Hidup Adalah Pilihan, Maka Buatlah Pilihan Terbaik

buatlah pilihan terbaik
Life is a Choice
Hidup adalah pilihan
maka segala sesuatu yang telah terjadi,
yang sedang terjadi, dan akan terjadi
adalah hasil pilihan kita

Hidup ini hanya sebentar, hanya sekali
Hidup seperti mana yang kita pilih?

Tepuk dada, tanya diri dengan penuh kesedaran. =) 

"Ketahuilah! Sesungguhnya bila kalian bersabar atas kesusahan yang sebentar sahaja, maka kalian akan menikmati kesenangan yang panjang." ~ Thariq bin Ziyad

Satu Masa Satu Pilihan


Perkara yang sangat jelas, manusia tidak boleh membuat dua pilihan yang sama dalam satu masa. Kerana apa? Pilihan itu ibarat fokus kepada kamera, kita tidak boleh membuat dua fokus kepada gambar yang sama. Ketika anda membaca tulisan ini, bererti anda meninggalkan pilihan untuk melihat paragraf yang ada sebelum dan selepas tulisan ini. Jadi, terang lagi bersuluh bahawa anda tidak akan mampu untuk memilih dua perkara bersamaan bukan?

Fokus hanya boleh dibuat pada satu pilihan sahaja
Fokus hanya boleh dibuat pada satu pilihan sahaja
Apabila kita memilih untuk menjadi beriman maka pada saat yang sama, kita meninggalkan pilihan untuk menjadi orang yang kufur kepada Allah. Apabila kita taat kepada Allah, kita tidak mungkin bermaksiat kepada Allah dalam waktu yang sama.

Begitulah halnya dengan pengurusan kewangan anda.

Orang yang memilih untuk menabung dengan perancangan yang jelas maka pada saat yang sama, dia memilih untuk mengelakkan diri daripada kebocoran wang. Pada saat kita memilih untuk berjimat cermat, pada masa yang sama pula, kita meninggalkan pilihan untuk menjadi boros.

Setiap Perbuatan Harus Sesuai Dengan Pilihan

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya..." (Q.S Yunus (10): 26)
"Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan mendapat balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan.." (Q.S Yunus (10): 27)

Seorang mukmin yang menginginkan syurga Allah di akhirat kelak, tentu dia akan menyesuaikan setiap perbuatan dan pilihannya di dunia agar selaras dengan perintah dan larangan Allah.

Dengan penuh kesedaran, setiap pilihan yang dia buat akan mendekatkan atau menjauhkan daripada syurga Allah.

Apabila seseorang tidak mahu menyesuaikan seluruh  perbuatannya dengan perintah dan larangan Allah maka sebenarnya dia telah memilih tempat akhirat selain syurga bagi dirinya sendiri.

Sama keadaannya ketika seseorang menginginkan kedudukan ekonomi yang stabil seperti memiliki dana pendidikan anak, dana persaraan, dana untuk menunaikan Haji dll.... Jika dia bersungguh-sungguh dan serius dalam keinginannya itu maka dia akan selalu membuat pilihan-pilihan yang berkorelasi dengan keinginannya itu. 

Dia akan berusaha membuat simpanan khas mengikut tujuan dengan menabung sedikit-sedikit secara konsisten. Dia akan semakin bersemangat mencari rezki yang halal untuk menyokong rancangannya. Dia akan membuka buku-buku ihwal kewangan dan yang berkaitan untuk menimba ilmu yang betul. Dia juga akan melaburkan wangnya kedalam beberapa jenis pelaburan yang dia yakini boleh memberikan pulangan yang besar dan yang paling penting simpanan tersebut mampu bertahan walau apapun situasi ekonomi dan matawang Ringgit Malaysia pada masa akan datang.

Adakah kita adalah 'dia' yang dimaksudkan.?? 

Wallahua'lam.


Today is yesterday
Yesterday is today

The future is shaped not only by the past 
but also by choices that we make 
and by what we think is possible.

People 
can change their Future

You can do anything you want

You can be anything you want

people can change their future
Hidup Adalah Pilihan, Maka Buatlah Pilihan Terbaik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign