Hidup Adalah Pilihan, Maka Buatlah Pilihan Terbaik

buatlah pilihan terbaik
Life is a Choice
Hidup adalah pilihan
maka segala sesuatu yang telah terjadi,
yang sedang terjadi, dan akan terjadi
adalah hasil pilihan kita

Hidup ini hanya sebentar, hanya sekali
Hidup seperti mana yang kita pilih?

Tepuk dada, tanya diri dengan penuh kesedaran. =) 

"Ketahuilah! Sesungguhnya bila kalian bersabar atas kesusahan yang sebentar sahaja, maka kalian akan menikmati kesenangan yang panjang." ~ Thariq bin Ziyad

Satu Masa Satu Pilihan


Perkara yang sangat jelas, manusia tidak boleh membuat dua pilihan yang sama dalam satu masa. Kerana apa? Pilihan itu ibarat fokus kepada kamera, kita tidak boleh membuat dua fokus kepada gambar yang sama. Ketika anda membaca tulisan ini, bererti anda meninggalkan pilihan untuk melihat paragraf yang ada sebelum dan selepas tulisan ini. Jadi, terang lagi bersuluh bahawa anda tidak akan mampu untuk memilih dua perkara bersamaan bukan?

Fokus hanya boleh dibuat pada satu pilihan sahaja
Fokus hanya boleh dibuat pada satu pilihan sahaja
Apabila kita memilih untuk menjadi beriman maka pada saat yang sama, kita meninggalkan pilihan untuk menjadi orang yang kufur kepada Allah. Apabila kita taat kepada Allah, kita tidak mungkin bermaksiat kepada Allah dalam waktu yang sama.

Begitulah halnya dengan pengurusan kewangan anda.

Orang yang memilih untuk menabung dengan perancangan yang jelas maka pada saat yang sama, dia memilih untuk mengelakkan diri daripada kebocoran wang. Pada saat kita memilih untuk berjimat cermat, pada masa yang sama pula, kita meninggalkan pilihan untuk menjadi boros.

Setiap Perbuatan Harus Sesuai Dengan Pilihan

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya..." (Q.S Yunus (10): 26)
"Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan mendapat balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan.." (Q.S Yunus (10): 27)

Seorang mukmin yang menginginkan syurga Allah di akhirat kelak, tentu dia akan menyesuaikan setiap perbuatan dan pilihannya di dunia agar selaras dengan perintah dan larangan Allah.

Dengan penuh kesedaran, setiap pilihan yang dia buat akan mendekatkan atau menjauhkan daripada syurga Allah.

Apabila seseorang tidak mahu menyesuaikan seluruh  perbuatannya dengan perintah dan larangan Allah maka sebenarnya dia telah memilih tempat akhirat selain syurga bagi dirinya sendiri.

Sama keadaannya ketika seseorang menginginkan kedudukan ekonomi yang stabil seperti memiliki dana pendidikan anak, dana persaraan, dana untuk menunaikan Haji dll.... Jika dia bersungguh-sungguh dan serius dalam keinginannya itu maka dia akan selalu membuat pilihan-pilihan yang berkorelasi dengan keinginannya itu. 

Dia akan berusaha membuat simpanan khas mengikut tujuan dengan menabung sedikit-sedikit secara konsisten. Dia akan semakin bersemangat mencari rezki yang halal untuk menyokong rancangannya. Dia akan membuka buku-buku ihwal kewangan dan yang berkaitan untuk menimba ilmu yang betul. Dia juga akan melaburkan wangnya kedalam beberapa jenis pelaburan yang dia yakini boleh memberikan pulangan yang besar dan yang paling penting simpanan tersebut mampu bertahan walau apapun situasi ekonomi dan matawang Ringgit Malaysia pada masa akan datang.

Adakah kita adalah 'dia' yang dimaksudkan.?? 

Wallahua'lam.


Today is yesterday
Yesterday is today

The future is shaped not only by the past 
but also by choices that we make 
and by what we think is possible.

People 
can change their Future

You can do anything you want

You can be anything you want

people can change their future
Hidup Adalah Pilihan, Maka Buatlah Pilihan Terbaik

Marhaban Ya Ramadhan

Cinta..
Yang menjadi alasanku kekal bertahan,

Cinta..
Yang menjadi alasanku kekal berjuang,

Cinta..
Yang menjadikanku bergerak sehingga hari ini,

Cinta pada Allah yang menjadi sumber semangat, Cinta pada Rasulullah yang menjadi inspirasi untuk diteladani, Cinta pada orang tua yang membuatku ingin berbakti, Cinta pada semua yang membuatku ingin terus berbagi. 

I'm Back! ^^, setelah sekian lama menyepi, insyaallah blog ini akan kembali aktif dengan ilmu² yang bermanfaat khususnya mengenai EMAS. Terima kasih kepada anda yang masih bersedia meluangkan waktu untuk membaca tulisan di blog ini kembali. 

Sebenarnya selama beberapa bulan yang lalu, saya mememberikan fokus sepenuhnya kepada penulisan skripsi (tesis) sebagai syarat memperoleh gelar S1 untuk pengajian saya yang berbaki. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya berjaya menempuh Sidang Munaqasyah Skripsi saya yang berjudul “Hukum Jual Beli Dan Investasi Emas Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia" dengan baik dan tenang setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas menyiapkannya dengan berkat doa semua. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah a'la kulli hal. ^^, InsyaAllah, wisuda akan dilaksanakan hujung bulan julai nanti.


marhaban ya ramadhan
Bersama barisan team penguji selepas selesai sidang munaqasyah

Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khusus buat ibunda tercinta, ahli keluarga, kedua2 dosen pembimbing skripsi, barisan team penguji sidang akhir, sahabat-sahabat seperjuangan dalam PKPMI-CJ dan semuanya yang tidak mampu saya nyatakan satu persatu nama mereka. Bantuan, sokongan dan doa dari kalian amat-amatlah dihargai. Jazakumullahu khairan jzk. 
Marhaban Ya Ramadhan
IAIN Sulthan Taha Saifuddin Jambi

"Ya Allah, berkatilah ilmu yang ku perolehi dan jauhkanlah diriku dari mengkhianati amanah ilmu dan mudahkanlah aku untuk beramal dengannya dan menyampaikannya kepada ummat ini".

marhaban ya ramadhan
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
Selamat menunaikan Ibadah Puasa, 
Bersama kita lebur kekhilafan,
Baik disengaja maupun tidak di sengaja, 
Semoga ramadhan kali ini mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadr.

Marhaban Ya Ramadhan..
Lautan maaf Kupohonkan…


-----------
Catatan: 

Dalam sistem pengajian di pusat pengajian tinggi di Indonesia, ada beberapa istilah yang perlu kita ketahui seperti berikut:
1) Skripsi - karya ilmiah untuk program Ijazah
2) Tesis - karya ilmiah untuk program Magister (Master)
3) Disertasi - karya ilmiah untuk program Doktor.
4) Wisuda - konvokesyen. 
5) Strata - tingkat pendidikan.
Istilah S1, S2 dan S3 artinya strata 1 (Ijazah), strata 2 (Magister) dan strata 3 (Doktor). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign