan emas fizikal anda.

Fast Action, Fast Result!

Wallahua'lam.

POS Malaysia Jalin Kerjasama Bersama Public Gold

Reputasi tinggi yang dimiliki oleh Public Gold telah memberikan keyakinan kepada POS Malaysia untuk bekerjasama dan memasarkan emas Public Gold. 

Public Gold adalah syarikat jual beli emas terunggul di Malaysia kerana menawarkan emas memenuhi 3 kriteria Investment Precious Metal yang dikecualikan GST :

1. Berketulenan 999.9%.
2. Dalam bentuk jongkong (Gold Bar), koin (Dinar Emas).
3. Diiktiraf LBMA (London Bullion Market Association).


Adakah Emas Anda Boleh Digadaikan di Ar-Rahnu?


Salah satu kelebihan emas fizikal adalah anda boleh menggadaikannya di institusi Ar-rahnu (pajak gadai Islam) jika memerlukan tunai segera. Ar-Rahnu menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang diberikan.

Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank seperti Bank Rakyat, Bank Muamalat, Agrobank dan Bank Islam. Institusi lain yang menjalankan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Pos Malaysia, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi-koperasi tertentu.

Oleh itu, sebelum anda membeli emas, pastikan emas tersebut mudah digadaikan di Ar-Rahnu jika ada keperluan untuk anda mendapatkan tunai kecemasan. Ini membolehkan anda menggadaikan emas fizikal anda jika ada keperluan terdesak.

Sebab apa??

Kerana ada sesetengah jenama dan design emas yang tidak diterima oleh Ar-rahnu. Ada juga sesetengah packaging yang tidak boleh dibuka dan tidak diterima oleh Ar-Rahnu.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau dengan Emas Public Gold, kerjasama antara POS Malaysia dengan Public Gold menyebabkan emas keluaran Public Gold sangat mudah digadaikan di arrahnu Pos seluruh Malaysia. Emas anda boleh dipajak untuk mendapatkan wang dengan mudah dan boleh ditebus semula dengan selamat.

*Ar-Rahnu POS (antara arrahnu terbesar di Malaysia) menerima gadaian semua jenis emas Public Gold TANPA PERLU MEMBUKA SEAL untuk ujian ketulenan.

Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh mendapatkan emas Public Gold Edisi POS Malaysia (terhad) di seluruh cawangan Ar-Rahnu Pos Malaysia.

limited edition
Limited Edition!
📌 Oleh itu, pastikan anda mendapatkan emas Public Gold, sebab emas Public Gold paling di terima meluas oleh Ar-Rahnu. Bila-bila kalau nak pakai duit, boleh pajak emas anda dan dapatkan pinjaman bercagar dengan mudah tanpa risau lagi..!



Jom kita tengok sikit Emas Public Gold Edisi Terhad POS Malaysia yang sangat EXCLUSIVE, Sangat sesuai bagi siapa yang berminat menjadikannya sebagai koleksi (collection item) atau hadiah ;
1 Gram Emas 999.9
1 Gram Emas 999.9
1 Gram Emas 999.9
1 Gram Emas 999.9

1/2 Dinar Emas 999.9
1/2 Dinar Emas 999.9

RTM1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pernah menemubual Tuan Abd Razak Mohd A Kadir (Naib Presiden Kanan Pos Ar-Rahnu).

POS Malaysia telah melangkah kedepan menjadi 'Pusat Sehenti Emas' & memilih Syarikat pembuat emas terbesar di Malaysia iaitu Public Gold untuk menjalin kerjasama kerana meyakini kekuatan & kelebihan yang dimilikinya.

65 cawangan ar-Rahnu Pos (dalam pejabat Pos) seluruh negara menerima pajakan emas Public Gold tanpa perlu buka seal & sedia menjual, membeli, mencuci serta menyimpan emas anda dengan harga yang kompetatif. (Lihat rakaman tersebut di sini).

Dengan kerjasama POS Malaysia dan prestasi serta kreadibiliti Public Gold, membuktikan Public Gold sangat serius dalam membantu masyarakat Malaysia khasnya menyimpan dan melabur emas fizikal dengan telus.

Jika nama besar seperti Pos Malaysia yakin dengan Public Gold, kenapa tidak anda? =)

Tinta Emas: Matlamat Besar Mendorong Kejayaan Besar

"Rumah saya buruk, tak cantik.. Saya segan nak undang orang-orang kampus ke rumah saya.."
Tinta Emas: Matlamat Besar Mendorong Kejayaan Besar
Simpan Aset Fizikal 
... Pagi itu terasa lebih damai. Juga lebih sepi dari kebiasaannya, kerana jiran-jiran di sekitar rumah kontrakkan kami majoriti pulang beraya di kampung masing-masing. Takbir bergema dari masjid berdekatan rumah kami. Sesekali terasa sayu, mengenangkan keluarga yang jauh di mata. Namun dalam hati tetap berkata, insyaAllah semuanya baik-baik dan bahagia berhari raya di sana. 

Usai solat aidilfitri, kami pulang ke rumah sebentar. Telekung yang dipakai diganti dengan tudung. Beg berwarna merah digalas. Sambil tersenyum memandang kakak... "Lepas pergi rumah Dr. Dewi ni, kita terus pergi rumah ibuk Rosidah kan?". "Ya. Tapi tak boleh lama-lama tau dekat rumah Dr. Dewi. Bukan apa, takut ibuk Rosidah tunggu lama je". "Ok"...

Maka selepas bersilaturrahim bersama keluarga Dr. Dewi, kami terus pecut ke destinasi seterusnya; rumah seorang kerani di kampus kami a.k.a. ibuk Rosidah :). Pagi itu tiada proses 'menyelit' berlaku, kerana jalan agak lengang. Hehe.

"Assalamualaikum ibuk.. Ini saya, Nurul. Sekarang saya sudah ada di depan Kampoeng Radja.."

"Wa'alaikumussalam. Iya Nurul, kamu langsung masuk lorong di sebelah masjid itu ya, ibuk tunggu di depan simpang rumah ibuk".

(Oleh kerana ini kali pertama kami ke rumah beliau, jadi aku telefon dulu untuk pastikan tempatnya betul. Oh ya, ibuk Rosidah memang panggil aku dengan nama Nurul. Comel kan? :P ).

Sampai saja di rumahnya, anak perempuan beliau keluar menghidangkan lontong bersama sate padang. Suami beliau pula terus duduk di hadapan kami. "Makanlah ya, ndak usah segan. Kita kan saudara, serumpun.. Bapak senang nian kamu bisa bergaul dengan kami orang Indonesia. Oh ya, kamu sudah semester berapa?"

"Semester lapan pak".

"Maksudnya kamu di Jambi ni sudah hampir empat tahun?"

"Ndak lah pak, dua tahun aja. Kami di sini transfer..".

Peramah juga suami ibuk Rosidah ni.. Cerita pengalaman bekerja di IAIN dan berurusan dengan mahasiswa Malaysia sejak batch pertama dulu. Perlahan-lahan aku suap makanan ke dalam mulut sambil mendengar apa yang beliau mahu ceritakan. Setelah beliau masuk ke dalam....

"Makanlah ya.. Kalau mau nambah silakan aja.. Rumah saya buruk, tak cantik.. Saya segan nak undang orang-orang kampus ke rumah saya.." Ibuk Rosidah memuncungkan bibirnya.

"Cantiklah ni buk, warna biru lagi.. Tenang aja." Senyum.

"Tak ada yang cantiknya.. Kalau kamu ke rumah orang-orang kampus, tengoklah rumah mereka besar-besar, mahal, cantik.. Beda dengan rumah saya". Merendah diri betul ibuk Rosidah ni..

Hmm.. Belum sempat aku membalas, ibuk Rosidah meneruskan kata-katanya.

"Tapi saya tak suka punya utang. Biarlah apa adanya, asalkan saya tak membazir. Ramai teman saya di sini 'meminjam' (baca: buat pinjaman) buat besarkan rumah sendiri, dekorasi untuk cantik-cantik. Beda dengan saya.. Uang yang saya dapat, saya simpan. Kapan cukup jumlahnya, saya bangunkan rumah untuk dikontrakkan". 

Wahh. Menarik ni. Getus hatiku.

"Berarti, ibuk kontrakkan rumah? Di mana tu?". Sengaja aku tanyakan lagi..

"Ya.. sebaris dengan rumah saya ni, ada tiga rumah. Di lorong depan ada enam".

Sembilan. Banyaknyaa... Dalam hati aku terus tertanya-tanya, macam mana seorang kerani boleh ada 9 buah rumah sewa, dan semua rumah tersebut ada penghuni.! Bijaknya ibuk Rosidah ni. 

Aku terus luahkan pertanyaan yang terdetik di hati aku tadi. Tapi macam bertapis sikit mula-mula. 

"Artinya ibuk mulai kerja di IAIN sudah lama ya?"

"Tak... ibuk baru 6 tahun. Kalau bapak, iya sudah agak lama juga sejak tahun 2000".

"Jadi, gimana ibuk bisa punya 9 buah rumah kontrakkan, kasih tau sih sama saya...". Aku sedikit tergelak. Yelah, tadi ibuk Rosidah merendah diri sangat. Rupa-rupanya, bijak membina aset dan passive income. 

"Ibuk sebenarnya masih baru di fakultas kamu, Syariah ni. 5 tahun lebih ibuk kerja di fakultas Tarbiah. Di sana selalu ada program yang ibu ikut dan programnya berbayar. Jadi gaji tambahan di situ agak tinggi. Nah setiap kali ibuk dapat uang dari program yang ibuk ikut tadi, ibu simpan di toko bangunan. Gaji pokok ibuk tak usik".

Hah? Sekali lagi aku tertanya-tertanya. Macam mana boleh simpan duit dekat kedai bangunan? Belum pernah aku dengar cara begini. Mungkinkah hanya ada di Indonesia?

"Toko bangunan?" Soalku lagi.

"Iya lah.. Simpan dengan orang di toko bangunan tu, kapan sudah cukup uang simen dan barang-barangnya untuk bangunkan satu rumah, mereka datang ke sini dan terus mulai kerja. Begitulah, sampai selesai membangunkan rumah ke sembilan di depan sana". 

"Jadi ibuk sama bapak saling membantu?"

"Tak.. ibuk uruskan sendiri sampai semua sudah selesai dibangun baru ibuk tunjukkan ke bapak. Ibuk memang niat mau kasih tau bapak kapan semuanya sudah siap. Setelah itu, ibuk ngomong dengan bapak.. Nah, ini hasilku...". Sambil tersenyum bangga.

"Ibuk tak suka membazir. Setiap kali terima uang, ibuk simpan terus di toko bangunan tu. Teman-teman yang sama ikut program dengan ibuk, sering ngajak ibuk shopping waktu kami dapat uang. Tapi ibuk tak mahu. Buat apa menghabisi uang dengan shopping? Lebih baik lah ibuk banguni rumah. Kan aset.. Tambahan lagi, ibuk syukur anak-anak ibuk semuanya kuliah tanpa utang. Sekarang alhamdulillah tinggal yang terakhir aja masih kuliah. Yang lain sudah selesai". Ceritanya sambil menunjukkan gambar keempat-empat anak beliau. Tiga orang lelaki dan seorang perempuan.

Aku masih ada pertanyaan. Belum sempat aku bertanya...

"Tak apalah rumah saya buruk, asalkan saya punya simpanan masa depan, punya rumah yang dikontrakkan, anak saya semuanya tidak berutang untuk biaya kuliah. Hidup begini lebih tenang. Tak perlu sibuk mikirin soal utang. Kadang-kadang saya kasihan dengan teman-teman saya. Dulu kami sama-sama sering ikut program kerja, sama-sama dapat gaji tambahan. Tapi mereka tak mahu dengar nasihat saya. Saya ini orangnya berprinsip. Kalau saya memang mahu sesuatu, saya tak mudah dipengaruhi orang untuk berhenti mengusahakan keinginan saya".

"Jadi, ibuk simpan emas juga?"

"Ya, benar. Dari dulu saya simpan terus. Belum pernah lagi saya jualkan. Siapa tahu kapan kapan kita perlu uang, barulah nanti saya pikir untuk jual". 

Aku senyum. Kagum dengan tabiat menyimpan dan pengurusan kewangan beliau. Ibuk Rosidah memang seorang yang bijak dan bermatlamat. Bijak merancang dan berusaha merealisasikan matlamatnya. Ia bukan soal berapa banyak gaji, tetapi berapa banyak simpanan. Hakikatnya orang yang berjaya tidak gemar memberikan alasan, sebaliknya melangkah menyusun tindakan demi tindakan.

...
Alhamdulillah. Kedatangan kami ke rumahnya mendapat inspirasi, bukan saja dapat bersilaturrahim. Haa.. siapa kata raya di perantauan ni membosankan? Bahagia itu ketika kita memilih untuk merasainya :)

Jika kita seorang yang bermatlamat dan berprinsip, kita teguh dan tidak mudah cair dengan godaan sekeliling. Walau apapun cabaran, kita tetap melangkah ke depan. Mungkin hari ini hasilnya belum begitu memberansangkan, namun jika konsisten mengusahakan yang terbaik, pasti ada kejayaan menunggu di depan.

Jika sering mengalami kebocoran wang, maka bersegeralah mencari ubatnya. Ubah tabiat gemar berbelanja dan pupuk tabiat menyimpan.

Beli Emas Beli Hartanah


Bagi saya, emas dan hartanah kedua-duanya merupakan instrumen yang bagus. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatannya. Kita boleh menjana keuntungan jika didasari dengan ilmu yang betul. Itu kuncinya, ILMU.

Beli emas sekarang ni semudah ABC, hanya di hujung jari je. Lebih-lebih lagi dengan GAP (Gold Accumulation Program) yang diperkenalkan Public Gold bertujuan memudahkan masyarakat menabung emas bermula serendah 1 gram dengan konsisten tanpa komitmen. Tukarkanlah sebahagian simpanan tunai anda kepada aset emas yang mampu melindungi nilai simpanan jangka masa panjang. Emas sangat ideal dijadikan simpanan jangka panjang yang mudah dicairkan kerana ianya insurans sebenar kewangan anda. Dengan menyimpan emas, kita mampu menutup kebocoran wang sebab ia menghilangkan NOMBOR dari kepala kita, tetapi akhir sekali akan membuatkan kita lebih kaya dalam jangka panjang, insyaAllah. Nombor-nombor itulah sebenarnya yang menggoda kita untuk berbelanja.

Beli hartanah sebagai pelaburan pula merupakan idea bijak untuk menggandakan kekayaan melalui 'hutang baik'.  Secara asasnya ada 2 cara untuk mendapatkan pulangan dengan hartanah, iaitu dengan (1) Pendapatan sewa dan (2) Peningkatan harga hartanah. Antara cara terbaik untuk memgumpulkan deposit membeli hartanah adalah dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit. Umpama kita mengumpul aset kecil (emas) untuk mendapatkan aset yang lebih besar (hartanah).

Apapun, semuanya bergantung kepada pilihan kita. Hidup ini adalah pilihan. Maka buatlah pilihan dengan sebaiknya. Nak tahu kenapa pentingnya membuat simpanan emas sebagai insurans kewangan anda? Baca di sini.

Wallahua'lam.

Mengapa Penting Mengenal Posisi Kita..?

Tetapkan matlamat yang jelas
Tetapkan Matlamat Yang Jelas
Sering dipesan oleh orang-orang berjaya, kita mesti kenal dan tahu di mana posisi kita dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Ya, di mana kita berada sekarang bakal menentukan pencapaian kita akan datang. Samada dalam jangka masa pendek, mahupun panjang. 

Bagi saya, ini #tiga sebab utama kenapa pentingnya kita tahu posisi kita sebagai apa dan di mana:

#1- Lebih Jelas Dengan Matlamat


Saya beri contoh. Kita berimpian mempunyai emas sebanyak 1 kilogram dalam tempoh masa yang kita sendiri tetapkan. Namun, kita nak menjadi seorang penyimpan emas atau pelabur emas? Jika kita memilih berada pada posisi penyimpan emas, kita akan tetap membeli emas dan simpan tak kira pada waktu harga emas rendah atau tinggi (mengikut benchmark kita). Kerana apa? Kerana fokus seorang penyimpan emas adalah pada GRAM, bukan pada RM.

Berbeza halnya dengan pelabur emas. Walaupun hakikatnya menyimpan emas ini merupakan suatu pelaburan yang sangat menguntungkan dan bermanfaat untuk masa depan kita, tetap ada bezanya antara istilah penyimpan dengan pelabur. Fokus seorang pelabur emas adalah pada RM. Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, pelabur membeli emas ketika harga rendah, dan menjual semula ketika harga sedang tinggi untuk mendapat keuntungan dari segi wang.

#2- Fokus Berusaha Mencapai Target


Bila kita ada target, secara automatiknya kita akan fokus dan berusaha ke arah merealisasikannya. Contoh mudah: Visi kita ingin khatam bacaan al-Quran pada setiap bulan. Lalu misinya kita pecahkan kepada dua bahagian. Pertama, setiap hari kita mesti membaca satu juzuk. Untuk mencapai bacaan satu juzuk sehari, kita mesti membaca sekurang-kurangnya 4 muka surat setiap kali lepas solat fardhu. 4 muka surat pada 5 waktu solat fardhu, jumlahnya kan 1 juzuk.! :)

Begitulah.. Jika kita ingin mencapai 12 gram simpanan emas dalam masa setahun, setiap bulan kita mesti menyimpan 1 gram. Secara kasarnya kita lihat angka "12" itu macam sedikit, tetapi cuba kita kira.. Harga semasa 1 gram emas Public Gold sekitar RM180-200. RM180 x 12 bulan = RM2160. Wahh, syukur. Kita berjaya menyimpan RM2160 dalam bentuk emas. Paling penting, 'duit' tersebut selamat i.e. tidak 'bocor' kerana kita telah pun protect ia dengan emas. Seronok bukan?

#3- Tidak Mudah Terpengaruh


Bagi saya, siapapun yang ada prinsip dalam dirinya akan teguh dan tetap melangkah biar apapun rintangan bersifat sementara yang dihadapi. Jika kita tahu posisi, maka telah ada prinsip yang berdiri di samping kita. Prinsip ini diibaratkan seperti tiang-tiang yang menyokong rumah agar iateguh berdiri. 

Tahu dan jelas dengan posisi, disertai prinsip yang meneguhkan pendirian, kita akan terus maju ke depan untuk merealisasikan impian. Biar pada ketika harga emas meningkat tinggi, penyimpan emas (orang putih kata gold saver) akan tetap membeli dan menyimpan emas. Mata dan jiwa mereka tertumpu pada bilangan GRAM, bukan bilangan RM. 

Belum kenal posisi anda dalam dunia emas? Baca artikel terdahulu di sini. Jangan lupa ambil pen dan kertas, kemudian tuliskan posisi anda serta matlamat yang ingin anda capai. Lekatkan kertas tadi di tempat yang membolehkan anda selalu melihatnya. Semoga berjaya.! =)

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold

KHAS BUAT 'PENCINTA ILMU'
[MESTI HADIR] JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!
"Manusia lebih memerlukan kepada ilmu berbanding keperluan mereka kepada makanan dan minuman. Ini kerana, seseorang itu memerlukan kepada makanan dan minuman sekali atau dua kali sahaja sehari. Sedangkan keperluan manusia kepada ilmu adalah sebanyak bilangan nafasnya."

Ingin mendapatkan EMAS PERCUMA???
ILMU EMAS PERCUMA???
Hanya di UNIVERSITI EMAS PUBLIC GOLD.!

Public Gold sangat komited untuk melahirkan masyarakat yang membeli emas dengan kesedaran & ilmu yang betul. Sebab itu Public Gold sentiasa menganjurkan seminar percuma untuk memandaikan masyarakat di seluruh negara demi mencapai matlamat tersebut.

 >> MEGA SEMINAR SEPANJANG APRIL 2017 <<
"Pendedahan Asas Kepada Emas Sebagai Pelindung Kejayaan"

Ada yang menarik di Seminar Emas Public Gold, Jom =)

✔ Cabutan bertuah jongkong emas berjumlah 50gram secara percuma.
✔ Fire Sales (jualan emas bawah harga pasaran).
✔ Introducer Award.
✔ Promosi menjadi Dealer.

*Program Adalah Terbuka, Umum & masuk adalah PERCUMA!!

Maklumat program:
Insyaallah SEMINAR EMAS PUBLIC GOLD Sepanjang Bulan April adalah Seperti Berikut :

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold


Adakah anda sedang mencari peluang perniagaan?


Public Gold menawarkan peluang keemasan kepada individu yang bersemangat seperti anda untuk menyertai kami!

Jom, hadirkan diri untuk menghadiri Business Opportunity Presentation (BOP) bagi mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan kami.

Jadi, tuan Puan yang membeli emas bukan sahaja untuk simpanan jangka masa panjang tetapi ingin mengambil peluang menjana keuntungan besar pada semua keadaan harga emas (naik atau turun) digalakkan hadir BUSINESS OPPORTUNITY PREVIEW (BOP) yang julung-julung kali diadakan oleh Public Gold.

Bagi dealer emas Public Gold, harga naik dah memang untung, harga emas turun mendadak lebih besar keuntungannya sebab seorang dealer sentiasa berada di 2 POSISI, iaitu PELABUR/ PENYIMPAN dan posisi sebagai PENIAGA.

InsyaAllah sesi BOP ini akan membongkar perkara-perkara berikut:

1. Mengapa produk emas Public Gold mudah dan menjadi pilihan untuk menjana pendapatan?
2. Bagaimana menjana keuntungan pasif dan aktif dengan produk emas Public Gold?
3. Apakah cara untuk membina empayar emas Public Gold sebagai punca pendapatan utama dan kerjaya yang menjamin masa depan?

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold


>> PERCUMA <<
Daftar : whatsapp; nama penuh > lokasi ke +6013-360 9680 / +6013-317 3107 untuk dapatkan maklumat lanjut dan bimbingan yang betul secara percuma seumur hidup ^^,


Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold
Public Gold Branches (klik gambar untuk lihat lebih jelas)

===========================
SOALAN KERAP DITANYA? (FAQ)
===========================
#1- Betul ke Seminar Ini Percuma??

Benar ianya percuma seperti yang tertera dalam Poster.

#2- Bagaimana untuk mendaftar?

Sesiapa yang belum ada akaun GAP,  boleh berhubung dengan saya/pengedar/cawangan yang berdekatan dengan anda, untuk melayakkan anda untuk memenangi cabutan bertuah (emas percuma)! Boleh juga daftar secara walk-in dan sertakan PG kod introducer yang anda yakini boleh memberi bimbingan yang betul.

#3- Kalau tidak mendaftar apakah saya akan dibenarkan masuk?

Pendaftaran bertujuan untuk anggaran penyediaan tempat. Peserta akan tetap dibenarkan masuk dan tiada halangan walaupun tidak mendaftar tetapi tidak berpeluang untuk memenangi 50gram emas secara percuma.

P/S: Dalam Mega Seminar akan diadakan jualan emas dengan harga paling murah di Malaysia. Harga tersebut hanya akan dapat dalam mega seminar sahaja. Jadi stand-by duit ye. :-)

Knowledge + Action = Success! =)


Selamat Menuntut Ilmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign